Sunday, 12 February 2017

MEE KERING GORENG- BEKAL




Mee Kering Goreng
Bekal untuk aku kesekolah...
Lagi 2 tu mak aku ngan abang...
Aku nyer yang warna pink tu ada 2 bungkus sebab hari tu ada meeting pengawas pukul 2 sampai 4.30..
So bekal kena lebey ar..
tapi habis waktu rehat lagi...sebab makan ramai-ramai..
Cam biasa ar...kena paw..hahaha...
Mana ada...dah dorang nak rasa aku bagi jer...
Sedap...
Sebelum ni mak aku dah pernah masak Mee Kering goreng ni
Tapi Mee dia cam x berapa best..
Mee tu kembang
Aku suka Mee yang liat-liat macam mee maggi tu...


Haaa...mee yang camni la aku nak..
Mee dia curly-curly skit
Macam Mee Kolok tu...

Yang ni baru best...
Yang hari tu    MACAM KAT SINI...
Mee dia kembang sikit & x kenyal sangat...

 Rupanya hari tu mak aku kata terbeli mee yang camni...
Brand sama..tapi cer tengok gambar dia...
x sama....
Mee dia pun tebal sikit



Haaa...ni baru betul..
Gambar pun lebih menarik.
Rasa pun lebih sedap..
Cuma mak aku kata mee dia nipis sikit..
10 keping tu sekali masak jer..habis
Dah benda sedap mestilah cepat habis..
Hehehehe
Resipi & cara masak mak aku cakap sama jer..
So aku C&P jer 
 Just edit jumlah mee  & daging tu dah ganti ngan sosej ayam.. 


MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
10 batang sosej ayam - rebus dan hiris
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan..

2 comments:

  1. Ada lagik kan dlm kuali tu...pass kat aunty sikittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...datanglah sini...boleh makan ramai- ramai..Jangan lupa bawa Tart Nanas favourite kiter tau....hahaha!!!

      Delete