Friday, 21 July 2017

MEE SUP AYAM CARIK

Mee Sup Ayam Carik..
Sebab apa nam dia carik
Mmmm..mak aku kata sebab ayamnya dicarik-carik..
Carik tu macam dikoyak-koyak la
Hahaha..macam-macam nama la mak aku ni..
Kata mak aku sajer jer nama tu macam-macam sebab nanti kalau nak cari dalam list x la susah


Mee Sup Ayam Carik ni menu dinner semalam
Cam biasa la..
Kalau dah masak untuk makan dah pukul 6 petang xkan nak panggil lunch
Walaupun sebenarnya sebab belum lunch..
Memang lapar ar
Hahaha...aku ni x pernahnya sebut kenyang kan..A
Asyik laparrr jer..
Padahal kat kantin sekolah dah makan..
Break sebelum koko pun dah makan..
Tapi sebab hari ni 1st day ABC memang lagi cepat lapar ar..
Tadi lak mak aku amik lambat skit..
Bukan lambat banyak pun..sikit jer heheeee..
Selalu kuar dari gate sekolah mak aku dah ada ..
Tapi hari ni..
Kuar gate siap leh makan ice cream bagai baru mak aku sampai..
Heee


Balik umah cam biasa la..
Perut aku ni ..
Kalau sampai umah jer mesti lapar....


Mak aku cakap nak masak nasi boleh..
Tapi lambat la..
Perut aku ni memang perut Melayu...nak nasik juga
Tapi aku pujuk perut aku...
Hari ni jadi perut Korea jap....
Makan Mee
Perut Cina ke..
Perut Jepun ke..
Hari ni jer...
Sebab mak aku just masak Mee Sup Ayam Carik ni..
Cam biasa juga...
Mak aku akan masak Mee kalau mak Ismail yang bagi mee kuning..
Mak Ismail la selalu bagi mee kuning brand Pok Lan tu..
Mee tu sedap..
xdelah colour merah kalau masak mee kari
Rasa dia pun sedap..



Tapi sebab dah sedap...
Perut ni setuju jer
Hahahaha...perut lalang
Naper perut lalang
Haaa....lalang tu kira cam x tetap pendirian ar..
Ditiup angin ke kiri...kekirilah dia
Ditiup ke kanan...kanan lah dia..

MEE SUP AYAM CARIK

1 paket mee kuning Pok Lan
1 keping dada ayam
5 cendawan
1pokok daun bawang
1/2 batang carrot
1 sudu rempah soto
1/2 bawang mesar dadu halus
2 hiris halia
2 sudu minyak
5 cawan air
garam

1. Siapkan bahan-bahan

2. Rempah Soto POWER...Mak Ismail juga yang selalu bagi stok ..x pernah putus...Semoga Allah murahkan lagi rezeki Ismail dan keluarganya...


3. Mee Pok Lan...juga mak Ismail yang bagi
   ELOKNYA namakan Mee Sup ISMAIL la kan....
Hahahaha


4. Panaskan minyak dan tumis bawang serta halia
    Masukkan pula isi ayam yang dipotong besar
    Masukkan juga cendawan.
    Masak hingga nampak kecut


5. Tambah rempah soto dan air sebanyak 5 cawan.
    Biar mendidih  baru masukkan carrot.
    Sesuaikan rasa dan masukkan daun bawang & terus tutup api



6. Keluarkan isi ayam dan carik-carikkan isi ayam tersebut




7. Jika nak terus makan,boleh terus masukkan mee kuning yang sudah dibasuh dan masak sekejap hingga mendidh dan mee lembut



8. Jika nak lambat lagi nak makan....masak kuah asing-asing dan bila nak makan cedok sup anggaran semangkuk dan panaskan dlam kuali.Masukkan mee dan biar mee lembut sedikit baru dimasukkan dalam mangkuk dan hidangkan..

Kalau nak masak banyak...Masak sup asing dan hidangkan dengan mee kuning yang dicelur dan di toskan..supay mee x terlalu kembang dan benyek

**** Mee yang dimasak dalam dalam kuah sup lebih sedap dan sebabti berbanding mee yang dicelur kuahnya dituangkan berasingan...


