Thursday, 21 May 2026

SARAPAN GADO-GADO @ MAK HAJAH TAWAU


 Hajat hati bak sarapan NASI KUNING RESTORAN MAK HAJAH,TAWAU...kerana masih terkenang kenang akan keenakannya. Apa lagi kalau berlaukkan sambal ikan putih atau sambal ikan tuna..Aroma daun pisangnya membuatkan teringat-ingat dan tak sabar nak ke Restoran Mak Hajah..


Namun rezekinya ...dah tertulis kami akan bersarapan  Gado-gado .
Alkisahnya sampai di Restoran Mak Hajah sekitar pukul 8.00 pagi .Kalau di semenanjung  pukul 8 pagi tu kira masih sedang elok kan..sebab matahari pun baru sejengkal kot dari celah bukit..Namun di sini walau kita masih satu negara dan waktu pada jam tangan adalah sama ,tapi hakikatnya bumi Borneo ini lebih dulu menerima pancaran matahari kan...




Hakikatnya 5.45 pagi dah segini terang macam 6.45 pagi kat sememanjung kan...
So kalau nak gi sarapan pukul 8 pagi tu...jangan hairan kalau banyak makanan dah habis..hihihi..
Ini lah yabg terjadi pada saya...Bila sampai kat Restoran Mak Hajah ,stafnya cakap... Nasi kuning dah habis!
Nasi  lemak dah habis!
Terkulat-kulat saya menelan air liur kempunan tak dapat makan nasi kuning..
huhuhu

Pujuk hati ...tak apalah takda nasi kuning...Kita boleh makan Coto Makassar ya g kuah pekat bekacang tu...sedap juga masa cuba Coto Makassar  kat Mak Hajah ni juga sebelum ni..

Apalah malang.....Coto Makassar juga sudah habis!
Akhirnya terpaksa redho Cella  pilih Roti Telur... Sarah juga makan roti telur disuap ayahnya kerana. mummy nya tak ikut....Saya & menantu pesan Gado-gado..



Walau hati sedih tak dapat makan nasi kuning dan coto makassar tapi sekurang-kurannya dapat makan gado-gado.Salah satu sarapan tang agak popular di sini.Sebaliknya macam takda  kot jumpa kat semenanjung..Taktau la kot saya ja ya g tak jumpa sarapan macam ni...hihihi

Cella tanya apa beza pecal dan gado-gado...??
Saya pun tak pasti...tapi dari pemerhatian dan rasa...saya dapat aimpulkan beberapa perbezaan..



Gafo-gado ni kuah kacangnya dimasak macam kuah kacang  hari raya tu..tapi sedikit cair berbanding sambal kacang raya.Kalau pecal kan kuahnya hanya divancuh air panas setelah semua bahan lain digoteng dan di tumbuk bersama.

Antara condiment gado-gado ni saya nampak ada ketupat nasi,taugeh celur,kangkung,timun hiris,tauhu goreng,telur rebus dan keropok udang Yang pink kat atas tu taburan keropok udang ..

Bila makan gado-gado ni saya pasti teringat buku teks  Sains Rumah Tangga dulu-dulu...Ada gambar dan resipi gado-gado yang pada saya anak kampung di pedalaman ni makanan ni agak asing.Apa lagi ada tempe goreng yang pada masa tu saya tak pernah tahu pun apa itu tempe.Mendengar nama pun tak pernah apa lagi makan tempe.Buku SRT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 banyak mengajar saya mengenali dan meneroka dunia masakan.Walau hanya buku teks tapi itulah " syurga" saya.Saya sangat suka mentelaah buku teks SRT terutama mengenaliasakan dan cara hidangan.Walaupun saya dah mula memasak seawal darjah dua tapi saya hanya kenal msakan dan bahan basic ya g ada sekeliling rumah..Dapat membaca dan melihat gambar masakan berwarna menjadi teapi bagia untuk saya..Dari buku teks SRT tu lah saya berangan  nak beli majalah masakan..Dari meminjam majalah dari warden asrama pula membuatkan saya berangan bila sudah bekerja saya akan langgan majalah bulanan ..Alhamdulillah,Allah mendengar dan memaqbulkan apa yang diimpikan.Mungkin impian saya itu apalah sangat kan....tapi ia sangat membahagiakan saya dan saya sangat sangat bersyukur..
Perangai suka berangan tu terbawa bawa hingga kini.....Kalau nampak makanan dan negeri orang yang cantik...saya akan memasang angan angan ....
Namun bukan semua angan angan tu Allah maqbulkan...Ada beberapa yang Allah maqbul,ada banyak lagi yang saya masih berangan dan mengaharap Allah me dengar dan memaqbulkan....Antara yang saya berangan dari zaman sekolah rendah ialah nak ke Nee Zealan dan Australia bila selalu baca buku Geografi tentang  peladang biah-biahan di Australia dan penternak lembu dan biri-biri di New Zealand...Dan....pastinya juga saya me gimpikan saya dijemput menjadi tetamu Ka'abaitullah....

