Thursday, 30 November 2017

NADI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH & MAKCIK KEPOH


Nasi Kukus Ayam Berempah
Bersama segelas Green Tea
Lunch lewat petang aku
Haa..kalau petang lunch ke..?
Lunch la sebab aku belum lunch
Cerita petang tadi..
Khamis 30 Nov 2017..
Baca title dia Nasi Kukus Ayam Berempah..Makcik Kepoh
Haaa....tapi bukan makcik Nasi Kukus tu yang kepoh
Makcik yang beli tu yang kepoh..
Citernya aku ikut mak aku sebab bored dok umah cuti2 ni..
Mak aku wat kerja la...
Aku layan movie jer ...pun sebab bored.
Balik lapar..mak aku so aku beli jer Nasi Kukus Ayam Berempah tu
Mak aku  cakap beli 1 jer untuk aku jer sebab mak aku xnak...
Mak aku tunggu dalam kereta...


Dah 2..3 kali aku beli Nasi dan Green Tea kat situ sebab sedap
Masa makcik Nasi Kukus tengah isikan nasi untuk aku...
Ada 1 keter benti..kuar sorang makcik
Sampai jer gerai tu terus ambik penyepit ..kepit ayam berempah terus nak masukkan dalam bungkusan nasi yang makcik Nasi Kukus tu pegang..
Oitttt....itu nasi aku kot...!!!
Selamber hippo jer nak potong Q orang dengan x bagi salam..
Dah la sambil dia kepit ayam tu ..
Tangan sebelah lagi sibok picit- picit plak ayam goreng lain dalam dulang makcik Nasi Kukus.
Yang dipicit ..x pulak dia amik....
Makcik Nasi Kukus tu pun aku nampak la muka dia pun dah hangin kat makcik Kepoh ni..
Baru je makcik Kepoh tu nak letak ayam yang dia kepit tu dalam " bungkusan nasi aku" makcik Nasi Kukus cakap suruh tunggu sekejap sebab ini nasi aku sebab aku dah lama sampai..!
Haaaa...berubah muka makcik kepoh..!
Terus makcik Kepoh tu campak ayam dan penyepit ayam tu..!!!
Tapi campak dalam dulang la...!
Kalau dia campak kat tanah..mau makcik Nasi Kukus tu simbah ngan minyak panas ayam tu..
Hahahaha....
Makcik Kepoh tu terus membebel..
Dia cakap Nasi Kukus tempat lain ayam lagi besar... lagi sedap..
Hari ni dia singgah nak beli sebab gerai Nasi Kukus yang dia selalu beli tu x buka..
Aduhai mokcik Kepoh.....
Bingit la telinga aku yang berdiri tepi dia...
Makcik Nasi Kukus ngan anaknya sesama pandang tapi semua senyap buat kerja bungkus nasi...goreng ayam bagai..
Mmm...dah siap makcik Nasi Kukus bagi nasi tu kat aku..
Aku minta plak segelas Green Tea..
Eh,.....mokcik Kepoh ni x habis lagi memebebel..
Dia tanya lak tu air apa..?
Aku xnak jawab...aku diam sambil senyum..
Senyum x ikhlas..hihihi
Kakak Green Tea tu yang jawab bagitau mokcik Kepoh tu ..ni air Teh Hijau..
Opkos la akak Green Tea tu kena jawab sebab dia kan berniaga...
Suka ke...x suka ke...
Mestilah kena jawab
Sebab " Customers Is Always Right"
Ingatkan mokcik Kepoh tu dah puas hati dah sebab akak tu dah jawab..
Ehhhhh.....mokcik Kepoh tu leh jawab pulak..
" Apaaaaa la....air pun warna hijau...eeiii...!"
Aduhhhh.....mokcik ni....
Apa2 sajer la..semua x kena..
Selisih aku nak jadi menantu mokcik Kepoh ni..
Kikiki....macam la mokcik tu nak amik aku jadi menantu...!!!
Eiii....mesti stresss giler saper yang malang jadi menantu dia..!
Dapat jer Green Tea tu..
Bayar ...Nasi Kukus 5 henggit..Green Tea 3 henggit...amik baki balik 2 henggit aku terus blah..jalan laju2 masuk kereta mak...
Penat do....nak dengar mokcik Kepoh tu..
Baru aku terfikir...
Lagi penat peniaga2 yang hari2 kena berdepan dengan customer yang macam2 perangai...
Agaknya Nasi Kukus Sedap yang mokcik Kepoh tu citer x buka tu....
Tutup pun sebab x tahan ngan mokcik Kepoh tu kot...hahahahahaa..
Bair lah...yang penting aku dah x dengar suara makcik Kepoh tu dah...
Apa lah khabar makcik Nasi Kukus & Akak Green Tea tu lepas aku dah balik...??
Nasib laaaaa.....hahahaha
Terus aku buka pintu kereta...
Masuk...tarikkkkkk nafas panjang- panjangggg!!
Mak aku pandang aku dengan pelik...
Mesti mak aku pelik tengok muka aku tengah nyampah..
Hadoiiii.....

