Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Sunday, 20 September 2026

CARA LAIN MAKAN CILI HIJAU SOLOK

 Saya suka sangat makan cili hijau solok.Biasanya beli cili hijau solok,untuk buat solok saja...Tapi nak mencari kerajinan buat solok tu bukannkaleng kaleng yer!

Bukan sekali,bukan dua kali dan bukan juga tiga kali,malahan berkali kali beli cili solok berangan nak buat solok tapi sudahnya berakhir di tong sampah...

Namun banyak kali juga cili tu walau tak jadi solok,tapi hanis juga saya makan...Kadang saya tumis jadikan sayur makan dengan nasi dan ikan masin dah cukup meyelerakan..

Namun,beberapa minggu lepas saya ada namapak kat TT,ada tiktoker tu dia panggang dulu cili solok sebelum jadikan sayur...Nampak menariks...rasa nak buat juga..


Tapi saya hanya short cut...Saya panaskan sikit minyak  atas pan...balik,balikkan bebeapa kali hingga cili nampak sedikit kesan hangus dan kulit nampak mengelembung....
Renjis sikit perisa Aji Shio lada sulah...





Makan dengan mihun goreng & bersulam sirap manis...
Huh,berpeluh..!
Tetkena pulak cili solok yang pedas...
Rupanya cili solok ni ads yang pedas dan ada yang tak pedas...
Kalau kena yang tak pedas,laju makan...
Ni kena yang pedas...
Nyesek dalam dada masa telan
Tapi tetap dimakan ...hihihi



Selain disolok,dipanggang macam ni...Saya selalu juga masak tumis macam sayur buncis..Kadang takda cili solok,cili hijau biasa pun sedap...Tumis simple sahaja macam saya pernah buat SAYUR CILI HIJAU TUMIS...kat sini



Wednesday, 19 August 2026

SAYUR KANGKUNG DARI KEBUN TERUS KE KUALI

Hari Isnin petang..masak Kangkung Tumis Belacan..



Kangkung dari Kebun Seri Nan Hijau @ tempat kerja..Sayur segar organic sedap dia lain macam walau hanya sayur kangkung..



Salah satu petak kangkung yang berumur 3minggu ++ sedang elok untuk dituai..



Tengok Bayu tuai kangkung untuk jualan dalaman...
Saya pesan dua ikat...


Balik saya masak seikat ...buat tumis belacan konon tapi saya hanya letak bilis dalam bahan tumbuk tu...Tak letak belacan pun


Kebetulan puasa....Inilah juadah berbuka puasa saya...Nasi putih panas bersama sayur kangkung & telur dadar sahaja...
Untuk anak anak depa dah makan saya dah masakkan ayam berlado..

Makan dengan sayur organik segar dari kebun memang rasa sedap dan puas hati makan..
walau hanya lauk sesimple ini...tapi rasa puas.

In shaa Allah kalau tuaian kangkung akan datang akan masak lagi....
 

Wednesday, 1 October 2025

TERUNG

 

Hari-hari terung ..


Dah bermacam menu dari terung...
Terung Berlado...dah!
Terung Goreng ..dah!
Terung Kari dengan Ikan ..dah!
Terung Masak Lemak..dah!
Terung Sambal Bilis..dah!
Terung Rebus cicah budu...dah!
Terung Masak Kicap..dah!
Apa lagi ek???

Thursday, 28 November 2024

PUCUK MENGKUDU KAMPUNG TUMIS PEDAS

 

Tumis Pedas Pucuk Mengkudu Kampung..
Semalam punya semalam lauk dinner saya.Dinner awal la tapi sebab tak menyabar nak makan sayur pucuk mengkudu ni.

Banyak pucuk mengkudunya sebab banyak tunas baru selepas dipangkas oleh Pak Man gardener.
Pokok mengkudu kampung /mengkudu hutan atau mengkudu liar.
Pokok mengkudu ni bukan ditanam tapi sedar sedar ia tumbuh dari batang  sebesar kelingkin menjadi sebasar betis orang dewasa dah sekarang ni,.Bila tengok kat old post pasal mengkudu ni,rupanya saya dok petik pucuknya sejak 2017 lagi.