Tuesday, 19 May 2026

LUNCH IKAN BOULU LAGI @ NINA HILLTOP

Antara makanan Sabah  yang melekat di deria rasa  saya ialah ikan boulu goreng crispy tanpa tulang...Dulu hanya selalu baca dan tengok gambar kat blog Cikgu Amie..Berkat dok "berzikir" ikan boulu tu,Allah maqbulkan hajat nak makan ikan boulu tersebut.Beberapa kali juga dapat menikmati keenakannya.

Terbaharu..hari Jumaat lepas...anak menantu bawa lunch kat Nina Hilltop .Kali terakhir makan 5 bulan lepas..Walaupun ada pelbagai menu lain kat sini...namun Set Ikan Boulu tetap jadi pilihan saya...



Set Nasi Ikan Boulu...tak tanya pulak Adah berapa harga..Tapi kalau ikut harga 5 bulab lepas RM10 sahaja...Rasanya masih sama kot sebab dekat page depa saya dah komen jangan naikkan harga🤣





Kami berempat pilih menu yang sama ...4 set Ikan boulu....
Servicenya masih cekap dan pantas macam sebelum ni juga..Rasa dan keenakakannnya  masih sama. Ikannya goreng panas panas....Sup kosong tu ealaupun kosong tapi kaya rasa lada sulah yang memberi kepuasan bila dihirup panas panas...Sambal kicap dia kental dan sambal kemangi tu paling saya suka... Adah,Izzudin dan Cella hanya makan sambal kicap ...Saya "tapaw" ketuga tiga sambal kemangi depa tu untuk saya makan saorang bercicahkan ikan boulu goreng...

Tapi gambar tu rasanya lagi menarik masa kami makan KAT SINI MASA TAHUN 2024 .....



Kalau makan kat si i juga tidak sah kalau tak veli pisang goreng kat gerai tepi. tu...Pisang gorengnya sedap sangat pada tekak saya....Tak tahu apa rahsianya...hingga rasanya begitu sedap...


Semoga Allah masih mendengar dan memaqbulkan doa dan zikir saya untuk dapat ke sini lagi.....in shaa Allah


KE TAWAU LAGI MEI 2026

 Weekend baru ni  Jumaat 15 Mei 2026   saya terbang  ke Tawau lagi  untuk kali ke 5 sepanjang Adah anak beranak di sana.

Dalam tempoh 3 tahun ni berpeluang 5x ke Tawau pun tumpang rezeki yang Allah kurniakan kepada anak menantu dan cucu.Allah masih kurniakan lagi rezeki dapat jejak Tawau lagi untuk tahun 2026 ni...Juga asbab mereka di sana jugaklah  cuti Krismas 2024 dapat cukupkan kuota mak untuk cukupkan jejak kaki ke semua negeri di Malysia.Kalau tak kerana mereka di sana,ikut akal saya memang tak la kot kami ke sana.Tapi mungkin rezeki Allah turunkan kerana selalu berzikir minta Allah kurniakan rezeki ke sana  bila tiap kali terdetik dalam hati seronoknya ke Negeri Bawah Bayu bila selalu baca blog CIKGU AMIE.Walaupun pernah 2x menawan Gunung Kinabalu ,tapi pastinya Tawau lebih dekat dihati kerana di sana  Allah limpahkan  rezeki kepada  anak,menantu dan cucu hingga kami juga menikmati tempias rezekinya...

