Showing posts with label SARAPAN. Show all posts
Showing posts with label SARAPAN. Show all posts

Saturday, 15 August 2026

CEKODOK PISANG vs PULUT KELAPA IKAN KEDERA MASIN

 Jumaat adalah hari yang bermotivasi kerja kerana dah terbayang Sabtu Ahad cuti.

Tapi betul ke Sabtu Ahad cuti?

hihihihi.....




Cekodok pisang tepung beras..



Kesukaan Adah ...

Dulu zaman kanak kanak saya paling tak suka keledek goreng...manakala cekodok pisang ni adalah yang kedua paling tak suka.

Mungkin kerana pisang terlalu banyak keliling rumah hingga merasakan pisang sebagai makanan low class...haaaa sampai gitu sekali...Manakan tidak kerana pisang terlalu banyak hingga tak pernah putus.Pisang masak bertali arus...Kadang bertandan tanda sekali masak hingga menjadi rezeki ayam dan lembu.Sebab tu agaknya saya sering rasa cekodok pisang makanan low class sebab pisang tu juga makanan haiwan ternakan.

Sekaranga dek sombong zaman kanak-kanak tu agaknya...Allah tarik nikmat rezeki pisang yang banyak tu.Kat kampung pokok pisang dah hampir pupus dek  serangan vabi dan kera.Kalau tanam belum berbuah lagi dah disondol babi.Kalau panjang umur pisang tu berbuah...kera pula menanti...Kerana penat berperang dengan babi dan kera kebanyakan orang kampung termasuk mak dah tak namam pisang.Kalau ada pun yang tersesat terlindung tak nampak dek babi dan kera.Nak buat lemak lepat pun hanya sisa sisa pokok pisang hutan yang agak liat umurnya....

Sekarang...pantang nampak orang jual pisang...wajib beli.Seminggu sekali memang beli pisang.Pisang untuk dessertaupun pisang untuk goreng.Selalunya pisang untuk gireng akan berakhir jadi cekodok kerana memang tak tergoreng pun dua hari cuti..hihihi..Tu yang buat cekodok tu pisang raja...asalnya nak goreng konon...Dari Sabtu bertemu Sabtu akhirnya jadi cekodok


Tapi saya teringin nak makan pulut kelapa bersama ikan kedera masin ni..Sambil buat cekodok,saya kukus pulut...dan goreng ikan kedera masin..Ikan kedera a.k.a ikan belanak masin ni juga beli minggu lepas lat pasar.Jadi teringin nak beli sebab ninikan kedera masin hasil "orang kita".Elok dibelah perut buang isi perut dan bersih.Nak makan pun takdak dok fikir yang bukan bukan...hihihi



Dapur gelap tak masuk cahaya lagi....gambar kelam 


Pulut Kelapa Ikan Kedera Masin...



Tiap kali makan lauk ikan kedera masin ni pasti auto teringat Kedai Runcit Chik Deri kat kampung.Kedai runcit kecik yang kebanyakan barangan dapurnya lebih mahal 5 sen berbanding satu lagi kedai  kedai runcit kepunyaan Paklang Li .Selalunya mak lebih suka jual getah sekerap kedai Paklang Li dan beli barang dapur seperti gula,garam,tepung pun kedai Paklang Li kerana harganya sama seperti kat pekan.Gula sekati 60sen.Garam sekati 10 sen dan tepung sekati 40 sen.Manakala  Kedai Chik Deri pula garam 15 sen,gula 65sen dan tepung 45 sen.Tapi kedai paklang Li tu jauh sikit dari rumah berbanding kedai paklang li.. & kedai Paklang Li takda jual ikan kedera masin...
Kalau nak ikan kedera masin kena ke kedai Chik Deri..
Tapi tak lama lepas tu bila dah masuk sekolah menengah Kedai Paklang Li dah diambil alih oleh Zemi iaitu anak buah Paklang Li kerana Paklang Li dah masuk askar..Namun,mungkin minat berniaga kedai runcit dah sebati dengan Paklang Li....lepas pencen askar Paklang Li balik kampung dsn kembali berniaga kedai runcit..Tapak kedainya juga dah berpindah dari tersorok dijalan lama,kini kedai rumcit Paklang Li  betul betul di Simpang 4 pintu gerbang masuk kampung kami...Dulu kat situ hutan dan seram nak lalu...
Kini bukan sahaja,kedai runcit Paklang Li tapi juga dah diwujudkan padang bola,kedai makan dam juga dua pintu rumah sewa.
memang meriah waktu petang...
Cuma kerana kedai Chik Deri tu tersorok di belakang rumah Mayah....setiap kali balik,saya lupa nak meronda tengok masih kah ada kedai runcit kecik kepunyaan Chik Deri tu...
Walau  kedai Chik Deri tu kecik sahaja lebihbkurang 2 x 1 depa sahaja tapi kedai tu banyak mencilta kenangan  yang masih saya kenang hingga kini...Selalin tempat beli ikan kedera masih....kedai tu juga..jika terdesak menjadi  tempat kami beli minyak tanah buat penghidup pelita..Biasanya ayah beli stok 1 tong besar tapi jika terdesak stok minyak tanah habis,kami beli kat kedai Chik Deri seperti yang pernah saya cerita dalam postingZIARAH KUBUR MENJEJAK MASA LALU

