Friday, 30 September 2016

DETOX...GRAPE FRUIT & PEPPER MINT

Air Minuman Berperiss Grap Fruit & Pepper
Buka bua Grape anggur tu..
Tapi ni Grap Fruit yang macam buah orange...
Akuvx tau nama buah ni  in  Malay..
Tapi bila tanya kat mak aku..
Mak aku kata dalam bahasa melayu dipanggil "Limau Gedang"
Gedang tu apa?
mmm...mak aku suruh cari dalam Kamus Dewan..
Hihihi...padan muka..!!


Mak aku nyer...
Mak aku kata untuk detox...
Detox tu apa?
Ntah...
Mak aku kata untuk buang toksin la...


Nampak cantik & menawan..
Bila cium pun bau sedap....
Tapi bila tengok grap fruit tu yang x larat...
Aku x suka grapfruit sebab rasa dia ada pahit- pahit tu...
Mak aku selalu juga beli...
Bila ada sales la..!
Hahahaha...


Kalau tengok warna isinya yang merah memang cantik...
Tapi aku x suka rasanya bila dah telan akan terlekat rasa pahit kat tekak..
Tapi mak aku kata sedap...
Aku lebih suka buah orange...
Mint tu pun aku tu dah tentu bau macam ubat gigi...
Tapi kalau cewin gum aku suka mint


Mak aku kata kulit dia yang putih tu buat  rasa pahit..
Kulit dia tebal & ada bau macam limau bali.
Kata mak aku Air ni x pahit sebab mak aku kata dah buang semua kulit & amik isi jer..
Tapi aku tetap x nak...
Hihihi
Aku lebih rela minum air kosong

Walaupun rupa buahnya hampir sama dengan buah orange tapi aku x kan tertipu...hehehe..
Sebab mak aku dah selalu beli...
Yang ni saiznya memang besar...
Tapi harganya lebih murah dari buah lemon...
Asalnya memang mak aku nk beli lemon tapi bila tengok grap fruit ni lagi murah dari lemon..mak aku terus suruh aku keluarkan lemon dari trolly & amik grape fruit ni 2 biji...




AIR BERPERISA GRAPE FRUIT & PUDINA
1/2 biji grape fruit
1 tangkai pudina
3/4 gelas air kosong
Kiub ais

1. Kupas kulit grape fruit & hanya ambil isi..kulit putih antara isinya juga dibuang
2. Masukkan isi grape fruit dalam gelas & tambah daun pudina.ramas-ramas daun pudina untuk keluarkan baunya
3. Tambah ais kiub & air kosong..
4. Lebih elok simpan beberapa jam dalam peti ais

Thursday, 29 September 2016

CUCUR BILIS RANGUP

Cucur Bilis Rangup...
Teh O...
Minum petang....
Favourite mak aku....
Mmmm....banyak sangat favourite mak aku nih...
Semua favourite...
Hahahaha.....

Cucur Bilis garing...
Cicah Thai Chilly Sauce..
Teh O Panas..
Krup krap krup..
Slruppp...
Brrrrr....
Ops..
Alhamdulillah....


Mak aku kata cucur bilis ni berkhasiat sebab ada bilis & sayur..
Ada bilis untuk protin & kalsium..
Ada carrot untuk vitamin B & carotine
Ada tepung untuk karbohidrat...
Ada daun sup untuk vitamin C
Goreng dalam minyak ada vitamin E & lemak..
Hahaha...condifen jer mak aku cakap macam pakar pemakanan...
Ops..confident jer..
Hihihi..
Sebenarnya mak aku nak suruh aku makan..tu yang cakap camtu kot...
Heeee...

CUCUR BILIS RANGUP..mak aku

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
1 sudu air kapur(yang jernih)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 batang carrot-sagat panjang
1 tangkai daun sup
1/2 bawang besar-hiris halus
1/4 cawan ikan bilis- bersihkan.
Minyak untuk goreng

1. Dalam bekas,masukkan tepung,garam & gula.
2. Buat lubang pada tepung & tuang air kapur dan air suam sedikit demi sedikit hingga sebati..

