Menu iftar Jumaat -Ramadhan ke 4.
Tapi Nasi Mak Ngah..hihihi
Dah beberapa hari tekak ni rindu nak makan kari bersama ulaman & sambal belacan.
Kebetulan anak jantan tu cuti...Masak la lauk berasaskan ayam.Tapi nak bagi kena semua tekak kita masaklah bukan nasi kak wok ni...hihihi
Asalnya nak masak kari ikan bawal hitam + buncis...Tapi mengenangkan ikan bawal masih jadi fosil dalam freezer,sedangkan ayam saya baru beli.Maka solusinya bahagian bahagian tulang tulang ayam dimasak kari,manakala bagaian isi didadu kasar untuk goreng garing
Tapi tu la....kari saya terlebih santan.Puncanya santan tu parutnya guna dalam ½ cawan saha & campur dengan 3 cawan air.Tapi saya guna 1 cawan santan pekat & hasilnya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak.
KARI AYAM REMPAH CAMPUR
½ ayam bahagian tulang
1 cekak kacang buncis
¼ kotak santan + 3 cawan air
1 biji buah tomato masak
5 cili padi
2 sudu rempah kari daging
1 sudu remoah kari ikan
Minyak,garam & sedikit gula perang
Bahan Tumis
3 bawang merah hiris
2 bawang putih -cincang
1 ketul halia- mayang
3 pelepah daun kari
Sikit kayu manis,cengkih,b.lawang & buah pelaga
1. Panaskan minyak anggaran 4 sudu & tumis bahan tumis hingga harum
2. Masukkan rempah kari daging dan kari ikan yang dibancuh dengan 1 cawan air.
3. Masukkan ayam dan masak hingga pecah minyak.
4. Tambahkan santan,tomuto,garam dan gula perang.Masak hingga ayam empuk.Tambah kacang buncis
5. Perlahan kan api dan masak hingga naik minyak.
6. Sesuaikan rasa
Ni waktu dah lepas berbuka.Baki kari tu saya tambah air dan biar mendidih perlahan...baru pecah minyak elok...hihihi
Dah siap kari...kita goreng pula ayam yang dah potong dadu kasar.Saya gunakan isi ayam bahagian dada..Saya perisakan dengan sedikit sahaja garam halus(sekadar rasa..jangan masin sangat) ,serbuk kunyit dan sedikit pak haji naik moto...🤭
Eh,rasanya memang sebiji macam ayam yang kita makan kat kedai..Ok,kantoi ,ayam kat kedai memang depa letak pak haji naik moto.Patut la sedap..Pastu kalut kita goreng kat rumah tak sama...hihihi
Dulu dulu pak haji ni tak pernah ada di dapur saya...🤭
SAMBAL BELACAN TOMATO LiMAU KASTURI
1 genggam cili padi merah
2 batang cili merah besar
1 ketul belacan besar ibu jari
( saya guna belacan Miri)
½ biji buah tomato masak
5 biji limau kasturi
5 ulas bawang putih
¹ sudu teh pe asam jawa
minyak,garam,gula perang
1. Belah/ cucuk cili agar bila goreng tidak meletus.
2. Panaskan minyak dan goreng semua cili,bawang,belacan dan tomato.
3.Masukkan dalam blender bersama limau kasturi ya g dibelah 2 dan air asam jawa.
4. Blend jangan terlalu halus & sesuaikan rasa.
Saya memang ada stok kertas nasi lemak ni kat rumah...
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Moreh lepas terawikh..Anak jantan tu pi terawikh kat masjid.Kami perempuan dua beranak tak ikut.
Goreng karipap sebagai moreh di rumah.Ni sebenarnya KARIPAP INTI KENTANG AYAM ... yang buat minggu lepas saya Frozenkan..Goreng 10 biji.Alhamdulillah....
Saya teringin makan karipap yang sedap, intinya penuh. Sayang selalu beli karipap oksigen. Kalaulah saya rajin buat karipap macam Mama Cella!
ReplyDeleteMacam saya dapat idea nak masak nasi walaupun bukan kak wok hihihiii.
Saya perasan generasi kita dah terbiasa dengan makanan sedap dulu. dulu kan...bila dapat yg tak memenuhi piawai memang kecewa.Nak buat pula, kesibukan..huhuhu
DeleteAlamak..sedapnya karipap tu...SA mmg idamkan karipap yang sedap...inti daging...perghhh...sedapnyaaaa....
ReplyDeleteDulu pernah jumpa karipap sedap - Karipap King Kong.Walau harga sebiji RM4.50 tapi penuh daging.Tak tau la sekarang ada lg ke tak
DeleteBooster tu yg penting lagi wajib kalau takde .. maka takde la kick nya hahaha
ReplyDeleteBetul...setuju🤭
DeleteHihihii
DeleteKita rakyat Malaysia memang berhutang budi dengan pak haji naik moto tu....
ReplyDeleteNak tanya, kenapa kat 'about me' takde link ke blog namakucella? Perasan tak?
Saya baru peraan bebeapa minggu lepas bila ada yg tegur pasa link tu uncle...
DeleteAgaknya sbb sekarang saya masukkan email Cella ( TT blog ni) dalam handphone saya untuk mudahkan saya log in..dah jadi 2 email dalam ni..
Bila klick komen pun dia keluar pic profil email saya( gambar langit biru tu..Sedangkan sebelum ni kat komen keluar pic email cella( pic coklat strawberry pink tu).
Perasan juga pageview sangat menurun sbb orang dah tak boleh masuk ikut link..
Tapi saya pun tak tau nak buat macamana untuk dapatkan semula link tu...saya tak pandai selok belok berblog ni..Blog ni pun Cella yang creat.Sayabhanya tau log in untuk update posting sahaja.🙈Bila tanya Cella pasal ni,dia pun tak tau..sebab selama ni ok ja..Ke uncle @ sesiapa boleh bantu saya?huhuhu
Betul tu.. persoalan sama dgn uncle
DeleteKalau tanya uncle ni sama lah ibarat tikus baiki labu... unlce ni memang tak cekap hal ni... tau upload selfie je..! hahahaha
DeleteKalau CCL , ayam goreng garing tu makan dengan sambal ulam pun dah cukup
ReplyDeleteBetul..goreng panas panas makan dengan nasi putih..waktu tengahari lagi ngam ni🤭
Delete