My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Tuesday, 20 October 2026

MASAK SAMBAL DAGING + KENTANG

Gambar dalam kuali ..Semalam saya masak Sambal Daging + Kentang.
Daging beli masa balik Kedah ziarah mak patah tangan.
Tiap kali balik Kedah,saya akan beli 4kg daging + samaada paru atau tulang atau perut.Sepanjang jalan Pendang ke Tanah Merah memang ada beberapa gerai menjual daging lembu segar yang baharu disembelih dengan harga RM100 untuk 4kg.Tetapi sebenarnya kena pilih daging 3kg & sekilo lagi kena pilih untuk ambil tulang,perut atau organ dalaman yang lain.Tak boleh ambil 4kg tu semuanya daging.Selalunya saya ambil 3kg daging & 1kg paru.Tapi kali ni masa sampai getai daging dah agak tengahari.Paru dah habis..Maka saya ambil 3kg daging & 1kg perut campur.


Ni saya masak rak sampai 1kg pun daging Daripada 3kg daging tu saya bahagikan 4 bekas.Sebekas untuk sekali masak.



Campurkan dengan kentang.Selain kentang ni digemari isi rumah....kentang juga membanyakkan isi kuali tu๐Ÿคญ.Maklumlah dagingnya tak sampai sekilo pun.Makn pulak tidak serentak.Siapa nak makan dulu & siapa balik kerja dulu makan duluan.


Seperti biasa u tuk sambal daging saya akan masukkan bahan rahsia yang dah tak rahsia  iaitu serbuk kunyit๐Ÿคญ


SAMBAL DAGING
1 kg daging(+-) hiris
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
(sebab sayang blender takut kuning
saya hanya guna serbuk kunyit .Itupun lepas dah kisar cili dan bawang saya tuang dalam mangkuk baru + 1 sudu makan serbuk kunyit dan gaul rata)๐Ÿคญ

1. Panaskan 1 cawan minyak dan biar betul betul panas .

2. Tumiskan daging & biar jangan dikacau.Bila agak² bawahnya sedikit garing baru dikacau.


.JANGAN LETAK GARAM..daging tu kosong tau supaya cepat masak dan tidak keras.

3. Bila daging dah berubah warna masukkan 1 cawan air dan tutup kuali.Biar mendidih perlahan hingga kuah surut dan daging lembut.Jika oerlu tambah lagi air

4. Bila daging sudah agak  lembut,masukkan bahan kisar dan perisakan .

5. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasa

.


Makan sebelum maghrib...Nasib baik balik tengok ada lagi lauk ni...Kalau tidak jadi batu balh batu bertangkup...!๐Ÿคญ
Ada berbaki sedikit lagi untuk saya..


Terus sendukkan nasi dan makan..

Sambal daging,bila letak kunyit,bau dia menyelerakan.Bila gaul dengan nasi nampak warna lebih menarik..merah keemasan...

 




 

Monday, 5 October 2026

MASAK SAMBAL DAGING CARA SAYA

Hari ni saya masak Sambal Daging untuk bekal dan lunch.Tapi boleh jadi juga sampai dinner๐ŸคญSebabnya dua orwng dah bawa bekal....Baki selebihnya taktau la ada orang lunch kat rumah ke tak..Kalau tak...mak akan diba ke makan malam la jawabnya...hihihi

Stok daging beli kat Kedah masa balik cuti Merdeka hari tu...Kat sana daging fresh senang nak dapat...Murah pulak tu...Sepanjang Jalan Pendang-,Tanah Merah ada beberapa gerai menjual daging segar yang baru disembelih..

RM100 untuk 4kg...Boleh campur-campur nak bahagaian mana...contohnya perut,hari,tulang bagai...flat rate...Sempat juyga beli 2kg untuk masak gorengbkunyit kat kampung..plan asal nak beli perut panjang buat bakar macam kat Kelantan tu...Tapi kesibukan asyik makan kat luar Axhik belanja....Tak jadi beli perut.Sempat gorengbkunyit je 2kg buat lunch sekali kat kampung...Sehari sebelum balik KL  tu saya beli 3kg daging dan 1kg paru dengan harga RM100 bawa balik KL..Bekukan dalam petia ais.Beli tong polisterin ..isi daging beku & beli ais tube kat 7E sepaker top up atas daging...Sampai KL daging masih beku &  hanya sedikit defros.Ais pun hanya sikit cairnya.Alhamdulillah...

Potong-,potongkan daging jadi 4 bekas & paru tu sebekas..Boleh la 5x masak...Sambal daging ninsalah satunya..Masih berbaki dagingbsebekas & paru yang belum dimasak...


