Monday, 9 October 2023

SUP KAMBING SLICES

Hari Sabtu saya hanya bertapa atas kayangan..Langsung tak pijak bumi..Hanya memantau jerebu dan melihat  bumi di bawah sana  dari kayangan...hihihi



Saya masak Sup Kambing untuk lauk lunch dua beranak.Anak dara bongsu tu tengah kemas beg.Sabtu Ahad tarikh untuk daftar..Tapi dia dok buat liat nak balik kolej..Katanya nak balik hari Ahad.Bila dah dekat gitulah...
Kurang sikit excited ..


Yang ada hanya kambing slices..Sepatutnya buat sup elok guna kambing kiub..Tapi yang ada hanya kambing slices sahaja.Beli lamb slice ni asalnya nak masak kambil grill tapi Cella request nak sup..Hantam saja la kambing slices pun..Buka terus 2 pack kepingan kambing frozen ni..Ada 9 slices semuanya..
Lepas basuh saya rebus kepingan kambing tu dalam rice cooker bersama beberapa ulas bawang putih lebih kurang ½ jam..
Kemudian baru masak sup.Tapi tak lah masak semua sebab macam banyak sangat.Saya masak 6 slice sahaja..Cukup la sorang 2 keping kan...
Lagi 3 slices saya isikan dalam bekas bersama air rebusan dan frozenkan..Nanti boleh buat rencah mee kambing ke apa ke..hihihi


Orang masak sup dalam periuk...kita masak sup dalam kuali...Ni kalau Gordon Ramsay tengok ni...fail!
Hihihi..


Ketika mendidih.....Satu rumah bau sup kambing 




SUP KAMBING 
6 slices kambing
1 batang carrot- potong kasar
3 biji kentang- belah 4
1 batang saderi
minyak,garam,lada sulah
daun sup,daun bawang & bawang goreng

Bahaj tumis:
½ bawang Holand- hiris
5 bawang putih-ketuk
1 ketuk halia- ketuk
1 bungkus rempah sup tulang
1 sudu serbuk rempah sup( saya guna serbuk rempah soto sebab lagi harum)

1. Gaul kambing dengam sesudu tepung gandum dan biarkan sekejap,kemudian basuh bersih.

2. Rebus kambing lebih kurang ½ jam bersama bawang putih dan halia.

3. Dalam periuk/kuali panaskan 4 sudu minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.

4. Masukkan kambing bersa.air rebusan,carrot dan kentang.

5. Bila semua sudah empuk,masukkan batang saderi dan perisakan.

6.Sesuaikan rasa , tabur daun bawang,daun sup & bawang goreng.


Takda stok  bawang goreng.Nak buat malas.. Untuk mangkuk saya...saya ketuk sebiji cili padi dan perah sikit limau untuk rasa yang lebih segar...
Kalau sup saya tak suka makan dengan nasi.Saya hanya akan hirup ratah- ratah saja.



Mangkuk Cella...2 keping sup daging.
Daging tu sengaja tak hiris.Masak sekeping-sekeping..Biar puas gigit dan kunyah..



Semangkuk Sup Kepingan Kambing.

20 comments:

  1. sedap tu sup kambing...tp kalo jenis slide ni slalu grilled....kalo yg wat sup guna jenis cube

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sepatut guna jenis kiub tapi takda stok🤭

      Delete
  2. sedap ni kak, hirup gitu je atau lawankan dengan roti memang syurrrrr

    ReplyDelete
  3. Tak jadi gril buat sup pun ok. Terasa mengembek sampai ke Tanah Jauhar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....belasah ja...
      kita geng kambing..hihihi

      Delete
  4. Sedap erk kambing slice macam ni buat sup..boleh la cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takda kiub kita hantam saja la sliece pun...hihihi

      Delete
  5. Sdpnya sup kambing.. lama plk xmkn.. abg yan tu manjang order sup urat keting.. tgh syok mkn urat keting!! 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup urat keting pun sedap ka. Kak Lin.kenyal kenyal,..

      Delete
  6. Dah la dok kayangan, menu pun kayangan ye Mak Cella 😆
    Lama tak beli kambing...dok teringin Beriani Kambing hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....
      Eh,kali ni saya beli mutton lagi mahal dari lamb...sebelum ni biasanya lamd lagi mahal daei mutton

      Delete
  7. sup kambing melayu style la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll....
      saya tak panadai masak mamak style

      Delete
  8. Sedapnya cecah roti dengan sup kambing! Mmbbeeeeekkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmbekkkk...
      kan kalau cicah roti perancis sedap ni

      Delete
  9. sedapnya...betul kata kak Amie tu, cicah2 ngan roti..layannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dok terbayang pula kenapa la tak beli roti perancis...

      Delete