Banyak gambar sedang Q nak masuk posting tapi takda masa lagi nak karang cerita...Maka,post la dulu random photo ni
Tapi ni kalau dijaga elok...cantik bunga ni...
macam orang juga kalau terbiar jer memang serabai tapi kalau dijaga elok....masih ada seringa...hihihi
Dulu jalan ni pernah jadi lokasi shooting "KL Menjerit"
Ini pokok bunga tanjung yang harum dan ada lagu daripada buduanita Sharifah Aini tu yer!
Comel buahnya hijau dan bila masak warna oren.Buah muda rasanya kelat.Buah masak oren tu bomeh makan tapi tak la sedap sangat.Bau harum macam bau buah ciku.Rasa buah masak tu sedikit manis+tawar dan tekstur isi gebu macam buah apple terlalu masak yang dah tak rangup tu.
Agaknya inilah inspire kuih " buah tanjung" yang terkenal di Pantai Timur tu ...Kuih warna oren sebesar buah tanjung ni dibuat daripada kuning telur dan dimasak dalam air gula mendidih macam kuih jala mas tapi kuih buah tanjung be tuk dan waena sama dengan buah tanjung ni.
Ko'diang salah satu nama tempat di Kefah bersempadan dengan Perlis..
Sebut Ko'diang akan teringan pelawak Allahyarham Pak Yus..Kalau lawaknya sikit-sikit mesti dia sebut Ko'diang...Al-Fatihah untuk arwah..
Bila dekat nampak rendah je...kan..
Tengok R&R Elmina ni akan teringat Jaja dan anak-anaknya Ahnaf & Sofea... Dah lama tak dengar khabar Jaja sejak dah berpindah ke Perak..Swmoga baik baik saja yer Jaja & kids
Masjid Bukit Jelutong....tak ingat nama penih masjid ni...terlalu sini sebab salah masuk simpang....exit dari lebuhraya Guthrie..nak ke Subang....terlajak ke simpang depan...sampai masjid ni...Cantik
Selalu nampak dari jauh kat laluan depan MSU tu tertanya tanya masjid apa yang cantik sangat tu...
...Ni dapat masuk dalam pagar masjid ni...
Bila disebut sebut ia menjadi doa...kan..
Allah hantarkan
Uiiii....kurus pahala puasa.....hihihu
Jagung tu Achik rebus kat rumah mak
Buah 3 biji yang warna merah tu buah liar yang menjadi rebutan kami zaman kanak-kanak..
Sekarang takda kanak-kanak yang reti makan buah ni....Buah Larak
Saya ada video petik buah larak di kampung..Nanti nak buat enti khas pasal buah larak ni..
Gotong royong siang daging kenduri kat kampung semalam....Pic dari group komuniti kampung mak..Tapi kami tidak dapat penuhi jemputan kenduri ni kerana dah balik KL...
Terima kasih orang kampung yang selalu update tentang kampung dalam group...Dapat juga tahu perkembangan dan aktiviti di kampung ..














No comments:
Post a Comment