Gambar dari kuali saja..Talda hidang hidang dah...hihihi 
Sambiil masak sambal daging ni...sambil masakkan lauk bekal Sarah.Buat sup isi  ayam + carrot & bayam cina.Tabak nasi & rebus sekali telur untuk sarapan Sarah.Masak sambal daging versi saya ni mudah je...asas sambal tapi masih ikut cara mak saya...Kalau masak sambal daging atau ayam wajib letak kunyit....& jangan masukkan asam..
Kunyit tu memberi kelainan rasa  manakala asam tidak dimasukkan untuk mengekalkan kemanisan daging.

SAMBAL DAGING 
1 kg daging(+-) hiris
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
(sebab sayang blender takut kuning
saya hanya guna serbuk kunyit .Itupun lepas dah kisar cili dan bawang saya tuang dalam mangkuk baru + 1 sudu makan serbuk kunyit dan gaul rata)๐Ÿคญ


1. Panaskan 1 cawan minyak dan biar betul betul panas .

2. Tumiskan daging & biar jangan dikacau.Bila agak² bawahnya sedikit garing baru dikacau.
.JANGAN LETAK GARAM..daging tu kosong tau supaya cepat masak dan tidak keras. 

3. Bila daging dah berubah warna masukkan 1 cawan air dan tutup kuali.Biar mendidih perlahan hingga kuah surut dan daging lembut.Jika oerlu tambah lagi air

4. Bila daging sudah agak  lembut,masukkan bahan kisar dan perisakan .

5. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasa.

** Saya hiris daging nipis nipis supaya cepat masak..Anggaran masa memasak sambal ni dari mula tulia daging lebih kurang  20 minit.

Dua orang bawa bekal....sorang makan kat rumah...sorang  makan kat luar...sorang lagi kelaparan...๐Ÿคญ๐Ÿคฃ

Tuesday, 21 July 2026

DAGING MASAK HITAM RESIPI TIK TOK

 Anak anak suka Daging Masak Hitam macam kat rumah kemduri tu..Tapi saya tak pandai nak masak...Pernah beberapa kali cub tapi macam tak sampai rasa dia...

Minggu lepas nampak kat Tik Tok ada resipi daging masak hitam Mamu anti gagal katanya...

Saya pun excited nak cuba.Kebetulan semua bahan ada kat rumah.Daging qurban hari tu ada lagi dalam 1kg...eloklah dihabiskan...



Inilah hasil Daging Masak Hitam Mamu yang saya masak ikut resipi kat Tik Tok tu...Alhamdulillah...saya rasa macam jadi lah...๐Ÿคญ



Saya sreen short  resipi rersebut dari TT & tepek sini untuk rujukan masa akan datang..Pada tekak saya memang sedap...Kena masak awal.sehari kalau nak rasa yang lebih kick....


Gambar yang saya share pun lauk tu saya masak waktu malam..Esok ya panaskan lagi sampai naik minyak macam tu...Hitam tapi minyaknya merah..Gaul dengan nasi panas...Allah tuhey sdak jeliro demo ooo...
Boleh maauk list umtuk menu raya jugak ni...Sedap ni buat makan dengan ketupat @ nasi impit...

Sunday, 27 April 2025

DAGING 4KG RM100 : BAKAR DAGING HARIMAU MENANGIS

 Kat Pendang memang daging local murah ...4kg hanya RM100.

Tapi kalau beli sekilo sahaja harga lebih sikit dalam RM28- RM30

Cuma masa raya hari tu depa jual 3kg RM100..pun kira masih murah sangat kan....


Dua hari lepas ada call mak borak-borak..Mak kata Achik beli perut lembu.Kata mak sekarang penjual daging dah letak syarat baru...Masih lagi 4kg RM100 tapi syaratnya kena pilih 3kg daging & kena 1kg lagi kena pilih sama ada tulang  ataupun organ lembu..macam paru ke..hati ke..perut ke camtu la..

Pada saya ...pun masih murah banget kan ..


Ni cerita balik kampung sebelum puasa hari tu...

Mak belanja daging RM100...untuk bakar-bakat . Kebetulan masa pi beli ada daging bahagian Harimau Menangis...Terus la grab...


Daging Harimau Menangis ni sedap sebab ada lemak pejal yang warna kuning tu.Lemak yang yang kita boleh masak & dia lembut tapi tak cair..Bukan lemak putih yang melekat kat tangan & mulut tu..

Untuk tengok kami beli daging & bakar-bakar ni boleh tonton video kat youtube channel saya SEROJA PUTIH



Untuk video  BAKAR DAGING HARIMAU MENANGIS CICAH AIR ASAM KICAP   tu  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://youtube.com/shorts/tWxZSlCK7Xo?si=xpd3KASfJ_JHUbdL

Monday, 24 February 2025

GULAI BATANG PISANG❌GULAI UMBUT PISANG✅

Gulai Batang Pisang?
Bukan....
Ini Gulai Umbut Pisang..
Kalau batang pisang lembu kerbau suka la makan selepas dicincang..hihihi

Kebanyakan orang biasa sebut Gulai Batang Pisang.Tapi sebenarnya Umbut Pisang sebab yang diambil hanya umbut iaitu bahagian yang masih lembut ditengah dalam batang pisang.