Pokok mengkudu  2017



Pokok mengkudu 2022

Pokok 2024 saya takda la pula ambil gambar pegun.

Hari Selasa nampak banyak pucuk pucuk muda selepas beberapa minggu dipangkas Pak Man..Nampak takda sapa pun yang berminat nak petik selain saya.Kadang time pangkas tu Pak Man akan petik pucuknya bagi saya.Kadang Kak Misah security yang petik dan bila nampak saya nak balik K.Misah akan tunggu kat gate hulurkan pucuk mengkudu ni Kalau dulu cleaner dua orang tu rajin petik & letakkan kat atas bonet kereta.Time nak balik ,eh akan nampakla ada bungkusan pucuk mengkudu ..kadang serai,bunga kantan,mangga muda & buah kuini juga depa letak kat atas bonet tu.Alhdulillah,saya jarang menolak
( rasanya memang tak pernah pun menolak pun🀭)

Kebiasaan ,pucuk mengkudu ni saya rebus jadikan ulam..Kadang masak lemak putih & kadang masak lemak tempoyak dan juga kerabu.Tapi kali ni saya mencuba jadikan sayur tumis pedas...Wah,sedap la pulak..macam pucuk betik kayaknya...


Memasak Tumis Pedas Pucuk Mengkudu ni ada saya rakam dan muatkan kat youtube channel Seroja Putih...video pendek tu boleh ditonton:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Boleh tonton sambil layan lagu *Kelentang Kelentung* nyanyian salah seorang  penyanyi 80-an iaitu Aziz Ahmad.

Monday, 18 March 2024

KARI IKAN TONGKOL,IKAN BAWAL GORENG CICAH BUDU,SAYUR TUMIS ,PUDING SAGU & BUAHAN

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 7.Semoga semuanya dimudahkan urusan duniawi & ukhrawi...🀲



Juada berbuka puasa di dapur saya 6 Ramadhan.



Kari Ikan Tongkol + Bendi.
Ikan tongkol adalah antara ikan kegemaran saya tetapi tidak bagi anak anak saya.Namun sesekali kena ikut selera tukang masak juga kan...hihihi
Saya hanya menggemari Ikan Tongkol Hitam  berbanding Ikan Tongkol Putih..
Ikan tongkol hitam isinya lebih berlemak dan sedap berbanding ikan tongkol putih yang agak hambar isinya.Itu tekak saya la.Mungkin ada yang lebih menyukainikan tongkol putih.

Ada ke yang belum dapat bezakan ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih?
Saya kongsikan gambar dari Google untuk mudahkan kenal ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih.
                               

Perbezaan ketara fizikalnya ialah ikan tongkol hitam mempunyai sirip lebih panjang tetapi tiada garis belang pada atas badannya.Sebaliknya ikan tongkol putih,siripnya pendek tetapi ada jalur hitam di atas badannya.



KARI IKAN TONGKOL + BENDI


KARI IKAN TONGKOL + BENDI

2 keping ikan tongkol hitam

1 paket kecil rempah kari ikan

10 batang bendi

5 cili padi

¼ kotak santan

(+2 cawan air)

1 asam keping 

1 sudu teh garam

4 sudu minyak

3 bawang merah +2 bawang puti - hiris

1 sudu teh halba campur


1. Ikan dibersihkan .( saya guna ikan tongkol yang sudah direbus dengan garam dan asam keping.


2. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan besar & tumis bawang merah,bawang putih & halba campur.


3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.Tambah asam,garam & masak hingga naik minyak.Bila naik minyak,masukkan ikan.