Thursday, 20 July 2017

AIR MANGGA SUSU

Air Mangga Susu
Bukan mangga tu yang nama susu
Tapi Air Mangga Susu
Mangga dan Susu



Aku nyer gelas...
Petang yang panas...
Dapat segelas Air Mangga Susu..
Slrupppp...
Arrrrrrrr....!!!!


Mak aku nyer...

Makbaku 2 gelas..
Tapi aku segelas jer..
Ini TIDAK ADIL..!!!!
Hahahahaha...


Asal mangga ni 4 biji..
Tapi sebiji dah dimakan..
Mangga murah jer.
Sebab mak akuncakap ni bukan  Mangga Harumanis...
Ni just mangga Siam yang x tahu nama dia..
Sekilo just RM 2.99...
4 biji only RM3.24
Kalau aku....
Xkan ku jual mangga ku dengar harga tu..
Tapi jika aku pembeli...
Opkos la aku nak lagi murah..
Kalau dapat sekilo 99 sen lagi bagus..
Hahahaha...
Ini lagi TIDAK ADIL..
hahahaha...


Mak aku cakap x susah pun nak buat..
Akunpun boleh buat..
Tapi aku yang xnak buat..
Sebab kalau minum yang mak aku buat lagi sedap..
Hahahaha....alasan konkrit.!!

AIR MANGGA SUSU
1biji mangga masak
5 sudu susu pekat
secubit garam
1/2 cawan air
1 cawan ice cube

1. Kupas mangga dan potong.
2. Masukkan isi mangga ,air, susu serta secubit garam ke dalam blender.
3. Blend hingga berkrim
4. Tambah ice cube dan blend lagi hingga ice hancur..
Siap...
Ready to drink...

ROTI BANJIR TELUR PECAH

Roti Banjir Telur Pecah
Sebab apa Telur Pecah
Haaa...Sebab sepatutnya namanya Roti Banir Special jer
Roti Canai Banjir
Pastu ada telur 1/2 masak 2 biji atasnta
Tapi sebab yang ni homemade..
Mak aku buat telur 1/2 masak
Tapi masak korek telur tu
Dia nyer egg yolk tu tercucuk ngan garfu
Dua-dua telur kuningnya telah bocor dan meleleh..
Nama lah dia Roti Banjir Telur Pecah
Hahaha..


Ni menu perut lapar
Hari Selasa marin
Sebabnya hari Selasa tu mak aku ada kursus kat KL..
Haaa...dah dok KL ..memang la kursus kat KL
Hihihi...
Sebenarnya we all..
Kalau kat tengah bandaraya KL tu baru panggil KL
Kalau kat lain panggil daerah dia la..
Cheras,Kepong,Segambut,Sentul,Keramat bagai..
Kalau kat KL Central ke..
Datarn Merdeka ke.
Sogo..
Masjid India..
Jalan TAR
Tu baru KL..
Tapi jangan x tau..
Ok lah..jap nak tanya mak aku..
Kursus  KL tu kat mana...?
Mmm..mak aku cakap kat Jalan Sultan Abdul Halim..
Uish...kat mana tu..?
Hahahaha...mak aku cakap kat Jalan Duta la..
Jalan Sultan Abdul Halim tu nama baru bagi Jalan Duta..
Sempena nama Agung kita sebelum ni..
Huh...aku x tau pun..
Tapi masih kat KL la...
Bukan kat Kedah..
Kalau balik kampung time raya..
Ramai jer yang cakap dok KL..
Bila tanya KL kat mana ..
Ada yang jawab Sungai Buluh..
Yang lawak lagi ..
Ada yang jawab Sremban..
Ish Kalau Sungai tu ampun lagi la..
Sebab jiran sepagar..
Yang Sermban tu cam jauh sangat dah tu..
Tapi aku xdelah ketawa...
Just senyum & say.."Oooooo'


Ok...sambung citer ..
Sebab mak aku cakap kursus habis 4.30..
Tapi takut jem mungkin sampai lambat..
So...aku tumpang umah Umi Amirah..
Selalu pun kalau mak aku ada kursus ker..
Apa- apa event yang kena balik lambat memang rumah Umi la port aku...
Mak Umi cakap aki dah macam sedara dia dah..
Hahaha...tapi dorang Srawakian...
Putih- putih melepak..
Tetiba lak aku yang dikata sedara ni gelap..
Hahaha...
Makanya balik sekolah amik Grab Car sampai umah Umi..
Ada senior aku hantarkan kitorang by Grab Car sampai umah Umi..
Petang giler baru mak aku amik..
Balik memang lapar giler ar..
Sebab tu mak aku masakkan Roti Banjir Telur Pecah ni..
Sib baik stok Roti Canai Frozen ada jer..
Kari frozen pun ada..
Layannnnn





Roti Canai Frozen ni lah selalu jadi penyelamat time lapar..