Jangan tak tahu pulak...yang umbut pisang hanya ada pada pokok pisang muda yang belum pernah berbuah.Maknanya pokok pisang dara la Kalau pokok pisang dah berbuah bahagian tengah dalam batang dah jadi empulur dan keras tidak boleh dimakan lagi...Lebih keras daripada bahagian luar batang pisang...!
Kena tahu tu yer!

Saya masak Gulai Daging + Umbut Pisang ni dua hari lepas iaitu hari Sabtu.Dapat umbut pisang dari SINI....

Saya masak cara kebanyakan orang belah Kedah masak.Maklumlah lauk ni kan popular kat belah utara terutama kat Kedah terutama di daerah Sik,Baling Pendang & hampir semua daerah di Kedah.Lauk Gulai Daging Umbut Pisang ni biasanya menu utama kenduri kahwin bagi yang masak sendiri/rewang.Yang lauk catering biasanya masak kari + kentang.Maklumlah nak dapat umbut pisang ( ada yang sebut ghiyas pisang) ni bukan senang juga.Kena korbankan  pokok pokok pisang muda yang belum berbuah.Biasanya kalau untuk kenduri menggunakan umbut pisang hutan.Pokok pisang hutan ni kalau banyak tumbuh sendiri di hutan hutan kawasan bukit.Kalau lalu hiway PLUS terutama arah utara..cuba perhatikan tepi tepi pagar PLUS & lereng lereng bukit sepanjang PLUS tu...Yang pokok pisang banyak-banyak tapi kurus-kurus takda buah tu adalah 
pokok pisang hutan.Pokok pisang hutan tidak ditanam tetapi tumbuh sendiri.Pokoknya kurus kurus tinggi dan kalau berbuahpun buahnya bersaiz kecil dan isinya sikit sahaja serta penuh biji pisang.Daun pisang hutan pun kalau buat bungkus lepat @ bungkus nasi lemak dia mudah lebam jadi tompok-tompok  hitam..Kalau kat pasar kalau jumpa orang jual daun pisang yang pendek-pendek & nipis waena hijau gelap tu biasanya tu daun pisang hutan..Kadang takda pilihan beli la jugak daun posang hutan pun..Kalau pernah tengok LEPAT LIAT kat channel youtube saya..boleh nampak kesan lebam lebam hitan  kerana menggunakan daun pisang hutan.Kalau daun pisang kampung hijaunya kekal cantik.
Pokok pisang hutan ni kat kebun getah di kampung pun ada tumbuh.Saya pernah share video 

Tapi masak Gulai Umbut Pisang kali ni saya guna umbut pisang nipah @ pisang kebatu yang ditebang oleh pekerja kebersihan kat tempat kerja.Umbutnya lebih besar sebab pokok pokok pisang tu gemuk subur.

Saya masak cara kebanyakan orang utara masak gulai daging iaitu dagingnya digaul siap siap dengan rempah kari,kerisik,bawang halia bagai kemudian baru ditumis.
Boleh tengok cara masak gulai daging + umbut pisang ni kat youtube channel  saya @ 

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Video- video lain boleh diakses @ 




Tuesday, 30 July 2024

ASAM PEDAS TETEL vs SUP DAGING + LOBAK PUTIH

 

Hari ni masak Asam Pedas Tetel..

Tetel beli kat Pasar Tani hari Sabtu baru ni...Rasa teringin nak makan tetel..Beli 1 kg tetel & 1 kg daging segar...

Dah rebus tetel tu sejak hari Sabtu.Pastu frozenkan.Pagi tadi sebelum subuh masak asam pedas tetel ni ..


Untuk  mummy yang berpantang,kita masakkan Sup Daging + Lobak Putih..



Yang tak pantang ni nak lauk pedas dan berlemak..maka kita berasam pedas tetel...Terliur tapi tak bawa bekal tadi..Lagipun dah oder Laksa Lemak Kelantan kat tempat kerja...

Tak sabar balik nanti nak makan asam pedas tetel.Pasti bertambah sedap makan  selepas beberapa jam dimasak...hihihi

ASAM PEDAS  TETEL

1 kg daging tetel- rebus
1 sudu teh penuh pes asam jawa Adabi
1 sudu garam
1 sudu teh penuh gula melaka
5 tangkai daun kesum
1/2 cawan minyak

Bahan Blend;
30 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. 

