Thursday, 28 March 2024

BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN TIMUR TENGAH @ ORCHID RESTAURANT


 Salam Ramdhan 1445 memasuki hari ke 17..bersamaan Nuzul Al- Qur'an 


Iftar semalam 16 Ramdhan  @ Orchid Restaurant kat Jalan Yap Kuan Seng...tak jauh dari KLCC tu.
Tempat kerja kami mendapat jemputan berbuka puasa  daripada Puan Ana Norhana iaitu isteri / pemilik restoran ini.
Rezeki malam Nuzul Al-Qur'an dapaat tajaan berbuka dari pemilik restoran ini.Bukan sahaja untuk semua staf tempat kerja tapi boleh bawa ahli kerluarga  juga.


Saya sampai dalam pukul 7 malam bersama Lin,Ruru & Syahir.Orang lain semua bersama family..Kami berempat carpool kereta Lin sebab kami tak bawa family..


Cella taknak ikut sebab dia ada iftar bersama Anak Anak Selangor @ UPM..Padahal dia anak jati KL🤭..Takda negeri sendiri..dia tumpang negeri jiran🤣



Parkir luas tepi restoran ni yang berhadapan  Crown Plaza dan bersebelahan bangunan PTPTN

Kami ditempatkan di tingkat satu.Tingkat bawah dah penuh dengan pelanggan foreigner.Nampak wajah wajah keAraban & ka Matsalehan semua..Mungkin mereka sudah membuat tempahan awal agaknya..




Lin..Ruru,Syahir & saya.Kami geng tak bawa keluarga.
Oleh kerana kami di tingkat satu..maka kena turun tingkat bawah untuk ambil makanan buffet.


            Pic Orchid Restaurent Group
Restoran Orchid ni menawarkan hidangan Timur Tengah ( kalau tak salah dari Yemen)..



Rasa la macam beriftar kat Timur Tengah bila bersama mereka mengambil makanan🤭




Antara manisan Timur Tengah..
Saya mencuba kunafa,Basbousa dan puding yang putih tu.Saya ada jamah piding tu rasa bersusu tapi saya tak boleh telan kerana puding tu beraroma jamine.Syahir kata sedap pada tekak dia kerana dia peminat jasmine green tea.Saya kalau bunga jasmin saya suka..green tea pun ok tapi kalau + dua tu saya tak bokeh telan.. Sama macam durian saya makan,wajik saya makan tapi kalau + dua dia tu cannot go...hihihi..

Manisan  kunafa memang menjadi tumpuan

Video menu dari Ruru..Ni masa kami baru lepas solat maghrib.ruang buffet dah lengang bokeh la rakan video..tapi dah tak banyak makanan yang berbaki



Pinggan saya..
Aneka makanan timur tengah..


Ambil humus tapi tak ambil roti pita...hihihi..Sebelah humus yang ada kacang kuda dekat popia tu tak tau apa nama dia..Rasanya masam dan berempah.Popia isi ayam


Kunafa,..basbousa & apa nama entah yang macam cekodok sira sirap tu..Manis melekat tu memang tradmark manisan timur tengah kan..


Meja kami berempat menjelang azan...hihihi


Yang nak bershisya boleh try...hihihi
Port shisya ni depan surau restoran..


Bergambar dengan tokey Orchid Restaurent...Puan Ana Norhana.
 yang berjubah hitam tudung gold tu. Yang belah kanan tu dua orang puterinya.Little princess yang pakai gown pink tu memang asyik kena picit pipinya dengan kami..geram tengok comel berwajah Arab ikut belah bapanya la kot..comel sungguh .
Terima kasib Puan Ana Norhana dan suami yang bermurah hati jemput dan belanja  kami semua.Semoga Allah limpahkan lagi rezeki dan barokah atas kemurahan hati puan dan suami🤲
Pada yang nak tengok menu buffet & suasana Orchid Restaurent yang lebih jelas bolehKLICK SINI
Harga yang ditawarkan juga sangat sangat berbaloi ..boleh rujuk link tu.

Malam dah menghampiri pukul 9 malam...moh la beransur


Dah malam penuh lampu baru nampak rupanya dekat dengan bangunan PTPTN juga..Haaa...siap yang belum bayar hutang PTPTN..sila bayar🤣
Heeee....


9 comments:

  1. Susah nak ke sini sebab link di blog di profile tak ada.. huhuu... Kena search di google than baru dpt ke sini..

    ReplyDelete
  2. Waaa best nya berbuka puasa secara buffet ni.. meriah.. sedap2 makanan nya.. boleh la try mcm tak jauh sgt dri rumah.. :D

    ReplyDelete
  3. sedapnya semua menu kak, makanan timur tengah lak tu... patut la ramai pak arab jugak ke situ

    ReplyDelete
  4. Menarik ni MC. Sy kalau Arab food ni mmg suka sangat. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Menunya nampak menyelerakan belaka.
    Meriah sungguh suasana berbuka puasa hidangan timur tengah di Orchid Restaurant.

    ReplyDelete
  6. Aaaa.. sama dgn sy, tak boleh telan rasa Jasmine. Tahun ni kat Johor macam tak ada restoran arab buat buffet, kebanyakan jual pakej. Agaknya sebab ramai kena tangkap tak ada permit sebelum puasa hari tu, huhu.

    ReplyDelete
  7. Jarang la makan kat restoran makanan Arab aje...tapi nak mencuba jugak...

    ReplyDelete