Sunday, 30 June 2019

PULUT KACANG vs RENDANG AYAM

 Pulut Kacang vs Rendang Ayam vs Kopi O Panas.
Haaaa...berapa banyak vs laaaa....
Weekend breakfast
Haaa...semalam mak aku kata nak masak pulut kuning untuk makan ngan rendang ayam pencen tu
Tapi   x jadi sebab xde santan...


 Hari ni x jadi pun Pulut Kuning
Tapi jadi Pulut Kacang vs Rendang Ayam Pencen tu
Actually memang rendang ayam ni yang mak aku masak semalam tu
Tapi xde sapa pun makan kecuali mak aku
Abang makan kat tempat kerja
Kakak beropen house sampai malam..
Aku lak x berani nak makan sebab tengah cerry berry..
Gi open house umah Auni pun aku x berani nak makan sembarangan..
Balik sebab tersangkut dalam traffic jem sampai maghrib..
Sampaikan mak aku tak jadi gi open house sebab dah maghrib
Kakak jer terua sambung lagi beraya beropen house ngan kawan- kawan kakak sampai malam


 Pulut Kacang ni mak aku kata asal nak buat Ketupat Kacang
Tapi xde daun palas..
Daun pisang pun xde
Jadi Pulut Kacang


 Ni mak aku kata guna Kacang Ketupat a.k.a Kacang Mata Hitam
Haaa...bhkan kacang mata- mata tau...!
Selalu kacang ni mak aku masak bubur ngan kacang hijau


 Selain Pulut Kacang
Mak aku buat juga Pulut plain yang xde kacang
Untuk sesapa yang xnak kacang
Aku pun dulu2 bukan suka sangat kacang
Tapi today i makan pulut kacang ni
Heee..manusia berubah dengan waktu


PULUT KACANG
1 kg pulut- rendam semalaman
1 cawan kacang mata hitam - rendam berasingan dari pulut
1 helai pandan

Bahan Gaul
2 cawan santan*
1 sudu teh garam*
1 sudu teh gula*
*** campur semuanya hingga sebati

1. Panaskan pengukus dan kukus pulut hingga masak.
2. Ketika pulut masih panas ,gaulkan dengan santan bercampur garam dan gula hingga sebati dan nampak pulut berkilat
3.Kukus kacang mata hitam yang sudah direndam hingga kacang empuk
3. Gaul bersama pulut yang sudah digaul santan



Rendang Ayam Pencsn ni yang masak semalam
KAT SINI.....
Ok...makan dulu...
Nanti nak go open house lagi
Hari ni ada 2 jer je.putan open house..
Tapi mak aku cakap boleh gi 1 jer...

SABTU TERAKHIR SYAWAL INI- BERAYA LAGI

Perut masih sakit dan tekak masih pahit sebab cerry berry
Tapi sebab dah janji ngan Auni nak gi open house umah dia
So...gi jugak la






Jemnya jalan....
Agaknya sebab ni Sabtu terakhir Syawal
Minggu last orang beraya
Ramai yang buat open house dan ramai.la yag gi open house
Eh, dorang semua ni beraya kat rumah orang ke raya kat atas jalan...?
Hahahaa....macam la aku bukan salah seorang penyebab jem..
Kikikiki....


Ni baru kuar dari Seri Permaisuri lepas amik kakak..
Ni on the way nak gi BTHO umah Auni
Kakak gi open house umah kak Mai..
Mak aku nak gi open house kawan mak aku kat Kampung Selamat tu
Tapi mak aku kata kena amik kakak dulu
Tadi pun kakak gi naik grab dah rm20
Balik kalau naik grab lagi mesti lagi mahal sebab jalan memang jem giler macam ni mau berjam nak sampai rumah..
Mmm...nampaknya aku x jadi la gi umah Afiq
Terus minta mak aku hantar umah Auni jer lah

Dekat 1 jam juga dari Permaisuri.... baru sampai umah Auni..
Umah Auni  ni 3 tingkat bai..!
Lepas drop aku..
Mak aku ngan kakak kata nak gi AEon Cheras Selatan...