2. Masukkan daging tetel rebus bersama air rebusan dan biar hingga daging empuk. 

3. Bila daging lembut barulah tambah air asam jawa (1 sudu teh pes asam jawa + 1cawan air). Adjust ikut kepekatan kuah

4.Tambah garam, gula, daun limau purut & daun kesum

5. Perlahankan api & masak dengan api perlahan supaya naik minyak & kuah cantik

6.Sesuaikan rasa.


Saya ada muatkan video pendek  Asam Pedas Tetel di saluran youtube..Boleh tonton di :

https://youtube.com/shorts/fAKzgyzJ-Fg?si=evSrX6mDaMFHvtLs


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH๐Ÿ’•

Monday, 29 January 2024

PULUT KUNING KARI KERISIK KAMBING

 Cuti Thaipusam 25 Januari.Cella ada kat rumah sebab balik dari Ideas Hotel tu dia cakap nak ikut  juga ikut balik rumah.


Pagi Khamis masak Pulut Kuning Kari Kambing.Sarapan berdua dengan Cella.Abangnya kerja walaupun cuti umum.


KARI KAMBING KERISIK 

1kg daging kambing

2 paket kecil  rempah kari ayam

1 paket kecil rempah kari ikan

½ kotak santan

2 sudu besar

kerisik

4 biji kentang

garam secukup rasa

1/2 cawan minyak

1 sudu teh gula melaka


Bahan Tumis:

1/2 biji bawang  holland-hiris

5 bawang putih-hiris

1 ketul kecik halia- mayang halus

3 bunga lawang

5 bunga cengkih

10 buah pelaga

1 tangkai daun kari

1 helai daun pandan


1. Gaul daging kambing  dengan sedikit tepung gandum dan cuci bersih.Gaul daging bersama semua rempah kari dan kerisik.Jika kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam

( tapi kali ni saya rebus dulu daging,maka saya tak gaul dengan rempah)


3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis


4. Masukkan daging kambing yang diperap dengan rempah dan kerisik tadi

.

5. Masak hingga naik minyak


6. Masukkan kentang yang dikupas dan dibelah-belah


7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.

( air rebusan)

8. Biar kuah mendidih dan ayam serta kentang masak


9. Tambah garam dan perisakan


10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik



Saya rebus dulu daging kambing waktu malam..Esoknya saya masak kari.Tidaklah saya rebus hingga betul betul empuk..Agak agak ¾ masak sahaja.Esok sambung masak dalam kuah hingga masak sempurna.



Oleh kerana daging dah rebus...Kita masukkan kentang dulu dalam tumisan rempah yang dah naik minyak.Rempah tu juga saya dah campur kerisik  masa bancuh rempah kari


Masukkan air rebusan kambing .Masak hingga mendidih & kentang ½ masak.Masukkan juga daun pandan simpul.Kalau masak kambing selain bawang putih dan halia,pandan ni la penyedapnya.Jangan risau kari ni tak akan rasa sirap walau guna daun pandan.



Masukkan daging kambing yang sudah direbus..Tambah juga santan.



Masak hingga kentang dan daging kambing empuk.Perisakan kuah kari.


Pesan emak dah hampir 4 dekad  yang masih saya amalkan hingga sekarang.Mak pesan masa saya masih sekolah rendah ketika baru belajar masak kari.Kata mak bila kari sudah masak,kecilkan api beberapa minit supaya kuah mendidih perlahan dan naik minyak.



Inilah hasillnya setelah perlahankan api dan biar mendidih perlahan lebih kurang 5 minit..Nampak permukaannnya dah berselaput  naik minyak 




Siap kari kambing pekat berkerisik


Ini saya panaskan waktu tengahari...Kuah makin pekat dan berminyak .Kari elok dimasak beberapa jam awal sebelum dihidangkan supaya kuah pekat dan naik minyak cantik.

Hidangkan dengan Pulut Kuning


PULUT KUNING

¹ kg pulut.

2 asam keping

2 sudu kecil serbuk kunyitk

¼g santan pekat segar

1 sudu kecil garam

1 sudu makan gula

1 pandan



1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam


2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.


3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.


4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.


5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.


6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati





Tengah feel meratah gulai kambing yang pekat berminyak ni...Adah VC tanya masak apa cuti cuti ni


Tunjuk la kat dia saya masak  
Tumeric Sticky Rice with Tick Lamb Curry....
Pura pura merajuk la dia....Hihihi


Dia dok tunjuk baru balik Pasar Tawau...beli ikan mabong yang baru naik jeti..
Ikannya besar besar,masih hijau dan berlendir katanya...sekilo RM10 sahaja..
Kat sini mabong mata dah merah perut dah pecah pun RM20/kg.


Udang tak tinggal la dia...
Makan lah puas puas sementara Allah bagi rezeki bermastautin kat tempat seafood segar dan murah.






Tuesday, 16 January 2024

SUP DOMBA + LOBAK

 

Sup Domba..
Haaa...siapa yang suka mengadu domba tu,mai makan sup domba ni...