4. Setelah ikan masak,asukkan santan +air & biar mendidih.


5. Biar mendidih dengan api perlahan supaya kuah naik minyak.


7. Sesuaikan rasa



Saya juga masak Sayur Sawi Bunga..Tapi bunganya belum keluar🀭
Anak anak saya menggemari sayur sayuran hiju yang dimasak begini.
Sayurnya lebih menarik jika dibiarkan tanpa potong,kemudian dicelur terlebih dahulu sebelum disiram kuah dan ditabur bawang putih goreng rangup.
Antara sayur yang biasa saya masak begini ialah broccoli,sawi,kailan,bok choy dan lain lain yang difikirkan sesuai.


SAYUR SAWI BUNGA TUMIS BAWANG PUTIH
10 pokok sayur sawi bunga( boleh guna sayur lain yang sesuai)
10  ulas bawang putih.( dadu halus/cincang)
3 sudu sos tiram
¼ sudu teh tepung jagung+ ¼ cawan air.
Minyak,garam,gula

1. Bersihkan sawi.Jika pohon sawi terlalu besar,jangan dikerat tetapi sebaliknya belah dua atau belah empat.

2. Jerang air hingga mendidih dan celur sawi anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam air sejuk agar kekal hijau.Susun dalam bekas yang sesuai

3. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga keemasan.Asingkan bawang dan minyak.

4. Panaskan semula minyak bawang putih anggaran 3 sudu makan dan masukkan sos tiram.Tambah air bancuhan tepung ubi dan biar pekat.

5. Siram kuah atas sawi yang sudah disusun..Tabus bawang putih goreng tadi dan sedikit minyak bawang putih.Siap


Ikan Bawal Hitam Goreng panas- panas...Dah nak azan baru goreng.Cella lupa nak snap pic ikan bawal goreng..Ni saya crop dari pic yang banyak banyaj tu ja.
Ikan bawal hitam sapu garam dan serbuk kunyi & goreng garing ja pun..hihihi



Booster hari ni...
Budu ...untuk cicahan bawal goreng..
Budu tu tambah bawang hiris,cili padi dan perahan limau kasturi.
Budu ni pada saya kalau dapat perah " Limau Kerat Lintang" atau limau purut lagi terangkat.Kalau takda pun limau nipis la.Tapi saya hanya ada limau kasturi.




Orange,golden kiwi & tomato ceri manis..Sedap betul tomato ceri yang manis ni..



Ada lagi dessert lupa nak snap pic...Ulang buat lagi sekalu Sagu Gula Melaka..hihihi
Habuan anak tekak lepas terawikh..


Air manis takda.....Pakat minum air kosonh sahaja..
Semalam beriftar dua beranak sahaja dengan Cella..Anak jantan tu balik lambat berbuka kat tempat kerja...

Thursday, 24 August 2023

SAYUR PAKU RAWAN/GENJER TUMIS PEDAS

 

Sayur Paku Rawan..
Ada yang panggil Genjer

Kalau jumpa ni kat pasar memang tak lepas 


Kalau dapat daunnya pun dah suka..
Apa lagi dapat bunga macam ni .

Tumis pedas- pedas..
Memang layan...

SAYUR GENJER TUMIS PEDAS
1 cekak genjer
minyak,garam,gula

Bahan Tumbuk kasar:
10 cili padi merah Vietnam
5 bawang putih
5 bawang merah
sejemput bilis bersih

1. Bersihkan genjer dan kerat anggaran panjang 2 ruas jari.

2. Panaskan minyak dan tumis baham tumbuk..biar cilinya masak dan naik minyak 

3. Masukkan genjer dan kacau gaul hingga sayurnya sedikit layu.

4. Perisakan...Sesuaikan rasa & siap


Apa lagi bila ada tenggiri jeruk ni.
Nampak penuh elok kan...
Tapi hakikatnya  kepingan ikan tersebut adalah senipis kulit bawang dan hanya disusun keliling dinding botol.
Tengahnya kosong lompong..
Itulah antara teknik & tektik 
Tapi tiada siapa yang memaksa untuk beli...Sendiri yang beli kerana tergoda dengan nafsu selera.