Pastu boleh plak mak aku ngan kakak gi makan Lloallaoa ..
Huwaaaaaa......nak jugak
Mak aku soh cepat2 skit sebab mak aku ada nak gi open house kawan mak aku
Kakak  & mak aku pun ada open house juga dekat- dekat jer our place
Mak aku cakap 1/2 dr sekarang mak aku gerak amik aku...
Alaaa....kejapnya...
Tak puas lagi nak gosip2 nga  Auni

Mmm..dah nak balik dah
Bergambar jap ngan Auni
Mak aku dah tunggu tepi gate dah..

 Izzati pun nak balik dah...
Tapi dia naik grab..
Ajak dia tumpang aku nanti mak aku leh lalu ikut Anggerik
Tapi Izzati xnak..dia nak.naik grab jer

 Last sebelum mak aku hon..
Hahaha...
Haikal..Manoi semua ada jer tepi ni tapi dorang xnak kacau la..
Ok...balik dulu yer...


Mak aku deside balik ikut  Balakong...
Mmm...memang seluruh KL jem la hari ni
Dalam kereta dengar radio pun cakap memang hari ni semua jalan sesak


Nak masuk tol pun sesak
Kakak cakap kak Nisah suruh lalu rumah dia nak kasi barang..
Lepas amik barang ,kakak terus joint kak nisah & kawan- kawan kakak beropen house lagi sampai malam...
Maghrib baru sampai rumah
Mak aku x jadi gi open house sebab dah maghrib
Huh.....





Saturday, 29 June 2019

RENDANG AYAM PENCEN CILI PADI




Mak aku masak Rendang Ayam Pencen
Haaa....jangan tanya aku
Sebelum ni ayam ni kerja apa
Sebab aku kenal ayam ni pun lepas dia dah pencen
So...aku x tak tau ayam  ni pencen askar ke..polis ke...cikgu ke..bomba  or apa
Tapi mestilah ayam ni kerja goverment kot sebab tu namanga ayam pencen
Hahaha...sebab masa ceramah kerjaya cikgu kata kalau kerja goverment nanti dah retire ada pencen
Kalau kerja private ada simpanan EPF
Mmm....aku nak kerja apa ek...?


 Rendang Ayam Pencen Ciki Padi
Pepagi lagi mak aku dah masak
Bukan untuk open house
 Just  makan sendiri
Ajak mak aku buat open house tapi mak aku diam jer..
Dah lama mak aku x buat open house kat rumah
Biasanha setiap tahun mak aku akan masak & order makanan & buat open house untuk kawan- kawan mak  kat tempat mak aku
Haaa...itu bukan open house..
Itu open table..!!
Hahaha...
Actually mak aku akan buat open house tu kat pondok atas bukit kecik tepi pondok jaga tu la..
Happening nya masa tu...!
Kadang kakak akan ikut sekali tolong
Tapi ni dah 2 kali raya mak aku x buat..
Mmm....hari ni dah last weekend untuk orang buat open house raya
Coz ..next weekend ...bulan Syawal daah habis
Rabu ni lastday Syawal
Tinggal 3 hari jer lagi...
Hari ni aku ada jemputan 3 open house
Umah Afiq kat Baiduri
Umah Auni kat BTHO
& 1 lagi lat Desa Pandan....
Mak aku pun cakap ada jemputan gak
Kakak pun sama ada open house umah Kak Mai kat Permaisuri & kawan kakak dekat erea rumah ni jer

Mak aku cakap sebelum gi open house
Masak dulu rendang ayam pencen ni  dan pulut
Untuk breakfast

Ayam Pencen sedang direbus
Nampak jer ayam ni keding
Tapi air rebus dia berminyak..
Banyak juga lemak ayam ni walaupun x nampak pun.
Mak aku cakap sebab ayam ni dah pencen
Opkos la ayam ni dah tua
So..isi dia keras tapi sedap berlemak & bertexture..!
Kena rebus sampai empuk dulu baru masak rendang
Haaa...actually mak aku cakap boleh jer terus masak rendang tanpa rebus
Tapi ni sebabnya mak aku beli ayam pencen ni semalam...hari Jumaat
So..malam tadi mak aaku rebus sampai masak
Pagi masak rendang untuk makan ngan pulut
Mak aku cakap lagi jimat masa nak masak rendang