Berlemak la....
Empat keping daging domba..Labelnya mempunyai maklumat... domba  dari Australia.
Heee...domba tu nama lain bagi biri-biri.Saudara kita di Nusantara mengenali biri biri itu sebagai domba.
Lemak tu yang best.Ni bukan lemak yg jenis kita masak dia jadi minyak lepas kita makan melekat kat tangan dan bibir tu.Yang tu kena buang.
Lemak jenis lemak putih yang  ni kalau dah masak dia takkan hancur tapi dia lembut dan lunak.Siap boleh kunyah.Yang jaga badan jangan makan..Saya jenis jaga perut..wajib makan๐Ÿคฃ


Masakan sup macam ni saya suka ratah sambil hirup kuah..Selera saya lebih kepada nasi dengan lauk lauk jenis  kering.Tapi anak anak suka  masakan berkuah.



Kalau sup macam ni,saya akan isikan sorang semangkuk.Ikut lah sapa nak makan macamanapun ..masing masing mangkuk.


SUP DOMBA+ LOBAK

600 gm kepingan domba(boleh guna daging lain juga)

1 batang lobak merah

1 batang lobak putih

2 ketul kentang kuning

Minyak,perisa,daun sup

1 sup bunjut


Bahan Tumis:

1 labu bawang Holland- hiris

3 bawang putih- cincang

1 ketul halia - dimayang

1 sudu rempah soto( serbuk)



1. Panaskan sikit minyak dan tumis semua bahan tumis.

2. Masukkan daging dan air rebusan.Masukkan juga sup bunjut

3. Tambah kentang dan kedua dua lobak yang dipotong besar.


4. Masak hingga mendidih dan semua empuk.


5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup.

* Saya lebih suka tambah jus limau nipis + cili padi ketuk.Tapi saya tambah dalam mangkuk sendiri la sebab ikut citarasa sendiri.


Saya rebus dulu daging domba bersama 5 ulas bawang putih ketuk dan seketul halia juga diketuk.Bila mendidih, buang busan dipermukaanya..



Tumis bahan tumisan hingga harum


Masukkan daging domba yang sudah direbus..


Masukkan juga stok rebusannya



Terus masukkan,ketulan kentang dan lobak putih.



Begitu juga dengan carrot.



Masak hingga mendidih dan semuanya empuk.


Perisakan dan tabur dengan daun sup yang dihiris


Sup domba panas siap disajikan



Sesuai dihirup panas panas & kentang,lobak merah dan lobak putih sudah cukup mengenyangkan.
Makan dengan roti putih pun sedap.Kalau masukkan pasta pun menyelerakan...
Makan Sup Domba perut kenyang 
Kalau mengadu domba lama kelamaan kawan hilang....
 

Wednesday, 10 January 2024

GULAI KAMBING + BUAH KELEMPONG/BUAH ARA

 Rezeki Allah kirimkan kepada kita melalui pelbagai cara dan sumber.

Dua hari lepas....Tengah berjalan kat koridor nak gi tandas...tapi macam terdengar orang seru nama.Pandang kat pondok jaga,nampak Kak Misah security guard melambai-melambai  sambil berkata sesuatu yang jelas biji butirnya...Akhirnya Kak Misah buat isyaray suruh turun tangga...Saya pun turun lah...

Rupanya Kak Misah nak bagi sesuatu kepada saya...Kata Kak Misah ada sikit lauk untuk saya..Gulai Kambing + Buah Kelempong.



Gulai Kambing + Buah Kelempong.Tempat saya menyebut buah kelempong ni sebagai buah ara..
Alhamdulillah,dah lama teringin nak makan gulai kambing + buah ara ni..



Bila dibuka penutup bekas tu...masya Allah....aroma gulai menerobos deria bau...
Kuah yang pekat merah menyala dan pecah minyak elok..
Dagingnya lunak,buah kelempongnya empuk..kuahnya cukup rasa...

Gulai Kambing Buah Kelempong ni katanya terkenal  kat Perak terutama bahagian Perak Utara..



Bawa balik rumah tanak nasi,makan berdua dengan anak jantan tu..Dia kutip makan daging kambing...Saya kutip makan buah kelempong...

Ada yang belum kenal buah kelempon/buah ara?



                      Pic Google
Buah kelempong a.k.a buah ara.
Macam buah tin kan?
Spesia dia la tu...tapi versi Malaysia la kot...hihihi
Tapi buah kelempong sejenis yang tumbuh liar dipinggir pinggir kampung,hutan dan kawasan tebing sungai...
Katanya ikan kelah ,patin dan beberapa jenis ikan sangat suka makan buah kelempong yang gugur dari pohon-pohon berhampiran sungai....


