Sunday 31 March 2024

SAMBAL TEMPE,CHICKEN POPCORN,SAYUR TAUGEH HIJAU,PUDING CAREMEL,HONEYDEW,KOPI ZUS & AIR TEBU

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke -20 dah hari ni..


Juadah kami beriftar semalam..Ramadhan ke 19


Sambal tempe,bilis dan petai..
Ni la lauk booster semalam..
Rasa sedap sangat..hihihihi


SAMBAL TEMPE BILIS&PETAI

2 keping tempe baru- dadu
1 cawan ikan bilis bersih
1 cawan isi petai
Minyak,garam,gula,perasa

Bahan Blend Kasar:
5 cili merah 
5 cili padi merah
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Panaskan minyak.
Goreng tempe hingga garing Ketepikan..Goreng ikan bilis dan ketepikan

2. Tumis bahan blend hingga naik minyak..Perisakan .

3.Masukkan bilis,tempe dan petai..
Gaul rata dan sesuaikan rasa.



Goreng chicken popcorn sebagai lauk tambahan..



Juga saya masak Sayur Taugeh Hijau Tumis Bawang Putih..
Saya suka sayur taugeh hijau ni walaupun kena kunyah lama sebab berserat...



Juga masak Puding Caremel.



Buah Tembikai Susu Kuning.



Cella. punya minuman...Air apa entah dia beli kat Zus Coffee


Saya minum Air Tebu...


Saturday 30 March 2024

AYAM PANGGANG KEWPEI KA,SAMBAL PETAI BILIS,SAYUR BAYAM & TEMBIKAI

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 19..Ramadhan hanya berbaki 10 hari sahaja lagi...huhuhu Rasa pantasnya Ramdhan kali ini..


Iftar kami semalam ..Jumaat
Hari ke 18 puasa.Update blog sambil dalam kereta saja ni sesambil tunggu depa beli kopis Zus 


Ayam Kewpei Air Fryer KA ni dok melintas wall sana sini kan..
Kita pun terjebak lantaran dsh tiada idea nak masak ayam..Sementelah semua bahan memang ada..



Ayam 6 ketul 
- Sos kewpei
- Serbuk lada hitam
- Sos Tiram
- Mix herb
- Minyak masak

Gaul semua & perap 1 jam..Kemudian panggang dalam air fyer 30 minit suhu 200°
( Tapi lepas 30 minit saya balikkan ayam dan panggang lagi 20 minit suhu 180°


Sambal Bilis Petai..


Saya masak guna cili merah segar + cili oadi merah




Sayur Bayam Malaysia..Dah berapa hari masak sayur bayam Cina..Ni kita makan pula sayur bayam Melayu.


Pemanis  mulut...Tembikai Black Beuty lagi


Minuaman....
Minuman yogurt mangga..
Air kosong...


Friday 29 March 2024

PASTA BAWANG PUTIH,BUAH MELAKA & AIR TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 18

Juadah iftar saya dua beranak bersama Cella semalam 17 Ramadhan...


Pasta Bawang Putih.
Masak bodo bodo je  untuk berdua. beranak menjelang waktu berbuka..
Cella minta gorengkan chicken popcorn nak makan dengan pasta

PASTA BAWANG PUTIH

¼ pack/secekak pasta( saya guna spaghetti)

½ labu bawang putih( dadu halus)

2 biji tomato masak merah- cincang

3 biji cili padi merah Bangladesh- cincang

Sayur broccoli & beberapa kaki cendawan

1 kiub ayam

minyak & serbuk lada hitam


1. Jerang air untuk rebus pasta.

2. Sementara itu panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga keemasan. Angkat bawang putih bersama sedikit minyaknya.

( sementara itu rebus pasta dalam air mendidih hingga sedikit lembut anggaran 4 minit)

3. Panaskan baki minyak bawang putih dan tumis cili padi cincang hingga harum.

4. Masukkan tomato cincang dan masak hingga tomato lembut.Masukkan cendawan dan broccolli.Tambahkan kiub ayam.

5. Kaut pasta dari air mendidih dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Masak seminit dua mengikut kelembutan yang disukai.Sesuaikan rasa.