Terliur weh
Sebab aku memang suka ayam pencen
Coz isi dia liat- liat skit dan rasa sedap



Lagi feel kulit ayam pencen
Krup krup krup
Tapi sayangnya aku hanya mamou tengok
Tak berani nak makan
Naper..?
Sebab malam tadi aku kena cerry berry
Dari pukul 2 pagi aku xleh lana
Beberapa kali aku muntah dan berry
Sampai rasa lemah badan
Mak aku pun cakap mak aku juga rasa nak muntah juga
Aku syak kitorang kena poisened food
Coz dari petang sampai makan aku ngan mak aku makan beberapa jenis makanan yang sama
Kakak xmakan sebab kakak gi Puncak Alaam hantar assigment..Tengah malam baru kakak balik
Abang pun sama x makan pun
Aku ngan mak aku jer makan
Sebab nak juga gi open house umah Auni
Aku kuatkan semangat walaupun badan masih lemah
Tu sebab aku x berani lagi nak makan Rendang Ayam Pencen ni
Takut nanti muntah ,& berry lagi
So...telan air liur jer lah
Sambail makan roti cicah Milo Panas
Huhuhu

RENDANG AYAM PENCEN CILI PADI
1 ekor ayam pencen- bersihkan dan rebus empuk
2 asam keping
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka
1 kotak kecil santan
2 sudu minyak
1 daun kunyit

Bahan Blend:
1 cawan cili padi hijau
1 bawang besar
3 serai
2 hiris lengkuas
1 ketul kunyit

1. Rebus ayam pencen hingga empuk
2. Panaskan  minyak dan tumis bahan blend
3. Masukkan ayam yang dah direbus bersama air rebusan ayam
4. Masukkan garam,gula dan asam keping.
5. Masak hingga mendidih dan kering baru masukkan santan dan daun kunyit
6. Bila pekat dan naik minyak,sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit hiris halus

Siapppp....

Friday, 28 June 2019

KERABU ULAM RAJA

Kerabu Ulam Raja...
Untuk lunch
Entri raya masa masih kat Kedah
Tapi baru nak post
Selama seminggu balik raya banyak kali mak aku buatkan Kerabu Ulam Raja
Request dari nenek...


Sebabnya kat kebun kecil nenek kat belakang dapur rumah baru mmang banyak nenek tanak pokok Ulam Raja
Asal balik Kedah jer memang banyak Ulam Raja
Nenek sentiasa tanam dan gantikan pokok baru
x pernah putus
Ni pun pic balik raya baru ni..
Pokok Ulam Raja tu nenek kata muda- muda sebab nenek semai awal sebelum puasa
Nenek kata dah plan supaya waktu raya pokok dah boleh petik  pucuknya
Buat Ulam & buat Kerabu

KERABU ULAM RAJA
1 cekak ulam raja
2 sudu sambal belacan
2 bawang merah - hiris
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
1 biji limau nipis
3 ekor ikan goreng
½ cawan kelapa parut putih

1. Bersihkan ulam raja dan hiris halus
2. Campurkan sambal.belacan,garam,gula,bawang dan isi ikan goreng serta kelapa
3. Masukkan ulam raja hiris dan gaul sambil diramas supaya sebati
4. Perah limau dan sesuaikan rasa

Ulam Raja fresh...
Boleh buat ulam
Boleh buat kerabu


Sambal belacan by nenek
Mak aku kata kalau xde sambal belacan
Boleh jer guna cili padi hiris halus
Tapi kalau guna sambal belacan lagi sedap


Isi ikan goreng pun jena letak
Baru la rasa sedap
Ikan apapun boleh jer
Mak aku kata kalau xde ikan goreng
Ikan bilis ditumbuk @ udang kering pun ngam jer
Nenek la paling suka makan Kerabu
Mak aku pun sama
Rajin jer layan nenek buatkan kerabu
Kerabu Ulan Raja..
Kerabu Pucuk Putat

CARA BUAT DAGING JERUK SENDIRI

Jeruk Daging Goreng
Lauk iftar semalam
Sedapppp
Minggu lepas mak aku ada beli Jeruk Daging Frozen
Dah citer pasal DAGING JERUK ..kat sini..