3. Masukkan carrot sagat,bilis,bawang hiris & daun sup.

4.Gaul rata & biarkan sekejap supaya semua bahan sebati

5. Panaskan minyak yang banyak & sudukan ditepi kuali supaya dapat kuih yang nipis.

6.Goreng balik-balikkan hingga garing..

7. Tos atas kitchen towel & hidangkan dengan Thai chilly sauce

Tuesday, 27 September 2016

KENALI TUMBUHAN DIKAMPUNG NENEK

Kalau balik kampung nenek seronok sangat..
Selain dapat makan yang sedap-sedap...dapat kenal macam-macam pokok
Banyaknya poko yang aku x kenal lagi..
Kalau kat tanah & kat kebun tu memang banyak pokok yang aku x kenal langsung...
Tapi aku malas nak  masuk kebun tu sebab nyamuk banyakkkkkkk..
Hanya pusing sekeliling rumah nenek je..
Tu pun snap pokok-pokok yang besar-besar je..
Ni semu pic masa balik Raya Haji 2 minggu lepas la ni


Pokok PANDAN..
yang ni memang confirm la aku kenal sebab kat KL pun ada..
Bau dia pun semua orang tahu tu pokok pandan..
Pokok ni kat belakang dapur nenek..
Kalau nak balik KL nenek akan sumbat la serumpun dalam bonet kereta ..


Ni plak pokok PUTAT...
Ada 2 pokok...
Pun kat belakang dapur..
Kawasan pokok pandan tu la...
Pucuknya nenek kata sedap buat ulam & kerabu
Achik kata makan ngan laksa lagi sedap...
Cer tengok celah-celah daun tu..
Nampak x ada buah..



KAlau x nampak...haaa ni dah close up..
BUAH PUTAT...
Mak aku suka amik buah yang muda untuk buat ulam..
Aku pernah cuba gigit rasa kelat sikit
Tapi mak aku kata rasanya kelat lemak & rangup..
Nenek kata hanya buah yang muda orang buat ulam
Yang dah besar-besar buahnya dah tua & tak sesuai lagi nak buat ulam sebab bersabut...
Bersabut tu macam sabut kelapa la...fiber...


Pokok BEKKA..
Yang mak aku buat kerabu tu...     KAT SINI....
Nenek pun ada buat KAT SINI...
Mak aku kata ada yang panggil BEKKA
Ada yang panggil BEKA
Ada yang panggil BONGLAI
Tapi nenek kata kat kampung nenek memang panggil BEKKA
Nenek kata kat kampung nenek kalau BONGLAI tu macam pokok herba sedara mara kunyit halia serai bagai...
Mmmmm....



Pokok PETAI..
Ada buah tu ...Banayk...tapi susah nak fokus sebab pokok tinggi sangat...




Ni la buah petai dari pokok tu...
Yang nenek buat sambal masa raya Haji tu
Ada banayak juga pokok petai nenek tapi yang ni jer tepi rumah
Yang lain dalam kebun..
Banyak nyamukkkkk


Pokok NANGKA..
Yang ni betul-betul tepi rumah nenek..
Dolu jadi tempat ayam tidur..
Tapi sejak ayam-ayam tu mati..pokok ni kesepian...
Ada beberapa biji buah baru nak membesar..
x boleh makan lagi..
Nenek kata buah besar tu hanya sesuai buat masak gulai atau masak lemak cili api jer sebab belum ada isi
Tapi kata nenek juga selalunya yang diambil buat masak lauk tu pokok yang buah & isinya x berapa berkualiti
Kalau pokok yang buah cantik & isi tebal & sedap akan disimpan hingga masak


Pokok RAMBUTAN LIAR a.k.a RAMBUTAN BIJI
Pokonya kat tepi halaman rumah nenek
Haaa..ni bukan pokok rambutan yang biasa tu yer...
Ni nenek panggil RAMBUTAN BIJI...
Mak aku kata WILD RAMBUTANs...hihihi
Rambutan ni mak aku kata ada juga yang panggil RAMBUTAN MASAM