Saturday, 1 August 2026

SEPIRING PULUT KUKUS IKAN LENGAT GORENG BERSAMA SECAWAN KOPI O PANAS


 

Sebagaimana tajuk ya,begitulah yang saya makan tadi.....

Dah agak lama tak makan pulut....Biasanya,dalam sebulan ada beberapa kali saya akan masak pulut.Namun kebelakangan ni agak lama saya tidak masak pulut...Rasanya mau juga dua bulan dah...Tapi dalam masa sama bukan la tak makan pulut.Masih makan cuma tak sempat nak masak.Ada la sekali dua beli pulut inti...pulut panggang dan paling terbaru...minggu lepas la makan pulut kuning beli kat rotikitab@shahalam tu..


Hari ini saya tidak ke Shah Alam..

Breakfast...lunch...tea & dinner kat rumah jer hari ni...

Teringin nak makan pulut kukus gaul kelapa & makan dengan ikan lengat goreng...Gu dengan kopi O panas...Minggu ni dah 3 cawan kopi O saya minum..Tahu jer kesannya akan berdebar sepajang hari tapi minum jugak...Akibatnya malam susah nak tidur dek rasa gelisah dan berdebar...Tapi sendiri tanggung la kan....hihihi


Saya rendam pulut dalam ½kg sahaja dan kukus.Kelapa putih tu pun kukus sekejap gaul sikit garam.Ikan lengat tu  saya buat beberapa hari lepas.Beli ikan selayang +-1kg & lengat bersama garam,sikit gula melaka &  asam keping banyak-,banyak..Pastu maaukkan dalam bekas simpan dalam peti ais.Nak makan tinggal goreng jer...Tu yang buatkan teringin nak makan pulut dengan ikan lengat goreng tu...




Comfort food dan juga makanan nostalgia bagi saya...Membezar bersama makanan ni ..Sekarang menua juga bersama makanan. ni...

Hihihi
 

Tuesday, 28 July 2026

SARAPAN @ rotikitab SHAH ALAM

 Semalam Ahad,saya bersama Adah,suaminya dan Sarah...bersarapan @ Shah  Aley

🤭😄

Haaa......dah name pun Shah Aley key..Rasa mace sep kito jange pecoh🤭


Roti kitab vs kopi O kampung untuk saya
Roti kitan RM5.30
Kopi O kampung RM1.90


Adahakan Laksam
RM7.80


Suami Adah juga pesan roti kitab RM5.30


Sardin Roll...RM3.30/3pcs

Pulut pagi lacang merah bungkus daun pisang RM3.50
Tapi yang ni manis sangat sebab kacang merah tu dia guna pes/ filling.Kan biasanya orang Kelantan guna kacang  merah biji biji tanpa gula kan....Tapi ada je pilihan  pulut pagi dalam bekar clear tu yang letak kacang merah biji.Cuma saya yg pilih daun pisang ni sebab macam nak aroma daun.Na ti 



Juga beli
Nasi Berlauk Ikan Gulai RM7
Nasi Kerabu Ayam Bakar RM7.50
Pulut Kuning Rendang Ayam RM5.50
Pulut Lepa Bakar RM2.50( macam put panggang tapi inti ikan )



Minuman milo air 2- RM 7



Kalau datang sini memang rambang mata wei...!
Makanan ni ada yang mereka bawa terus dari Kelantan ( taktau la. y flight @ by bus)

Ada juga makanan yang pembekalnya dari sekitar Lembah Klang ni

Kat resit  dan kat bungkusan tu ada tulis


Semua rasa nak ambil...hihihi


Next time saya nak try Nasi Tmpang pula



Makanan lain juga
Konsep dia ..