 Update:
              Terjumpa plak pic Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang beli minggu lepas
Macam samer jernpic tu..
Tapi siyes ni pic minggu lepas
Saiz ayam dan cara susun lauk dan nasi mak cik Nasi Kukus tu  mantain la...


Haaa...cuma Green Tea ni x mantain
Yang beli minggu lepas lagi cantik colournyer
Hijau dia cerah dan cantik jer
Yang baru beli berjemaah ngan Mokcik Kepoh tu warna dia gelap sikit..
Syyyyy....jangan x tahu..
Mak aku SANGAT TAK SUKA GREEN TEA ...
Bukan Green Tea yang ni jer
Dah banyak kali aku ngan kakak beli Green Tea  mak aku xnak cuba pun..
Pernah sekali jer mak aku sedut ngan staw..
Pastu sampai sekarang memang mak aku x nak
Suruh cium bau pun mak aku xnak.
Mak aku cakap ada bau Kaf Lam Ya Nga.
Hahahaha ...
Itu bau bjnga jasmine la.
Tapi mak aku cakap bau Kaf Lam Ya Nga ..
Kikikiki..

VADAI KACANG KETUPAT ( LENTO KACANG TOLO)

Vadai Kacang Ketupat
Nama asalnya Lento Kacang Tolo
Salah satu masakan dari Indonesia..
Haaaa...minggu Kacang sedunia
Asyik menu kacang sahaja sejak minggu lepas
Mmmm...mak aku cakap sebab nak clearkan Kacang Mata Hitam yang sudah mula dimasuki Kutu Beras
Minggu lepas mak aku masak BUBUR KACANG MATA HITAM..kat sini
Sebelum ni pun mak aku ada masak BUBUR KACANG KETUPAT kat sini...
Dua hari lepas masak SAMBAL KACANG TUNNGGAK DENGAN HATI DAN LIMPA kat sini
Hari ni lak masak  LENTO KACANG TOLO 




Lento Kacang Tolo nama salnya
Vadai Kacang Ketupat mak aku yang bagi nama sebabbau dia dah berubah macam bau vadai
Kalau di Malaysia Kuih Vadai Kacang Dal memang popular
Walaupun itu kuih istimewa kaum India
Tetapi kat Malaysia kan berbilang kaum
Makanan menjadi salah satu cabang perpaduan..
Haaa...ni ayat yang cikgu ajar untuk buat karangan "Cara Menyemai Semangat Perpaduan Dalam KAlangan MAsyarakat Berbilang Kaum di Malaysia"
Tapi hari tu soalan tu x naik pun..
Yang naik ialah Faedah Buah-buahan Tempatan..
Haaa...makanan juga tu



Lento Kacang Tolo
Yang dah jadi Vadai KAcang Ketupat ni aku hanya makan seketul jer
Sebabnya ada bau cekur dalam tu
Aku dah la x minat sangat kacang
Pastu mak aku letak lagi bawang putih dan cekur
Mmmm...aku rasa sedap
Tapi x boleh nak makan lebih bila ada bau cekur
Mak aku lak cakap...bau cekur tu yang sedap...
Mmmm aku x gang ar bab tu
KAta mak aku mungkin  dalam resp Indon dimasukkan cekur dalam Lento ni kerana makanan jenis kacang biasanya makanan berangin
Cekur dan bawang putih pula manjadi penawar herba untuk buang angin dlam badan
Mmmm...mak aku cakap orang Indon memang kreatif dalam mempelbagaikan makanan dari hasil pertanian
Banyak jenis juga nama makanan exotic Indon yang mak aku cakap dah pernah makan
Antaranya Tewol Ubi Kayu..Gadungan..Tahu Bacem dan apa lagi entah,,,aku pun x pernah dengar nama maknan yang mak aku sebut tu..

