Hari Khamis nampak noti masuk kat phone kata ada parcel akan sampai sekejap lagi..Kita pula masih ditempat kerja..Sebelum tu adah ada call bgtau hari ni 2 parcel dia akan sampai.Dia beli baju raya tapi pos keKL
Bila balik amik parcel tu kat grill pegang pegang rasa macam kain..Ingatkan baju raya Adah la.. Terus saya simpan atas katil dalam bilik Adah. Sekali dah waktu nak berbuka,Adah call bgtau parcel baju dia ada kat atas pintu...Staf J&T letak atas pintu.
Eh,tadi tu baju siapa?Baru terfikir nak tengok parcel siapa..Parcel Cella agaknya..
Eh,rupanya parcel dari Lahad Datu..Belum buka lagi dah terhidu bau wamgi macam kat kedai dobi..
Banyaknya kiriman daripada Cikgu Amie...
Eh,hanya berselang sehari sahaja dah sampai..Laju betul GDex buat kerja..
Case bersulam dari Sarajevo...
Keychai negara Bosnia Herzegovina & magnet fridge Ohrid
Sekotak oleh oleh dari Turkeye agaknya...kerana baklava antara tradmark Turkeye kan....
Nampak ja baklava terus terkam dan buka...
Sejujurnya masa Cikgu Amie tulis,antara negara yang beliau lawati ialah Turkeye
Walau suara garau dan paling tak suka dengar suara sendiri yang dirakam ...tapi up jugak
Kaftan ni la yang wangi hingga baunya menerobos keluar dari bungkusan..Hingga kini baunya masih kekal harum dan segar.Tak tau sama ada memang masa cikgu Amie beli memang bau harum macam tu atau adakah Cikgu Amie basuh dan rendam pewangi sebelum pos?🤭
Saya sangat suka bau dia
Sejak PKP ,ni dah tak tau kalii keberapa dah ni bingkisan dari LD untuk saya..
Eh,kali ni pun masih tersenarai top komentor.Bukan apa..kalau ke blog cikgu Amie saya suka kerana selain gambar gambar yang menarik...perkongsian jelajah dunia dan juga banyak info info menarik.Eh,tidak balik tangan kosong,ada sahaja idea Cikgu Amie nak berkongsi rezeki..Top komentor lah...teka destinasi percutian beliau dan juga teka berat buah mangga adalah antara cara Cikgu Amie berkongsi rezeki..
Alhamdulillah kiriman kecil dari LD dah sampai.
ReplyDeleteSebenarnya saya sembur sedikit minyak wangi White Rose yang sempat saya beli di Bulgaria. Nak kongsi aroma jalan-jalan ke negeri sejuk hihihiii.
Wow…lumayan kiriman dari LD. Tahniah 👏🏽
ReplyDeleteSiap dapat baklava. Istimewa sungguh ni.
Tahniah..kita dapat jugak Baklava yang sama macam akak...
ReplyDelete