Kalau kat kampung-kampung biasanya buah ara muda ni dijadikan ulam segar yang rangup  dan ada yang dijadikan ulam rebus.Nak makan dia kena belah dua dan bersihkan dalamnya dulu.Kadang-kadang ada kumbang atau serangga didalam kelempong atau lubang buah ara tu..


Melalui pemerhatian dan pembacaan,saya nampak kat Malaysia ni ada beberapa jenis juga buah ara ni..Ada yang kecil ada yang besar..Ada yang bulat,ada yang bujur dan ada yang leper.


                pic Google
Ada juga spesis yang buahnya besar macam buah tin.Bila masak warnanya merah dan menjadi kesukaan burung serta unggas.Saya pernah "terkena" membeli buah kelempong  merah yang saya sangka buah tin manis tu..Tengok warna cantik.Walaupun rupanya merah menarik tapi bila makan rasanya hambar..hihihi

Kat kawasan perumahan saya ni ada beberapa batang pokok ara yang berbuah lebat dibatang,dahan dan rantingnya..Pokok pokok tu tumbuh ditepi jalan yang pastinya atas tanah rizab jalan atau mungkin tanah DBKL..Teringin nak ambil tapi maluuu.
Tapi satu hari nanti macam nak juga singgah petik..hihihihi...

Saturday, 30 December 2023

KETUPAT PALAS GULAI DAGING & RENDANG AYAM

 Balik Kedah 5 hari ..Isnin hingga Jumaat tapi sebenarnya 4 hari ½ ja kot sebab hari Isnin tu ½ hari ja kat Kedah..½ hari lagi kat hiway....hihihi

Bunyi macam lama jugak baliknya tapi sup sap sup sap ...eh dah kena balik KL

Hari Jumaat balik dari Pasar Kemboja ngan Achik & Cella singgah beli pulut dan santan.Mak balik kampung amik daun palas


Saya masak Kari Daging Kerisik.
Request Adah nak makan dengan ketupat palas buatan nenek & cicah kari daging pekat macam hari raya...


Oleh kerana mak tak makan daging...masak la juga rendang ayam sekor.


Masak Kari Daging Kerisik cara orang kampung dulu-dulu  memang lain sikit ..

Daging yang siap dipotong digaul terus bersama rempah kari,bawang-bawang,halia mayang dan kerisik.

Kemudian baru panaskan minyak dan tumis  lagi bawangan bersama rempah 4 sekawan(kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga)

Dah harum dan perang,terus masukkan daging bergaul rempahan tadi..Masak hingga naik minyak,baru masukkan santan dan garam.

Masak hingga mendidi dan tips yang selalu saya kongsikan ialah lepas mendidih kecilkan api dan biar merenih hingga naik minyak.




Hasilnya gulai kari ni pekat berminyak dan sedap sangat.
Gulai daging kerisik untuk cicah ketupat ni kena pekat dan kena pecah minyak macam rendang baru namanya gulai cicah ketupat.Takda tambah cili blend atau bawang blend bagai..Saya hanya guna bahan tumis,rempah kari daging,bawang dan rempah tumis..santan dan bahan wajibnya kerisik..In shaa Allah sedap...hehehe...angkat bakul


Rendang ayam ni kurang lawo sebab bahan ya saya blend halus naw...
Tak nampak serat serai lengkuasnya..Tapi rasa tetap wow..(sekali lagi angkat bakul)





Sebelah dapur merendang ayam...Sebelah lagi dapur menggulai daging...Tak banyak pun masak..Seekor ayam dan sekilo++ daging.Daging tu sebab nampak banyak stok dalam freezer mak.Sehari sebelum tu dah cilok dalam sekilo buat daging bakar.Ni saya habiskan bakinya buat kari daging kerisik untuk cicah ketupat palas..
Kat Pendang daging segar local sekilo RM38...Kat tempat lain saya tak tau harganya..


Ni untuk hantar rumah Achik..
Kari daging dan rendang ayam


Ketupat pula hanya pic ni yang ada...hihihi
Mak masak 2kg beras pulut yang menghasilkan lebih kurang 4kg ketupat palas yang dah siap.Makan lah puas-puas.Baki dalam 15 biji ketupat tu saya feozenkan & Adah bawa balik Tawau.Bukan sahaja ketupat tapi 1 lugage tu penuh makanan fozen yang dimasak dan dibekukan ..Ada yang saya masak,ada yang mak mentuanya masak & ada yang beli .