Jeruk mandai goreng


Thursday, 17 August 2023

TEMPE + KACANG PANJANG TUMIS PEDAS & IKAN SELAYANG GORENG GARING : DUA HARI BERTURUT-TURUT MASAK LAUK SAMA


Masak Tempe & Kacang Panjang Tumis Pedas untuk  iftar dan dinner hari Isnin.
Masyaa Allah lauk simple tapi rasa sedapnya kat anak tekak.

Masa menumis pun rasa macam sedapnya bau.Padahal sayur tumis bodo saja.
Mungkin sebab lidah ni jenis suka makanan pedas,tu yang semua lauk pedas ja rasa sedap..hihihi

TEMPE & KACANG PANJANG TUMIS PEDAS
2 keping tempe
1 cekak kacang panjang
10 bawang putih- ketuk pecah-pecah sahaja.
5 bawang merah - hiris
10 cili padi merah( cili bangladesh)
hiris 
2 biji cili merah - hiris
1 kiub pati ayam
Minyak,garam dan secubit gula


1. Tempe dipotong kekotak lebih lurang saiz 1cmx 1cm..Goreng garing.ketepikan.

2. Panaskan minyak bekas goreng tempe tadi  dan tumis bawang merah serta bawang putih ketuk.Bila harum masukkan cili padi dan cili merah mayang.Goreng hingga wangi.

3. Masukkan sayur kacang yang dipotong pendek,tempe,kiub ayam,garam dan secubit gula.

4. Kacau goreng hingga sayur kacang sedikit layu dan sesuaikan rasa.


Agak banyak sayur ni.Semangkuk besar,hanya saya berdua dengan Adah makan dan memasing berlawan cedok dan ratah.


Goreng garing  6 ekor ikan selayang.Ikan selayang goreng ni kes terliur tengok Cikgu Amie kat LD post makan ikam basung goreng minggu lepas.Rasa terliur sangat kerana ikan selayang goreng ni antara ikan favourite saya.Kalau diberi pilihan udang atau ikan selayang...saya pilih ikan selayang.Kalau bagi pilihan ikan bawal atau ikan selayang pun saya pilih ikan selayang.Selalunya saya akan gu kan ikan selayang goreng dengan budu.


Dapat makan lauk kering-kering taj berkuah macam ni...memang salah satu kebahagian untuk selera saya.Bukan tidak makanlauk berkuah tetapi saya sangat menggemari lauk-lauk tumis atau goreng yang kering atai sedikit berminyak berbanding lauk pauk jenis sup atau berkicap.


Hari Selasa,Adah request nak lagi lauk yang sama macam hari Isnin.Katanya masak la selepas pukul 6 petang sebab dia habis kerja pukul 6 & dia nak saya ajar dia masak sayur tumis pedas tempe dan kacang panjang ni...hihihi,sayur tumis jer kot...apa la yang nak ajar nya...hihihi.

Tapi kita tunjuk ajar jugak lah mengenangkan tak lama lagi dia dan suami akan tinggal berjauhan dengan saya & tak dapat lagi nak makan air tangan saya hari-hari macam sekarang.


Semangkuk besar ni hanya saya ngan Adah yang pulun.Ni air tangan Adah...
Tak jauh beza rasa dengan masakan saya semalamnya.Cuma  kurang pedas kerana  banyak bahan dilebihnkan.Hari  Isnin saya masak 2 keping tempe dan secekak sayur lacang panjang.Hari Selasa Adah guna 3 keping tempe dan hampir 2 cekak kacang panjang.Bilangan cili padi dan bawang putih pula tidak digandakan..Hasilnya dia merungut katanya kurang kick sebab kurang pedas...hihihi
Pakat berebut bawang putih ketuk yang sungguh sedap bila dah ditumis dengan kacang panjang dan tempe ni.



Ikan selayang goreng pun digandakan..hari Isnin goreng 6 ekor sahaja.Hari Selasa tambah jadi 10 ekor.Habis kami berdua meratah.Yang lain depa dah makan kat luar sebelumbalik kerja.Tinggal kami dua orang dinner kat rumah dengan lauk ni..