Kacang Tolo
Selain daripada Kacang Tolo  ..kacang ini juga dikenali sebagai :

1. KACANG MATA HITAM-
     Tu nama dalam mykad dia kot..ha3

2. KACANG KETUPAT-
     Mak aku cakap nama ni mungkin sebab
     dicampur dalam ketupat pulut

3. KACANG TUNGGAK
     Itu panggilan dari sesetengah orang Indon.
     Mungki  tumggak tu ada maksud lain dalam
     bahasa Indinesia

4. KACANG OTO
    Pun nama yang dipanggil oleh sesetengah
    tempat di Indenesia..Mungkin oto tu ada
    maksud lain

5. KACANG PUTIH
    Mungkin sebab warnanya putih

6. KACANG BIJI
    Itu panggilan dari orang kampung Aunty Ogy

7.  BLACAK EYE PEAS
     Tu nama in English


Resepi Lento Kacang Tolo asalnya idea LENTO DARI KACANG TUNGGAK disini...
Tetapi mak aku cakap dah ubahsuai sikit bahan campurannya iaitu tepung ,cili  kering,daun limau purut diganti daun kari
Sebab it nama pun dah jadi VAdai Kacang Ketupat
Kerana baunya dah berubah bau vadai versi Malaysia



VADAI KACANG KETUPAT a.k.a. LENTO KACANG TOLO
1 cawan kacang ketupat- rendam dan rebus
1/2 cawan tepung ubi ( boleh ganti tepung gandum)
1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh gula
1 tangkai daun kari-gunting halus
3 cili kering-gunting halus
2 biji cekur - tumbuk ( jika x suka abaikan sahaja)
2 ulas bawang putih - tumbuk
Minyak untuk goreng



 

1. Kacang Tolo a.k.a Kacang ketupat direndam semalaman dan direbus  hingga mendidih.
    (Jangan sampai terlalu empuk)

2. Tumbuk kacang tolo agak-agak hancur tetapi masih kasar



3. Tumbuk pula cekur dan bawang putih


4. Daun kari dan cili kering digunting halus

5. Campurkan kacang tolo tumbuk,garam,gula,cekur dan bawang putih tumbuk,daun kari dan cili kering gunting,tepung ubi dalam 1 bekas yang agak besar supaya senang digaul


6. Gaul semua bahan tadi sehingga agak-agak boleh dikepal



7. Bahagikan kepada bebola yang sama saiz sebesar limau nipis



8. Leperkan seperti vadai kacang dal



9. Panaskan minyak dan goreng kuihi sehingga garing kedua-dua belahnya




MAkan panas-panas bersama minuman panas

Wednesday, 29 November 2017

KARI SARDIN CAP AYAM


Kari sardin Cap Ayam..
Haaaa...naper sampai kena ada Cap Ayam
Hihihi...sebab hari ni xde lauk ayam la
Makan Sardin jer
Nak bagi nampak ada juga ayam
Cap Ayam pun dah rasa ada ayam..
Kikikikiki....


Mana ada....
Sebenarnya letak nama camtu sebab sebelum ni dah banyak masak sardin dah
Kalau letak nama lain-lain senang nak cari nanti
Itu jer punnnnn
Bukan sebab hanya suka  Cap Ayam
Sebab semua brand pun aklau sedap...ada halal
Memang makan jer
Kalau belil maknan dalam tin memang macam-macam brand pun mak aku akan pilih
Kalau sardin dolu mak aku suka beli Adabi'Tapi sekarang dah mahal giler dah Adabi pun kat pasaraya H tu
Cap King Cup pun aku selalu gak belu kat Speedmar..


Sebenarnya mak aku masak Kari Asrdin ni campur dengan kentang
Patutya nama dia Kari Sardin Campur Kentang

KARI SARDIN 
1 tin besar sardin
2 biji kentang
1/2 kotak kecil santan( 1/2 cawan santan pekat)
3 cawan air
3 sudu rempah kari ikan
1 asam keping
2 sudu teh garam
4 sudu minyakl masak

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar dadu
2 bawang putih cincang
1 tangkai daun karo
1 sudu teh halba campur

