Selain dapat makan yang sedap-sedap...dapat kenal macam-macam pokok
Banyaknya poko yang aku x kenal lagi..
Kalau kat tanah & kat kebun tu memang banyak pokok yang aku x kenal langsung...
Tapi aku malas nak masuk kebun tu sebab nyamuk banyakkkkkkk..
Hanya pusing sekeliling rumah nenek je..
Tu pun snap pokok-pokok yang besar-besar je..
Ni semu pic masa balik Raya Haji 2 minggu lepas la ni
Pokok PANDAN..
yang ni memang confirm la aku kenal sebab kat KL pun ada..
Bau dia pun semua orang tahu tu pokok pandan..
Pokok ni kat belakang dapur nenek..
Kalau nak balik KL nenek akan sumbat la serumpun dalam bonet kereta ..
Ni plak pokok PUTAT...
Ada 2 pokok...
Pun kat belakang dapur..
Kawasan pokok pandan tu la...
Pucuknya nenek kata sedap buat ulam & kerabu
Achik kata makan ngan laksa lagi sedap...
Cer tengok celah-celah daun tu..
Nampak x ada buah..
KAlau x nampak...haaa ni dah close up..
BUAH PUTAT...
Mak aku suka amik buah yang muda untuk buat ulam..
Aku pernah cuba gigit rasa kelat sikit
Tapi mak aku kata rasanya kelat lemak & rangup..
Nenek kata hanya buah yang muda orang buat ulam
Yang dah besar-besar buahnya dah tua & tak sesuai lagi nak buat ulam sebab bersabut...
Bersabut tu macam sabut kelapa la...fiber...
Pokok BEKKA..
Yang mak aku buat kerabu tu... KAT SINI....
Nenek pun ada buat KAT SINI...
Mak aku kata ada yang panggil BEKKA
Ada yang panggil BEKA
Ada yang panggil BONGLAI
Tapi nenek kata kat kampung nenek memang panggil BEKKA
Nenek kata kat kampung nenek kalau BONGLAI tu macam pokok herba sedara mara kunyit halia serai bagai...
Mmmmm....
Pokok PETAI..
Ada buah tu ...Banayk...tapi susah nak fokus sebab pokok tinggi sangat...
Ni la buah petai dari pokok tu...
Yang nenek buat sambal masa raya Haji tu
Ada banayak juga pokok petai nenek tapi yang ni jer tepi rumah
Yang lain dalam kebun..
Banyak nyamukkkkk
Pokok NANGKA..
Yang ni betul-betul tepi rumah nenek..
Dolu jadi tempat ayam tidur..
Tapi sejak ayam-ayam tu mati..pokok ni kesepian...
Ada beberapa biji buah baru nak membesar..
x boleh makan lagi..
Nenek kata buah besar tu hanya sesuai buat masak gulai atau masak lemak cili api jer sebab belum ada isi
Tapi kata nenek juga selalunya yang diambil buat masak lauk tu pokok yang buah & isinya x berapa berkualiti
Kalau pokok yang buah cantik & isi tebal & sedap akan disimpan hingga masak
Pokok RAMBUTAN LIAR a.k.a RAMBUTAN BIJI
Pokonya kat tepi halaman rumah nenek
Haaa..ni bukan pokok rambutan yang biasa tu yer...
Ni nenek panggil RAMBUTAN BIJI...
Mak aku kata WILD RAMBUTANs...hihihi
Rambutan ni mak aku kata ada juga yang panggil RAMBUTAN MASAM
Buahnya masak merah menyala macam bunga sedang berkembang
Nenek kata xde sapa nak makan sebab isinya x lekang..
TAPI.....
Aku suka sangat rambutan ni...
Rasa dia masam-masam manis
Banyak jus...
Walaupun isinya x lekang aku suka sebab jus dia banyak...
Dah balik KL baru tingat lupa nak amik buah rambutan ni bawa balik KL..
x puas makan sebab raya haji masa tu & banyak sangat maknan nak makan
Ni kat bawah pokok tu ada kulit rambutan yang macam serpihan je..
Bukan terbelah dua macam kita kopek masa nak makan rambutan tu..
Haaaa....kata mak aku kalau kulit serpih kecik-kecik macam tu...
Itu kerja Sang Tupai..
Tupai suka buah ni...
Tetiba aku teringat DIKIR BARAT KELANTAN....
"Ada seko anak tupa atah jula moktey..
Kudung eko peqok lapa,jale caqi makke..jale caqi makke.."
Mmm...kalu nak dengar buka la youtube taip "Dikir Barat ANak Tupai"...tubik la lagu tu..hihihihi
Sebab tupai x boleh nak kopek macam tangan manusia...
