Dua hari sebelum Raya Haji masa kami on the way balik Kedah...Achik & Haikal baawa mak ke Padang Besar .Cam biasa lepas dua hari Raya Haji kami TAK JADI SARAPAN KAT WARUNG TEPI SAWAH & TERUS KE PADANG BESAR...
Selang dua hari lepas tu ..kami pi lagi...hihihi
Balik dari kampung lepas makan kenduri @ Kampung Bechah...tetiba Achik ajak "Jom,esok sarapan kat Pertlis🤭
Plan nak konvoi 2 kereta tapi akhirnya satu kereta je..Achik Haikal mak,saya & Cella..Haikal drive .Hujan mencurah-curah tapi Alhamdulillah...
Orang tetap ramai .Mungkin kerana mereka juga masih bercuti long kerana Selasa 2 Jun 2026 memang public holiday sempena birthday YDPA
Kalau cuaca panas dan terang kebanyakan suka pilih tempat duduk kat luar bangunan warung ni untuk makan sambil menikmati view sawah dan bukit yang cantik kat luar tu.Port OOTD pun banyak.Tapi ni dah hujan semua pilih untuk stay bawah bangunan rumah ni.
Untuk yang belum pernah datang sini...Warung Tepi Sawah ni saya agaklah ianya bangunan rumah kayu agak besar dan tibggi tiga tingkat.Tingkat bawah sekali macam kita makan bawah rumah dulu dulu .Kat luar belakang rumah tu pulakenghadap sawah dan bukit batu kapur..Ada port OOTD dan banyak tepat duduk.
Kalau datang musim menanam padi,maka view hijaulah menjadi tatapan mata...Kalau musim menuai,bagai karpet kuninglah ..kalau musim kemarau takda padi...boleh jalan dalam petak sawah macam KAMI PERNAH BERGAMBAR KAT SINI..
Cara order dia...kita masuk ja pintu depan tu ada banyak kios jual beraneka menu sarapan..Dari ketupat palas,pulut ayam,pulut mangga,pulut ikan masin,roti kukus,aneka roti canai,roti jala,roti sarang burung,roti telur goyang,peknga,lontong,aneka mi/mihun/kue teow berkuah dan aneka kuih muih.Minuman pula ada satu sudut lain.Boleh pesan,pick up dan bayar.
Kiranya self service dan boleh pilih nak makan kat mana..Kat bawah..tingkat 1 atau tingkat 2.Kat tingkat atas dindingnya separuh dan boleh nampak view sawah dan bukit batu kapur
Mak pilih lontong
Achik pilih nasi lemak ayam
Saya pilih pulut ayam
Cella pilih roti sarang burung,
Haikal pilih lontong jugak rasanya.
Juga Achik tambahkan pesanan roti kukus kaya
dan saya tanbahkan set roti telur goyang
Minuaman standard la untuk sarapan..teh,kopi,nescafe
Lepas kenyang bersarapan....kami me eruska. perjalanan ke.....?
Haaaaaa...to be continued..🤣









No comments:
Post a Comment