1. Ambil bakul yang disediakan
Beratur

2. Pilih makanan apa yang nak ambil.Semua makanan  siap bungkus
( kecuali roti kitab & minuman)

3. Dah siap pilih gi kaunter buat bayaran dan order minuman(kalau nak order roti kitab juga kat kaunter

4. Akan dapat (ala lupa nama alat apa tu yg kalau pesanan air dah siap dia akan berbunyi ) lupa pulak nama alat tu🤭

5. Duduk di meja..tunggu alat tu bunyi untuk pi collect minuman kat kaunter



Cawan dia ala kopitiam.


Resit dah comot momot Sarah buat main.
Simpan sini untuk rujukan saya dan juga sesapa yang nak cuba ke sana ( iklan percuma🤭)


In shaa Allah akan datang lagi... 💕 makanan kelantan kat sini sebab sedap.

Kami pergi weekend (Ahad) agak ramai beratur mungkin sebab kami sampai sekitar 8.30 macam tu...Kena tunggu meja.
Tapi masa nak balik sekitar pukul 9.30 orang dah reda...

So,next time kalau weeked mungkin kena lagi awal atau pi lewat sikit.Tapi kalau lewat takut makanan pula banyak habis

Mungkin kalau weekday lalu sini boleh singgah

Friday, 24 July 2026

BUBUR NASI : SESEKALI LAYAN SEDAP JUGA


Bubur nasi selalu dikaitkan dengan makann orang sakit kan...
Tapi yang sihat pun sesekali sedap juga ni...



Rasanya macam 1st time( taktau la kot sebelum ni pernah tapi saya yang lupa ..hehehe)saya cuba masak bubur nasi menggunakan lebihan nasi biasa.Tambah air dan masak semula sambil dikacau kacau...

Selalunya saya memang masak.bunir nasi guna beras terutama beras wangi untuk dapatkan  bubur yang pekat berkrim.

Masak bubur nasi me ggunakan lebihan nasi ni pada saya boleh la sebagai altenatif nak cepat & nak elak pembazkran .Kalau dari segi rasa ..saya lebih sukakan bubur nasi beras wangi yang dimasak menggunakan beras

Saya tambahkan hirisan halia,daun bawang dan 1 kiun bilis dalam bubur agar harum dan sedikit berperisa.



Condiment pun ala kadar sahaja..
- ikan bilis goreng
- Sayur kobis
- Kacang tanah 
- Daun sup
- Limai
- Garlic Chilly Oil



Gini la rupa bila dah gaul semua...
Kalau makan time lapar...time hujan...sedap ni..
Saya suka daun sup  & kacang tanah banyak banyak
 

Monday, 22 June 2026

MY COMFORT FOOD: COQ KEMBONG CICAH GULAI SEMALAM

Antara comfort food  saya...

Coq kembong cicah kari semalam...
Dari zaman kanak-kanak seingat saya...kalau mak masak gulai (kari)ikan...esok pagi mak mesti buat coq kembong cicah ngan kuah gulai tu...
Memang mak akan lebihkan kuah semata mata untuk cicah coq kembong esoknya.

Tapi anehnya coq kembong ni hanya valid cicah gulai  ikan..Kalau gulai daging atau ayam takda pulak mak nak buah cicah coq kembong ni..Saya pernah je try cicah ngan gulai ayam dan gulai daging tapi tak boleh menandingi gulai ikan...
Pada tekak saya gulai ayam dan gulai daging lebih sesuai cicah roti xanai atau lempeng kelapa....Kalau coq kembong nak kena juga gulai ikan....hihihi


Masak gulai/kari ikan untuk lunch hari Sabtu...
Petang tu bancuh tepung nak buat buat coq kembong...
Tak boleh nak tunggu pagi dah....teringin...
Tapi sebab petang tu dah ke Putraloka Putrajaya...tak jadi goreng. coq kembong tu..


Goreng pagi Ahad ....
Maka kembali kepada tradisi keluarga.....ada kuah gulai
Buat coq kembong ..


CUCUR KEMBONG
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
½ sudu teh garam
Minyak untuk goreng


1. Campur tepung,garam,gula dan yis dalam bekas.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga dapat adunan pekat..
Perapkan 10- 15 minit supaya adunan sedikit mengembang..
JANGAN perap lama sangat.