Mak aku yang masakkan..
Panaskan atas kuali tanpa minyak..
Sampai garing dua- dua belah..
Haaaa...hari ni mak aku dah x pakai kuali hitam tu
Dah guna kuali putih..
Tapi mak aku still x puas hatu..
Mak aku cakap masak ngan kuali hitam tu lagi cantik..
Mmmmm...yer lah.....


Jangan lupa buat telur 1/2 masak..
Sebab xde alatan yang macam kedai mamak tu
Mak aku just rebus telur..
Maknaku cakap masuk telur dalam air hingga tenggelam telur tu
Pastu rebus..
Bila nampak mendidih terus tutup api..
Pastu buarkan 1 minit telur tu terendam dalam air panas tu..
Lepas seminit cepat- cepat basuj dan terus pecahkan...
Tapi mak aku cakap sebab x berhati- hati
Kuning telur tu jatuh atas garfu kat pinggan..
Maka pecah lah kuningnya yang 1/2 masak tu..
Jadilah Roti Banjir Telur Pecah..

Wednesday, 19 July 2017

POKOK-POKOK DI KAMPUNG NENEK....DULU DAN KINI..

Aku suka balik kampung..
Makan sedap..
Macam-macam ada
Buah-buahan...
Mak aku suka makan ulam yang banyak sekeliling rumah nenek
Balik Kampung Raya 2017 baru ni..
x sempat nak explore sangat sebab  duduk kampung kejap jer..
Banyak dok umah Achik & umah baru kitorang kat Pekan.....
Hari raya pertama jer betul-betul dok umah nenek..
Malam balik umah Achik @ umah baru
Pastu jhari raya ke-2 pun balik kejap jer
Nenek pun balik siang jer
Malam kat umah Achik sebab Achik dah x kasi nenek tidur kat kampung
Takut nanti kalau malam-malam nenek sakit ke apa ker susah..
Kalau balik kampung aku akan explore dekat-dekat jer ngan umah nenek sebab kalau tempat semak aku x berani..
Ni pun x banyak sangat pokok sempat snap
Sebab dok fokus pokok besar jer aku lupa nak snap pokok-pokok ulam fav mak aku tu..
Pokok Senerui,Tapak Itik,Gajus macam-macam lagi
Nanti lah balik lagi lain kali , kita snap khas pokok-pokok ulam jer kat kampung nenek..
Hari sajer nak buat bandingan jer pokok -pokok tu  ngan pic beberapa tahun lepas..
Antara yang sempat snap pic pokok balik raya baru ni ialah:


1. POKOK SENTUL KAMPUNG 


Ni Pokok Sentul 2013..
Suasana hijau sebab masa tu nenek tinggal kat kampung
Mas tu Pak Njang pun rajin nak jaga kampung dan kebun
Citer pasal pokok ni dah tulis MUSIM BUAH SENTUL



Pokok Sentul 2017..
Bawah pokok dah semak samun..
xde siapa nak mantain..
Nenek pun dah dok ngan Achik...
Tapi Pokok Sentul ni masih setia mengeluarkan buahnya..
Cuma kali ni nenek cakap banyak buah yang gugur sebelum masak sebab hari tu dah nak raya nenek racunkan rumput bawah pokok tu..
Effect juga kat pokok sentu
Bukan rumput bawah pokok tu jer yang kering
Buah Sentul pun habis gugur
Mak aku cakap sekarang dah x banyak dah pokok Sentul ni..
Tak tau la kat SENTUL KL tu ada pokok Sentul ke x..




