Sana sini isu beras mahal...
Semoga isu ini dapat diatasi dalam masa terdekat..Semua orang pun terkesan,namun beras tetap nak kena beli kerana itulah makanan ruji kita..
Namun,sesekali apa kata kita cuba juga makanan ruji dari negara lain.Bukan nak tukar makanan ruji tetapi apa salahnya mempelbagaikan makanan kita selagi ianya halal.Kalau yang ada tanam ubi kayu...moh ler cuba
Saya mencuba
"FUFU/FOOFOO"Sudah lama saya teringin mencuba sediakan "fufu" ini...
Dulu awal-awal tahun 2000-an kalau tak salah kat belakang Yaohan ada gerai tersembunyi yang menjadi port makanan warga Afrika yang menyajikan makanan seakan bubur pekat dibuat daripada ubi kayu.Katanya depa kalau beli ubi kayu kat Chow Kit memang sekali beli seguni..Masak dalam periuk besar macam bubur liat dan makan macam makan nasi.Tapi masa tu tak tau pun apa nama makanan tu..Zaman sekarang ni zaman IT banyak mendedahkan kita dengan dunia luar termasuklah makanan.
Saya juga adalah peminat chanel documentary.Pernah la nampak makanan fufu ni.Yang saya pernah tonton mereka menyediakan makanan daripada pisang hijau yang belum masak dikupas dan dijemur hingga kering.Kemudian ditumbuk menjadi tepung untuk stok makanan.Tepung pisang tersebut dibancuh dengan air dan dimasak hingga kental dan dicicah dengan minyak kelapa sawit pekat bewarna merah ( kalau tempat kita ni minyak Carotino la agaknya)
Saya selalu juga menjelajah makanan negara lain.Tapi menjelajah melalui youtube la🤣🤣🤣🤣
Antara makanan yang menarik perhatian saya ialah fufu ni la..
Saya tengok ada beberapa cara penyediaan fufu.Antaranya dengan cara merebus ubi kayu hingga empuk dan masa panas-panas tu depa tumbuk dalam lesung hingga jadi sebuku bula licin macam proses buat moci tu.Ada juga yang merebus ubi kayu dengan beberapa biji pisang masak dan ditumbuk hingga sebati..Agaknya rasa yang tu lebih sedap kot ada rasa manis daripada pisang...
Tapi saya tertarik dengan cara penyediaan menggunakan ubi kayu yang dikisar halus dan dimasak hingga kental serta dimakan dengan lauk pauk.
Akhirnya terhasil juga fufu ni menjadi sarapan pagi merangkap.makan tengahari saya..
Saya gandingkan dengan lauk Asam Tumis Ikan..
Masya Allah sedapnya pada tekak saya walaupun bahan asanya ubi kayu semata..
Nak masak fufu sebenarnya tidaklah susah cuma perlu sedikit kerajinan..Bahan asasnya hanya ubi kayu..
FUFU
1 kg ubi kayu
2 cawan air
sikit garam( tapi saya sengaja tidak mahu letak garam supaya rasa lemak manis asli uninkayu lebih menyerlah.
1. Kupas ubi kayu dan potong kecil.
2. Blend dengan 2 cawan air hinga betul-betul halus dan creamy.
3. Masukkan dalam periuk tebal dan masak atas api sederhana.
4. Masak sambil dikacau tanp henti hingga adunan ubi memekat .
5. Terus kacau lagi walaupun sudah pekat.Masa ni perlukan lebih tenaga kerana fufu akan jadi berat dan liat.
6. Masak hingga ubi yang putih bersih bertukar menjadi seakan lut sinar dan kental menjadi sebuku(bergumpal jadi seketaul) seakan tidak melekat pada dasar periuk.
7. Biar sejuk sedikit.Ambil fufu anggaran saiz penumbuk dan bungkus dengan plastic cling seperti bunjut.Buat beberapa bahagian.Untuk sekilo ubi boleh dapat dalam 5-6 bunjut sebesar penumbuk dewasa.
8. Hidangkan bersama lauk kegemaran.Saya hidangkan bersama asam tumis ikan + terung.
*** Pada tekak saya...tekstur dan rasanya seakan ambuyat tetapi fufu lebih "lemak manis" kerana menggunakan ubi kayu segar
Saya gunakan sekilo ubi kayu yang dikupas dan dipotong kecil.Memudian blend hingga betul betul halus..Kalau tak betul betul halus nanti kurang kenyal.
Masukkan dalam periuk yang agak tebal .Seeloknya periuk/ kuali non stick..Saya masak dlm rice cooker sahaja kerana kebetulan gas habis🤭.Tunggu kedai gas buka pukul 8 tapi lepas subuh saya dah tak sabar nak me fufu🤭
Kacau tanpa henti hingga pekat..Jika guna garam..masukkan sedikit garam untuk rasa.Tapi saya lebih suka tak letak garam.Baru la ada rasa lemak mania ori ubi tu.