Cuma lately ni cucur kembong saya dah tak sekata macam dulu.Dulu saya buat elok je bolat bolat ...Lani memacam bentuk dah senget benget bentuk dah...



lMenikmati  coq kembong cicah kuah gulai ikan ni haruslah bertemankan kopi O panas...
Sebiji demi sebiji susur kembong dicelup dalam kuah gulai dan dikumyah lerlahan.Auto,dalam kepala ni bayanganasa lalu zaman kanak kanak bermain difikiran.Terbayang berebut coq kembong dengan Achik dan Adik Jantan tu...Seakan ternampak sepeiring coq kembong yang mak dah asingkan untuk ayah..Jangan sesuap berani usik...Ayah akan makan kemudian dari kami semua.Gelas ayah juga tiada siapa berani usik.Kadang teringin nak minum dalam gelas yang ayah minum tu.Dek kerana nak tahu sangat apa keistimewaan gelas tu,pernah sahaja curi cuti guna gelas  ayah masa ayah tak ada kat rumah...Biasa jer🤣.sama je rasa airnya...Tapi menggigil jugak la masa nak cuci takut pecah...kantoi kang🤣
Tak tau kenapa ayah jarang nak makan bersama kami...Baik coq kembong,baik lauk pauk...
Kalau coq kembong,kadang kita dah makan habis,baru ayah makan....Walau dah makan tapi bila nampak ayah makan dengan nikmat coq kembong cicah gulai...sebiji demi sebiji tanpa gangguan...tanpa rebut ....rasa terliur dengan harapan ayah makan tak habis,..Tapi kalau tak habis,ayah akan simpan coq kembongnya tutup dengan piring..Tak ada sapa berani usik..macam ada harimau menjaga coq kembong ty🤭mak akan asingkan untuk ayah...Kami bersama mak makan dalam satu bekas...lauk makan bersama semangkuk gulai dan jika ada ikan goreng pun sama.Jika ada 3 ekor ikan goreng..Dua ekor mak simpan untuk ayah...Sekor kami makan bersama mak.Biasanya mak makan kepala ikan sahaja...Hingga sekarang mak masih suka kepala ikan 
Kata mak asbab dulu dok makan kepala ikan sahaja sebab isi ikan bagi anak-anak makan isi😭 .Kasih seorang emak kepada anak anak ..tiada syarat..!!

Nak cerita comfort food tapi cerita tak comfort plak...hahahah


Friday, 19 June 2026

SARAPAN UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL BILIS PETAI

 Sarapan pagi yang senonim dengan musim hujan zaman kanak-kanak dulu...

Kalau musim hujan,alamat tak boleh motong getah...Tapi perut bukan faham..Ada duit ka takdak duit ka....perut akan minta diisi..Ridak kira apa je is makanan,kalau time lapar semua akan rasa sedap..



Ubi kayu rebus antara makanan senonim musim hujan .Mudah didapati dikeliling rumah....Gali ja dengan cangkul atau parang....kulas kulit dan rebus hingga empuk.Aroma ubi rebus disulami bau lepas hujan seakan bersatu menggerakkan derianrasa untuk mwncicip ubi rebus..apa lagi dilawankan dengan homemade kopi tumbuk...

Tapi dulu kami makan ubi kayu rebus cicah kelapa gaul gula dan sikit garan..Paling takda sangat cicah ja gula...Tak pernah kami mekan ubi rebus dengan sambal bilis..Bagi kami kalau afa sambal bilis,itu adalah lauk untuk makan dengan nasi.

Tapi merantau ke kota KL ...rupanya aneka makanan dan aneka gaya sesuatu makanan tu digandingkan....Di KL lah saya kenal ubi kayu rebus dimakan bersama sambal bilis...Sedap rupanya ..

Anak anak juga hanya tahu ubi rebus dimakan dwngan sambal bilis kerana kalau rebus ubi saya memang akan menyambal...Sudahnya merwka dah tak doyan kalau ubi rebus makan dengan kelapa...Mereka lebih memilih sambal bilis...



Terlanjur ada masak Sambal Bilis Petai....Saya beli ubi kayu dan rebus Tekak teringin nak makan ubi rebus ..Digandingkan dengan Sambal Sardin dan juga Sambal Bilis Petai....Petai kiriman Achik ....


Sunday, 7 June 2026

SARAPAN DI WARUNG TEPI SAWAH:SEMINGGU NI DUA KALI PI

Dua hari sebelum Raya Haji masa kami on the way balik Kedah...Achik & Haikal baawa mak ke Padang Besar .Cam  biasa lepas dua hari Raya Haji kami TAK JADI SARAPAN KAT WARUNG TEPI SAWAH & TERUS KE PADANG BESAR...