Tupai hanya gigit & tu sebab kulit ti jadi serpihan kecil...
Kata mak aku kalau monyet yang makan ,monyek akan gigit buka kulit tu macam manusia juga..
Oooooo....
Aku tengok banyak tebuan yang suka hinggap pada kulit-kulit tu...
xde plak gambar yang ada tebuan tu...huhuhu
Ayam-ayam ni suka la tunggu bawah pokok buah-buah tu..
Mak aku kata nanti sisa-sisa buah yang dinmakan oleh tupai atau burung akan menjadi makanan ayam-ayam yang setia menunggu kat bawah pokok tu plak...
Tapi ni bukan ayam nenek
Ni ayam jiran nenek..
Kalau ni ayam-ayam nenek...aku dah minta pakcik sembelih buat rendang dah..hahahaha
Ni yang warna pink hijau ni POKOK PALAS..
Hahahaha...mana ada..!!!
Tu yang sebelah model tu POKOK PALAS..
Yang control ayu tu...tuan punya blog nih..
Hihihihihi
Keliling rumah nenek banayk pokok palas...
Nenek memang simpan x nak tebang..
Kata nenek senang bila-bila masa boleh buat ketupat...
Kata nenek semua pokok palas tu boleh tampung nak buat beribu ketupat kot...
Hari tu nenek dah tebang pokok palas tu nak buat kerabu UMBUT PALAS tapii x sempat..
Huhuhuhu..nanti balik lagi ...aku nak request nenek buat KERABU UMBUT PALAS ..
Ni masa nenek tengah buat KETUPAT PALAS untuk Raya haji tu..
Kata nenek hanya PUCUK PALAS yang masih kuncup & bewarna kuning ni digunakan..
Bukan yang hijau macam tepi model tu..hiiiiiiiii...
Ni plak POKO KELADI BUNTING...
Nenek kata hari tu nenek ada bela IKAN TOMAN tapi dah mati.
Tinggal pokok keladi bunting ni tampa ikan
Mak aku pulak kata ppokok keladi bunting ni ada pelajaran Sains..
Apa yer..???
Ooooo...betul la...dolu sekolah rendah adalah dalam buku Sains pasal pokok keladi bunting ni
Pokok Keladi Bunting ni mak aku kata dalam buku Sains zaman mak aku sekolah dolu memang fofuler..
Pokok Keladi Bunting terapung di atas air kerana batangnya mengandungi ruang-ruang udara..
Yer lah...bila picit batangnya yang buncit macam owang peknant tu kuar angin..
Kalau picit dalam air..akan kuar buih-buih kecil dalam air..
Waaaaaa...best la pikok ni..
POKOK CEKUR...
Mak aku la yang suka sangat pokok ni..
Kata mak aku orang Indon panggil KENCUR
Selalu diguna dalam masakan Indon & untuk buat jamu
Mmmmmm...patut la mak aku suka..
Nenek tanam atas tanah je..
xde pasu-pasunyer..
Betul-betul kat depan pintu belakang dapur..
Buka pintu je boleh capai
Mak aku suka amik daun & ubi dia buat ulam
Pokok ni ada ubi a.k.a bahasa suratnya mak aku kata dipanggil "RIZOM" macam halia & kunyit
Aku...x suka bau dia kuat sangat
POKOK SENTUL SIAM...
Kenapa kena ada SIAM?
Mak aku kata sebab ni spesis hibrit...
Buahnya warna kuning & isi tebal
Kalau pesis Malaysia mak aku kata macam kat pintu pagar nenek tu..
Pokok Sentul yang kat tepi pagar tu aku tau la sebab kalau musim buah sentul aku suka gigit walaupun masam...
ADA AKU CITER PASAL MUSIM BUAH SENTUL KAT SINI..
POKOK UBI KAYU..
Nenek citer..ni la pokok penyambung nyawa zaman Jepun..
Sebab sawah padi dan Padi Bukit habis dibakar dan dimusnahkan oleh tentera Jepun yang kejam...penduduk kampung terpaksa mencari dan menanam ubi kayu sebagai makanan harian..
Kata nenek nasib baik juga zaman tu hutan tebal....tentera Jepun x jumpa tempat orang kampung tanam ubi kayu..
Kata nenek kalau macam sekarang ni...semua hutan dan bukit dah ditebang hutannya...
dah terang benderang...camaner nak sembunyi lagi...
Nenek kata sekarang pun bukan senang nak tanam Ubi Kayu ...
Sebab bila malam-malam banyak Ba Alif Ba Ya...(sebutannya Khinzir)...hihihihih
Kadang-kadang sampai tepi rumah nenek pun binatang najis mughalllazah tu datang..
