Wednesday, 12 July 2017

BUAH SENTUL vs BUAH STEY

Seminggu ni Achi asyik post pic Buah ni
Buah apa..?
Haaaa..mak aku kata ni Buah Stey...
Eh. bukan Buah Sentul ka..?
Hmmm...mak aku kata ni BUKAN Buah Sentul
Tapi spesis Buah Sentul jugak la...
Serupa tapi x sama....
Apa yang serupa...Apa yang xsama..?



Ha...ni pic BUAH SENTUL masa tahun 2013 lagi ni
Ada aku citer pasal MUSIM BUAH SENTUL kat sini....
Buah Sentul pokok nenek kat tepi pagar...
Bezanya Buah Sentul lebih lebar dan kulitnya macam velvet sikit..
Tapi yang ni buah Sentul ni belum masak sangat
Masih hijau dan sikit jer kuning
xde lak pic Buah yang dah masak Kuning Oren tu
Sebab masa ni balik kampung buah ni baru mula kuning
Balik Raya Puasa baru ni pun Buah Sentul ni baru mula nak kuning..
Sekarang nenek cakap buah tu dah habis gugur dah xde sapa makan



Sebabnya semua orang pun lebih suka makan BUAH STEY..
Haaa...nak sama jer rupa dia
Tapi xserupa tau..
Buah Stey bila masak warnanya KUNING
Buah  Sentul bial betul-betul masak warnanya KUNING OREN..
Bentuk buah Ste lebij tinggi
Buah sentul lebar dan rendah



Buah Sentul dan Buah Stey  selalunya dimakan bersama pencicah
Buah ni kena kupas kulit luar dia yang agak keras tu
Pastu kulit dalamnya akan dicincang dan kulit dalam ni lah yang dimakan dengan pencicah
Isi dia ada sikit macam isi manggis  tapi rasa dia masam-masam manis...
Selalu orang makan kulit dalam dia jer buar cicah
Tapi kalau aku,aku suka lulur isi pada biji dia
Lulur tu macam gigit-gigit manja la...
Pastu luahkan bijinya sebab isi dia berserat dan melekat pada biji dia


Ni Buah Stey masa Hari Raya  tu
Belum masak sangat..
Mak aku yang potong zig zag tu nak bagi cantil

Ni cara makan yang betulnya
Kena kupas nipis kulit luar tu dan kulit dalamnya dicincang supya bila cicah dia menyerap pencicah tu


Achik memang pandai buay pencicah ni
Ada mak aku minta resipi kat Achik dan tulis KAT SINI...
Sama jer ngan pencicah Mangga Muda

 PENCICAH MANGGA MUDA
3 biji cili kering
1 sudu garam kasar
8 sudu gula pasir
1 ketul kecik  (1 sudu teh belacan)
Kicap manis

1. Cili ering dibasuh dan di lap hingga kering
2. Kemudian gunting cili halus-halus..
3. Masukkan cili gunting,garam,gula dan belacan dlam blender kering ..
4. BLEND KERING  bahan tersebut hingga menjadi debu halus..
5. Masukkan dalam bekas barulah ditambah kicap mengikut kepekatan yang disukai..

*** Kata mak aku pencich ni lebih sedap jika disediakan sehari lebih awal supaya semua bahan sebati dan menjadi pekat..



Ni la Pokok Buah Stey kat umah nenek tu
Pokok dia tinggi
Kalau dibiarkan mak aku kata boleh jadi pokok balak oooo
Sebab yang ni mak aku yang snap guna camera h/phone jer x syap la pic dia
Aku x terfikir lak nak snap guna Camera Fuji aku tu..
Tapi mak aku ada snap pic Buah Stey ni kat Pokok rumah Tok Ngah masa gi raya umah Tok Ngah tu





Ni pic Buah Stey kat Pokok Tok NGah
KAt umah Tok Ngah..pokok ni rendah dan rendang
Boleh petik ngan tangn jer..
Takdelah tinggi macam kat umah nenek
Kena guna galah yang panjang



Sebab aku xde pic Buah Sentul yang dah masak...pinjam pic fazlisyam.com
Mak aku yang search sebab nak sangat tunjuk bezanya buah Sentul dan Buah Stey tu..
Kalau aku...xdelah gigih sampai camtu
Hahahaha .....



Kat mak aku lagi...
Kalau kat Indonesia...
Buah Sentul ni dorang panggil BUAH KECAPI..
Tapi jangan x tahu yang KECAPI juga nama sejenis alat muzik..
Huh....kadang-kadang aku ni macam burung Kakak Tua juga
Cakap banyak
Tapi kadang aku pun x fahan apa yang aku cakap
Hahahaha....
Wassalamu......

No comments:

Post a Comment