Selang dua hari lepas tu ..kami pi lagi...hihihi

Balik dari kampung lepas makan kenduri @ Kampung Bechah...tetiba Achik ajak "Jom,esok sarapan kat Pertlis🤭

Plan nak konvoi 2 kereta tapi akhirnya satu kereta je..Achik Haikal mak,saya & Cella..Haikal drive .Hujan mencurah-curah tapi Alhamdulillah...


Alhamdulillah,walaupun dah pukul 10.00 ++ tapi orang masih ramai dan makanan masih ada.Warung ni buka 7.00pagi - 12 tghari.Tapak parkir dah penuh.Kami parking tepi jalan bersema deretan kenderaan lain.Cuaca pula hujan sekejap sekejap kadangkala lebat.




Orang tetap ramai .Mungkin kerana mereka juga masih bercuti long kerana Selasa 2 Jun 2026 memang public holiday sempena birthday YDPA 


Menu

Hujan kembali turun..Pelanggan kat liar memasing lari masuk bawah  rumah " warung ni..


Kalau cuaca panas dan terang kebanyakan suka pilih tempat duduk kat luar bangunan warung ni untuk makan sambil menikmati view sawah dan bukit yang cantik kat luar tu.Port OOTD pun banyak.Tapi ni dah hujan semua pilih untuk stay bawah bangunan rumah ni.
Untuk yang belum pernah datang sini...Warung Tepi Sawah ni saya agaklah ianya bangunan rumah kayu agak besar dan tibggi tiga tingkat.Tingkat bawah sekali macam kita makan bawah rumah dulu dulu .Kat luar belakang rumah tu pulakenghadap sawah dan bukit batu kapur..Ada port OOTD dan banyak tepat duduk.
Kalau datang musim menanam padi,maka view hijaulah menjadi tatapan mata...Kalau musim menuai,bagai karpet kuninglah ..kalau musim kemarau takda padi...boleh jalan dalam petak sawah macam KAMI PERNAH BERGAMBAR KAT SINI..
Kiranya kalau datang lain musim,lain lah warna latarnya.

Thursday, 21 May 2026

SARAPAN GADO-GADO @ MAK HAJAH TAWAU


 Hajat hati bak sarapan NASI KUNING RESTORAN MAK HAJAH,TAWAU...kerana masih terkenang kenang akan keenakannya. Apa lagi kalau berlaukkan sambal ikan putih atau sambal ikan tuna..Aroma daun pisangnya membuatkan teringat-ingat dan tak sabar nak ke Restoran Mak Hajah..


Namun rezekinya ...dah tertulis kami akan bersarapan  Gado-gado .
Alkisahnya sampai di Restoran Mak Hajah sekitar pukul 8.00 pagi .Kalau di semenanjung  pukul 8 pagi tu kira masih sedang elok kan..sebab matahari pun baru sejengkal kot dari celah bukit..Namun di sini walau kita masih satu negara dan waktu pada jam tangan adalah sama ,tapi hakikatnya bumi Borneo ini lebih dulu menerima pancaran matahari kan...




Hakikatnya 5.45 pagi dah segini terang macam 6.45 pagi kat sememanjung kan...
So kalau nak gi sarapan pukul 8 pagi tu...jangan hairan kalau banyak makanan dah habis..hihihi..
Ini lah yabg terjadi pada saya...Bila sampai kat Restoran Mak Hajah ,stafnya cakap... Nasi kuning dah habis!
Nasi  lemak dah habis!
Terkulat-kulat saya menelan air liur kempunan tak dapat makan nasi kuning..
huhuhu

Pujuk hati ...tak apalah takda nasi kuning...Kita boleh makan Coto Makassar ya g kuah pekat bekacang tu...sedap juga masa cuba Coto Makassar  kat Mak Hajah ni juga sebelum ni..

Apalah malang.....Coto Makassar juga sudah habis!
Akhirnya terpaksa redho Cella  pilih Roti Telur... Sarah juga makan roti telur disuap ayahnya kerana. mummy nya tak ikut....Saya & menantu pesan Gado-gado..



Walau hati sedih tak dapat makan nasi kuning dan coto makassar tapi sekurang-kurannya dapat makan gado-gado.Salah satu sarapan tang agak popular di sini.Sebaliknya macam takda  kot jumpa kat semenanjung..Taktau la kot saya ja ya g tak jumpa sarapan macam ni...hihihi

Cella tanya apa beza pecal dan gado-gado...??
Saya pun tak pasti...tapi dari pemerhatian dan rasa...saya dapat aimpulkan beberapa perbezaan..



