Tuesday 30 June 2020

DAGING KERBAU GORENG KUNYIT +KACANG PANJANG (PKPP COVID-19)

Sampai jer KL kakak kata lapar nak makan nasi
Masa singgah R&R Tapah beli roti kat Harold Bread..
Kakak beli cream horn
Langsung x sedap sebab cream dia kasar macam budak baru belajar buar butter cream(naper ek lately ni product Harold Bread dah x sedap macam sebelum ni..??)
Mak aku order Bakso..
Pun x sedap sebab sambal dia basi..
Maybe sambal sebelum PKP lagi kot🤣
Order air milo pun cayaq ceroi
Semua serba x kena
Malas nk complain
Sebab dorang dah lama cuti x buka R&R kot

 Balik rumah mak aku masak
Daging Kerbau Goreng Kunyit + Kacang Panjang
Daging Kerbau tu Pakcik yang belanjer
Pakcik dah siap potong & basuh dagibg kerbau tu
& siap frozen
Sampai KL daging dah mula defross & mak aku terus masak

 Nampak sedap giler
Tapi aku dah x berani nak langgar pantang
Tak berani lagi nak makan daging
Untuk aku mak aku goreng ikan dory
Tengok daging tu aku hanya telan air liur
Dah la daging kerbau
Payah nak jumpa tu
Sib baik Pakcik bagi banyak
Mak aku masak separuh & separuh lagi mak aku simpan kat freezer.
Kata mak aku nanti mata aku dah baik, mak aku masak daging kerbau tu untuk aku
Pakcik memang selalu beli daging kerbau
Terutama time raya
Sebab Pakcik orang Pahang
Orang Pahang lebih suka kerbau daripada lembu..
Betul ke..????


 Lauk Daging Kerbau Goreng Kunyit + Kacang Panjang ni special sebab guna Daging Kerbau & Kacang Panjang ni plak yang fresh dari pokok kebun
Achik petik kat belakang rumah Achik

 Pokok Kacang Panjang yang nenek tanam masa PKP kat rumah Achik
Berbuah lebat

 DAGING KERBAU GORENG KUNYIT + KACANG PANJANG

1/2 kg daging kerbau - potong kiub besar
(gaul dengam 1 sudu teh garam+1 sudu besar serbuk kunyit)
1/4 cawan minyak
15 batang kacang panjang-kerat 2cm
1 bawang besar-hiris
1 cili merah - hiris

1. Panaskan kuali
2.Masukkan daging kerbau yang sudah digaul garam + kunyit.
3.Masak hingga terbit air daging.
4. Tutup kuali & biar daging lembut. Jika perlu tambah sikit air supaya daging empuk
5. Bila daging lembut dan air hampir kering masukkan minyak.
6. Goreng daging sekejap jangan sampai garing supaya daging kekal juicy
7. Tambah bawang, cili & kacang panjang
8. Gaul rata & sesuaikan rasa


Mak aku cakap sayang bekas goreng daging tu sebab daging kerbau susah nak dapat
Mak aku diap gaul nasi dalam kuali bekas goreng daging tu..
Nampak sedap
Tapi aku hanya mampu tengok
Sambil makan nasi berlauk ikan goreng & membayangkan ikan goreng tu sebagai daging ketbau
😭



Sunday 28 June 2020

TERPERANGKAP TRAFFIC JAM & PENGAJARAN(PKPP-COVID 19)

3hari 3 malam balik Kedah,
Pagi-pagi lepas subuh hari Isnin gerak balik KL.
Kakak yang drive dari Kedah sampai KL

Terperangkap jam kat Seberang Prai
Sebab Isnin kan orang kerja
Gerak dari rumah Kedah pukul 6.15 pagi
7.15 lepas Tol Sungai Dua dah jam la
Sib baik lepas masuk Tol Juru jalan ok x jam dah.
Mak aku cakap ngan kakak nanti benti isi minyak kat Sungai Perak
Tapi masa sampai R&R Sungai Perak kakak kata minyak ada lagi untuk 170km.
Mak aku cakap xyah isi lagi sebab nanti nak benti sarapan kat
R&R Tapah
Target pukul 9.15 dah boleh sampai R&R Tapah
Dari Sungai Perak ke Tapah hanya 80km
Mak aku cakap malas nak benti sebab jalan pun clear xjem, so nanti jerlah isi minyak
Kakak pun teruskan drive


