My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Tuesday, 3 November 2026

SEPANJANG JALAN (PLUS) KL KE PENDANG

 Pagi ni (Isnin) mamai-mamai ke tempat kerja...Tidur dalam bas  dari Pendang ke TBS 10.10 malam & sampai TBS 3.50 pagi...Hari Sabtu pagi bergerak balik Pendang bersama Cella.Perjalanan dari KL ke Pendang tanggal 31 Oktober 2026..




Dari parkir rumah ...nampak sayup-sayup



Lebih kurang 15 minit perjalanan


Makin jelas Menara 118 


Kuala Lumpur



Memasuki PLUS arah utara


Panorama


Tiap kali sampai sini...suka tengok bangunan ni...tepi PLUS


Menghpiri Ipoh
Bukit ni dari tahin 90-an ditarah...
Masih berbaki


Ipoh Mali




Dulu zaman 90-an hingga awal 2000an...ada tol tengah tengah PLUS ni...hahaa
masa tu macam kelakar...kenapa nak kena singgah bayar tol sedangkan kita nak teruskan perjalanan...kecuali la yg nak exit Ipoh

Nasib baik sekarang dah takda..Depa ambil.kira pandangan pengguna agaknya...dah lencongkan Tol Ipoh Utara ke tepi & yang nak terus ke utara...takda lagi tol...tapi masih la kena bayar bila exit nanti...hehehe


Tak jauh dah nak sampai terowong Bukit Berapit / Terowong Menora...


Mendaki....
Kalau musim raya...jenuh jem la sini..
lagi lagi kalau ada trailer mendaki



Suka menikmati pemandangan bukit bukau sini


Ni memang betul Terowong Menora ni....
Arahbutara memang nama Terowong Menora...
Yang arah selatan tu patutnta nama Terowong Meru.....
Tapi biasanya yang Meru tu pun ramai jer  sebut je Torowong  Menora kan..?



Dah keluar terowong....
Menuruni bukit la pulak...
Nun jauh di bawah nun....nampak lalauan tu la kita nak lalu nanti


Bukit bukau...
Gunung ganang.


Kebiruan...


Mengahampiri  Sungai Perak


Lagi pemandangan  bukit bukau menuju ke Bukit Gantang


Sebelum Hentian Sebelah Bukit Gantang tu akan nampak macam ofis ke kuaters ladang ke kat atas bukit tu...Tiap kali lalu sini saya akan perhatikan dan berangan...
bestnya depa dok atas bukit tu...hehehehe


Sepanjang hi way PLUS banyak juga depa tanam deretan pokok jati...Alaaa....kalau nampak pokok berbunga lebat macam ni...yang daun dia lebar - lebar tu.....pokok jati la tu

Kalau pokok jati akna teringat lagu SM Salim & lagu yang pernah membawa Mawi masuk dan juara AF
๐ŸŽน
Kalau menebang...kalau menebang si pohon jati...
Papan diJawa...papan di Jawa dibelah-belah,
Kalau lah hidup,kalau lah hidup tidak berbudi..๐ŸŽต
Ibarat pokok...ibarat pokok tidak berbuah๐ŸŽถ


Agaknya bagaimana la rupa tempat ni sebwlum ada PLUS? 


Bukit Merah


Tol Juru arah utara


Sejam selepas Tol Sg Dua

Gurun



Bukit Jambul



Dah nampak signboard



Exit Pendang


Musim.menuai


Langit mendung mengiringi ke Tol Pendang


Eh...ada lori padi terbalik



Mesin padi.....
Dah sampai kampung halaman...
Alhamdulillah 7 jam

Ahad malam saya sorang bergerak balik KL naik bas...Cella tolong ganti Achik sekejap.ambi alih jaga neneknya ..


Monday, 26 October 2026

KEMBALI TERANG TANPA JEREBU



View minggu lepas.....
Pemandangan pergi dan balik ketja berjerebu...



Setiap hari IPU memang   atas paras 150.  Kualiti udara tidak sihat..Pernah cecah 200 hingga memaksa penutupan sekolah  selama dua hari  seluruh KL,Putrajaya dan beberapa negeri lain..


Bukan asap kenderaan tetapi asap jerebu 



Alhamdulillah...
Pagi 25 Oktober..walau langit mendung hitam tapi jerebu sudah menghilang.Mungkin asbab hujan yang agak panjang dari petang membawa ke subuh hari minggu..
Semoga  Allah lindung  agama,bangsa dan negara kita...dijauhkan dari segala bencana dan perkara yang tak diingini
 

Sunday, 11 October 2026

MAK PATAH TANGAN

 Hari Isnin Achik call bgtau ada kat hospital..Allah.....jantung berdegup kencang menantikan bait bait seterusnya dari mulit Achik...