7. Bila hidang tahurkan juga bawang putih goreng radi dan renjiskan minyak bawang putih atas pasta

Saya juga sempat menggentel Kuih Buah Melaka katika jam sudah menunjukkan pukul 7 malam...
Sap sup sap...Alhamdulillah sempat siap sejenis kuih habuan moreh lepas terawikh...Moreh kat rumah je lah...Terawikh pun kat rumah...hihihi


Air Tembikai Black Beuty lagi...Sebiji buah tembikai black beuty kat rumah ni boleh bertahan 4 hari makanšŸ¤­


Sabtu Ahad mengambil peluang menyiapkan tempahan cookies secara kecil kecilan...



Cuti Nuzul Al Qur 'an semalam meyemprot Biskut Samprit Dahlia..
In shaa Allah weekend nanti boleh lah sehari buat mazola dan sehari lagi buat tart nanas..
Minggu depan dah boleh edarkan kepada rakan rakan ...
Tidak banyak pun kerana saya hanya dapat buat weekend sahaja.Kudrat tidak lagi segagah dulu boleh buat lepas terawikh hiingga menjelang sahur.Sekarang hanya buat weekend sahaja sekadar yang mampu .Itupun hanya weekend sah



Thursday 28 March 2024

BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN TIMUR TENGAH @ ORCHID RESTAURANT


 Salam Ramdhan 1445 memasuki hari ke 17..bersamaan Nuzul Al- Qur'an 


Iftar semalam 16 Ramdhan  @ Orchid Restaurant kat Jalan Yap Kuan Seng...tak jauh dari KLCC tu.
Tempat kerja kami mendapat jemputan berbuka puasa  daripada Puan Ana Norhana iaitu isteri / pemilik restoran ini.
Rezeki malam Nuzul Al-Qur'an dapaat tajaan berbuka dari pemilik restoran ini.Bukan sahaja untuk semua staf tempat kerja tapi boleh bawa ahli kerluarga  juga.


Saya sampai dalam pukul 7 malam bersama Lin,Ruru & Syahir.Orang lain semua bersama family..Kami berempat carpool kereta Lin sebab kami tak bawa family..


Cella taknak ikut sebab dia ada iftar bersama Anak Anak Selangor @ UPM..Padahal dia anak jati KLšŸ¤­..Takda negeri sendiri..dia tumpang negeri jiranšŸ¤£



Parkir luas tepi restoran ni yang berhadapan  Crown Plaza dan bersebelahan bangunan PTPTN

Kami ditempatkan di tingkat satu.Tingkat bawah dah penuh dengan pelanggan foreigner.Nampak wajah wajah keAraban & ka Matsalehan semua..Mungkin mereka sudah membuat tempahan awal agaknya..




Lin..Ruru,Syahir & saya.Kami geng tak bawa keluarga.
Oleh kerana kami di tingkat satu..maka kena turun tingkat bawah untuk ambil makanan buffet.


            Pic Orchid Restaurent Group
Restoran Orchid ni menawarkan hidangan Timur Tengah ( kalau tak salah dari Yemen)..



Rasa la macam beriftar kat Timur Tengah bila bersama mereka mengambil makananšŸ¤­




Antara manisan Timur Tengah..
Saya mencuba kunafa,Basbousa dan puding yang putih tu.Saya ada jamah piding tu rasa bersusu tapi saya tak boleh telan kerana puding tu beraroma jamine.Syahir kata sedap pada tekak dia kerana dia peminat jasmine green tea.Saya kalau bunga jasmin saya suka..green tea pun ok tapi kalau + dua tu saya tak bokeh telan.. Sama macam durian saya makan,wajik saya makan tapi kalau + dua dia tu cannot go...hihihi..

Manisan  kunafa memang menjadi tumpuan

Video menu dari Ruru..Ni masa kami baru lepas solat maghrib.ruang buffet dah lengang bokeh la rakan video..tapi dah tak banyak makanan yang berbaki



Pinggan saya..
Aneka makanan timur tengah..


Ambil humus tapi tak ambil roti pita...hihihi..Sebelah humus yang ada kacang kuda dekat popia tu tak tau apa nama dia..Rasanya masam dan berempah.Popia isi ayam


Kunafa,..basbousa & apa nama entah yang macam cekodok sira sirap tu..Manis melekat tu memang tradmark manisan timur tengah kan..


Meja kami berempat menjelang azan...hihihi


Yang nak bershisya boleh try...hihihi
Port shisya ni depan surau restoran..