Lepas Terowong Menora....
Jammed x bergerak..
Tak tahu apa sebab
Ingatkan kejap jer sebab ada construction ke
Sekali dari pukul 8.45 sampai pukul 10 pagi baru dapat gerak beberapa ratus meter jer x smpai pun 1 km
Banyak jam x gerak langsung.
Selepas lebih 1 jam terperangkap dal jam x bergerak minyak dah susut tinggal 100km jer
Makin lama-makin turun sampai dah x sampai 100km
Semua panic
Kakak suggest off aircond
Maka berpanaslah walaupun buka tingkap tapi dah jam, angin pun xde bertiup
Tengah ngadap jam tu nampak 2 ambulance lalu, kereta polis 2,towing & truck askar lalu kat lorong kecemasan
Tak tau apa berlaku di depan sebab x nampak
Minyak makin menurun sampai dah naik simbul fuel warning!!!!
Mak aku cakap kalau sampai cukup 2 jam x gerak..
Kita susur lorong kecemasan & cari tempat selamat skit kita benti & biar dah habis jam baru kita gerak.. xdelah membazir minyak dalam jam & sempat la sampai petrol station
Kakak dah waze.
Kt depan dalam 2km lagi ada accident
Petrol station pun dah x jauh dalam 10 km ada kat R&R Simpang Pulai sebelum Tapah
Tapi mintak dah tinggal 60km.
Buatnya kalau dah x gerak-gerak langsung macam ni
Mau kering minyak ni
10km memang x jauh
Tapi kalau minyak kering dalam jam
Sapa nk gi beli
Plus Ronda pun xleh bantu sebab memang jam teruks..!!!


Dekat 2 jam terperangkap
Nampak dah boleh gerak perlahan-lahan
Dah mula nampak lampu kecemasan di depan dalam 1/2 km
Bergerak macam siput khinzir
Dah la panas x on air cond


Malam tengok berita kat TV rupanya sebab kemalangan tu memang PLUS sesak hingga lewat petang
Pukul 5.30 petang pun kerja-kerja mebgalihkan treller & sisa besi belum siap hingga PLUS kena buka lauluan kontra
Huh, rupanya kami bernasib baik kerana masa tu kemalangan tu baru jer berlaku pkul 9.00 pagi.
Maknanya hanya beberapa minit di hadapan kami.
Walaupun memang terperangkap juga 2 jam tapi kenderaan dibelakang terpaksa berjam lagi lama.
االله telah menyelamatkan kami daripada terperangkap lebih lama..
Paling bersyukur, bila minyak kereta x sempat kering
& kami sempat sampai stesen minyak Simpang Pulai dengan selamat
Moral of the story...
Jangan tiru aksi malas benti isi minyak..!!

Saturday 27 June 2020

NENEK ACCIDENT, AQIL BERSUNAT(PKPP-COVID 19)

Khamis malam Jumaat mak aku dah deside nak balik kampung kerana nenek accident
Acik cakap xyah balik sebab xdelah serius sangat.
Tapi memang berjahit lah




Nenek sedang menerima rawatan
Bibir nenek terbelah & kena 13 jahitan

 Kata Achik, nenek x warded pun, tapi memang berjahitlah luka


Selain berjahit mulut
Gigi juga patah
Mak aku plak berbelah bahagi nak balik ke tak balik sebab belum apply cuti
Malam suruh kakak dulu balik naik bas
Khamis malam mak aku soh kemas nak balik kampung  sebab dah dapat cuti
Jumaat pagi sebelum subuh lagi dah bertolak
Plan nk singgah solat subuh kat Rawang
Tapi surau tutup
Terus gerak ke Tanjung Malim