Semalam Genap seminggu
Makan lagi lauk Daging Jeruk ni
Tapi specialnya sebab yang ni bukan frozen
Tapi homemade Daging Jeruk by mak aku...
Puncanya  mak aku kata sebab beli yang minggu lepas tu satu bekas tu skit makan tak puas
So,malam tu juga mak aku homemadekan Daging Jaruk sendiri



Ni Daging Jeruk Goreng yang minggu lepas
Habis makan waktu iftar
Abang x dapat makan


Ni Daging Jeruk frozen yang beli tu
Sebab x puas makan sikt
Mak aku cakap refer kat group masak-masak
Dapat jawapan terus buat

JERUK DAGING
500  gm daging
20 biji limau kasturi- 1/2 cawan jusnya
2 biji lemon
2 sudu makan garam halus

1. Basuh daging & hiris nipis
2. Gaul daging hiris bersama jus limau kasturi dan garam
3. Lemon dibelah dua dan hiris nipis
4. Susun 1 lapisan daging dalam bekas plastik atau kaca
5. Susun hirisan lemon atad lapisan daging
6. Susun daging berselang seli dengan lemon
7. Simpan dalam peti sejuk selama seminggu  baru digunakan untuk masak

**** simpan pada rak bawah bukan freezer


Daging yang dah siap dibersihkan dan dihiris nipis


Lemon


Gaul daging bersama garam halus dan jus limau kasturi



Susun daging dan lemon berselang seli


Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya seminggu sebelum di masak supaya asam garamnya sebati



DAGING JERUK GORENG
300 gm daging jeruk
1 bawang besar
5 cili padi
1 batang leek
5 tomato ceri
minyak

1. Panskan minyak anggaran 1/4 cawan
2. Tumis daging jeruk.( Toskan airnya)
3. Bila daging mengeluarkan jus,teruskan masak hingga jusnya kering dan yang tinggal hanya minyak
4. Masaukkan bawang,cili,tomato,leek dan jika ingin berkuah masukkan sedkit jus daging jeruk



Thursday, 27 June 2019

SAMBAL TEMPOYAK PETAI,BILIS & TERUNG PIPIT

Tempoyak Petai,Ikan Bilis & Tering Pipit
Lauk semalam
Hee....semalam deside xnak sambung puasa
Sebab timetable baru dah start koko petang la
So..nanti penat
Hutang puasa berbaki lagi 2 hari lagi
Mmm...tapi memang penatnla kiko petang
Haus giler .
Keluar pagar tengok mak aku dah tunggu dala. kereta kat bawah pokok..
Aku request nak makan Pasta Carbonara untuk dinner
Mak aku cakap NO..!
Mak aku cakap nak masak Tempoyak Petai  !
Alaaaaa.....teringin carbonara !
Heee...mak aku cakap boleh masak
Tapi pagi esoknya
Untuk bawa bekal
Yezzz...!
Pun bolehhhh....

Tempoyak  Petai,Bilis & Terung Pipit
Sib baik sedappppp baq hang
Tapi aku teringat Pasta Carbonara
Rasa rindu pasta carbonara
Seperti rindunya Riana kepada Arjuna..!
Hahaha...ampa layan x "Bukan Cinta Aku"...?
Hihihi....jangan nak cakap aku asyik tengok TV jer plak..!
Actually ni semua mak aku
Tak pernah- pernah mak aku layan drama bersiri macam n
Tetiba sejak dok iftar puasa 6
Setiap hari iftar sambil layan TV3
Sekali mak aku dah xleh move on..
Mak aku dah habis puasa
Tapi still makan sama2 time aku iftar
Syyy....aku rasa sebab mak aku nak layan Dramalah Sangattt ler tew..!
Hahaha....
Sambil pedas makan Sambal Tempoyak Petai
Sambil sakit jer hati kat Tg Isma..
Kikikiki...
Makan sampai x hengat
Sebab sedap sangat
Aku suka semua tu
Sambal...tempoyak...petai...bilis
KECUALI...
Terung Pipit
Heee....lum boleh go ...!
Mak aku jer suka terung tu