Nenek kata tahun lepas nenek tanam banyak ubi kayu kat belakang rumah tapi habis "bulldozer" tu sodok..
Nenek kata binatang tu sodok macam bulldozer..hihihihi
POKOK SALAK..
Yang ni anak pokok lagi..
Kat belakang tu dalam semak ada la pokok yang dah berbuah tapi nenek x kasi pergi pokok belakang tu..
Banyak nyamukkkkkkk
Kan sekarang ni semua orang sibuk citer pasal virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk...
Tu nenek x kasi masuk kebun belakang rumah tu....
POKOK CILI..
Kata nenek bukan nenek tanam asalnya..
Tapi tumbuh sendiri..
Nenek kata mungkin masa nenek buang cili-cili yang dah rosak tu bijinya tumbuh
So,nenek just buang rumput-rumput sekeling pokok tu & gemburkan..
Nenek kata tanah sekeliling pokok tu dicangku-cangkul supaya berderai & air serta baja mudah diserap pokok tu
Ooooo...baru aku tau macamaner yang dikatakan gembur..
Selama ni baca jer dalam buku....huhuhu
Ni POKOK CEKUR MANIS
Nenek panggi POKOK ASIN-ASIN
Pokok sayur ni tumbuh merata-rata...Nenek kata x tanam pun..
Nenek kata sedap dimasak sayur lemak bersama kledek..
Tapi bila aku tanya naper nenek x petik & masak..
Nenek kata nenek x suka sebab kalau makan banyak nanti badan jadi sejuk..
Nanti boleh demam..
Ooooo ingatkan sejuk macam air-cond...hihihihi
POKOK LIMAU NIPIS..
Pokoknya kurus jer sebab nenek tanam bawah pokok jering..
So,pokok ni x dapat bayak cahaya matahari...
x dapat la nak buat proses fotosintesis..
Haaaa....ni aku belajar Sains la....
Tapi buahnya banyakkkkk..
POKO BULUH MADU....
Ada dua rumpun
Ket tepi pagar nenek
Rebung...
Yang dalam perumpamaan ...Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ....
Maksudnya jika nak didik anak biarlah dari kecil...
Mak aku siap tunjuk rebung tu memang lembut lagi dan jika ditarik ke kiri rebung tu akan ikut ke kiri...jika dipaut rebung tu akan condong..
Tapi buluhnya..
Omak ai....tarik lah kuat manapun...x gerak langsung...
Sebab dah keras...
CEMPEDAK...
Pun sama x dapat masuk dalam kebun tu sebab nenek kata banyak nyamuk..
Nenek jer pergi sorang-sorang pergi amik buah cempedak ni
Ni untuk kitorang bawa balik KL...
Nenek surauh bawa balik banyak..tapi mak aku dah bising xnak banyak sebab bonet dah penuh segala macam....
Aku suka tengok bunga ni setiap kali balik kampung...
Bau dia wangi la...tapi bau dia aku x berapa suka sangat..
Bau dia macam Kaf Lam Ya Nga....hihihihi
Mak aku kata nama bunga ni BUNGA SUSUN KELAPA
mmmm...mungkin sebab warnanya putih ..kelopaknya bersusun...
Tu dipanggil BUNGA SUSUN KELAPA kot...
Heeee...tu Teori Spekulasi aku jer ...heeee
Ni plak POKOK RUMBIA...
Ni bukan tepi rumah nenek..
Tapi tepi jalan nak gi umah nenek..
Kat Sarawak masa tengok kat Kampung Budaya tu dia tulis POKOK SAGU..
Kat Kampung Budaya tu memeang ditunjukkan cara proses batang pokok sagu ni hingga jadi sagu & dijadikan kuih..
Mak aku kata zaman dulu daunnya disusun dan dijahit dijadikan atap..
mmmmmm....can't imagine la..
Aku x pernah tengok...
Banyak lagi ni pokok nak share.....
Tapi banyak sangat la pulop...
Huuuuhhhhh....penat do.....
Enteri ni amik masa 5 hari nak siapkan ..hihihi
Tulis sikit save...buat entri lain dulu..
Tulis lagi save...
Da siap baru setting untuk publish ni.....
Biar jangan kuar awal sangat...hihihihi
Zzzzzzzzzzzz
selalu dengar nama poko jew , hari nie dapat tengok ;)
ReplyDeletetq yer cella buat entry ini
Jom la gi kampung nenek kiter tengok live...heee
ReplyDeleteBest lah blog awak ni dikk. Mcm2 ada.
ReplyDeleteKeep it up
Sowi baru respon..
DeleteSharing is caring...
TQ baca....