Buahnya masak merah menyala macam bunga sedang berkembang
Nenek kata xde sapa nak makan sebab isinya x lekang..
TAPI.....
Aku suka sangat rambutan ni...
Rasa dia masam-masam manis
Banyak jus...
Walaupun isinya x lekang aku suka sebab jus dia banyak...
Dah balik KL baru tingat lupa nak amik buah rambutan ni bawa balik KL..
x puas makan sebab raya haji masa tu & banyak sangat maknan nak makan


Ni kat bawah pokok tu ada kulit rambutan yang macam serpihan je..
Bukan terbelah dua macam kita kopek masa nak makan rambutan tu..
Haaaa....kata mak aku kalau kulit serpih kecik-kecik macam tu...
Itu kerja Sang Tupai..
Tupai suka buah ni...
Tetiba aku teringat DIKIR BARAT KELANTAN....
"Ada seko anak tupa atah jula moktey..
Kudung eko peqok lapa,jale caqi makke..jale caqi makke.."
Mmm...kalu nak dengar buka la youtube taip "Dikir Barat ANak Tupai"...tubik la lagu tu..hihihihi
Sebab tupai x boleh nak kopek macam tangan manusia...
Tupai hanya gigit & tu sebab kulit ti jadi serpihan kecil...
Kata mak aku kalau monyet yang makan ,monyek akan gigit buka kulit tu macam manusia juga..
Oooooo....
Aku tengok banyak tebuan yang suka hinggap pada kulit-kulit tu...
xde plak gambar yang ada tebuan tu...huhuhu


Ayam-ayam ni suka la tunggu bawah pokok buah-buah tu..
Mak aku kata nanti sisa-sisa buah yang dinmakan oleh tupai atau burung akan menjadi makanan ayam-ayam yang setia menunggu kat bawah pokok tu plak...
Tapi ni bukan ayam nenek
Ni ayam jiran nenek..
Kalau ni ayam-ayam nenek...aku dah minta pakcik sembelih buat rendang dah..hahahaha



Ni yang warna pink hijau ni POKOK PALAS..
Hahahaha...mana ada..!!!
Tu yang sebelah model tu POKOK PALAS..
Yang control ayu tu...tuan punya blog nih..
Hihihihihi
Keliling rumah nenek banayk pokok palas...
Nenek memang simpan x nak tebang..
Kata nenek senang bila-bila masa boleh buat ketupat...
Kata nenek semua pokok palas tu boleh tampung nak buat beribu ketupat kot...
Hari tu nenek dah tebang pokok palas tu nak buat kerabu UMBUT PALAS tapii x sempat..
Huhuhuhu..nanti balik lagi ...aku nak request nenek buat KERABU UMBUT PALAS ..


Ni masa nenek tengah buat KETUPAT PALAS untuk Raya haji tu..
Kata nenek hanya PUCUK PALAS yang masih kuncup & bewarna kuning ni digunakan..
Bukan yang hijau macam tepi model tu..hiiiiiiiii...


Ni plak POKO KELADI BUNTING...
Nenek kata hari tu nenek ada bela IKAN TOMAN tapi dah mati.
Tinggal pokok keladi bunting ni tampa ikan
Mak aku pulak kata ppokok keladi bunting ni  ada pelajaran Sains..
Apa yer..???
Ooooo...betul la...dolu sekolah rendah adalah dalam buku Sains pasal pokok keladi bunting ni
Pokok Keladi Bunting ni mak aku kata dalam buku Sains zaman mak aku sekolah dolu memang fofuler..
Pokok Keladi Bunting terapung di atas air kerana batangnya  mengandungi ruang-ruang udara..
Yer lah...bila picit batangnya yang buncit macam owang peknant tu kuar angin..
Kalau picit dalam air..akan kuar buih-buih kecil dalam air..
Waaaaaa...best la pikok ni..