 Solat kat pondok jer sebab sama kes juga surau tutup
Pondok nipu dikelilingi pita larangan menggunakan pondok ni
Tapi semu pengguna pun dah terpaksa langgar peraturan
Dah la hujna lebat sejak aeL
1 pondok untuk lelaki
1 pondok permpuan
Semua solat open air
Dengan sejadah yang basah berair kerana tempias hujan lebat

 Sepanjang laluan hujan
Dari KL sampai Perak memang hujan

Singgah RTC Simpang Pulai
Masuk Mydin dah macam penyangak jer

 Mak aku bak beli radio kecik
Untuk guna kat kampung sambil masak
Beli la ssbuah radio


 Dalam Mydin sunyi sepi
Customer hanya 2 orang
Aku ngan mak aku
Memang xde customer lain
Tetiba rasa bangga lak
Macam orang kaya jer
Kalau orang kaya boleh jer re
arakan suruh tutup mall bebwrapa jam supaya mereka boleh shoping tapa gangguan

 Lepas beli barang
Singgaj siniiiii

 Harold Bread la


 Beli take ayway jer

 Singgaj R&R Sungai Perak
Mak ku nak makan nasi lemak
Tengok lah pic malk aku snap
Kepala pun beh hilang oooo🤣

 Pukul 1.30 sampai umH Achik
Ada lauk fav la

ac-
Macam2 lauk

Jom makan
Nenek dah makan dulu sebab nak makan ubat
Lagipun nenek kena pantang la makan

 Selain balik tengok nenekyang accident

Melawat juga Aqil

Semoga Aqil cepat sembuh sebelum bsrakhir PKPP & sebelum sekolah dibuka






Thursday 25 June 2020

AYAM KUKUS HALIA (PKPP COVID 19)

Pagi-pagi mak aku dah masak 2 lauk
1 lauk ikan untuk aku yang masih berpantang makanan gatal
1 lauk untuk bekal abang
Ni citer bekal abang dulu la

Untuk abang, mak aku masak
Ayam Kukus Halia
Buat bekal abang
Mak aku cakap masak Ayam Kukus Halia sebab  kesuntukan masa
Nak gi kerja
Aku dah cakap xyah masak nanti aku na makan la roti bakar, sebab aku x tahu nk masak lauk apa yang boleh makan supaya mata x bengkak.
Tapi mak aku masak juga lauk asing-asing untuk aku ngan abang

AYAM KUKUS HALIA
5 ketul ayam
1 ketul halia muda- hiris halus
1/4 carrot-hiris halus memanjang
1/2 bawang holland-hiris
3 bawang putih
5 cili padi merah vietnam-hiris halus
1 tangkai daun bawang & daun sup
1/2 kiub ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu kicap manis

1. Ayam digaul dengan semua bahan.
2.Tidak perlu  masukan air kerana nanti ayam akan keluarkan jusnya
3. Panasaan kukusan hingga mendisih
4. Masukkan ayam ke dalam bekas tahan panas & kukus 20 minit hingga ayam masak & keluar kuahnya


Ayam diperap dengan semua bahan
Tidak perlu tambah air kerana nanti ayam memang akan berair menghasilkan kuah sendiri

Panaskan kukusan


Masukkan ayam dalam bekas tahan panas

Kukus 20-30 minit

Bekal abang
Nasi Putih
Telur dadar
Ayam Kukus Halia

Wednesday 24 June 2020

KE HUKM LAGIIII... (PKPP COVOD 19)

Semalam nyer cerita
23 Jun 2020(Selasa)
Ke HUKM lagi
Untuk kali ke-6 dalam bulan Jun ni sahaja
Untuk appointment kat Unit Aftalmologi a.k.a Eye Care unit.. Masih follow up about CHALAZION. kat sini



