Saturday, 28 October 2023

PETUA GORENG CEMPEDAK AGAR RANGUP GARING DAN TIDAK TERLALU BERMINYAK

 Beberapa hari lepas nampak SK GORENG CEMPEDAK..

Eh,dan dan tu juga rasa terliur.Padahal sejak bulan Ogos hingga September rasanya "berlori" dah makan cempedak...hihihi

Alhamdulillah,tahun ni Allah bagi rezeki musim buah berpanjangan.Kita yang takda dusun pun dapat la tempias menikmati buah-,buahan dengan harga marhain.


Demi anak tekak.....beli lah sebiji cempedak ni...Alhamdulillah elok isinya,cuma terlalu ranum masaknya..



Balik kerja hari Khamis,nampak gerai cempedak ni...Dah terlepas..tapi rela la u-tern sebab nampak harga tu marhain....


Beli sebiji dengan berat 2.2kg..
Kata penjual tu sekilo rm5....Yang ni 2kg 200 gram..Jadi dia kata harganya RM12..Saya senyum senyum tapi terus ja bayar...singgit ja pun kan...buat-buat la tak perasan...takkan nak berkira..Padahal kalau dia kata RM20 pun kita beli juga kan bila dah teringin..hihihi



Saya mencuba Pesan Orang Tua-tua
(PETUA) kalau nak gorwng cempedak yang terlalu ranum,elok tabur tepung gandum/tepung beras.
Tujuannya untuk menyerap kelembapan berlebihan pada ulas cempedak tu agar bila digoreng tidaklah dia benyek dan berair
(caramelization) yang menyebabkan kuih dan minyak jadi cepat hitam/hangus.
Kalau cempedak baru masa yang isi masih utoh dan tidak berair....tak perlu gaul tepung pun.




Saya tampi-tapi manja agar tepung kering ni bersalut pada ulas cempedak ni..Sekejapan sahaja tepung tadi menyerap ulas cempedak yang masak berjus manis tu..Cempedak ranum  macam ni makan gitu ja sedap ni..Apa lagi kalau buat  PULUT CEMPEDAK..uiii

Cempedak yang dah bersalut tepung kering tu...tetap la juga dicelup dalam bancuhan batter macam pisang goreng tu macam biasa.Cuma tambah 1 step sebelum tu dengan saduran tepung kering untuk kurangkan kelembapan/ jus cempedak yang berlebihan.



Hasilnya  masak sekata dan tidaklah ada kesan hitam daripada tindakan caramelization tu


Hasil sebiji cempedak...Sebiji cempwdak tu saya kira ada 32 ulas..Sambil kupas,sambil masuk mulut ...Bakinya dalam 25 ulas saya goreng seusai solat maghrib...
Petang bukan syarat untuk kudapan kan....🤭
Malam pun boleh..untuk orang ya g jaga perut macam saya la...Ya g jaga badan tak akan la makan menda ni kalau dah malam...hihihi


Yang ni sengaja lebihkan keriuk keriuknya...Bergegar pipi bila kunyah...hihihi


8 comments:

  1. Ada yang kata nak lebih rangup dan garing, tambahkan kapur siling.
    (Tapi jangan buatlah)

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa..teringat² cempedak goreng achik 🤤🤤

    ReplyDelete
  3. skrg ni cempedak dah mahal, sebiji cempedak goreng org jual tepi longkang pon dh rm1 ., huhu

    ReplyDelete
  4. Cantik gorengan ni... terang2 warna...
    Uncle selalu dapat yang gelap2...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya cempedak goreng.
    Minggu lepas kita beli dua biji. Goreng sebiji, ada lagi isi sebiji simpan dan freezer. Entah bila hendak diolah.

    ReplyDelete
  6. Murahnya RM5 sekilo, 32 ulas tuuuuu. Oh, tq share tips ni lain kali boleh dipraktikkan. Sy pun berangan nak cari cempedak lagi tapi tak ada pulak masa nak menggorengnya.

    ReplyDelete
  7. Thank youuuu for the tips kak. Saya nak beli cempedak lah esok. Jadi kalo terlalu matang Balur dulu dengan tepung beras yaa 👍

    ReplyDelete
  8. Scroll laju2 risau SA tersampuk...huwaaaa...dapnyaaaa...

    ReplyDelete