POKOK CEKUR...
Mak aku la yang suka sangat pokok ni..
Kata mak aku orang Indon panggil KENCUR
Selalu diguna dalam masakan Indon & untuk buat jamu
Mmmmmm...patut la mak aku suka..
Nenek tanam atas tanah je..
xde pasu-pasunyer..
Betul-betul kat depan pintu belakang dapur..
Buka pintu je boleh capai
Mak aku suka amik daun & ubi dia buat ulam
Pokok ni ada ubi a.k.a bahasa suratnya mak aku kata dipanggil "RIZOM" macam halia & kunyit
Aku...x suka bau dia kuat sangat

POKOK SENTUL SIAM...
Kenapa kena ada SIAM?
Mak aku kata sebab ni spesis hibrit...
Buahnya warna kuning & isi tebal
Kalau pesis Malaysia mak aku kata macam kat pintu pagar nenek tu..
Pokok Sentul yang kat tepi pagar tu aku tau la sebab kalau musim buah sentul aku suka gigit walaupun masam...

ADA AKU CITER PASAL MUSIM BUAH SENTUL KAT SINI..


POKOK UBI KAYU..
Nenek citer..ni la pokok penyambung nyawa zaman Jepun..
Sebab sawah padi dan Padi Bukit habis dibakar dan dimusnahkan oleh tentera Jepun yang kejam...penduduk kampung terpaksa mencari dan menanam ubi kayu sebagai makanan harian..
Kata nenek nasib baik juga zaman tu hutan tebal....tentera Jepun x jumpa tempat orang kampung tanam ubi kayu..
Kata nenek kalau macam sekarang ni...semua hutan dan bukit dah ditebang hutannya...
dah terang benderang...camaner nak sembunyi lagi...
Nenek kata sekarang pun bukan senang nak tanam Ubi Kayu ...
Sebab bila malam-malam banyak  Ba Alif Ba Ya...(sebutannya Khinzir)...hihihihih
Kadang-kadang sampai tepi rumah nenek pun binatang najis mughalllazah tu datang..
Nenek kata tahun lepas nenek tanam banyak ubi kayu kat belakang rumah tapi habis "bulldozer" tu sodok..
Nenek kata binatang tu sodok macam bulldozer..hihihihi



POKOK SALAK..
Yang ni anak pokok lagi..
Kat belakang tu dalam semak ada la pokok yang dah berbuah tapi nenek x kasi pergi pokok belakang tu..
Banyak nyamukkkkkkk
Kan sekarang ni semua orang sibuk citer pasal virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk...
Tu nenek x kasi masuk kebun belakang rumah tu....


POKOK CILI..
Kata nenek bukan nenek tanam asalnya..
Tapi tumbuh sendiri..
Nenek kata mungkin masa nenek buang cili-cili yang dah rosak tu bijinya tumbuh
So,nenek  just buang rumput-rumput sekeling pokok tu & gemburkan..
Nenek kata tanah sekeliling pokok tu dicangku-cangkul supaya berderai & air serta baja mudah diserap pokok tu
Ooooo...baru aku tau macamaner yang dikatakan gembur..
Selama ni baca jer dalam buku....huhuhu


Ni POKOK CEKUR MANIS
Nenek panggi POKOK ASIN-ASIN
Pokok sayur ni tumbuh merata-rata...Nenek kata x tanam pun..
Nenek kata sedap dimasak sayur lemak bersama kledek..
Tapi bila aku tanya naper nenek x petik & masak..
Nenek kata nenek x suka sebab kalau makan banyak nanti badan jadi sejuk..
Nanti boleh demam..
Ooooo  ingatkan sejuk macam air-cond...hihihihi



POKOK LIMAU NIPIS..
Pokoknya kurus jer sebab nenek tanam bawah pokok jering..
So,pokok ni x dapat bayak cahaya matahari...
x dapat la nak buat proses fotosintesis..
Haaaa....ni aku belajar Sains la....


Walaupun pokok tu kurus...
Tapi buahnya banyakkkkk..


POKO BULUH MADU....
Ada dua rumpun
Ket tepi pagar nenek


Dah close-up nampak la REBUNG
Rebung...
Yang dalam perumpamaan ...Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ....
Maksudnya jika nak didik anak biarlah dari kecil...
Mak aku siap tunjuk rebung tu memang lembut lagi dan jika ditarik ke kiri rebung tu akan ikut ke kiri...jika dipaut rebung tu akan condong..
Tapi buluhnya..
Omak ai....tarik lah kuat manapun...x gerak langsung...
Sebab dah keras...