Juga sebenarnya disudut peribadi... mungkin di Sabah ini ada darah daging kami yang yang lahir di sini..Misteri sejak tahun 1972 yang belum terungkap hingga kini...Mungkin ini lah antara rahsia Allah sampaikan kami ke sinu...Wallahua'lam


 

Flight kami seawal 6.00 pagi dari KLIA 2.Kali ini saya juga ditemani Cella.Seperti sebelum sebelum ni,,Jumaat Sabtu dan Ahad jadi pilihan kerana nak sesuaikan dengan hari Pasar Malam Chester di Tawau..Tak lebgkap kalau ke Tawau tak menikmati kemeriahan dan menu pasar malam yang  jarang jumpa di semenanjung..

Cuma sedikit ralat kerana  Achik tak dapat setai kami..saya sangat berhajat nak ajak Achik anak beranak bersama ke Tawau kali ni.Bila anak menantu dapat tiket warab balik Tawau minggu lepas,saya dan Adah dah plan nak ajak Achik ke Tawau. Tahun lepas dah plan nak ke  Tawau/Semporna.Walau kami rancang dah hampir jadi tapi  Allah belum izinkan  bilamana anak menantu kena balik semenanjung pada pertengahan Disember tu..


Kali ini juga memang plan dengan Achik nak bersama ke Tawau..Namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan,Achik dan Aqil tak dapat join.Ingat nak belanja Haikal ke Tawau tapi sayangnya Haikal juga tak dapat join kerana terikat dengan program pada tarikh 15 Mei tu.Anak jantan saya pula tak dapat ikut kerana baru sahaja ambil cuti ride bersama rakan²nya ke Penang beberapa hari sebelum tu.Akhirnya hari Rabu Adah booking tiket untuk saya dan Cella sahaja.Esoknya saya mohon cuti dan Alhamdulillah ppagi Jumaat  sekitar pukul 4.00 pagi kami 2 beranak bertolak dari rumah.

Kali ni kami ambil keputusan untuk drive sendiri dan park kereta di KLIA 2 selama 3h2m tu.Kesian nak minta tolong anak ja tan tu hantar dan jemput kami pulang nanti kerana dia baru sahaja ambil cuti pergi ride tu.Lagipun sebelum ni pernah bebrrapa kali pengalaman park kereta kat sana semasa beberapa kali ke Kuching sebelum ni.Anggaran harga bayaran parking sebelum ni untuk 3h2m sekitar RM150++Padahal ada je Aerobus dari TBS-KLIA2 tu dengan harga tak sampai RM20 pun sehala..Kalau tak silap Adah kata masa dia berulang alik jadi volenteer PPV KLIA masa covid tu harganya RM12 sehala.tapi biasa la kita manusia ni kan...kalau ada lagi senang pastinya memilih nak lagi senang kan...hihihi.
Kalau saya sorang meraba juga nak parking kereta kat sana tapi sebab Cella dah biasa datang sorang-sorang jer tiap kalau hantar dan jemput Adah  dari KLIA 1 & KLIA 2.
So,dia dah familiar nak cari parkir yang dekat dengan pintu masuk dan keluar bagai..


Alhamdulillah....selfie nak hantar kat Adah bgtau kami dah masuk plane.Lega bila dah  masuk dalam perut kapal terbang.Adah dah tolong check in sesiap malam Jumaat sebelum fly..Lepas parking kereta  dah pukul 5 pagi...terus ke lobby Cella print tiket & tengok gate dah buka..Sekali baru tengok flight kami kat gate K...Jenuh menapak sebab gate K memang jauh..Jenuh menapak...elok elok sampai memang penumpang hot seat & Zon 1 dah mula beratur..Memang betul betul Allah mudahkan urusan.Lain kali jangan buat hal leweh leweh lagi..Patut pukul 3 pagi bertolak dari rumah baru tak kelam kabut.