 Pukul 8.00 pagi dah sampai depan main lobby waLupun appointment aku pukul 9.00 pagi. Parking pun banyak lagi kosong masa sampai pukul 7.50 tadi tu
Dari parking terus menapak naik tangga ke lobby A ni
Sib baik hari dah x seramai minggu lepas
Minggu lepas, sebab terlalu ramai, hanya patient yang di benarkan masuk. Waris x boleh masuk, hanya tunggu kat luar lobby.
Hari ni, polis bantuan x larang pun
So, masuk jer lah
Maybe sebab hari ni x ramai sangat


 Lagi pun sejak diperkenalkan pendaftaran melalui QR Code scan ni memang dah laju dah proses pendaftaran
Setiap tiang tu ada jer QR code tu
Boleh scan


Lepas scan & isi maklumat  & bila dah LULUS boleh tunjukkan kepada polis bantuan tu 
Tunggu jap untuk polis tu amik suhu badan & terus tambah dalam maklumat tu
Than, boleh terus masuk..
Kalau sebelum ada QR code tu memang line up panjang laaaaa
Now dah isi
Amik suhu,
Sent..
Dah boleh terus masuk
Ops, jangan lupa hand sanitizer


 Mata aku dah nampak surut skit dah bengkaknya nk banding masa 4 Jun tu
Dah sampai Unit Aftalmology
Elok-elok lepas jer snap pic ni
Staff dia arahkan semua yang bjkan patient sulaya tunggu kat luar
Hanya patient boleh duduk dalam ni


Nombor 1001 lagi
Maknya aku 1st patient untuk Bilik 1
Mana x dapat nombor 1
Appointment pukul 9..
Ni baru 8. 27 dah siap daftat kad
Dalam 8.45 camtu nama aku dah dipanggil
Ada 5 doc dalam bilik tu.
Doc yang sama dengan hari Jumaat lepas
Lepas doc dah check mata
Dah picit-picit mata aku
Doc cakap masih x boleh surgery
Coz biji chalazion tu masih keras
Walaupun bengkak dah surut tapi chazion tu still keras & kelopak mata aku x boleh nak kelebek🤭(lipat la)
Doc cakap kena tunggu lagi
Itupun kalau chalazion tu dah lembut la
Kena lagi kerap tuam dengan sudu panas & kerap syampu bulu mata
Pastu doc cakap sebab dah banyak makan antibiotic, minggu ni doc akan tukar ubat lain plak
Lama jugak la doc chek up
Sambil tu semua berbual dengan aku dah macam kawan-kawan
Sampai doc & staff dah boleh cam
(Actually aku rasa, dorang cam kat mata aku ni la.. Lain dari orang lain🤣)
Selama 6x appointment ni walaupun yang datang kat eye care ni ramaj juga yang ada masalah chalazion
Tapi hanya mata aku jer yang besar bengkaknya lain dari yang lain
Patient lain hanya ada benjol kecik jer Kt kelopak mata.
Pastu doc bagi tarikh untuk next appointment..
Hmmm....minggu dapan plak


 Gi plak farmacy
Kena tunggu lagi 14 orang
 Dalam pukul 10 dah settle


Hanya 2 jenis ubat kali ni
Betul la doc kata minggu ni tukar ubat
Dah xde lagi dah antibiotic yang x sedap tu
(🤭macam la ubat yang ni sedap)


Sebelum keluar...
Heee dah jadi rutin plak
Datang HUKM mesti nak singgah sini
Kalau dulu suka singgah Koperasi HUKM
Sebab banyak makanan sedap dijual kat situ
Tapi now dah macam x best dah
Best plak port baru ni


 Borong la jugak beberapa makanan
Bun.. kek... air...
Ni tengah ushar nigiri

 Semua nampak sedap


 Dah.. dah...
Jom bayar...
Next appointment minggu depan plak
Jom balik

KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS (PKPP - COVID 19)

Teringin nak makan kuih
Sejak berpantang makan kerana mata bengkak ni dah jarang makan sebarangan
Tengok mak aku goreng keropok lekor
Aku x berani makan takut kena ikan yg gatal.. Nak makan roti & biskut dah rasa puas dah makan sejak PKP hari tu
Nak makan maggi, mak aku cakap takut perencahnya ada udang ke, bilis ke
Kang bengkak merah lagi mata ni kang
Mak aku pun dah jarang buat kuih untuk minum petang