 

CEMPEDAK...
Pun sama x dapat masuk dalam kebun tu sebab nenek kata banyak nyamuk..
Nenek jer pergi sorang-sorang pergi  amik buah cempedak ni
Ni untuk kitorang bawa balik KL...
Nenek surauh bawa balik banyak..tapi mak aku dah bising xnak banyak sebab bonet dah penuh segala macam....

Aku suka tengok bunga ni setiap kali balik kampung...
Bau dia wangi la...tapi bau dia aku x berapa suka sangat..
Bau dia macam Kaf Lam Ya Nga....hihihihi



Mak aku kata nama bunga ni BUNGA SUSUN KELAPA
mmmm...mungkin sebab warnanya putih ..kelopaknya bersusun...
Tu dipanggil BUNGA SUSUN KELAPA kot...
Heeee...tu Teori Spekulasi aku jer ...heeee


Ni plak POKOK RUMBIA...
Ni bukan tepi rumah nenek..
Tapi tepi jalan nak gi umah nenek..
Kat Sarawak masa tengok kat Kampung Budaya tu dia tulis POKOK SAGU..
Kat Kampung Budaya tu memeang ditunjukkan cara proses batang pokok sagu ni hingga jadi sagu & dijadikan kuih..
Mak aku kata zaman dulu daunnya disusun dan dijahit dijadikan atap..
mmmmmm....can't imagine la..
Aku x pernah tengok...
Banyak lagi ni pokok nak share.....
Tapi banyak sangat la pulop...

Huuuuhhhhh....penat do.....
Enteri ni amik masa 5 hari nak siapkan ..hihihi
Tulis sikit save...buat entri lain dulu..
Tulis lagi save...
Da siap baru setting untuk publish ni.....
Biar jangan kuar awal sangat...hihihihi
Zzzzzzzzzzzz



AIR BERPERISA...SEGARR..


Strawberry,Lime & Mint  Flavour Drink..
Minuman berperisa strawberry,Limau & Pudina..
Menyegarkan .....


Mak aku yang buat...
Segelas untuk mak aku & segelas untuk aku...
Masa mak aku bagi kat aku...
Aku terus minummmmm...


Alamakkk..!!
Agak masam...
X manis...

Walaupun x manis...
Tapi sangat fresh...
Segar..nyaman...
Mmmm....apa lagi perkataan...x ingat dah...
Sekejap jer habis segelas ni...

Air tu buat tadi nak minum sambil makan burger ni....hari ni mak aku masak burger jew..
Sebab semua tengah laparrrr...
Mak aku kata idea ni sebab terpengaruh dengan Jamies Oliver..dia selalu buat air berperisa yang menarik
Chef AFC
Chef favourite mak aku tu..
Mak aku selalu puji Jamies Oliver tu masak x kedekut sebab dia selalu masak banyak-banyak dalam rancangannya..
Mak aku kata macam chef wan...
Semua crew boleh makan..
X mcm sesetengah chef masak ciput buat kotor kuali jer..
Hahaha...mak aku cakap macam la ada kat tempat tu hihihihi
Mak aku ada ramai chef favorite...
Kalau mak aku tengah tegok "Barefoot Contesa"..haaaa..jangan sesiapa tukar chanel sebab Chef Ina Gartin tu idola mak aku tu..
Kalau tukar chanel boleh gaduh ooo...hahaha

Tapi aku lagi suka Anna Alson..
Paling best program Bake With Anna Alson..
Suka sangat aku tengok macam-macam kek & masakan yang cantik..
Lagipun klu program bakery ni xdelah keluar macam-macam binatang yang x halal tu...
Kalau tengok program masakan yang lain...
Mmmm...baru nk feel sikit...mula la dia guna "kroq3" tu..
Goli sih...kena cepat-cepat tukar chanel...huhuhu

Ish...panjang lak citer...hihihi...
Minuman kat atas tu mak aku kata main hiris & campak jer...