Gafo-gado ni kuah kacangnya dimasak macam kuah kacang  hari raya tu..tapi sedikit cair berbanding sambal kacang raya.Kalau pecal kan kuahnya hanya divancuh air panas setelah semua bahan lain digoteng dan di tumbuk bersama.

Antara condiment gado-gado ni saya nampak ada ketupat nasi,taugeh celur,kangkung,timun hiris,tauhu goreng,telur rebus dan keropok udang Yang pink kat atas tu taburan keropok udang ..

Bila makan gado-gado ni saya pasti teringat buku teks  Sains Rumah Tangga dulu-dulu...Ada gambar dan resipi gado-gado yang pada saya anak kampung di pedalaman ni makanan ni agak asing.Apa lagi ada tempe goreng yang pada masa tu saya tak pernah tahu pun apa itu tempe.Mendengar nama pun tak pernah apa lagi makan tempe.Buku SRT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 banyak mengajar saya mengenali dan meneroka dunia masakan.Walau hanya buku teks tapi itulah " syurga" saya.Saya sangat suka mentelaah buku teks SRT terutama mengenaliasakan dan cara hidangan.Walaupun saya dah mula memasak seawal darjah dua tapi saya hanya kenal msakan dan bahan basic ya g ada sekeliling rumah..Dapat membaca dan melihat gambar masakan berwarna menjadi teapi bagia untuk saya..Dari buku teks SRT tu lah saya berangan  nak beli majalah masakan..Dari meminjam majalah dari warden asrama pula membuatkan saya berangan bila sudah bekerja saya akan langgan majalah bulanan ..Alhamdulillah,Allah mendengar dan memaqbulkan apa yang diimpikan.Mungkin impian saya itu apalah sangat kan....tapi ia sangat membahagiakan saya dan saya sangat sangat bersyukur..
Perangai suka berangan tu terbawa bawa hingga kini.....Kalau nampak makanan dan negeri orang yang cantik...saya akan memasang angan angan ....
Namun bukan semua angan angan tu Allah maqbulkan...Ada beberapa yang Allah maqbul,ada banyak lagi yang saya masih berangan dan mengaharap Allah me dengar dan memaqbulkan....Antara yang saya berangan dari zaman sekolah rendah ialah nak ke Nee Zealan dan Australia bila selalu baca buku Geografi tentang  peladang biah-biahan di Australia dan penternak lembu dan biri-biri di New Zealand...Dan....pastinya juga saya me gimpikan saya dijemput menjadi tetamu Ka'abaitullah....

Sunday, 5 April 2026

MASAK NASI DAGANG LAGI SYAWAL KE-15 & KENALI SEJARAH NASI DAGANG

Bulan Syawal masauk minggu ke dua  dah dua kali  masak nasi dagang..Minggu lepas masak bawa pergi sarapan rumah Achik sebelum bertolak balik KL...Minggu ni buat lagi untuk sarapan merangkap lunch juga hari ni Syawal ke-15..


Nasi  Dagang versi Trengganu tapi cara saya la...hihihi
Gulai Ikan Tuna
Acar Timun + Carrot



Dah. beberapa hari beli ikan tuna kat Checkers..Asalnya nak beli ikan tongkol tapi yang ada hanya tongkol putih.Saya kurang gemar tongkol putih walaupun isinya lebih lembut.Nampak ada ikan tuna terus grab sekor  lebih kurang 1.8kg.Tapi jujurnya saya tak tahu pun nak bezakan tuna dan tongkol hitam kerana rupanhampir sama.Kalau tongkol putih saya boleh kenal melalui siripnya yang pendek.Yang saya beli ni dah Checkers laelkan sebagai tuna maka saya sebut la tuna.Tapi tidaklah boleh mengalahkan rasa tuna Tawau yang isinya pink berlemak bila dimasak.In shaa Allah jika rezeki Adah anak beranak masih di Borneo,sebelum  hujung tahun ni mereka akan kembali lagi ke Borneo.Jika rezeki mereka di semenanjung pun,kan masih boleh ke sana jugak kan...hihihi

.emandangkan minggu lepas buat nasi dagang hanya guna beras wangi semata mata dan rasanya pun sedap ,maka kali ni saya buat guna beras wangi sahaja tanpa campuran beras pulut.Alhamdulillah masak elok dan tidaklah benyek nasinya.