Untuk meal,kali ni saya pilih mee wantan ,manakala Cella pilih menu baharu Air Asia iaitu  Malatang
Cella kata dia nampak kat Tiktok ramai recoment order malatang ni..
Tapi tu la...bau dia satu kapal🤭

Wah,nampak sedap kan...
Kena tunggu 7 minit sebelum bagi mee(sebenarnya kue teow) tu sedia dimakan..Sedap sebab kuetoew dia kenyal...kuah hotpot tu pulak pedas dan berperisa apa ek...yang bila makan lidah rasa kebas macam kita makan wasabi tu ..Harga pun sangat berbaloi yer.. Yang ni Adah dah siap order meal masa booking tiket.Tapi kalau tengok kat buku menu Santan tu combo dengan minuman baru RM13++...Sangat recomended bagi yang suka pedas dan makanan lengkap berkuah hangat dan pedas Ada jenis ya g ditawarkan iaitu malatang dan creamy seafood tomyam.Tapi kalau jenis perut tak tahan ...takut sakit perut la makan pedas sangat.Saya memang suka sebab peminat pedas..


Satu perkara yang saya cukup risau kalau dalam flight kalau kita duduk berjiran dengan orang lain dan mereka pula tak order makanan..Macam kali ni pun sebab berdua,pastilah seat satu lagi akan diisi dengan orang orang lain 
.Lagi-lagi kalau seat sebelah kita adalah kanak-kanak...Memang tak tertelan nak makan  kalau budak tu tak order makanan...Saya tak ada masalah nak pelawa makan atau nak kongsi makanan tapi zaman sekarang ni kena fikir 10x...perkara betul boleh sahaja me jadi salah..


DANNNNN .....
Apa yang saya risaukan...itulah yang terjadi...
Cella duduk seat A tepi tingkap sebab dia nak rakam gambar awan..saya duduk seat tengah B...manakala seat C adalah penumpang kanak-,kanak lingkungan umur bawah 10 tahun rasanya...


pic google

Nasib baik saya sudah bersedia....Sehari sebelum tu saya dah minta Cella belikan saya 2 bekas kerepek kentang ni 


Dan 2 bungkus kekacang macadamia + gajus ni ..Dalam hati dah terdetik jika ada budak duduk sebelah saya  dan dia tak order makanan..saya nak bagi ni supaya saya dapat makan makanan saya tanpa rasa bersalah sangat🤭..Kalau ikutkan memang mana-mana  penerbangan pun  tak dibenarkan bawa makanan luar tetapi dari pengalaman kalau penerbangan tambang murah  ni depa .Takat sedikit makanan ringan macam chips dan coklat kecil in shaa Allah staf depa pun buat buat tak nampak atas budi bicara..
Lagipun selitkan sikit kekacang ni sebab sekarang AA dah takda jual kekacang  ek?.
Sebelum ni depa  ada depa jual kekacang dalam pek  kecik kecik tu kan.. ada potato chips ,coklat cadbury bagai kan...
Ke saya yang ketinggalan...maklumlah kita buka selalu fly kan...hihihi

Tapi sekarang bagusnya sebab  banyak pilihan menu brand Santan tu kan..Kebetulan kanak-kanak perempuan yang seat sebelah saya ni saya nampak mereka 6 beranak iaitu ibu bapa dan 4 anak yang masih kanak-kanak  duduk berpecah pecah tempat duduk dan semua tak pesan makanan pun.Mungkin mereka hanya ambil seat random yang tidak memerlukan bayaran tambahan.Macam kami selalunya memang kami akan buat bayaran tambahan demi nak dapatkan seat tepi tingkap🤭🤣 dan seat berdekatan antara satu sama lain taknak berpecah.Lain lah kalau fly sorang tak kisah dapat seat random..untung nasib dapat tepi tingkap tanpa tambah bayaran kan...Kita ni sanggup la bayar lebih demi sebuah tingkap dan taknak berpecah...🤭
Lagipun kita ni bukan selalu berpeluang naik kapal terbang  hari -hari macam pramugari tu kan....hihihihi🤭🤣🤣🤣🤣🤣