Hmmm...hari ni rasa macam nak masak ketupat palas lagi la...daun palas & pulut semua ada ja tu...hihihi

Tuesday, 24 October 2023

KAMBING SLICES MASAK KARI

 Bulan ni kan kat rumah saya "Bulan Kambing"๐Ÿคญ


Awal pagi tadi memasak Kari Kambing...
Kebetulan hari ini saya cuti...
Cella pula balik sejak hari Sabtu..
Patutnya semalam dia balik kolej..Tapi bila bagitau mak dia cuti...laju ja dia "offer" nak balik pagi ni...dengam syarat hantar terus ke kelas & includ bekal lunch...hihihi
Kita pun malam tadi dah keluarkan kambing yang memang beli dok simpan tunggu dia balik.
Keluarkan 1 pack kambing beku ada 6 slices.

KARI KAMBING SLICES
6 keping kambing(+-1kg)
3 sudu rempah kari daging
3 sudu rempah kari ikan
¼ kotak kecil santan Kara + 1 cawan air
6 biji kentang- belah4
2 biji tomato masak - belah 4
10 cili padi hijau
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu gula melaka
minyak,garam,

Bahan Tumis:
1 bawang hollad-hiris
3 bawang putih -ketuk
1 ketul halia-mayang
3 tangkai daun kari
3 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang & buah pelaga)

1. Rebus kambing sekeping-sekeping tanpa potong.

2. Panaskan minyak anggaran ½ cawan dan tumis bahan tumis hingga harum 

3. Masukkan kedua-dua rempah yang dibancuh dengan 2 cawan air.Masak hingga naik minyak.

4. Masukkan kepingam kambing bersama air rebusan & juga kentang.Masak hingga kentang empuk.

5. Masukkan tomato,cili hijau dan santan.Perisakan 

6. Masak hingga semua bahan empuk dan sesuaikan rasa.

7. Kecilkan api dan renih dengan api perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak.


Rempah tumis dah garing,kita masukkan kambing bersama air rebusan & kentangnya...


Bila kentang dah agak empuk,kita masukkan pula santan,tomato dan cili hijau



Biar mendidih & perisakan.Sesuaikan rasanya


Seperti biasa kalau masak kari,proses akhirnya saya akan ikut petua mak.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik...


Menjelang 7 pagi.....siap kambing masak kari...Nasi pun dah siap tanak...
Cella bawa bekal 2 bekas nasi dan 2 bungkus kari kambing...Nak makan kongsi-kongsi dengan kawan kelas masa lunch katanya...
Anak jantan sorang tu pun nak bawa bekal nasi juga sebab nampak kari kambing ni,...hihihi
Sayangnya dek kalut takut depa lambat...lupa nak snap bekal depa...hihihi

Terus gerak ke UPM hantar anak dara tu.




Dia dah masuk kelas....
Masuk ja kereta....tutup ja pintu..
Ting...ting...ting....
Ingtkan pintu tak rapat....
Dah ulang tutup ada lagi bunyi..
Ting...ting...ting...
Check bonet pun ok ja ..
Bila lepas handbreak ..masuk gear...ok dah tak bunyi...
Jalan sikit..tak sedap hati pula..
Berhenti sekejap..free gear & tarik handbreak..
Ting...ting ..ting...
Ish..pasai pa la pulak..
Sekali....Nah..!
Tengok kat dashbord berkelip-kelip 



"no key"
Baru teringat tadi Cella yang pegang kunci kereta...

Nasib baik tak terus drive balik.Buatnya singgah memana,matikan enjin...Nak hidupkan balik dengan apa?
Kalau tidak..haru jugak...

Terus call Cella..dia tak jawab..tapi dia whatsApps tanya kenapa..
Bila tanya kunci..haaa,memang ada kat dia.
Dia minta tunggu lama sikit sebab baru masuk kelas,ada presentation pulak..Dah la sampai lewat 10 minit...nak excuse pulak...
Duduk la dalam kereta menunggu dia..Nasib baik belum matikan enjin,dapat la dengar radio & pasang aircond..
Tak lama lepas tu nampak kawan kelas dia terjengul tepi tingkap...
La....dia minta tolong kawan yang dah lama masuk kelas tolong  excuse " nak ke toilet" padahal keluar hantar kunci kereta...hihihihi
Alhamdullah,Allah mudahkan urusan.



Sampai rumah ja celapak cedok nasi...hihihi
Bismillah.....jemput makan


Thursday, 19 October 2023

KURMA KAMBING KEGEMARAN ANAK JANTAN

Bulan ni "Bulan Kambing " kat rumah saya...hihihi


Nasi putih berlauk Kurma Kambing..


Saya masak guna lamb slices lagi...hihihi
Semalam pagi sebelum subuh saya dah siap masakkan Kurma Kambing Kegemaran Anak Jantan saya tu.
Kebetulan dia cuti semalam.
Dah tinggal berdua dengan anak jantan tu boleh la masak kurma favourite dia...
Sebabnya hanya kami berdua gemarkan masak kurma..Cella & Adah memang tak suka kurma..Tak tau pasai pa depa tak suka..


