Monday, 23 October 2023

FUFU PISANG SAYUR BAYAM ALA AFRIKA

 

Semalam ..Sabtu...
Dalam kesihukan,saya masak Fufu Pisang


Buat Fufu Pisang ni sebab minggu lepas dah  masak FUFU UBI KAYU.
Kerana sedapnya fufu ubi kayu tu...minggu ni saya mencuba pula fufu pisang.Fufu pisang saya selalu tonton dalam Africa  documentary dulu-dulu selalu nampak masyarakat depa banyak tanam pisang.Selepas tuai mereka tidak peram hingga masak sebaliknya buah -buah pisang yang belum masak tu  dikupas kulit dan dijemur hingga kering.Kemudian,ditumbuk lumat menjadi tepung.Tepung pisang tu rupanya menjadi stok makanan utama mereka.Tepung pisang dimasak dimasak macam bubur kental dan dimakan dengan minyak kelapa sawit dan lauk pauk lain.

Masa tu taktau nama dia fufu...Sekarang banyak info hanya dihujung jari..Baru tau bahawa itu dinamakan fufu..Boleh dibuat menggunakann pelbagai bahan yang sesuai..Ada fufu ubi kayu,fufu pisang,fufu ubi keladi,zuchini,labu dan banyak lagi versi gabungan lebih dari satu bahan.


Teringin nak makan pisang goreng .
Cari pisang nipah takda pulak yang masak ..Ada pisang belum masak je.
Ambil 5 biji RM3.25...
Cukup lah 5 biji nak buat fufu pisang...


Kupas kulit pisang...
Tebal pulak kulit pisang ni ...isi coet jer...hihihi


Hiris-hiris isi pisang..untuk blend dengan sikit air .



Dah blend tuang dalam kuali...senang sikit nak mengacau.


Coet ja...hanya 5 biji pisang


Kacau hingga pekat...
Bau macam pisang rebus..
Walau dah pekat masih kena kacau lagi hingga betul-betul kental 



Lebih kurang 20 minit mengacau....sebab pisang sikit ja..Kalau banyak kena la kacau lama..
Dah sejuk bungkus dalam plastic cling bagi jadi bulat...Dapat la 2 ketul sebesar  penumbuk baby..hihihi

FUFU PISANG
5 biji pisang nipah( yang belum masak)
( sebaiknya guna pisang nangka @ pisang tanduk)
1 cawan air

1. Kupas dan potong pisang .Blend hingga betul-betul halus dan creamy

2. Masak atas api hingga pekat  sambil dikacau tanpa henti agar tak berkerak.

3. Tambah sikit garam dan terua kacau hingga kental.Biar sedikit sejuk baru dibentukkan bulat dengam membunjut dalam plastic cling..
Hidangkan dengan sayur bayam.



Saya tiada sayur bayam Afrika...
Bayam Malaysia pun takda...Saya gantikan  dengan sawi.
 
SAYUR BAYAM ALA AFRIKA
(Saya guna sawi)
1 ikat sawi
1 ketul daging /dada ayam- cincang
1 biji tomato merah
5 cili padi merah(saya nak pedas)
2 bawang putih
minyak,garam,gula

1. Hiris sayur seperti bunga rampai yang agak kasar 

2. Panasakan minyak dan tumis bawang putih serta cili padi.Masukkan daging ayam cincang

3. Bila harum baru masukkan tomato cincang & masak hingga tomato lembut dan hancur.

4. Masukkan sayur dan balik balikkan hingga layu.Masak hingga lembut.

5. Perisakan dan sesuaikan rasa.


Sayur dipotong seperti bunga rampai tapi agak kasar sedikit 


Tumis bahan-bahan


Masak hingga tomato hancur



Masukkan sayur.



Masak hingga sayur lembut dan sebati


Perisakan ...Siap.

Hidanglah dengan fufu pisang



Alahamdulillah.....sedap dan mengenyangkan....Selera takak saya  meerasakan fufu ubi kayu lagi sedap..Tapi fufu pisang juga tidak kalah dan in syaa Allah saya akan cuba fufu menggunakan bahan lain pula..


Tekstur fufu pisang masakan saya ....
Lain kali saya akan cuba menggunakan pisang nangka pula yang saya yakin lebih sedap..in shaa Allah..


Syukur Alhamdulillah.....
Rupanya pisang dan bahan alami lain boleh dipelbagaikan sebagai makanan yang lazat..Tidaklah Allah jadikan sesuatu malainkan ada kegunaan dan hikmahnya...

17 comments:

  1. Mmg rare masakan fufu ni.. walaupun info di hujung jari tp sy jarang cari info mknn yg jarang dimakan.. mungkin sy sejenis yg bkn berani adventure mknn rare kot.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau bab makan....suka ambil tahu...pasal makan ja la...sebab suka makan🤭

      Delete
  2. rajinnya kak...macam2 dah akak cuba resepi baru,saya ni suka juga tengok dokumentari pasal makanan tapi cuma suka tengok diaorang makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenis mudah menerima apa saja makanan...tapi yang halal la🤭

      Delete
  3. Termuncung² bibir sy dok baca fufu fufu ni 🤭
    Bagusnya Mak Cella, rajin mencuba. Sy ni kalau takat lauk tu, pernah la try buat ikut dlm TV. Kalau makanan rare macam ni, dak kot. Tak rajin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komen ni...tersenyum saya sambil menggayakan muncung mulut tu🤣

      Delete
  4. Kenapa akhir² ni rajin masak makanan org Afrika? Mak Ngah jangannnnnn 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣🤣🤣
      Tidak.....tidak....tidak.....

      Delete
  5. Mantaplah Mama Cella!
    Memang lain dari yang lain ni. Kalau kita tak mencuba, tak tahu aoa rasanya kan Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Saya suka.mencuba kerana saya ni jenis pemakan orangnya...selaginianya halal nak cuba rasa

      Delete
  6. Wah fufu dah di improvise la...bagus la akak suka mencuba

    ReplyDelete
  7. Saya jadi tahuuu ada makanan ini 😍😍. Mudah pula nan masak. Makasih mamacella 😘. Kita sama nih, pasal makanan selaku tertarik nak coba. Sedap tak sedap yang penting coba dulu. Makanya saat traveling saya lebih suka rasa makanan lokal daripada franchise global.

    Sayurannya pun saya penasaran nak bikin jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dicoba bun🤭
      Sayurnya memang sedap Afzan...Saya ada beli bayam ni nak try bayam sebab resep.asalnya bayam...

      Delete
  8. Uish.. lps ni fufu apa plk umi cella? 😉

    ReplyDelete
  9. Tadi saya baru tengok ...rupanya ada juga fufu beras...Macam menarik juga..hihihi

    ReplyDelete
  10. Fufu datang lagi. Akak ni patutnya masuk mastercheflah kak. Pandai je substitute benda yg tak ada. Kalau sy bila benda tak ada terus jam otak nak masak

    ReplyDelete