Tapi weekend baru ni mak aku masak Kuih Bengkang

Bengkang Tepung Beras kata mak aku
Mak aku cakap aku boleh makan sebab x risau takut ada benda yang allergy bagai
Mak aku kata hanya guna tepung beras, santan, gula & garam jer
Takde telur, seafood bagai

Pagi-pagi lagi mak aku dah masak kuih bengkang ni
Mak aku cakap kalau nk makan petang kena masak pagi
Kalau nk makan pagi kena masak sejak malam
Supaya kalau nak potong kuih ni kena biar beberapa jam lepas dimasak supaya kuih  beku & cantik

KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS
1mangkuk besar tepung beras
3 mangkuk besar santan
1/2 mangkuk gula putih
1/2 sudu teh garam halus

1. Siapkan semua bahan. Sapu loyang pembakar kuih dengan sikit minyak.
2. Bancuh tepung beras, santan, gula & garam hingga sebati & tidak bergentel.
3.  Masukkan kedalam periuk @ kuali & teru kacau tanpa henti hingga adunan pekat & meletup-letup
4. Tuangkan semua adunan yang dimasak itu kedalam loyang yang disapu minyak
5. Ratakan & bakar dalam oven yang sudah dilanaskan 190° api atas & bawah
6.Bakar selama 1 jam.
7. Setkan pula api atas sahaja & tambah masa menbakar lagi 20 minit supaya permukaan kuih berkerak garing
8. Biar sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebwlum potong supaya kuih beku & cantik


Mula-mula kacau  memang cair jer



Lama+lama dikacau, adunan makin pekat  dan likat


Adunan yang likat tadi dituangkan kedalam loyang yang sudah disapu minyak.
(syyyy... nampak petai.. 🤭🤭🤭)


Mak aku cakap kalau cara nenek, kena bakar dengan dapur kayu & bahagian atas nya ditutup dengan sekeping zink & letak sabut yang berasap atasnya.
Aku pernah tengok nenek masak kuih bengkang macam tu masa sekolah rendah dulu..
Nenek akan alas loyang tu dengan daun pisang & bahagian atas kuih juga ditutup dengan daun pisang.
Nenek kata supaya bila kuih dibakar, daun pisang juga akan melindungi kuih dsripada terhangus & meninggalkan bau harum pada kuih.
Mak aku cakap nenek buat macam tu sebab dapur kayu dan sabut tu mana boleh nak adjust temperaturenya macam oven..
So, kalau apinya terkuat, xdelah kuih bengkang hangus sebab daun pisang melindunginya..


Periuk bekas kacau adunan tepubg tadi.
Mak aku soh aku kikis & makan
Sisa-sisa adunan kuih ni mak aku cakap
Kalau dulu mak aku ngan achik akan berebut makan
Heeee.... aku x rasa la plak  nk makan
Heee..x sopan anak dara nak makan dalam periuk tu kan
Nanti nenek marah😁

Kuih Bengkang sedang dibakar


Kuih bengkang ni masa baru dikeluarkan dari oven memang nampak lembik & tergedik-gedik macam kera kena belacan
🤣Haaaaperibasa tu..
Seperti Kera Kena Belacan.
Tapi aku x gediks
Aku sopan🤭🤭🤭🤭


Betul la..
Masa kuih ni baru masak
Bila goyang bekas tu
Kuih bengkang bergerak-gerak


Kena biar hingga ssjuk supaya kuih senang dipotong & cantik kuihnya


Tapi belum betul-betul sejuk mak aku dah potong
Haaa.. Bukam aku yang x sabar
Tapi mak aku x tak sabar



Mak aku cakap dah x sabar nak makan sebab bau dia sedap


Haaaa.. Ni kuih dah sejuk
Barulah smooth jerk potong & nampak licin lebih kemas
Cuma top dia mak aku cakap terover garing keraknya