Rupanya mak patah tangan.Masa Achik call,Achik kat hospital... Rupanya sejak tengahari kat hospital membawa ke pagi hari berikutnya Achik uruskan mak sorang -sorang...huhuhu


Ceritanya ...

Mak gi memancing kat sungai tapi tergelincir kat tebing sungai kerana licin.Entah macamana landing agaknya ..menyenabkan tulang pergelangan tangan tu patah..Mungkin faktor umur membuatkan tulang dah makin rapuh..Nasib baik juga mak bawa handphone,boleh call Achik...Achik bergegas dari tempat kerja ke tempat mak memancing & bawa ke klinik..kemudian dirujum ke hopital...


Begitulah ceritanya tangan mak ni...kata doktor dah pesan lepas ni kena rehat dari memancing kt sungai..kena memancing kat pasar jer๐ŸคฃKata Achik..tangan mak akan berimen tu selama 6 monggu...itupun jika lepas ni baik..Kalau masih tak baik...akan ulang lagi prosedure tu...

Dah dekat seminggu,Achik ambil cuti jaga mak...Doakan semoga Allah sembuhkan mak saya dan mudahkan urusan Achik sekeluarga..Mana tau antara reramai yang berdia,ada yang Allah maqbulkan..๐Ÿคฒ

 

Thursday, 8 October 2026

KUNJUNGAN DELIGASI INDONESIA

 Hari ini kami menerima kunjungan seramai 37 orang  deligasi dari salah sebuah universitas di Jogja,Indonesia


Saya juga terlibat  sebagai salah seorang AJK 
Agak-agak AJK apa yang sesuai dengn saya?
Betullll....
Hahahaha..big bos letakkan saya sebagai AJK makanan...agaknya itu lah position yang sesuai dengan saya...hihihihi. 

Tapi saya tidak berseorangan...sebaliknya berdua dengan Mizah...
Infonya dapat dua minggu yang lepas...Tetiba big bos panggil beberapa orang  & dimaklumkan kami akan menerima tetamu dari seberang...
Mereka nampak cool kerana sudah pernah menerima tetamu dari Indonesia & juga Korea.
Bagi saya yang masih baharu  setahun bertugas di sini...ianya pengalaman baharu bagi saya.Saya terima tugasan dengan teruja...hihihi





Minum pagi ....
Bersama Tteh tarik air tangan Bayu..
Deligasi memuji kesedapan teh tarik ..
Benarlah kata salah seorang AJK tentang kesukaan tetamu dari seberang ialah minuman panas.Beliau siap berpesan kepada saya agar tidak menyediakan mimuman sejuk( senang cakap menuman berais) keranan katanya dari pengalaman mereka,Indonesean tidak suka minuman berais...Ini berdasarkan pengalam kunjungan deligasi sebelum ini dan juga berdasarkan kunjungan warga kerja sini ke Jogja sebelum ini.Saya take note tetapi dalam masa yang sama saya serba salah kerana saya sudah meminta tolong Bayu untuk menyediakan miniman panas dan sejuk .Beberapa hari lepas Bayu dah bawa 10 tin lychee..berbotol ais krim soda..daun pudina..lemon bagai...untuk buat air soda herb..Saya minta Bayu buatkan juga 3 jenis minuman..Teh O...teh tarik(actually teh susu) & soda her ais tu .Juga wajib la ada air mineral kan...


Untuk lunch....
Menu :
* Nasi tomato
* Ayam masak merah
* Dalca
* Acar jelatah
* Papadom
* Buah tembikai
*Buah Oren
*Buah dokong
*Kek
* Teh O panas
* Soda herb Ais

Wei....teh O panas hanya  dua orang minum.
Soda herb ais tu laku keras wei..!
Adakah mereka sudah melanggar pantang?
๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Heeee..sebenarnya mungkin juga kerana cuaca panas dan berjerebu membuatkan mereka lebih memilih minuman sejuk berbanding minuman panas...
Air mineral juga laku keras.
Mungkin juga kerana mereka kehauasan dek beberapa aktiviti selain lawatan tapak kebun-kebunan..Sekarang ni terung dah habis..Tengah lebat sekarang ni kebun cili padi....
Keledek yang kena racun hari tu juga dah kembali  menghijau..

Alhamdulillah...apa yang dirancang,Allah maqbulkan ...urusan dimudahkan walaupun dah dua minggu kelam kabut ..Akhirnya selesai & legaaaaa....!
Harapnya I ni big bos terima pelawaan kunjungan timbal balas dari meraka tadi!
๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคฃ 

Sunday, 27 September 2026

HUJAN PAGI

Seaawal pagi sekitar jam 4.00 pagi,KL disirami hujan mencurah-curah.

Menjelang subuh baru keadaan reda dan hanya tinggal gerimis...


Matahari tidak muncul..bersembunyi dibalik mendung mega




 Kabus bergerak perlahan melintasi puncak hutan batu...

Bagaimana cucaca di tempat kalian?

