Kurma is favourite dia.Kalau kurma ayam lagi la dia suka.Apatah lagi kurma kambing.Tapi kalau kurma telur pun dia boleh pulun ulang makan nasi.Kadang saya masak juga kurma bebola ayam atau bebola daging.Masak sama juga cuma tukar isinya sahaja.
Macam yang ni,guna telur rebus yang dikelar & kentang saya goreng dulu.Telur tu dikelar iaitu ditoreh membujur telur dengan beberapa garisan supaya kuah kurma menyerap ke dalam telur.
Masak kurma ni kadang elok sahaja pecah minyak.Kadang dia tak mau pecah minyak sebab pekat sangat.Kalau biasa nak cantik kuahnya saya guna rempah kurma Mak Siti.Yang kali ni guna Adabi.
KURMA TELUR
5 biji telur- rebus keras dan kopek kulit
1 paket rempah kurma + 1/2 cawan air
2 biji kentang - goreng
2 cawan air
¼ kotak santan
1 bawang besar- belah 8
1 asam keping
1 cili merah
5 cili padi
1 sudu teh garam
4 sudu minyak
Bahan Tumis:
2 bawang putih
1 tangkai daun kari
1 helai pandan - simpul
2 hiris halia- racik
1. Panaskan mjnyak dan tumis semua bahan tumis hingga harum
2. Masukkan pes rempah kurma.Masak hingga naik minyak
3. Tambah kentang dan 2 cawan air.
4. Masak hingga kentang empuk baru tambah asam keping , bawang dan garam
5. Masukkan telur dan santan pekat.Nak cepat,saya goreng dulu kentangnya.Masak hingga pekat naik minyak
6. Sesuailan rasa dan perlahankan api supaya kuah naik minyak.
tkpernh buat kurma telur..tp pernh la mkn
ReplyDeleteJarang-jarang buat.Tapi sesekali makan sedap juga..hihihi
DeleteRempah kurma kita dah habis pulak nak tiru kelar2 telur tu. Nak buat kari telur kelar-kelar pun okey jugakkan, tapi kari kena pekatlah macam kurma ni kan.. hurmmm.. mesti sedap, mahu bocor periuk nasi
ReplyDeleteBetul.Kalau kari telur kena buat pekat-pekat sikit sedap
DeleteSedap sangat ni kurma telur kelar. Kalau saya masak kurma ayam, mesti nak bubuh telur kelar juga. Dapat makan ayam, dapat juga makan telurnya sekali.
ReplyDeleteHabis laaa keturunan ayammmm....hahahah
Delete