Berbalik cerita kanak-kanak sebelah saya tu. Cella dah dapat agak saya akan berikan chips tu kepada budak tu.Cella dah larang saya supaya jangan bagi sebab risau dilah anggap..Tapi saya cakap saya tak sampai hati nak makan jika ada budak memandang tanpa ada makanan untuknya...
Bila budak tu terjaga,saya bagi juga chips tu kepadanya kerana saya belum habis makan mee wantan dan Cella masih makan malatang noodle..

Namun dalam hati tetap berpesan kepada diri sendiiri supaya tidak melakukannya lagi. Saya juga tidak pasti tindakan saya ini wajar atau tidak,namun yang pasti ia tetap salah.Cuma atas budi bicara sahaja.


Dari langit subuh masih gelap....



Hinggalah cahaya fajar diufuk timur mula terang...


Cella melayan mata..manakala saya curi-curi jenguk tingkap..Kalau tau dia hanya nak membuta...baik saya jer duduk seat sebelah tingkap tu..🤭


Welcome to Tawau.....
Dipendekkan cerita...tepat pukul 6 pagi take off  KLIA2 & tepat 8.50 pagi touch down @ Tawau Airport







Buka wasap nak bgtau Adah kami dah landing...Tengok wasap rupanya Adah SS dari Radar 24 flight kami tadi ruoanya merwntasi ruang udara negara Brunei Darussalam...hihihi..So boleh la perasan sikit dah pernah ke Brunei...walaupun hanya ruang udara..🤣🤣🤣





Airport Tawau tidaklah besar..Hanya   lebih kirang airport Alor Setar jugak...so,tak susah sangat nak berurusan.Turun bawah keluar lobby tunggu Adah tengah cari parkir.Rupanya Adah datang berdua sahaja dengan suaminya...Sarah dah dihantar ke rumah pengasuh kerana hari Jumaat kan hari bekerja...Adah dan suaminya juga tengah kerja tapi excuse sekejap untuk jemput kami di airport..


Alhamdulillah....perut masih kenyang makan mee wantan dan malatang  dalam flight tadi.Planing kami nanti lunch break nanti  Adah & suaminya nak bawa kami lunch Ikan boulu goreng.Tiap kali datanga Tawau wajib lunch ikan boulu ni...
Harap-harap buka la warung Nina Hilltop tu..Kalau tak...mau kempunan saya....




Tuesday, 12 May 2026

MENGENALI SAYA

 Baru baca blog sendiri...Dah lebih. dua minggu takdan nak jenguk..Sekali baca komen SK KAT SINI...nampak SK tag saya untuk tag berantai  Jom Berkenalan kat blognya dalam entri KAT SINI.......Nak tag orang lain takut nanti double. triple tag dah..Lagipun takut dah  expired sebab dah lama benar...

Tapi kita sahut jugaklah guna AI chatgpt tu...Maka hasilnya seperti ini...hihihi...

Kebanyakannya betul la tu kan...Kalau tak betul pun,kita ia kan saja kerana semua yang baik-baik...hihihi

Cuma gambar tu kalaulah kulit se glowing itu...setiap waktu rasa nak pandang cermin jer....hahhaha


Tapi takda la saya nak tag sesapa sebab dah lama....tak sempat nak BW kat blog lain  lagi..Kang kalau tag takut depa dah kena tag  &  lagi satu bimbang dah basi...hihihi

Monday, 27 April 2026

MASAK BEKAL SARAH

Sejak cucunda ada kat rumah dan dah pandai makan ni..kadang-kadang pagi saya dimulakan dengan menyediakan bekal untuk dibawa ke rumah pengasuh.Bukan la setiap hari tapi kadang -kadang saja menyediakan "air tangan"  sebagai tanda kasih sayang Tok Mummy kepada Sarah...