Walaupun dah pekat tapi ubinya masih putih susu menandakan belum betul-betul masak.Kena kacau lagi & adunan mula berat.Kena guna banyak tenaga ni..hihihi
Adunan putih susu tadi bila lama dimasak akan beransur ansur berubah menjadi lut sinar
Bila bahagian adunan seakan tidak melakat pada dasar periuk menandakan sudah masak..
Cedok fufu yang dah masak agak agak agak sesenduk penuh dan letakkan atas plastic cling..Bunjutkan seperti sup bunjut jumbo.Biarkan sejuk sikit agar bentuknya stabil.
Kemudian,buka bungkusan dan letakkan bobola fufu dalam pinggan dan hidangkan dengan lauk pauk .
Saya hidangkan bersama asam tumis ikan pari + terung.
Fufu kental tapi kalau tangan kering ia akan melekat.
Tapi bila dah kena kuah,lebih mudah nak cubit dan cicah dengan lauk.
Pada pandangan saya fufu ni adik baradik ambuyat.Tapi jujurnya fufu ni sedap.Tekstur pun lebih padat dan berperisa kerana dibuat daripada ubi segar...
Bila anak jantan sorang tu balik,dia belikan saya kopi Richiamo..Saya pun hidangkan la fufu ni kat dia..
Saya dia..." tau ka ni apa benda?"
Dia cakap tak tau nama tapi nampak macam makanan yang orang Africa dok makan ja....
Eh, betul la...mana dia tengok?
Katanya dia tau ja cuma tak tau nama makanan ni.
Tapi bila suruh dia makan...dia tak mau...Saya dah cakap sedap..tapi dia kata dia bukan African...dia Melayu...nak makan nasi🤣
Ok..dia makan nasi...saya sambung makan fufu lagi ..hihi
Mmm....rugi la tak mau cuba makanan sedap ni...
So...ada yang nak cuba?
**Saya tidak pernah pergi ke Afrika..Semua info ini hanyalah dari pembacaan dan tontonan saya dari media electronik semata-mata.Jika ada info yang tidak tepar saya mohon maaf dan boleh komen untuk saya betulkan.
Betul.. ntah bila selesai isu beras ni.. kak lin pun plan nk tkr dr mkn nasi tkr pd roti.. tp umi cella lg laju, fufu.. msti sdp ni sbb kak lin pun suka ubi rebus, ubi grg bagai.. 🤗
ReplyDeleteJom try kak Lin
Delete..saya baca info fufu rupanya ada banyak bahan lain boleh difufukan...
Nanti nak try la yg lain pulak
wah menarik nya....gigih lagi mencuba tu. rajin sungguh...
ReplyDeleteBab makan gigih...🤣
DeleteKalau ubi rebus aje pun dah sedap, ubi goreng sedap, bengkang ubi sedap, maknanya fufu ni pun mesti sedap sebab dibuat dari ubi. Tapi nama dia tak padan pulak dgn makanan african, manja sangat bunyinya tu, hihi.
ReplyDeleteHahaha....awat SK ..nama dia manja sangat ka 🤣
DeleteAda tak kental macam ambuyat...?
ReplyDeleteLagi kental dari ambuyat
Deletebiasa tgk orang makan tak sangka nak buatnya senangm, dana peminat ubi kayu kak boleh cuba ni
ReplyDeleteKan....rupanya tak susah pun & pada tekak saya sedap dan sesuai untuk sarapan...lunch @ dinner
DeleteHebatnya Mama Cella!
ReplyDeleteRajin mencuba, dan hasilnya memenuhi selera pula.
Tabik spring untuk Mama Cella!
Saya tengah bayangkan cikgu tabik spring sambil angkat kaki sebelah ni🤭
DeleteKih kih kihhh!
DeleteOooo..baru tahuuu pasal menu ni..nampak sangat tak jelajah negara lain ek 😂 Sayangnya anak x nak makan..Kalau saya, orang dah buatkan...mesti mauuu try! Hhaah
ReplyDeleteGenarasi la ni ....depa ada pilhan untuk pilih...zaman mak depa dulu hanya ada 2 pilihan saja...
Deletenak @ tak...hihihi
menarik...gigih ammi tengok video tu kak.
ReplyDeleterasa macam nak cuba tapi seriau pulak kalau penerimaan yang lain-lain tak mcm yg kita inginkan.
Cuba sikit dulu Ammi...
Deletedengan sardin pun sedap ni...
hihiihi
Tak pernah plak SA tengok dan jumpa kat mana- mana.salute la akak berani mencuba dan selalunya menjadi
ReplyDeleteSaya rasanya bisa bayangkan taste dia. Krn ubi kayu yang diolah sampai liat dan kental begini, agak mirip dengan makanan Gethuk. Tapi Gethuk manis Krn pakai gula.
ReplyDeleteDan saya yakin memang sedap fufu ubi ni. Apalagi rasa ubi pun dah sedap memang kan 👍. Nak bikin lah..