Friday, 11 September 2026

MASAK & MAKAN KAT KAMPUNG

 Sudah beberapa hari tak boleh nak update blog...Bila nak upload gambar .jadi kosong..

Minggu lepas tak boleh nak kom3n & reply...Kemudian tak boleh upload gambar.Taktau pasai apa...Semalam dan malam tadi masih tak boleh upload gambar....Ni baru ok..baru boleh




Share dan simpan menu lunch keluarga kecil kami di kampung minggu lepas masa balik cuti bersambung Hari Merdeka 31 Ogos.Walau tak cukup korum tapi  sudah cukup membuat mak bahagia dan makan bertambah.




Mak tidur kat rumah kami di pekan.Tapi pepagi mak dah gerak balik kampung menunggang motor sekitar 20km..Mak call,dah masakkan sambal tumis udang + petai.
Memandangkan makndah masak sambal petai...Saya pesan Achik supaya jangan beli atau masak apa apa lauk dah kerana saya akan masak kari dan goreng ayam.Cukup lauk itu sahaja...!


Sebelum balik kampung,saya singgah Merket Pendang beli ayam dan ikan
Seekor ikan tuna saya masakkan kari + rebung.Masyaa Allah,dah lama tak makan gulai rebung...Rasa sedap sangat dapat makan lauk nostalgia ni..



Rebung liar a.k.a orang kampung kami sebut rebung hutan.Dicari oleh adik jantan bongsu nan sorang tu.
Keistimewaan rebung hutan ni tidak "berbisa" macam rebung madu bagai.Orang tua-tua di kampung kami lebih suka rebung hutan kerana kat depa ,makan rebung buluh madu sakit urat,kembung bagai.Tetapi kalau rebung hutan ni in shaa Allah tak sakit urat..Wallahualam...saya ni  rebung apapun makan belaka...hihihi





Ayam goreng wajib ada ...Aqil suka ayam goreng
Sepupu Aqil...mak sedara Aqil ni pun suka ja kalau ayam goreng kat kampung.

Tak tau pasai pa,kalau ayam kat merket Pendang tu saya rasa sedap sangat bila digoreng..juicy,manis dan garing sekata.Jangan pelik kalau ke pasar @ beli ayam belah Kedah ni memang ayam nampak warna kuning tau!
Depa akan sapu kunyit kot ke apa ker & layur atas api untuk bakar bulu bulu halus pada ayam dan ayam akan ada bau macam smoke gitu la...Seingat saya memang dulu kalau sembelih ayam kat kampung lepas cabut bulu ayam,memang kena hidupkna api...ayam akan dilayur sebelum potong dan basuh.Sekarang kalau kat pasar takda la depa hidupkan api macam dulu..sekarang depa susun ayam atas redai & depa guna penunu besar untuk "spray" api pada ayam....
Ala,yang macam chef sembur api nak cairkan gula atas dessert cream brule tu... saya tak tau nama sebenar alat tu๐Ÿคญ๐Ÿ˜„



Makan di kampung tidak sah 
kalau takda ulam..Maka nak bagi sah ,kena la ada ulam๐Ÿคญ๐Ÿคฃ
Semua ulam tu petik ja keliling rumah mak,kecuali putik jagung tu saya beli.Asalnya saya nak buat SAYUR LEMAK PUTIH PUTIK JAGUNG bersama suhun yang mak selalu masak dulu dulu...Tapi sebab dah ada gulai ikan tuna dan sambal udang,tak jadi masak sayur lemak putih tu..Saya rebus jadikan ulam...Sedap banget! Selalu juga saya rebus putik jagung buat ulam tapi tidak sesedap yang kali ni.Mungkin putik jagung ni fresh baru petik agaknya
Selain tu ulam lain yang saya sediakan:
- Pucuk beka rebus
-Pucuk ajinomoto rebus
- Rebung rebus
- Pucuk samak( yang ni ulam mentah,)
-Terung Siam( ulam mentah)

**Cabai timbuk (sambal belacan) tu haruslah air tangan mak...Baik saya maupun Achik kalau buat takkan sama macam mak buat.Kalau balik kampung akan merap mak tumbuk cabai...hihihi


Sebab dah pesan Achik tak payah beli atau masak lauk,Achik bawa tembikai buat dessert...



Alhamdulillah....Allah masih beri kesempatan dapat makan bersama  di kampung...Allah kurniakan nikmat berselera setiap kali makan di kampung...(padahal makan kat mana mana pun saya ni jarang tak berselera)๐Ÿคญ๐Ÿคฃ



Sarah juga,masih tak boleh move on seronok dia beberapa hari kat kampung semua orang "meratukan" dia....Semua melayan dia sorang... Achik bawa meronda keliling kampung....tengok ayam,lembu ikan bagai.....Dia hari-hari "berzikir" nak "balik tampum,jumpa onyam...Achik...naik oto"