 
 
Antara bekal yang disediakan untuk  dibawa ke rumah pengasuh .
Makanan dari sarapan..lunch dan kudapan


Biasanya pagi Sarah suka makan telur rebus 
Bagi dia telur rebus setiap hari pun dia tak tolak..


Nasi untuk lunch


Ni Sup Isi Udang + Kentang,Carrot dan Bayam...




Buah Mangga 



Buah Naga Merah



Ni bekal pada hari yang lain pula



Telur rebus untuk sarapan



Nasi


Sup Isi Ayam + Carrot dan Bayam Cina



Limau



Strawberry...







Ni pun hari yang lain pula...
Macam sama menunya kan....
hihihi


Sup Kiub Ikan Tuna + Tomato & Bayam Cina


Buah kegemaran Sarah..
Jarang nak jumpa buah strawberry manis kan...kecuali buah gred A yang diimport dari  luar negara..

Tapi Sarah tidak memilih
..Asalkam strawberry memang dia suka...




Kalau tengok dia makan 🍓 tu...rasa ngilu gigi...
Walau masam macam cuka..tapi kalau tengok dia makan macam buah tu manis jer bagi dia...hihihi
Sikit pun tak berkerut mukanya.Saya pernah tertipu.Tengok Sarah makan strawberry tu macam manis jer....Swkali bila ambil dan gigit....Allah..masammmmm
Tapi dah dia suka...maka,biasanya memang tak putus bekalan strawberry kat rumah..
nak kena pindah dok Cameron Higland ke camanana ni?
🤣🤣🤣🤣🤣


Buah mangga....
Sekarang musim mangga...
Kat KL ni boleh dapat harga RM5/kg bergantung kepada jenis buah mangga la.Kalau harumanis tak dapat la harga tu..
Tiap kali tengok harga buah mangga yang murah saya akan teringat Cikgu Amie nun di LD...Katanya kat sana harga mangga memang berganda dari semenanjung yer..
Juga saya akan teringat Puding Casablanca resipi cikgu Amie yang menggoda jiw...Teringin nak buat tapi belum ada kerajinan...

 

Bubur Oats....
Selalunya malam...masak bubur oats jer untuk Sarah...
Kadang saya pun tumpang menu Sarah ni sebab bubur oats ni bila dah campur serbuk ikan bilis,tomato cincang ..sayur bayam ...memang sedap sangat...Kadang memang masak lebih sebab saya pun suka...
Hihihi

Sekian ...


 

Tuesday, 7 April 2026

KUAH KACANG DAGING NASI IMPIT KETUPAT PALAS UNTUK RAYA 6

  Semalam hari Isnin..Alhamdulillah genap 6 hari puasa sunat Syawal untuk tahun  ni 1447H..Mula puasa Isnin minggu lepas hingga Jumaat .Sambung semula Isnin semalam lagi satu hari..

Untuk reward diri sendiri yang berjaya selesaikan puasa 6  agak awal tahun ini.hihihi...


Juadah berbuka hari terakhir puasa 6 kita masak nasi impit kuah kacang daging.Juga rebus ketupat palas frozen.




Balik kerja semalam gigih memasak kuah kacang daging.Daging tu dah siap potong dadu kecil  sebelum frozenkan..Bahan kisar juga dah siap buat sebelum ni.Jadinya balik semalam tanpa bukua tudung terus sarung apron...menumis bumbu dulu  supaya  masaasakan direnih,bolehlah bersihkan diri nak solat bagai...Nak masak ni tu lah antara cara saya buat kalau nak bagi cepat dan sebelum hilang kerajinan ..hihihu
Kalau masuk rumah berlengah dulu....alamatnya,masakan tu hanya dalam angaan angan...Itu time rajin sikit la...Kadang tu nak lengahkan sekejap jer tapi sudahnya memang tak jadi apa yang diangankan untuk masak...



KUAH KACANG +DAGING

½kg  kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
1 asam keping
3 keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk

Bahan Blend:

5 hiris lengkuas
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.

2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus

3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak.


