Sunday, 23 February 2025

POKOK PISANG BERGELIMPANGAN

 

Pokok pisang bergelimpangan bagai lepas diamuk gajah..

Namun gajah langsung tidak terlibat dalam ini cerita..hehehe..

Mana datangnya gajah sebab ni kat tempat kerja saya ni.Kami dapat bos baru. Bos lelaki lewat 40-an jenis smart & rajin meronda tengok anak buah buat kerja.Keliling bangunan  sampai ke parkir & pondok guard habis dikerah pekerja kebersihan kemaskan hinggalah ada pokok pisang belakang bangunan pun disuruh tebang dan bersihkan.Pokok pelam,pokok ulam bagai termasuk lah pokok pisang yang sedang berbuah kena tebang..hihihi...

Pokok pisang ni rasanya kalau masa depa nak tebang bos ada,nak ja saya minta pospon tebang hingga buahnya matang.Tapi apa nak buat masa depa nak tebang tu bos takda..Tak boleh la nak minta budi bicara jangan tebang dulu pokok tu.


Tapi pekerja-pekerja  Indonesia tu terpaksa tebang semua kerana mereka dah sewa roro..
Masa depa tebang tu lah salah sorang cleaner call saya tanya nak tak umbut pisang & daun pisang.Kalau nak...depa suruh  turun cepat sebelum depa humban dalam roro tu..Kelam kabut saya turun..
Dapat juga la sambar daun pisang buat stok ramadhan nanti..
Selain tu depa juga bagi satu jantung pisang dan sesikat pisang muda untuk dijadikan ulam..
Umbut pisang..daun pisang dan pisang muda tu ada dalam video youtube chanelnel saya:











6 comments:

  1. Sayangnya tebang pokok² yg jenis berbuah ni. Aduhhhh! Kalau dekat tempat sy sebelum ni ada jugak tebang², tapi memang pokok yg cuma utk meneruskan kawasan.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan betul2 gajah amuk. Hihi

    ReplyDelete
  3. wah, kalau dulu arwah ayah lady ade... memang suka ni... ambik bagi makan lembu... seronok lem,bu makan batang2 pisang dan daunnya ni...

    ReplyDelete
  4. Sayangnya tapi apa boleh buat ye, arahan bos :)
    Kalau dapat umbut pisang sedap la kita bergulai Mak Cella noh...

    ReplyDelete
  5. terekejut jab, ingatkan betul2 gajah la kan
    dap tu umbut wat masak gulai kannn

    ReplyDelete
  6. Memang saje ditebang untuk ambil umbut dia ye kak?

    ReplyDelete