1. Panaskan minayk dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air menjadi pes pekat
3. Masak hingga naik minyak
4. Masukkan kentang,garam  dan kacau rata
5. Masukkan 3 cawan air dan biar mendidih dan kentang empuk
6. Masukkan asam keping setelah kentang empuk
7. Masukkan santan pekat dan biar mendidih sekali lagi
8. Perlahankan api dan biar kuah naik minyak


Bahan-bahan untuk masak Kari Sardin + kentang



Panas minyak dan umis bahan tumis hingga harum


Masukkan pes kari dan masak hingga naik minyak


Masukkan kentang..
Kalau campur keledek oren pun  mak aku cakap lagi sedap..ada rasa manis dari keledek



Dah namapun Sweet Potato
Kalau kentang Potato jer
Mestilah Sweet Potato lagi suwiiiit..
Haaaaa



Masukkan garam dan air 3 cawan  boleh adjust,,Kalau anak ramai mak aku cakap boelh tambah kuah lagi
Hahahaha...ayat apa tu....?
Bila kentang dah empuk baru masukkan asam keping


Masukkan sardin bersama sosnya.
Pastu jangan lupa masukkan juga santan
Sosnya yang sedap dan buat rasa kari lagi best
Tapi beli sardin dalam tin ni mak aku kata ikut nasib
Kadang dalam tin kecik pun ada 3 ketul isi ikan yang besar
Tapi macam hari ni'Tin besar pun cuma ada 2 ketul ikan jer
Satu kecik..satu besar
Tapi kalau kat umah aku bukan sapa kisah pun
Sebab isi ikan tu xkan ada yang makan pun
Semua akn makan kuah dan kentang jer.
Hahahaha...
Kalau mak aku masak sardin ...isi ikan akan tergoleh dalam mangkuk
Sampai lah esok pagi  atau malam tu mesti mak aku akan masak NASI GORENG SARDIN
Haaa...bila jadi Nasi Goreng Sardin
Semua makan licinnnn...
Termasuk aku
Heeeeee



SAMBAL KACANG TUNGGAK DENGAN HATI DAN LIMPA

Sambal Kacang Tunggak Dengan Hati dan Limpa.
Sebenarnya  Bersama Hati,Limpa dan Buah Pinggang Lembu..
Haaa...ganas x masakan ni
Segala macam organ lembu..
Kacang Tunggak tu plak...
Sebarnya nama lain untuk Kacang Mata Hitam..


Kacang Mata Hitam ni ada banyak nama rupanya...
1. KACANG MATA HITAM-
     Tu nama dalam mykad dia kot..ha3

2. KACANG KETUPAT-
     Mak aku cakap nama ni mungkin sebab
     dicampur dalam ketupat pulut

3. KACANG TUNGGAK
     Itu panggilan dari sesetengah orang Indon.
     Mungki  tumggak tu ada maksud lain dalam
     bahasa Indinesia

4. KACANG OTO
    Pun nama yang dipanggil oleh sesetengah
    tempat di Indenesia..Mungkin oto tu ada
    maksud lain

5. KACANG PUTIH
    Mungkin sebab warnanya putih

6. KACANG BIJI
    Itu panggilan dari orang kampung Aunty Ogy

7.  BLACAK EYE PEAS
     Tu nama in English


Sambal Kacang Tunggak..
Masakan ala Indonesia
Sebab tu namanya pun Kacang Tunggak..
Sebagai penghargaan panggilan dari orang Indonesia...



Mak aku kata Sambal ni sedap
Tapi kena masak bagi kering
Tu kata mak aku la..
Aku..?
Haaa...dah nama kacang tu boleh lagi la nak rasa walaupun aku x suka kacang
Tapi sebab mak aku masak Sambal Kacang Tunggak dengan Hati dan Limpa Lembu..
Haaa...H.A.T.I.........L.I.M.P.A.....
Itu memang putus selera aku..
Not my taste
Aku memang x boleh nak telan hati ..limpa...jantjng..buah pinggang..bagai tu
Abang pun xnak makan sebab ada hati dan limpa



So..hanya mak aku yang makan lauk ni
Makbaku cakap sedap..
Mak aku kata kacang tu lemak & maching dengan sambal Hati & Limpa..
Mmmmmm.....aku no comment..



Kata mak aku ...
Idea nak masak Sambal Kacang Tunggak dengan Hati dan Limpa ni asalnya dari komen Aunty Ogy
Komen tu kat entry BUBUR KACANG KETUPAT kat sini...