4. Masukkan daging dan 4 cawan air.Masak hingga daging empuk.Jika perlu tambah air lagi.

5. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.

5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidh

6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekatc

7. Sesuaikan rasa






Sambil masak kuah kacang. tu..saya sesambil juga merebus nasi impit mini ni..Guna Noxxa saja lebih kurang  40 minit..Tapi dah rebusnya pun dah pukul berapa kanm..Makanya masa berbuka tu nasi impit ni belumlah sejuk.Masig suam auam panas tapi ok jelah kan...hihihi



Lepas rwbus nasi impit sambung pula rebua ketupat palas frozen yang mak bekalkan hari tu.Mak tu bukan apa..lebih kepada sedih cucu jantannya ni tak balik beraya.Maka dibekalkan ketupat frozen. yang bum rebus.Saya Noxxa kan juga dalam 12 minit...elok masaknya...



Metupat Palas...Nasi Impit & Kuah Kacang +Daging...Juadah iftar merangkap Raya 6 saya
..hihihi...





MEE RUSKI TOMYUM UNTUK IFTAR PUASA 6

 

Semangkuk Mee Ruski Tom Yum  untuk juadah iftar puasa 6 hari Jumaat lepas.Mee Ruski Tom Yum adalah antara jenama mee segera berperisa tom yam yang sangat saya suka.Tapi untuk perisa tomyam sahaja la zebab kalau perisa kari saya suka jenama lain..Kalau mee goreng pun suka jenama lain..
Pada saya kalau tom yum...memang tak leh lawan Ruski ni...Pekat pedas..masam semua memang sedap seungguh.Mee dia pula kenyal yang takda pada mee segera lain...hihihi puji sikit kot Ruski ada nampak🤣


Sejak bulan puasa hari tu teringin sungghu nak makan mee Ruski Tom Yum ni...Tapi takkan nak nak masak mee segera pulak untuk berbuka time anak beranak semua ada kat rumah.Nak masak masa moreh..macam berat pulak sebab nanti nak bangun sahur lagi..Nak masak sa sahur,takut perut meragam pula sebab awal pagi...Eh,alasan demai alasan sampailan dah raya....Balik Kedah cari mee jenama Ruski ni takda la pulak..Kalau ada pun kena pu Mydin Alor Setar nu...Lagi pun musim raya perut dah disogokkan aneka makanan lain yang lebih menarik...hihihi



Bulan puasa tu dah beli pack 5 bungkus mee Ruski Tom Yum ni...Ingatkan ada la dalam kabinet dapur tu..Sekali bila bila buka masa balik dari kampung minggu lepas dah yillek...Seminggu tinggal balik kampung dia kat rumah hari hari makan megi jerlah agaknya...hihihi


Akhirnya ..Jumaat lepas melunaskan keinginan anak tekak sendiri..
Adah & suami dia...habis kerja depa pi makan Ayam Gepuk Top Global...
Cella tak balik...Anak jantan tu makan kat tempat kerja dah katanya..
Yes..kita sengsorang kat rumah masak mee Ruski TomYum jer lah...Pukul 7.23 waktu maghrib & berbuka kat KL ...Pukul 7.15 baru masuk dapur..Nak masak yang semudah ABC kan....


A
Jerang 2 cawan air dalam kuali.Rebuss udang...angkat udang

B
Masukkan mee Ruski Tom Yum  dan perencahnya biar  mendidih dan mee lembut..

C
Masukkan semula udang dan sesayur kegemaran...Siap

Saya suka mee Ruski ni sebab mee dia super kenyal...


Bahan perencah dia pulak cukup kaw....Rasa yang tajam tom yumnya...
Saya hanya lernah cuba perisa tomyum..perisa lain jenama ni belum pernah try...




Semangkuk Mee Ruski Tom Yum penuh perisa.....siap sebelum azan maghrib bergema...


Hirisan tembikai sebagai  pemanis bersama air kosong  dan elok elok siap hidang elok azan berkumandang...Bismillah .....