NASI DAGANG  BERAS WANGI
1kg beras wangi
1½ cawan santan pekat
1½ cawan santan kemancar(cair)
1 helai pandan
1 sudu makan halba-basuh rendam 15 minit
1 ketul halia muda-mayang memanjang
5 ulas bawang merah-hiris
garam & sikit gula

1. Rendam beras wangi semalaman .

2. Kukus beras yang dah direndam hingga ¾ masak lebih kurang ½ jam

3. Angkat naai dan masukkan dalam bekas besar.Gaul santan cair dan kukus semula hingga masak.Anggaran 15 minit

4. Angkat semula nasi dan tuangkan dalam bekas besar semula dan gaul dengan bawang,halia,halba dan akhir sekali santan pekat yang dicamour 1 susu teh penuh garan dan 2 sudu makan gula.Gaul rata

5. Kukus sekali lagi nasi tersebut tanpa ditutup supaya nasi kekal cantik dan tidak lembik..Kukus tu anggaran 10 minit dah ok.Tapi kalau nak makan nasi dagang panas,bila bila nak makan boleh je kukus hingga naik wap panas.Cuma biarkan kukus terbuka agar nasi tidak kembang benyek.

.





Gukai nasi dagang saya kali ni ,tidak dapat menandingi NASI DAGANG SYAWAL KE-7
Puas dok difikir apa yang kurang..Dah mentong sekali baru teringat lupa letak gula nisan keping tu.Bila tambah guka tu ...haaaa baru timbul rasa dia.
Dah la lepas masak tu terus bungkuskan 2 bungkus bagi kat dua bujang terlajal sebelah rumah ni..hihihi ..Nasib la depa makan gulai ikan tak berapa kick..Dah la depa dua orang tu pandai masak...hihihi.Rezeki depa hari ni gulai ikan tak berasa gula nisan...kikikiki
Masak takda la tengok resipi sebab macam semua bahan dah dalam fikiran ..rupanya ada juga tertinggal bahan..hihihi


.GULAI  IKAN TONGKOL... cara saya

2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ paket rempah kari ikan(+-3 paket kecil)
2 keping gula kelantan @ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak


2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi

3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih

4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih

5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak

6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa.Sebaiknya masak malam jika nak makan pagi supaya gulai lebih pekat dan mesra kuahnya.



Kal8 ni masukkan juga 7 biji telur rebus.Dapat masukkan telur baru rasa puas hati..hihii Rebus 8 biji telur..Tapi sebiji tu nampak dalam gulai tu berlubang ..taktau kenapa..Sebiji lagi dah kena cukai dengan Sarah buat sarapan dia..Suka betul dia sarapan dengan telur rebus....


Untuk acarnya saya hanya guna carrot,timun,bawang besar dan cili hiris.Gaul dengan gula garam dan cuka aesedap rasa...Acar ni nak kena ada agar tidak muak dan untuk seimbangkan rasa nasi dan gulai yang berlemak tu ..

Kalau Nasi Dagang Syawal ke 7 saya sertakan lagu Nasi Dagang daripada penyanyi terkenal era 80-an ..Kali ni saya nak share info asal usul nasi dagang yang saya dapat dari pencarian di Google.
Dek kerana suka nasi dagang....saya mencari info berkaitan asal usul nasi dagang ni...
Dalam bebanyak info...
Saya tertarik dengan satu info oleh seorang hamba Allah ni...
sebagai menghargai penulisan info tu saya tidak mahu copy & paste,sebaliknya  pembaca boleh dapatkan  info  ASAL USUL NASI DAGANG di sini..Semoga bermanfaat

Masyaa Allah....menarik sekali info asal usul nasi dagang ni ya



Wednesday, 10 December 2025

NIAT NAK SARAPAN NASI KUNING SABAH,SUDAHNYA SARAPAN MENU TRENGGANU DI SABAH

 Pagi Sabtu Adah ajak sarapan kat luar.Lagipun kawasan perumahannya masih mati air..

Plan asal nak sarapan di Retoran Mak Hajah denga menu Nasi Luning Sabah yang pernah saya nikmati sebelum ni ..Namun tiada rezeki nak makan nasi kuning Mak Hajah.Tengok kat Google...restorannya buka...Bila dampai depan restoran ada ditampal notis penutupan operasi bermula 2 Disember hongga akan diberitahu kelak...Kecewa anak tekak ni ...huhuhu

Walaupun ada jer nasi kuning tempat lain tapi hati dah terpaut pada nasi kuning Mak  Hajah sahaja...payah la kan...hihihi


Sudahnya suami Adah,Izzudin bawa ke Teratak Kak Long yang menyajikan sarapan asli Trengganu.Saya rasa restoran ni adalah asalnya bangunan kuaters kerajaan kenis bungalow dua tingkat kerana kiri kanan dan depan belakang restorannya bangunannya sama rupa dan tidak berpenghuni.Sayangnya tengok begitu banyak bungalow dua tingkat di kawasan yang cantik berhampiran laut tapi terbiar tidak dihuni.Kalau diberi pilihan rasa nak ja pindah sini kalau dapat kuaters macam ni...hahahaha berangan bukan kena bayar kan..?