Haaa...ni la komen tu..
Pastu mak aku cakap rasa macam sedap jer..
Aku memang x minat kacang tu..so diam jer lah
Mak aku cakap bila google
Rupanya banyak versi masak Sambal Kacang Tunggak ni kat Indonesia
Ramai juga yang panggilnya Kacang Tolo..
Macam2 lauk dimasak dengan campuran kacang ni...
Kebanyakan dimasak dengan " Keropok Kulit Lembu" yang terkenal di Indonesia
Mak aku cakap orang Indonesia memang kreatif dalam masakan berasaskan kacang..
Contohnya masakan daripada tauhu,tempe,kacang soya,jacang tanah,kacang tolo dan bermacam jenis kacang lagi..
Mak aku cakap mungkin sebab Indonesia kaya dengan hasil pertanian..
Mmmm...mak aku memang suka explore mender2 camtu..
Pastu yang kena tadah telinga opkos la aku..
Hahahaha..
Kalau tengok 702...703..707..727
Kadang memang mak aku bagi info lebih dari Marinka...Farah Quinn...hahahaha
Masakan Sambal Kacang Tunggak dengan Hati dan Limpa ni mak aku cakap idea dari masakan Indon tapi mak aku cakap diubahsuai semula dengam campuran daun kari untuk kurangkan bau hati dan limpa lembu

SAMBAL KACANG TUNGGAK DENGAN HATI & LIMPA
1/2 kg campuran hati dan limpa lembu
( atau organ lain seperti perut,paru,jantung dll)
1 cawan kacang tunggak ( kacang mata hitam)
( rendam semalaman dan rebus empuk)
1/4 cawan minyak
2 pelepah daun kari
1 keping kecil asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Rebus hati dan limpa dalam air mendidih anggaran 5 minit untuk mudah dipotong
2. Potong hati dan limpa yang sudah direbus
3. Panaskan minyak dan tumis daun kari hingga garing
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
5. Masukkan asam,garam dan gula dan sesuailan rasa
6. Masukkan potongan hati dan limpa
7. Masak hingga agak kering
8. Masukkan pula kacang tunggak yang sudah direbus dan gaul rata.
9. Masak hingga kering baru dimatikan api..


Hati ..Limpa & Buah Pinggang Lembu


Hati warnanya macam koko


Limpa Lembu..
Mak aku cakap beza antara limpa dengan hati ialah..Limpa lebih lembut..warna macam darah...ada selaput putih diluarnya..



Buah Pinggang Lembu
Mak aku cakap nenak panggil Geli- geli Lembu..
Hahahaha...lawaks


Potongan hati..limpa dan buah pinggang
Mak aku cakap sepatutnya hati dan limpa tu direbus dulu baru potong..



Tapi sebab dah terpotong dulu baru teringat..
Maka kena lepas potong baru rebus..
Makanya ..kena  redho...hahaha



Kacang Tinggak a.k.a Kacang Mata Hitam yang sudah direbus empuk...
Syyyyy...nampak x ada mata tunas kacang tu..
Mak aku cakap ini kes terendam overdose
Sepatutnya rendam malam..pagi rebus..
Ini kes mak aku kata rendam malam..
Esoknya dah petang baru rebus..
Sehari semalam direndam sampai rumbuh mata tunasnya..
Kalau tambah lagi 2 malam direndam..
Mak aku cakap dah boleh tanam...
Macam belajar Sains sekolah rendah dolu
Rendam Kacang Hijau..
3 malam direndal dalam kapas basah jadi taugeh
Di biar seminggu jadi pokok kacang hjjau..
Tapi sebab dalam tabung uji...xdelah pokok tu berbuah



Toskan hati dan lImpa rebus


Tumis daun kari dan rempah blend hingga garing dan masukkan garam,gula dan asam



Masukkan hati,limpa dan buah pinggang



Masak hingga agak kering


Masukkan Kacang yang sudah direbus..
Gaul rata


Sesuaikan rasa dan masak hingga betul2 kering..
Hidang denagn Nasi Putih @ Roti

Tuesday, 28 November 2017

KEK CAWAN VANILA- AIR TANGANKU

Kek Cawan Vanila
Hasil Air Tanganku semalam petang..
Betullah...!
Memang aku yang masak kek ni..
Bake alone..
But...not lonely
Coz i baked while singing..
Heeee...