Monday, 6 April 2026

BISKUT RAYA LEPAS RAYA

 Semalam separuh  hari dihabiskan di dapur bersauna  membaking biskut raya.Masih dengan haruman biskut raya memenuhi ruang dapur kekangkang tupai itu.Malamnya cella membaking cookies dari pukul 9 malam hingga 3 pagi baru dia tidur..Gigih dia menyiakan tempahan cookies lepas raya dari kawan kawan UPM .Hari tu bulan puasa kawan kawan ya tak dapat nak buat tempahan kerana memasing dah balik kampung sebelum puasa lagi kerana cuti semester.Syawal ke 4 depa dah naik sem baru tapi minggu tersebut diberi kelonggaran online class sehingga Syawal ke 7.So,baru seminggu kelas fizikal..Katanya ada dalam 10 balang oderan cookies yang dia perlu siapkan.Tahun lepas saya latih dia buat cookies & tahun ni memang tugas buat cookies diserahkan sepwnhhnya kepada Cella kecuali oderan daripada kawan anak jantan tu ai Haziq.Setiap tahun Haziq tempah tak kurang dari 10 balang besar cookies.Tahun ni Haziq order 15 balang besar cookies.Dia memang request cookies dari tangan saya.Maka saya hanya siapakkn 15 balang besar yang Haziq pesan.Untuk dahlia,tart nanas,choco oats saya masih buat sendiri & Cella hanya bantu potong dan letak ceri sahaja.Hanya cookies Cella dah lulus untuk buat sendiri sepenuhnya.



Ni pula biskut samprit dahlia yang aaya buat semalam.Tak rajin pun nak  buat biskut lepas raya tapi sebab ni kawan lama tempet kerja lama berhajat sangat nak dahlia,cookies & tart nanas.Maka semalam memaksa juga diri untuk mengadun  bagi memenuhi haja rakan tersebut.Dapatlah 2 balang besar sampret dahlia ni.Saya masih mengekalkan resipi yang digunapakai sejak zaman remaja belia hingga dah remaja purba(pinjam ayat SK) .Dah  hampir 40 tahun resipinya..cuma ada sedikit saya tambah baik untuk kurangkan manis.





Lepas menyamprit terus sambung mengetart pula.Tak banyak pun buatnya...2 balang besar dan 1 balang kecik jer.Manakala cookies Cella dah buat malamnyaTahun ni saya tak tak buat pun tart nanas gulung ni.



Sebelum raya hanya buat tart bunga ni jer..
Lagi pun tahun ni saya tak open order pun biskut raya kat tempat kerja baharu..Hanya ambil tempahan regular customer yang sedia ada yang saban tahun masih setia dengan biskut raya air tangan saya. Alhamdulillah berjaya juga siapkan semua pesanan sebelum balik beraya.Untuk lepas raya hany Cella masih open order untuk rakan rakan sekolah dan  rakan rakan UPM.Gigih pula dia mengukis sejak bulan puasa hari tu sampai lepas raya ni..demi RM...hihihi.Sejarah jualan kuih raya ni pun memang bermula daei Cella pada tahun 2011 masa Cella darjah 3,bila mana dia senyap senyap open ordee kuih raya pada rakan sekelas tanpa pengetahuan saya..Tahun tahu dia dah bawa balik list order..Dah pernah ada ceritanya  KAT SINI....




Dah lepas raya kan...bila buat tart nanas gulung ni ..eh sedap la pulak..hihihi
Nanti bebila kalau rajin rasa nak buat lagi..tak puas pula makan..
Sekarang ni payah betul nak dapatkan mood rajin tu .Rasa nak baring baring main handphone jer 🤣
Kalai ikutkan semalam ada je jemputan open house tapi saya memilih dok rumah sorang sorang sambil siapkan biskut biskut ni.Adah anak beranak pergi open house.Tak lama lepas tu Cella pula ke open house rakan rakan dia.Cella cakap kawan- kawan kelas dah bising bertanya bila nak buat makan makan macam tahun lepas...
Hihihi....doakanlah mokcik ni rajin nak masak bagai ye anak-anak....🤭