Adah dan Izzudin memilih menu sarapan nasi dagang kuah kosong berlaukkan ayam goreng dan teh madu.Cella pula hanya nak roti telur dan milo ais.Saya pula dek kecewa Mak Hajah tutup restorannya,hanya pesan sekeping roti canai kosong dan teh O panas dahaja.Ambil juga 2 pack kuih akok.Rak rasa nak makan nasi dagang...Tapi dalam masa sama rindu pulak Nasi Dagang Atas Tol...


Nampak kuih angku ni macam menarik...Ada 5 pcs harganya RM 3.50 sahaja.Teruja betul saya nak makan kerana katanya inti kacang tanah.....hihihi
Kuih akok juga hanya habis 1 pack(4 pcs) Lagi 1 pack berakhir tong sampah kerana rasa kapurnya kuat hingga pedar di lidah.Taktau pulak kuih akok diletak kapur...ke lidah saya yang salah rasa?
Selain nasi dagang,ada juga nasi kerabu dan nasi berlauk.
Sarapan kami:
2 set nasi dagang ayam goreng,sekeping roti telur,sekeping roti canai kosong,1 pack kuih angkoo dan 2 pack kuih akok.
Minuman 2 teh ais madu,1 milo ais dan 1 teh O panas..
Total RM 57.00


Monday, 1 December 2025

SARAPAN @ WARUNG KOPPI 70'S

Pagi Sabtu pick up Cella kat UPM ajak pi sarapan kat Bangi.Nampak dalam Tik Tok ada port sarapan sedap kat Kampung Dato' Abu Bakar Baginda.Tak jauh pun dari UPM.Dalam 10 minit berkereta.Atas sikit jer dari UNITEN

tengok review,nampak menarik sangat..Dengan warung konsep tahun 70-an..decoration & perabut ala tahun 70-an...Pekerja berpakaian  songkok macam tahun 70-an dan menu pulak ada menu nostalgia Melayu macam nasi lemak,lontong,lontong darat,aneka roti canai,lempeng,roti kukus dan juga western...Paling tertarik sebab ada lontong darat....Tu yang ajak Cella pi..


Saya pilih menu Kopi O Butter bersama Lontong Darat
Kopi O Butter tu RM 2.50
Lontong Darat tu tengok kat menu RM10.90
Tapi dalam resit RM8.70 sahaja .




Orang muda biasa la kan....selalu perasan depa dilahirkan di obesi....🤣
akan pilih English breakfast..RM10.70
Bersama Kopi Butter RM3.





Konsep dia...Masuk waeung cari meja terus duduk.Scan QR...pilih menu..

Pi bayar kat kaunter...Balik duduk semula & tunggu depa hantar makanan





***Ni haa.  saya share QR....Boleh scan QR ni untuk nak tengok menu & harga....kot la terlalu situ boleh singgah...in shaa Allah tak menyesal...



Pilihan saya....


Puas hati betul dapat makan lontong darat yang sedap sangat pada tekak saya...ada beberapa ketul nasi impit + rendang kerang + sambal goreng+ kuah kacang dan juga serondeng daging...Berbaloi sangat nak banding harga kan...
Minuman tu aaya pilih Kopi O Butter...sebab tak pernah cuba minum kopi + butter...saya pesan juga kopi & eedho untuk berdebar sepanjang hari🤭




Bismillah....



Customer penuh tapi senyap...pakat fokus makan.Yang kedenagaran hanya alunan lagu yang dipasang dan bunyi sudu garfu...Pakat menikmati betul....hihihhi



Rujukan harga sarapan yang kami makan...
Kalau tanya saya...memang puas hati dengan makanan sini..sedap..
Warung ni bukan 7.30 pagi ..Isnin cuti..
Parkir tepi warung tak banyak tapi ramai ja parking tepi jalan depan warung termasuk kami🤭

Kami plan nak esoknya Ahad nak ajak Haikal pula sarapan sini...