Cuma hari Selasa ada penambahan ulam salad
Ish kalau lauk macam ni...boleh makan sampai lupa diri...hihihi

Tuesday, 8 August 2023

POKOK CHAYA @ POKOK AJINOMOTO...BUKAN POKOK GANJA

 Semalam Kak Mus panggil.Katanya nak bagi Pokok Ganja..!

Adoi..kus semangat 🀣

Walaupun tahu Kak Mus hanya bergurau...


Macam ada pulak irasnya  juga dengan daun ganja kan..🀭
Tapi lebih mirip daun  ni dengan daun  betik...
Tapi bukan ..
Ini ialah daun chaya atau ada juga yang panggil pokok ajinomoto.


Semalam Kak Mus bagi bemihnya bersama beberapa tangkai pucuknya.Dah lama minta benih ni kat Kak Mus.Rasanya tahun lepas lagi bila Kak Mus wasap tanya ni ulam apa ada orang bagi kat dia .
Saya pun bagtau la ni ulam chaya @ ajinomoto..
Sesambil tu minta bibitnya juga kerana saya suka ulam// sayur ni..
Bibitnya dari keratan batang macam tanam ubi kayu juga.Rupa pohon dan  batangnya pun macam batang ubi kayu..Spesis sama agaknya..


                 pic Google
Saya share pic dari Google untuk rupa pokok chaya yang lebih jelas.


pic Google: kredit untuk  tuan punya gambar



Pucuknya sedap dijadikan ulam mentah segar.Rangup dan lemak-lemak gitu...Juga biasanya direbus macam pucuk ubi.Boleh dimasak sayur lemak juga.Pada saya rasa pucuk chaya ni lemak-lemak sikit dan lagi sedap berbanding pucuk ubi.

Thursday, 27 July 2023

PUCUK BEKA REBUS TUMIS PEDAS

 Minggu lepas Kak Izzah ada bagi lagi pucuk beka kepada saay



Saya masak tumis pedas.


                        pic google

Bagi yang tak tau rupa pucuk beka segar..ni saya share dari imej Google
Pucuk yang Kak Izah bagi saya tak ambil pula gambar pucuk segar yang belum rebus.
Pucuk beka ni rasanya sedikit pahit dan bau dia pun maung.Maung tu bau pahit atau bau tak sedap macam bau pucuk mengkudu tu.Tapi bila dah rebus,tak bau lagi dah.Pahit pun hanya tinggal sikit ja pahit-pahit manja.Bagi yang dah biasa makan ulaman ni dan buahnya yang sedap dijadikan kerabu tu,pasti menyukai dan merindui...hihihi
Hari tu nampak kat blog PH pun ada pucuk beka ni...


Ni saya dah rebus pucuk beka  hingga mendidih airnya dan pucuk beka berubah warna.


Kemudian tumis bahan tumbuk iaitu beberapa biji cili padi merah+ bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis.



Bila bahan tumis dah naik minyak,baru masukkan pucuk beka rebus.Perisakan dan sesuaikan rasa.


Oleh kerana anak-anak confirm la tak suka sayur pucuk beka yang sedikit pahit tu,maka untuk depa saya masak sayur yang tak pahit.Sayur salad lettuce.Selalu salad ni dimakan mentah sahaja kan.Tapi saya nampak kat youtube sayur ni orang Cina tumis dengan bawang putih dan sos tiram nampak sedap.Saya cuba dan memang sedap.


Tapi saya tetaplah memilih sayur pucuk beka yang bukan senang nak dapat kat KL ni...Kat kampung pun bukan semua tempat ada pokok beka ni.


Selain sayu,saya hanya goreng ikan.
Tapi up sikit goreng ikan salmon .Salmon tu 2 keping.Saya potong kepada beberapa bahagian dan gaul garam kunyit.Goreng garing macam ni memang pakat berebut nak kulit dia la...rangup berlemak..


Hanya ikan goreng dan sayur...



Tapi ada waktunya ...Less is more...
Mmm memang more rice...hihihi