Friday 15 March 2024

SAYA BARU TAHU CARA REBUS SAGU CANTIK SEBIJI SEBIJI

 Semalam buat Puding Sagu Gula Melaka...

Sebenarnya gula Melaka tu saya gantikan dengan gula apong dari Sarawak...hihihihi



Excited sangat sebab sagunya jadi sebiji sebiji elok jernih  dan kenyal



Puas hati betul



Makan pula dengan susu cair dan air gula apong


Gula apong manisnya manja dan tak tajam..Manis manis lemak sedikit kelat..saya suka.


Ok..sejak berzaman dari zaman sekolah menengah hingga tua ni saya dok masak sagu gula melaka macam KAT SINI.Biasa saya rendam biji sagu dan masak dalam air mendidih.Kemudian,masuk dalam tapis dan lalukan bawah air paip mengalir untuk buang kanjinya dan dapatkan sagu sebiji sebiji.

Ok ni cara yang saya ikut macam masak sagu mata ikan yang bulat besar tu..memang menjadi la...

Caranya...Saya guna 1 cawan sagu halus

1. Jerang air dalam kuali( guna kuali sebab luas dan senang🤭.Saya jerang dalam angggaran 4 cawan air.Sebenarnya takda sukatan pun air tu..janji kena guna banyak air.

2. Bila mendidih saya tuangkan secawan sagu biji halus tu.( Basuh sekali lalu ja kat aliran air paip) terus tuang dalam air mendidih tu.

3. Kacau sekejap dan biar mendidih dalam seminit dua sahaja.Terus matikan api.Masa ni sagu masih nampak putih putih.Biar terendam dalam air panas tu lebih kurang 10-15 minit.Buat lah kerja lain dulu.Nak masak lauk ka...nak jemur kain ka.

4. Agak- agak dah lama biar..Kembali hidupkan api dan biar sagu kembali mendidih.Kalau air kurang..tambahkan air kerana kita nak rebus dalam air banyak.

5. Biar mendidih hingga sagu nampak jernih.Matikan api dan biar terendam lagi dalam 10 minit @  hingga nampak jernih yang kita puas hati

6. Saya dah tak lalukan bawah air mengalir dah.

Saya terus tambah air sejuk dalam kuali yang berisi sagu jernih tu dan terus cedok sagu dengan penapis teh.

7. Terus masukkan dalam gelas gelas kecil dan sejukkan 

*Hasilnya penapis tidak melekit..

 Air didihan sagu dalam kuali tu juga elok tidak berkanji..senang nak cuci

Aduh...kenapa saya baru tau..Dah terbiasa dengan cara old skol.Rupanya ada cara lain lebih praktikel..


Saya simpan sini untuk rujukan.Cuma sayang saya tak ambil gambar atau video masa proses masak sagu tu.Lain kali boleh videokan senang nak ingat



Lihatlah sagunya jernih dan sebiji sebiji bulat cantik

Saya masak guna tips orang masak sagu biji yang besar tu..
Bila buat untuk sagu biji mutiara ni rupanya lebih cantik..


Secawan sagu mentah tu dapat 5 gelas kecik Ikea ni..Depend pada kita la nak isi penuh ke separuh ke dalam mana mana acuan atau bekas yang sesuai.
Kalau dessert berkuah saya suka guna gelas dessert ni sebab senang nak hidang dan senang nak makan.


Lihatlah sagunya berkilau



Saya guna sagu plain.Kalau nak sagu 1 warna sahaja boleh masukkan pewarna dalam air rebusan.Boleh juga guna sagu bewarna,cuma warna akan sedikit pudar bila dah masak..Tapi kalau nak yang warna warni...lepas sagu dah masak,cedok dalam bekas bbekas berasingan dan titiskan pewarna  ikut bekas berasingan & kacau dan biar warna diserap sagu & cuci sekali lagi bawah laluan air paip untuk buang warna berlebihan.Barulah bila masuk dalam kuah,kuahnya tidak berubah warna..





Bila masuk susu dan air gula tu kacau dah macam bubur pula


Saya guna air gula apong.Gula apong beli kata Sarawak tahun lepas ada lagi.Warna dia tidaklah segelap gula merah ( gula timbang) tapi rasa air gula apong lebih sedap pada tekak saya.

Kalau letak sama santan pekat lagi sedap...tapi kena santan fresh la baru sedap.Kalau santan kotak kureng..Tapi nak senang pakai susu cair ja...letak juga secubit garam kasi naik lemak..

15 comments:

  1. leh niaga air sagu manis cikkak nih., hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. sy pun baru tahu tips matikan api dan tinggal tu, Mak Ngah.

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik kejadian boleh la cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Beriya kita baca tips ni. Insyaallah petang ni nak buat

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, saya nk cuba la.

    ReplyDelete
  6. Tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan sagu air tangan Mama Cella.
    Memang nampak sangat cantik.
    Betullah Mama Cella, dunia masakan ini sangat meriah tanpa sempadan. Macam-macam kaedah boleh digunakan untuk menghasilkan satu-satu menu.

    ReplyDelete
  7. Cantik kejadiannya..kalau SA x tau la jadi apa ni..hehehe....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share tips . Tekstur sagu pun nampak cantik tak berketul-ketul . CCL akan cuba tips ni

    ReplyDelete