Monday, 27 February 2017

RESIPI KUIH LAPIS TEPUNG UBI YANG SANGAT SEDAP

Kuih Lapis Tepung Ubi ...
Yang  Sangat Sedap...
Nyum3...

Ramai orang pernah makan Kuih Lapis Tepung Beras KUIH LAPIS TEPUNG BERAS macam kat sini...

KUIH LAPIS TEPUNG GANDUM macam katvsini..pun ramai yang selalu makan..
TAPI Kuih Lapis Tepung Ubi ni...
Macam teka- teki dalam citer Nujum Pak Belalang..
Jarangggggggg...jaranggg
Kadanggggggg...kadanggg
Sedikittttttttttt...sedikittttttt
Itu kahwinnn...!!!!
Hihihihi...
Tapi Kuih Lapis Tepung Ubi ni pun sama juga...
JARANG- JARANG dibuat orang...
KADANG- KADANG dijual orang..
SEDIKIT- SEDIKIT  dikenali orang..
Tapi sangattttt sedapppp..
Lemak...
Manis....
Kenyal....
Cantik....


Kuih Lapis Tepung Ubi ni...
Mak aku cakap terkenal di Thailand dan Indonesia..
Tapi warna kuih yang mak aku buat ni mak aku cakap versi Indon...sebab ada putih hijau dan merah..
Kalau versi Thailand,mak aku cakap just warna hijau dan putih serta ada bau pandam dan daun limau purut..
Mak aku cakap Kuih Lapis Tepung Ubi ni dah lama mak aku x buat..
Mmmm..yer la kot..sebab aku pun rasa cam xde pun dalam entri sebelum ni..
Entri ni pun resipi, penerangannya mak aku yang siap2 taip dan susun...
Aku mana faham nak citer detail...
Nak citer pasal makan aku boleh tulis tanpa bantuan mak aku la..hahahah




Kuih Lapis Tepung Ubi ni feel nak makan sebab sangat KENYAL..
Kenyal tu mak aku cakap cam liat tapi tergoyang- goyang...tergedik- gediks ..
Kalau orang Kelantan cakap GLENYAR ar..
Hahahahaha...
Sebab Kuih Lapis Tepung Ubi ni jarang orang jual...
So..mak aku cakap ..kalau nak makan kena la buat sendiri..
Mak aku cakap x susah sangat pun buat kuih ni..
Cuma kena sabar..sebab kata maka aku kuih ni banyak lapis..dan setiap lapis dia kena nipis2..baru cantik...
Macam yang mak aku buat ni ada 15 lapis yang nipis- nipis..
5 lapisan putih..
8 lapisan hijau...
2 lapisan merah..

KUIH LAPIS TEPUNG UBI( loyang 6")
1½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung gandum
3 cawan santan
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah ros

1 Campur tepung ubi,tepung gandum,gula,garam dan santan.Kacau dan tapis.
Sukat dengan cawan atau senduk semua adunan supaya boleh agak berapa lapisan
( x sukat pun x apa kerana kita xlapiskan selang seli...)

2. Bahagikan 3 bahagian..
Warna hijau dan putih boleh sama bnyak atau nak lebihkan hijau pun boleh.
TAPI warna merah anggaran untuk 2 lapis sahaja.

3. Panaskan kukusan dan kukus loyang kosong 5 minit supaya loyang panas..

- Kemudian tuangkan anggaran 1 senduk adunan putih supaya dapat lapisan yang nipis sahaja..

- Kukus anggaran 2 minit..

- Tuang lagi 1 senduk lapisan putih dengan sukatan 1 senduk yang sama supaya lapisan sama tebal..

- Buat hingga adunan putih habis.



4. Bila adunan putih habis,ulang dengan lapisan hijau pula sesenduk demi sesenduk hingga adunan hijau habis...



5. Akhiri dengan 2 lapisan merah..
Untuk lapisan merah terakhir ,tambah masa mengukus menjadib10 minitvsupaya semua lapisan masak sempurna..


6. Angkat dan biar pada suhu bilik.
    Semua gambar blur sebab berasap...


** Jika mahukan cepat dimakan,rendam dalam air sejuk supaya cepat hilang panasnya..
Kuih Lapis Tepung Ubi ini,ketika suam- suam kuku sudah boleh dipotong dengan cantik..


7. Longgarkan tepi2 loyang dan dengan hati2 keluarkan dari loyang supaya mudah naknpotong dengan cantik..



8. Gunakan pisau plastik supaya potongan kuih tidak melekat dan dan menjadi kemas..

9. Kuih Lapis yang menjadi,akan dapat di tarik selapis selapis..

** Jika tiada pisau plastik..sapu pisau dengan minyak untuk membelah kuih lapis ini..
Kemudian gunakan BENANG untuk potong menjadi kepingan nipis..



2 comments:

  1. Ya allah...cantiknya kuih lapis tepung ubi...tabik la kat mak dik cella...kemas...jujurnya aunty memang fail buat kuih lapis...mcm nak cuba je...ada lagi tak???nak sepotong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ aunty..heee
      Dah habisss..heee
      Mak cakap resipi tu memang mak dh try & error sampai menjadi untuk share sukatan yang senang faham..
      Achik kiter pun cakap dalam group family suruh buat untuk nenek..hee

      Delete