AIR BERPERISA

1 biji limau nipis
2 biji strawberry
2 tangkai daun pudina
Kiub ais
Air secukupnya

1. Cuci limau,strawberry & pudina
2. Hiris nipis limau & strawberry.
3. Masukkan limau,strawberry & pudina dalam gelas
4. Masukkan kiub ais & isi air secukupbya
5. Kacau supaya semua rasa bercampur...
Siapppp

Monday, 26 September 2016

KAMBING MASAK BOLOGNESE

Kambing Masak Bolognese...
Eh,...xkan kambing tu yang masak plak..
Bolognese Kambing..
Masak Bolognese Kambing...
Mmmm...whatever lah...


Lauk untuk lunch aku hari Ahad..
Hari yang paling panjang...
Kenapa panjang?
Sebab bosan do....
Mak aku meeting lagi dari pagi sampai petang...
Hari minggu ada ke orang buat meeting..
Pagi sampai petang...x penat ke..
Tapi mak aku kata memang ada la sebab tu kna gi meeting..
Bukan sehari tapi 3 hari..
Huhuhu..
Boredddddd
Dah macam-macam aku buat...
Makan spagetti...
Makan nasi....
Buat homework...
Tengok tv...
Chat ngan kawan-kawan..
Tapi belum juga malam...
Sampai dah x tau apa nak buat...
Aku selongkar beg make-up mak aku & aku make-up muka aku sendiri...
Aku conteng macam-macam kat muka aku..
Hihihihi..
Sebelum mak aku balik aku cuci la muka...
Syyyyyyyyy


Bolognese Kambing ..
Mak aku kata boleh makan ngan nasi putih
Boleh makan ngan spagetti...
Yang ni bukan la aku masak..
Tapi mak aku ler yang masak..
Kalau kambing panggang aku boleh la..
Kambing Rosemary ke..aku boleh la
Tapi rendang aku boleh masak tau...
Huh..bila masak rendang..bila sebut rendang mesti aku ingat peristiwa masak rendang masa master chef masa tahun 6..mmmmm

KAMBING BOLOGNESE
500gm kiub kambing
1/2 botol sos bolognese
2 sudu minyak
1 sudu lada sulah
1 bawang besar
2 bawang putih
Sikit garam
Sikit gula
1Pokok daun ketumbar

1. Panaskan minyak & tumis bawang putih..
2. Masukkan kambing kiub & goreng hingga berkerak..
3. Masukkan sikit air & masak hingga empuk..
4. Masukkan sos bolognese & lada sulah..
5. Sesuaikan rasa dengan sikit garam & sikit gula
6. Masak hingga naik minyak & tabur daun ketumbar

NASI GORENG CENDAWAN

Nasi Goreng Cendawan....
Dinner hari Sabtu....
Breakfast & lunch ....
Kena masak sendiri..
Aku masak cheese burger jer
Makan sendiri
Sebab mak aku kna meeting pagi sampai petang..
Bored doh...huhuhu


Nampak macam mewah sikit kan...
Sebab ada cendawan & sayur...
Tapi nak buat ni senpoi jer...
Budak lelaki sekolah rendah pun boleh masak...!!
Betulll....
Sempoi jer...
Mak aku kata guna bahan segera jer semua..
Sebab tu aku boleh masak


Ni la cendawan & sayur untuk masak Nasi Goreng Cendawan tu...
Tapi yang ni semua mak aku yang potongkan..
Aku just tolong masak jer
Semua orang pun boleh potong sendiru..
Aku pun...
Cuma x la kemas ..

Guna Perencah Tomyam Segera...
Boleh juga guna Perencah Nasi Goreng Segera..
Pastu tambah cendawan & sayur...
Tapi seriously sedappppppp

Minum plk Air Oren Sunquick...
Mmmmmm......


NASI GORENG CENDAWAN...mak aku
2 mangkuk nasi
1 paket pes tomyam segera
2 bawang putih
3 sudu minyak
1mangkuk cendawan inoki
1/2 batang carrot-racik
1 cawan kobis -racik
3 chicken slice(boleh ganti isi ayam)-racik
Daun sup

1. Panaskan minyak & tumis bawang putih
2. Masukkan carrot,kobis & chiken slice..
3. Bila layu,masukkan perencah pes tomyam & kacau rata.
4. Masukkan pula cendawan & terus masukkan nasi & goreng hingga naik wap agak2 5 minit
5. Tabur daun sup & siap