Monday, 20 February 2017

APAM TEPUNG GANDUM GULA PUTIH

 Apam Tepung Gandum Gula Putih
Naper sebut gula putih..??
Mak aku cakap sebab ada yang suka guna gula Melaka..panggil PAam Gula Melaka
Kalau  yang suka guna perasa pandan..panggil Apam Pandan



Menu minum petang semalam..
Mak aku cakap asalnya nak way cucur kembong cicah kari ..
Tapi sebab terover femented..
Mak aku kata tukar plan jadi kuih Apam ni..
Kata mak aku kalau nak wat cucur kembong pun resipinya sama ..
Tapi perap dalam 10 minit sahaja..
Yang ni sebab dah perap lebih 1 jam..
Lebih sesuai kukus jadikan apam..
So,jadilah apam ni..
Tapi aku just makan sesuap jer..
Sebab xnak makan  banyak yang manis..
Heeee...diet3...caiyok..!!
Mak aku jer suka mender-mender ni..
Hihihihi..




Apam ni gebu dan kembang macam kek span..
Makan gan kelapa parut putih campur sikit garam

APAM TEPUNG GANDUM GULA PUTIH
1¹/² cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 sudu teh yis mauripan
3 sudu besar gula
secubit garam
sedikit minyak- untuk sapu loyang.

Bahan lain:
1 cawan kelapa parut putih + secubit garam



1. Campur tepung,yis,gula dan garam dalam bekas yang besar.Masukkan air suam skkit demi sikit sambil dikacau.Habiskan secawan air tersebut dan kacau hingga dapat adunan yang kental..Tutup dan biarkan 1/2 jam


2. Sapu loyang dengan sedikit minyak supaya apam mudah dikeluarkan bila masak nanti.


3. Tuang adunan yang sudah diperap tadi..
     Biarkan lagi 10 minit supaya adunan kembali
     kembang


4. Sementara itu panaskan kukusan hingga air mendidih..Mak aku cam biasa akan gunakan rice cooker jer untuk kukus.Pastikan air mendidih baru dikukuskan apam supaya apam naim dan gebu..Jika kukusan tidak panas,apam akan bantat iaitu tidak naik dengan gebu.


 5. Kukus selama 1/2 jam..Jika adunan banyak atau saiz kuih besar tambahkan masa mengukus..Begitu juga jika kuih dikukus dalam cawan- cawan kecil..kurangkan masa mengukus..


Biar apam sejukbsedikit sebelum dipotong dengan pisau tajam.Potong secara lembut seperti menggergaji supaya potongan apam cantik..Jika dipotong secara menekan seperti memotong puding..apa. akan kemek dan jadi padat dan tidak cantik..


Hidangkan bersama minuman panas..

2 comments:

  1. Waaa...sedapnya...apam kampung...favorite aunty ni...suke makan mcm tu je..x nak kelapa...aaaiiiseeyy...bila nak buat ni....(sorry dik cella..kat kmpg aunty sebut apam kampung)

    ReplyDelete
  2. Waaa..lain namanya yer..hee..
    Mak kata kalau kat kampung nenek apam tu dipanggil apom..
    Tapi kiter biasa sebut apam...

    ReplyDelete