Bergambar dengan tokey Orchid Restaurent...Puan Ana Norhana.
 yang berjubah hitam tudung gold tu. Yang belah kanan tu dua orang puterinya.Little princess yang pakai gown pink tu memang asyik kena picit pipinya dengan kami..geram tengok comel berwajah Arab ikut belah bapanya la kot..comel sungguh .
Terima kasib Puan Ana Norhana dan suami yang bermurah hati jemput dan belanja  kami semua.Semoga Allah limpahkan lagi rezeki dan barokah atas kemurahan hati puan dan suamišŸ¤²
Pada yang nak tengok menu buffet & suasana Orchid Restaurent yang lebih jelas bolehKLICK SINI
Harga yang ditawarkan juga sangat sangat berbaloi ..boleh rujuk link tu.

Malam dah menghampiri pukul 9 malam...moh la beransur


Dah malam penuh lampu baru nampak rupanya dekat dengan bangunan PTPTN juga..Haaa...siap yang belum bayar hutang PTPTN..sila bayaršŸ¤£
Heeee....


Wednesday 27 March 2024

ASAM PEDAS SARDIN,SAYUR BROCCOLLI,AYAM POPCORN,PUDING KAK MEL & AIR TEMBIKAI BLACK BEUTY

Salam Ramdhan 1445 memasuki hari ke 16..

Lauk pauk untuk iftar semalam..15 Ramdhan..


Asam Pedas Ikan Kurung..ikan sardin mackerel tinšŸ¤­
Sebenarnya ni masakan recycle..
Semalamnya tu masak sambal sardin tauhu.Tauhunya habis..Ikan mackerel tu 3 ketul besar besar tu langsung tak berusik.Saya simpan dalam peti ais dan recycle masak pulak asam pedas...Pun masih berbaki seketul...Rasanya berakhir rezeki cik tong juga tu..Nak masak nasi goreng pun semua pakat taknak sahur berat.Pakat makan roti bakar berselang cereal + susu ja sepanjang puasa ni.



ASAM PEDAS SARDIN...
1 tin sedang sardin
5 batang bendi(kalau ada stok)
Saya ganti 2 biji buah tomato
 belah 4
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 tangkai daun kesum( kalau ada stok)
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting &rebus
1 bawang besar
2 bawang putih
2hiris lengkuas
1 batang serai
1 sudu belacan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak..

2. Masukkan air asam jawa dan perisakan dengan garam & secubit gula.Biar mendidih

3. Masukkan bendi/ tomato dan sardin bersama sosnya..Masukkan juga daun kesum

4. Masak dengan api perlahan beberapa minit & sesuaikan rasa.


Sayur Broccoli dengan Cendawan.


SAYUR BROCCOLI DENGAN CENDAWAN
1 labu broccoli
10 cendawan shitake segar
2 cili kering
1 labu bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung ubi
Minyak,gula,garam,air

1. Ceraikan broccoli ikut tangkainya.Rebus dalam air + sikit garam  hingga masak.Angkat dan susun dalam pingganRebua pula cendawan dan susun atas broccoli.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih yang didadu halus hingga keemasan.Ketepikan.

3. Tinggalkan minyak bawang dalam kuali anggaran 2 sudu.Masukkan cili kering  & tuangkan sos tiram dan ½ cawan air.Perisakan.
Pekatkan dengan bancuhan tepung ubi.

4. Siram kuah atas sayuran yang dah direbus...



Ayam popcorn goreng...sebagai ganti ayam goreng..hihihi


Tiga lauk iftar semalam..
Iftar tiga beranak..Anak jantan tu balik kerja awal berbuka kat rumah.
Cella juga habis kuliah terus balik iftar kat rumah..



Jus tembikai..
Saya guna ¼ buah tembikai Black Beuty...Sudah jatuh chenta sama tembikai black beuty ni...Warnanya merah cantik.



Puding. Koktel  Kuah Kastad...
Pemberian Kak Mel semalam..
Kak Mel kawan sekerja yang dah 2 tahun bersara ...

Tapi semalam Kak Mel bagi puding  ni.Ceritanya semalam  salah seorang rakan sekerja kami,Puan Isma yang tinggal kat Nilai...kematian suaminya secara mengejut..Dapat berita daripada group rasmi pukul 4.30 pagi.Kami semua familiar dengan suami Puan Isma sebab setiap hari beliau hantar dan jemput Puan Isma kat tempat kerja ni kwrana Puan Isma tidak pandai memandu.Menunggu Pn Isma dalam kereta atau kadang nampak kat pondok jaga.
Baru petang semalamnya nampak beliau jemput Pn Isma balik kerja...Waktu sahur dapat khabar dah tiada.
Menurut Pn Isma,lepas terawikh suaminya cakap panas & terus masuk bilik air...Tapi sehingga pukul 1 pagi tidak juga keluar.Dipanggil tidak menyahut tapi shower terpasang.Bila jenjiran datang pecahkan pintu ..rupanya dah arwah dengan masih berkain pelikat dan menurut doktor mungkin sudah meninggal 1 hingga 2 jam..
Al- Fatihah untuk En Mohd Sabri..


