Thursday, 2 November 2017

PISANG REBUS CICAH KELAPA vs KOPI O PANAS

Pisang Rebus Cicah Kelapa vs Kopi O Pans
Apa ke panjang nau nama dia
Hahahaa...memang la panjang sebab ada 3 in 1
Pisang Rebus
Kelapa untukj cicah
Kopi O Panas


Pisang Rebus ni mak hari Ahad nyer citer
Mak aku cakap Pisang Rebus ni makanan nostalgia pra merdeka
Haaa...tetiba lak semangat patriotik
Kata mak aku Pisang rebus ni pun makanan penyambung nyawa zaman Jepang
Haaa..Jepun la...Jepang tu bahasa Indon
Biasanya kalau sebut Zaman Jepun ...Ubi Kayu jer yang dikaitkan
Kata mak aku Pisang Rebus ni sedara mara ngan Ubi Kayu Rebus dan Keledek Rebus juga la
Cuma Ubi Kayu lebih fofuler sebab lebih senang ditanam dan lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding Pisang
Tapi mak aku juga bagitau yang pokok pisang juga senonim dengan zaman Jepun
Sebabnya duit yang digunakan zaman tu bergambar pokok pisang hingga dipanggil DUIT POKOK PISANG
Ye lah..betul lah..
dalam buku sejarah kan adaaaaa...!
Mak aku cakap dolu kat umah nenek ada banyak DUIT POKOK PISANG ni
Tapi dah dicuri orang
Ish3....kalau tidak..
Hmmm...kaya dah nenek
Kah..kah..kah...



Pisang Rebus ni mak aku kata lebih sesuai guna pisang yang belum masak tapi dah hampir masak
Isinya masih ketas sesuai la nak rebus..
Kalau dah .masak mak aku cakap isinya akan lembik..



Yang ni Pisang Nangka Rebus
Cicah Kelapa + garam sikit


Nak bg nampak vogue skit huas la elok- elok..
Tapi kena biar sejuk sikit bari isi pisang tu pejal...
Hmmm...pejal tu apa?
Pejal tu pafat la...
Pastu kna minum ngan Kopi O baru ngam...



Kena dengan kelapa lemak- lemak masin..
Mmmm
Tapi aku cakap jer mmmm..
Aku x minat sangat Pisang Rebus
Mak aku jer



Pisang Rebus
Mak aku cakap just amik pisang dan potong dua2 pangkal dan tangkainya supaya kemas..
Isi dalam periuk + air separas pisang
Bila mendidih + sikit garam..
Kalau pisang sudah empuk..kulitnya akan merekah..
So boleh buang air rebusannya dan boleh dihidangkan bersama melapa parut + garam...


Tapi versi yang nj mak aku just kukus..
Tapi mak aku cakap yang rebus lagi sedap sebab boleb letak varam dalam air rebusannnya dan isi pisang lebih sedap..


** Mak aku kata kalau guna  pisang yang dah masak rasanya masam  manis tetapi isinya akan lembik.
     Kalau guna pisang yang masih hijau keras lagi...rasanya lemak-lemak macam ubi kayu.
     Kalau guna pisang yang baru sikit-sikit kuningnya rasanya lebih sedap

2 comments:

  1. teringat kat mak ,
    mak pon suka msk pisang rebus ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...
      nampaknya mak- mak kita gang nih...
      Kiter x gang sebab kita x minat pisang rebus..kiter lagi suker pisang goreng

      Delete