2. POKOK SENTUL SIAM/POKOK STEY


Pokok Sentul Siam/ Pokok Stey 2016
Pic tahun lepas...
Masa ni xde buah



Pokok Sentul Siam 2017
Pokok Sentul Siam a.k.a Pokok Stey
Dah makin semak bawah pokok tu



Tapi bagusnya ni masa Raya 2017 dia sedang berbuah
Dah hampir nak masak
Tapi sayang ,kami dah balik KL baru dia betul-betul masak



3. POKOK SALAK



Pokok Salak 2016..
Masih muda dan belum berbuah
Pun pic ni masa tulis..
KENALI TUMBUHAN DI KAMPUNG NENEK



Pokok Salak 2017
Dah mula berbuah
Dah boleh makan hasilnya dah pun..
Tapi nenek terpaksa pasang pagar jaring sampai tutup semua pokok tu sebab ada banyak kera liar dan
BA ALIF BA YA suka curi dan rosakkan buah yang belum masak
Kalau buah yang masak kera dan BA ALIF BA YA tu suka makan
Kalau buah yang belum masak sebab xsedap..
Dorang akan rosakkan..


4. POKOK BULUH MADU



Pokok Buluh Madu 2013
Masa ni  baru ada beberapa batang je buluhnya
Buluh tu pun kici-kici lagi
Hahaha
Citer pokok buluh ni masa tu tulis dah dalam entri...
KENALI TUMBUHAN DI KAMPUNG NENEK


Pokok Buluh Madu 2017..
Dah banyak buluhnya
Besar-besar
Dah ada rebung


Yang kuning oren kat pangkal pokok buluh tu buah sentul yang gugur tu
Sebab pokok buluh ni x jauh dari pokok sentul
Nampak x rebungnya..
Haaa...cari la..
Tu la yang hitam dekat buah sentul tu
Jap nak snap pic dekat sikit



Tu haaa....
Dah nam[ak yang gelap dan tajam tu..
rebung la tu..




5. POKOK PANDAN 



Pokok Pandan 2016 hijau dan segar serta subur
Sebab masa ni nenek banyak balik kampung
Nenek kata masa ni selalu juga nenek tidur kat ampung
We all pun masa ni kalu balik akan tidur kampung juga
KENALI TUMBUHAN DI KAMPUNG NENEK

Pandan 2017..
Dah x subur
Dah kontot dah..
Terbantut sebab pokok pandan nak banyak air
Sebab tu nenek tanam belakang dapur tepi bilik mandi
Tapi bila nenek xde kat kampung
x mandi sangat...
Keringlah kawasan pokok pandan tu
Sebab tu terbantut


6. POKOK PUTAT



Pokok Putat 2016
Lebat berbuah
Buah dia yang muda nenek selalu buat ulam
Pucuknya mak aku selalu petik buat kerabu

Pokok Putat 2017...
Baru berbunga




Yanga da buah tersesat pun sebiji jer
Pokok pun macam merajuk jer sebab nenek dah x peduli sangat kat dorang





Pokok Munggai..
balik hari tu cerah je..
Cuma ada rumput
Buah pun banyak bergayut

Pokok Munggai..
Penuh semak samun dah
Pun macam dah majuk jerk..


Pokok Ulam Raja
Nenek kata sentiasa ada
Sentiasa bersilih ganti
Mati pokok lama
Pokok baru akan tumbuh sebab biji benih dari pokok lama
Kalau tumbuhnya jarang pokoknya gemuk


Kalau dibiar tumbuh sendiri banyak-banyak
Pokoknya kurus-kurus
Sebab semua berebut nak hidup
Hahahaha

Pokok Rekup
Asal balik jer buah dia tengah berputik
Asal kotorang balik KL jer buah dia masak

Hmmmm..
Nenek cakap
Pokok ni pun dah tua
sebab tu buah dia dah x besar..
comel comel jer
Mak aku lak cakap ni pohon Nadir
Nadir tu maksudnya pokok yang semakin jarang dijumpai dan makin pupus

Pokok Mata Ayam
Tapi nenk kata ni Pokok Keriang apa ntah
Baru berbunga
Buahnya camaner??
Jap nakGoogle..