TEMPOYAK PETAI,BILIS & TERUNG PIPIT
5papan petai- ambil isinya sahaja
1 cawan bilis
1 cawan terung pipit
1/2 cawan isi durian fresh
1 asam keping
1 sudu garam
1 batang serai - ketuk
1/4 cawan minyak

Bahan Blend:
1 cawan cili padi hijau
1 bawang besar

1. Pansakam minyak dan tumis bahan blend
2. Masukkan isi durian ,garam dan serai
3. Masukkan terung pipit dan tambah 1 caaan air untuk mengempukkan terung
4. Bila terung lembut masukkan asam keping dan ikan bilis bersih.
5. Masak hingga pekat baru dimasukkan isi petai
6. Gaul rata dan sesuaikan rasa


Ni la petai yang dah jadi Sambal Tempoyak tu
Ada 6 papan
Tapi sepapan mak aku dah jadikan ulam semalamnya
Masa aku makan Ayam Lemak Cili Padi tu
Mak aku pulun Am petai cicah sambal cili tempoyak tak menjadi...
Baki lagi 5 papan ni la jadi Sambal Tempoyak Petai ni


Huh...bukan aku jer cakap sedap
Kakak yang xnak makan nasi pun
Kunun la..
Ajak.makan kakak kata xnak
Tapi pastu senyap- senyal amik.pinggan
Makan sampai 2 pinggan lak tu
Kikiki


Side lauk..
Tempe Goreng


Plus Ikan Masin...
Aummmmm......
Khamis cadangnya nak.puasa....
Tapiii...Khamis aku ada Lisan BM bersama Pentaksir Luar...
Mmm....nak puasa ke tak...?

Wednesday, 26 June 2019

MASAK LEMAK CILI API AYAM CAMPUR KENTANG

Ayam Masak Lemak Cili Api Campur Kentang
Lauk iftar aku hari Selasa
Dah 7 hari puasa dalam bulan Syawal ni
Tapi puasa hari sekolah jer
weekend aku gi open house..
Heeee

Ni aku request kat mak aku nak iftar Nasi Putih vs Ayam Masak Lemak cili Padi
Puncanya sebab kat sekolah nampak mai bawa bekal lauk ni
Huh tergugat iman bai..!
Ayam Lemak Cili Padi ni memang fav aku!
Balik terus request nak Auam lemak Cili Padi ni
Mak aku cakap ayam xde stok kat umah
Balik singgah kedai mamak  dekat rumah tu
Huh,sib baik stok ayam masih ada kat kedai walupun dha pukul 5 petang
Alhamdulillah mak aku masak lauk ni


AYAM MASAK LEMAK CILI API CAMPUR KENTANG
1/2 ekor ayam - potong
3 kentang - belah 4
1 kotak santan
5 cawan air
1 asam keping
1 sera- ketuk
1 sudu garam

Bahan tumbuk
15 cili padi
1 bawang besar
1 ketul kunyit

1. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan tumbuk  dan masak hingga keluar air ayam.
2. Kemudian masukkan 5 cawan air dan kentang & masak hingga mendidih
3. Tambah garam.serai & asam keping
4. Biar mendidih hingga ayam 7 kentang empuk
5. asukkan santan dan biar mendidih sekejap dengan api perlahan
6. Sesuaikan rasa



Semangkuk ni aku soh mak aku asingkan untuk aku
Sebab aku nak makan nasi sambil hirup kuah dia
Takkan nak hirup dalam mangkuk yang makan ngan mak aku lak
Huh....puas hati dapat hirup kuah
Kakak dah kuar makan ngan kawan dia kat wangsa Maju
Abang lum balik
Bunyi jer Azan maghrib..
tak sabar aku nak iftar


Ayam Goreng ni pun aku x padang dah
Takde sapa usik ayam goeng ni



Mak aku pulun petai


Cicah sambal tempoyak x jadi
Haaaa...mana ada tempoyak
Kat umah we all hanya makan tempoyak yang belum menjadi
yang masih manis..
Brrrrr...Alhamdulillah
Esok Rabu macam malas nak puasa
Sebab ada koko macam penat lak
Sebab minggu ni start jaual baru
Koko dah bawa ke petang lak
dah bertahun koko pagi
Petang class
Now sejak pengetua dah retire ..jadual dah ubah
So...nak puas ke tak puasa..?