Saya masak 4 lamb slices+ 3 kentang dan 4 biji telur...
Sodakallahul'azim....
Selesai dibalun anak jantan tu..kecuali 1 slice saya makan balik kerja semalam...
Dia boleh sarapan nasi dengan kurma...
Lunch dengan kurma 
Dinner dia bantai  pula 3 biji  telur...Telur tu saya masuk kemudian sebab kambing dah dah habis dia bedal...hihihi
Telur pun dia pulun..licin siap basuh kuali...
Agaknya dia gaul nasi dalam kuali tu punya suka masak kurma



KURMA KAMBING SLICES
4 lamb slices( 1kg)
2 paket kecil rempah kurma
( saya guna rempah cap 0)
½ ( kotak kecil) santan kara 
3 kentang - belah 4
1 tomato merah - belah 4
2 biji cili merah,cili hijau
1 limau nipis
minyak,gula,garam

Bahan Tumis:
1 bawang holland- mayang
5 bawang putih - ketuk
1 ketul halia muda-racik panjang
1 tangkai daun kari
1 helai pandan
sikit kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang

1. Rebus kambing slices hingga empuk( saya rebus malam sebab nak jimatkan masa memasak waktu pagi,)

2. Panaskan ¾ cawan minyak dan masukkan semua bahan tumis hingga harum 

3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan 2 cawan air.Masak hingga naik minyak

4. Masukkan,kentang dan  kambing slices bersama santan dan air rebusan kambingnya..

5. Bila kentang empuk tambah tomato,cili merah & cili hijau serta perisakan.Perah jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.

6. Kecilkan api dan masak perlaham beberapa minit supaya naik minyak.

7. Sesuaikan rasa



Kalau takda ap sangat 
sedap ja...hihihi..


Monday, 9 October 2023

SUP KAMBING SLICES

Hari Sabtu saya hanya bertapa atas kayangan..Langsung tak pijak bumi..Hanya memantau jerebu dan melihat  bumi di bawah sana  dari kayangan...hihihi



Saya masak Sup Kambing untuk lauk lunch dua beranak.Anak dara bongsu tu tengah kemas beg.Sabtu Ahad tarikh untuk daftar..Tapi dia dok buat liat nak balik kolej..Katanya nak balik hari Ahad.Bila dah dekat gitulah...
Kurang sikit excited ..


Yang ada hanya kambing slices..Sepatutnya buat sup elok guna kambing kiub..Tapi yang ada hanya kambing slices sahaja.Beli lamb slice ni asalnya nak masak kambil grill tapi Cella request nak sup..Hantam saja la kambing slices pun..Buka terus 2 pack kepingan kambing frozen ni..Ada 9 slices semuanya..
Lepas basuh saya rebus kepingan kambing tu dalam rice cooker bersama beberapa ulas bawang putih lebih kurang ½ jam..
Kemudian baru masak sup.Tapi tak lah masak semua sebab macam banyak sangat.Saya masak 6 slice sahaja..Cukup la sorang 2 keping kan...
Lagi 3 slices saya isikan dalam bekas bersama air rebusan dan frozenkan..Nanti boleh buat rencah mee kambing ke apa ke..hihihi


Orang masak sup dalam periuk...kita masak sup dalam kuali...Ni kalau Gordon Ramsay tengok ni...fail!
Hihihi..


Ketika mendidih.....Satu rumah bau sup kambing 




SUP KAMBING 
6 slices kambing
1 batang carrot- potong kasar
3 biji kentang- belah 4
1 batang saderi
minyak,garam,lada sulah
daun sup,daun bawang & bawang goreng

Bahaj tumis:
½ bawang Holand- hiris
5 bawang putih-ketuk
1 ketuk halia- ketuk
1 bungkus rempah sup tulang
1 sudu serbuk rempah sup( saya guna serbuk rempah soto sebab lagi harum)

1. Gaul kambing dengam sesudu tepung gandum dan biarkan sekejap,kemudian basuh bersih.

2. Rebus kambing lebih kurang ½ jam bersama bawang putih dan halia.

3. Dalam periuk/kuali panaskan 4 sudu minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.

4. Masukkan kambing bersa.air rebusan,carrot dan kentang.

5. Bila semua sudah empuk,masukkan batang saderi dan perisakan.

6.Sesuaikan rasa , tabur daun bawang,daun sup & bawang goreng.


Takda stok  bawang goreng.Nak buat malas.. Untuk mangkuk saya...saya ketuk sebiji cili padi dan perah sikit limau untuk rasa yang lebih segar...
Kalau sup saya tak suka makan dengan nasi.Saya hanya akan hirup ratah- ratah saja.



Mangkuk Cella...2 keping sup daging.
Daging tu sengaja tak hiris.Masak sekeping-sekeping..Biar puas gigit dan kunyah..



Semangkuk Sup Kepingan Kambing.