Memang sengaja buat kek ni semalam
Untuk makan hari ini
Sebabnya aku suka kek yang dibiarkan semalaman baru best  nak makan..
Baru moist...
Pastu bau butter tu lagi harumm..
Heaven...!


Haaa...ni hari ni nyer
Selepas biar semalaman
Baru la moist


Harummmm..
Makan bersama secawan Teh 0 Panas...
Mmmm


Mak aku cakap kek aku x sama tinggi
Ada yang penuh
Ada yang x penuh..
Hehehe...
Biar lah....
Itu kan seniii...
Ok x alasan tu..?
Hihihihi....


Sebenarnya dah beberapa hari aku tingin nak makan Butter Cake...
Dah 2 hari aku kuarkan butter dari peti ais...
Sejak hari Sabtu lagi aku kuarkan butter tu
Plan nak buat kek hari Sabtu..
Tapi malazzzzz...
Plan plak hari Ahad...
Pun malazzzzz...
Hehehe...
Tapi semalam...
Isnin memang kena rajinkan juga..
Sebabnya mak aku dah bising soh simpan semula butter tu dalam peti ais..
Tapi sebab yang paling besar ialah sebab hari ni aku dah janji nak masakkan kek ni untuk 2 orang senior aku..
Haaa..sebab aku ada pinjam barang dorang..
Kena la bagi sesuatu buah tangan masa nak pulangkan barang yang dipinjam..


Malam tadi..
Kek sedang menjalani proses penyejukkan atas jaring tu..
Mak aku cakap tu bukan jaring..
Tapi namanya redai....
Mmm...yer lah redaiiiiii...!
Lepas kuar oven biar sejuk atas redai...
Haa...bukan sejuk beku
Just room temperature
Ala...
Aku buat kek ni versi sempoi jer..
Bassic Butter Cake jer..
Dah aku bubuh vanila..
Pastu isi dalam paper cup
Bagi la nama Vanilla Cup Cake.

KEK CAWAN VANILA
1 ketul butter - room temperature
3/4 cawan gula caster
2 sudu susu pekat
1½ cawan tepung kek- ayak
2 sudu teh esen vanila
4 telur

1. Mix butter ,gula & susu sampai berkrim dan putih
2. Masukkan telur  tapi jangan masukk sekali gus semua telurbtu..
Masukkan sebiji dan mix lagi..baru masuk lagi sebiji dan mix lagi..Buat hingga habis 4 telur..
3. Tambah esen vanila
4. Matikan mixer dan masukkan tepung  sambil digaul perlahan dengan senduk kayu
5.Panaskan oven 180°C selama 5 minit
6. Semantara oven nak panas...isikan adunan kek dalam paper cup
7. Masukkan dalam oven selama 25 minit
8. Kuarkan sebiji kek dan cucuk dengan lidi sate.
9. Jika lidi bersih maksudnya kek dah masak
10. Jika masih ada kesan melekit pada lidi,maksudnya kek belum masak .Tambah masa lagi 5 minit

** Jika buat dalam acuan kek yang besar tambah masa memasak
Yang ini guna cup cake..25 minit ..kek dah masak cantik



Mula aku guna sudu untuk isikan adunan kek dalam cup cake..
Tapi lambatnyer...


Pastu  tingat Chef Anna Alson selalu ajar isi adunan  kek dalam piping bag...
Tapi sebab aku xde piping bag..
Plastic bag ni pun boleyyyyy..
Naper lah aku x terfikir dari awal. .
Sib baik pastu tingat Anna Alson...
Haaa...Anna Alson tu aku nyer sifu kek tuh..
Bukan aku jer suka tengok Anna Alson tu buat tutorial dalam program SUGAR..
tapi kakak yang x minat masak pu  suka tengok..



Haaa...dah isi dalam plastik..
Ikat kemas2..
Gunting penjuru dia..
Picittttttt....


Baru lah kemas sikit
X sememeh...
Seronok plak aku picit dengan jayanya...


Masa picit tu xde lak aku terfikir kena picit sama rata..
Main belasah jer sebab dah feel nak picit..
Hahaha



Panaskan oven


Cucuk dengan lidi nak test daasak ke belum..

Wokeh...cantiks..
Semua masak cantik...
TAPIIIIII...
Baru perasan tinggi rendah..
Haaa...tupun sebab mak aku komen..
Kek aku ada yang penuh
Ada yang x penuh..
Heee.. Tapi yang penting
Mak aku cakap SEDAP..
Heeee