Saya bersama K.Mudz,Rini & K.Zam mohon kebenaran keluar awal untuk ziarah.Walaupun maklum,jenazah akan dikebumikan sebelum zohor ,namun kami tetap pergi sebagai tanda simpati dan memberi sokongan moral kepada Pn Isma.

Kak Mel ada call saya bertanya jika saya nak pergi ziarah,Kak Mel nak tumpang juga,Saya pick up Kal Mel kat rumahnya..Tu yang dapat puding ni.Bukan saya sorang ja dapat.Semua kami berempat dapat sorang sebungkus.Tq Kak Mel...


Tuesday 26 March 2024

SAMBAL TAUHU DENGAN SARDIN,AYAM GORENG,SAYUR SAWI KERITING & JUS TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 15 dah...Hanya tinggal kurang lebih 2 minggu sahaja lagi Ramadhan akan bersama kita.


Juadah iftar semalam...14 Ramadhan



Masak Sambal tauhu Bersama Sardin.
Antara lauk yang dah banyak kali saya masak sepanjang tahun ni tapi sekali pun belum pernah post..
Rasanya dah 5,6 kali dah masak & memang habis..kecuali sardin akan berakhir dengan jadi nasi goreng..hihihi
Lauk ni sedap sangat pada tekak saya..dengan syarat kena guna tauhu yang fresh.
Hari tu ada sekali masak kena tauhu yang ada sikit sahaja baunya pun terus spoil.
Saya jarang beli tauhu untuk masak sebagai lauk.Kalau beli kat pasar basah memang tauhu elok ja tapi hanya weekend ja la kan ada masa nak ke pasar.Kalau kat pasaraya dekat rumah saya ni tauhunya jenis lambak penuh dalam bekas berisi air...Saya tak lalu nak beli kat situ sebab memang selalu nampak ramai pelanggan dan pekerja juga yang dok basuh tangan dalam bekas rendaman tauhu tu..Geli la wei..!
Kalau tak nampak tu lain la..ni memang nampak lepas depa pegang ikan ayam bagai pastu pi celup tangan dalam bekas tauhu..adoiiii..
Beberapa kali kebelakangan ni kalau ke pasaraya dekat dengan tempat kerja,saya beli tauhu sebab depa dah pack siap siap 5 keping ..tiada lah kes basuh tangan kotor dalam air tahu tu...Yang kita tak nampak masa depa bungkus dan sediakn tauhu tu  lain kira la kan...hihihi


SAMBAL TAHU DENGAN SARDIN
1 tin sedang sardin mackerel
4 keping tahu keras- potong 4
1 asam keping
garam,gula,minyak

Naha blend:
5 cili merah
5 cili kering
1 bawang besar
3 nbawang putih

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.Ketepikan

2. Tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,garam,sedikit gula dan sardin bersama sosnya.

3. Masak hingga pecah minyak dan sesuaikan rasa.

* Saya lupa masukkan asam keping,jadi sebelum angkat saya perahkan limau kasturi


Sayur Kailan Kerinting .


Ni 1st time saya masak sayur kailan kerinting ni...
Asalnya saya ingatkan ni sayur 
" Sawi Kerinting" tapi bila Google Sawi Kerinting gambarnya lain sikit..
Saya guna google lens tengok rupanya ni " Kailan Kerinting,"  Pada tekak saya ianya agak keras.Batang pelepahnya saya buang.Hanya lurut ambil daunnya sahaja.Mungkin cara masak saya tak sesuai..hanya tumis bawang putih dan bilis halus..Mungkin kalau masak tumis ikan masin lagi sesuai kot..




Ayam goreng...4 ketoi ja...2 drumstick 2 wings
Tak cantik kejadiannya kerana saya kelar kelar nak bagi cepat masak


Jus Tembikai Black Beuty.
hari ru ak dah tanya ..." beli tembikai dak?"
Saya hanya blend isi tembikai bersama beberapa kiub ais...Tak campur air pun...
Tapi dalam gelas saya letak ais banyak banyak..



Sangat menyegarkan dengan haruman pudina memberi kesan sejuk dan berangin.