 Image result for buah mata ayam
Pinjam pic kat sini jap nak tengok  buah yang masak
Pinjam tau...
Dari   Blog Ni...
Sebab tu amik ngan watermark dia..
Bukan crop ...
Pastu ngaku sendiri punya
Macam beberapa pic makanan kat blog aku nih
Ada beberapa bloger yang amik pic pastu crop
Seronok la tu diatulis cakap dia punya..
Ada sorang tu memang bloger otai
Folowers punya ramai
Tapi selamber jer amik pic kat blog orang boh kat blog dia
Seronok lak tu citer konon dia masak
Banyak lagi pic lain pun dia rembat dari blog orang lain..
Pastu crop
Macam la orang x kenal
Mmmm...
Manusia kan ada macam-macam perangai
 


Lantak pi lah dah orang tu bahagia buat camtu kan..
Kiter citer semula pokok mata ayam ni
Bunganya lebat sangat
Nenek kata kalau dah jadi buah nanti buahnya warna merah
Bila masak warnanya hitam
Bila makan rasanya manis kelat

Pokok Terung Pipit
Nenek cakap ni Pokok Terung Belanda
Kalau Google ada yang panggil Terung Rimbang



Mak aku lak cakap kalau kat Indon panggil Buah Tekokak
Kalau x cayer...
Cer taip " buah tekokak" kat Google..
Haaa...bagi ilmu baru untuk yang x tahu lagi tu..
Nanti jangan lak bila gi Indon tengok menu sambal tekokak beria-ia balik citer kat orang kampung makan sambal tekokak..
Terbeliak orang ingatkan makan special al sangat
Halnyer Terung Pipit jer
Hahahaha




Ni Pokok Cekur tahun lepas
Bersih jer tanahnya
Cerah xde rumput

Raya baru ni
Pokok x terjaga
Dah penuh daun-daun pokok lain
Mak aku suka la Ulam Daun Cekur dan Ubi Cekur
Mak aku siap nyanyi lagu rakyat lama..

Cak cekur udang gamit
Pak Sawal pergi kerja
Minta cekur beri kunyit
Nak ubat ayam buta

mak aku kata  lagu tu Anuar Zain nyanyi masa zaman dia kanak-kanak..
Ala....Anuar Zain juga yang nyanyi

Berlalulah sudah Ramadhan..
Sebulan berpuasa..
Tiba Syawal kita nyanyikan
Dengan rasa gembira...




Pokok Kaduk pun..
Dah x kenal mana kaduk
Mana rumput
Tenggelam dalam semak
Sebab nenek cakap dah xdipedulikan
Pokok pun akan merajuk
Sebab pokok juga makhluk yang hidup




Pokok Rambutan Biji a.k.a Rambutan Hutan
Dipanggil Rambutan Biji sebab isinya melekat pada biji..
Tak lekang macam rambutan biasa
Pokok rare ni
Sebab mak aku kata  x banyak dah pokok ni
Ni Raya tahun lepas
Lebat buah dia..
Pic Pokok Rambutan Biji ni pun ada juga aku jumpa kat blog orang lain\
Konon pokok kat kampung dia
Mesti la aku kenal pic aku
Dah pernah pos dalam entri tahun lepas kan
Pic kita mesti lah kita tahu
Tak tahulah pulak sejak bila kampung bloger tu sama ngan kampung aku
Pokok yang sama..
Hahahaha...sian dia sebab aku x kenal dia...
Kikikiki..
Suka hati ko lah Labuuuuuu...!!!!


Raya baru ni
Pokok Rambutan ni baru berputik
Hijau lagi
Belum ada isi



Pokok Palas
Memang banyak la dalam kampung nenek
Pokok Pals memang nenek bela dan jaga
Ada lebih 10 rumpun..
Rumpun tu penjodoh bilangan bagi pokok yang tumbuh berkelompok banyamk-banyak
Macam pokok buluh..pokok tebu ..pokok serai..pandan dan Pokok Palas ni la
BAnyak lagi pic Pokok kat Kampung nenek ni
Tapi tetiba rasa dah penat
Citer kat atas semua ni pun dah baut sikit-sikit sejak dari balik raya lagi..
Buat sikit...save..
Bila rajin sambung
Bila dah malas benti..
Bila dah penat..
Pos jer lah mana yang sempat
Lain kali kiter citer lagi yek..!!!