Sunday, 23 March 2014

BUAH GAJUS & BUAH KUNDANG...

Kalau tuan pergi membajak,
Jangan lupa pakai seluar,   (ada ke yang gi membajak lupa nak pakai seluar?..hahaha)
Kalau tuan orang yang bijak ,
Buah apakah bijinya di luar...?

Haaaaa..tu la pantun dari mak aku hari petang Jumaat hari tu..masa kat kampung....
Ada sebab mak aku pantun....
Sebab masa tu mak aku ada petik buah yang bijinya diluar ni....
Buah Gajus la....
Ni first time aku tengok buah gajus secara life..hahahaha..
betul...sebelum ni hanya makan biji buah gajus..dalam bahasa inggeris sebut cashew nut.....
Pokok Gajus memang aku selalu tengok sebab kat tepi rumah nenek memang ada Pokok gajus ...nenek selalu petik pucuknya buat ulam...
 Yang tinggi sebatang tu pokok pinang..Yang sebelah pokok pinang tu la pokok gajus...tapi gambar dia x jelas

Ni aku close-up skit pokok dia....
Tapi buah yang mak aku amik ni bukan dari pokok ni..Pokok yang ni banyak bunga je,tapi belum jadi buah...Ada lagi pokok kat belakang rumah nenek..Mak aku kata pokok yang tu rendah je...tapi aku xde amik gambar pokok tu...

Selalu balik kampung bukan pada musim Buah Gajus ni...Kali ni kena pada musim tapi Gajus belum masak..Kebanyakan baru berbunga..Mak aku kata buah yang belum masak ni rasa dia kelat.
Yang kat bahagian tangkai Buah Gajus tu adalah bunganya...masih belum jadi buah. Walaupun yang ni belum masak tapi mak aku petik untuk tunjukkan pada aku ngan Haikal..Tapi Haikal kata dia dah x hairan sebab selalu tengok..huhuhuhu..aku je la yang ketinggalan..
Bersebelahan Buah Gajus tu  adalah Buah Kundang...Mak aku kata kat kampung orang panggil Buah Remia..Buag Ghemia & ada yang panggil Buah Gemia..sama la tu...sebutan je lain-lain..
Buah Remia ni belum masak..Warna hijau & masam sangat..
Kalau dah masak mak aku kata warnanya oren & masam Manis rasanya..Masa on the way balik kampung hari tu kakak ada beli Buah Remia Siam untuk nenek..Tapi saiz dia lagi besar la..Rupanya sama je & rasanya pun mak aku kata sama je denga Buah Remia Kampung ni..Cuma saiz Buah Remia Siam lagi besar ..hampir 4x ganda..& harganya pun mahal sangat...Kakak beli masa benti kat R&R Bukit Gantang harganya RM30 sekilo..
Nenek ada tanam pokok Remia Siam kat depan halaman tapi belum berbuah...
Remia Kampung ni mak aku kata lebat buahnya kat pokok dalam kebun getah tepi rumah nenek...Tapi sayangnya mak aku gi sesorang je...x ajak aku pun...
Mak aku kata biasanya kalau musim kemarau,pokok getah akan gugur daunnya.Dan bila sesekali hujan akan turun tapi x lebat ..itu tandanya pokok getah yang dah gugur daun akan berpucuk & berbunga.Jika pokok getah dah berbunga ,biasanya pokok Remia dan pokok gajus  juga akan berbunga juga & akan mengeluarkan buah..Maknyanya hujan tu Allah turunkan walaupun  x lebat untuk menyuburkan pucuk pokok,menyiram bunga yang bakal mengeluarkan buah...Bila buah sudah mula membesar,hujan akan turun lagi untuk membantu buah tersebut masak & buah gajus akan menjadi lebih kembang & beriar..& sedia untuk dipetik dan dimakan..Kata mak aku setiap tahun itulah perkara yang berlaku & selalunya orang-orang kampung dahulu sudah memahaminya hanya berpandukan hujan & cuaca..
Buah Remia yang muda biasanya dimakan dengan colek dan yang masak dimakan begitu sahaja.Buah Gajus pula kata mak aku boleh dimakan begitu sahaja tetapi harus berhati-hati kerana jika airnya..jusnya terkena pada pakaian akan meninggalkan kesan kebiruan & sukar dihilangkan.Buah gajus juga boleh dijadikan kerabu @ dimasak gulai atau masak lemak bersama ikan kering masin..Tapi aku belum pernah makan..Mak aku cakap itu adalah makan nostalgia...yang menggamit kenangan...
Hmmmmm.....mak aku memang cenggitu...suka guna bahasa -bahasa cam tu..Mungkin sebab mak aku tu suka sangat dengar Radio Klasik...Menggamit Kenangan....
Kalau mak aku drive..pastu pasang chanel Radio Klasik...hmmm aku ngan kakak akan tidor la jawabnya...hahahahaa

MUSIM PANAS...RAMAI YANG X SUKA....TAPI ADA YANG SUKA..!!!!

Sekarang memang musim panas dan kering...hahaha..dah panas mestilah kering...
Dalam surat khabar pun tulis banyak empangan dah surut airnya..dan bekalan air dicatu...
Catu tu apa..?
Aku ada buka Kamus Dewan...catu = jumlah makanan (dll) yang telah ditentukan atau dihadkan penggunaanya...
Ramai juga kawan-kawan sekolah aku merungut sebab kawasan perumahan dorang termasuk dalam catuan air..maksudnya ada hari yang ada air,ada hari yang tiada bekalan air...sian tau..susah sangat bila xde air..hari tu ada sekali sekolah aku xde air...memang susah...
Hari tu rasanya hari rabu..sebab mulanya kata nak batal koko sebab xde air,tapi PK Kokurikulum kata Pn Jamilah x kasi batalkan sebab takut ada murid yang dah bagi tau ibu bapa suruh ambil lambat..Masa tu GB lama lagi..sekarang dah GB baru...
Apapun xde air kat sekolah memang susah...
Kenapa susah..?
Sebab aku dah terkena...!!! hehehehe
Hari tu memang sakit perut...sekali masa aku tengah*****....bila aku buka paip ainya xde...haaa,kelam kabut aku...Nasib baik juga kawan aku Umi Amirah ada temankan aku..tunggu aku kat luar la..Kelam kabut aku panggil dia...Nasib aku baik la juga sebab Umi tolong ambilkan air dari baldi di tandas guru...hahahaha...xboleh aku  bayangkan kalau air memang langsung xde.. ataupun aku gi tandas sorang2...siapa nak tolong ambilkan air...hahahahaha
Nasib baik kawasan rumah aku air sentiasa ada...syukurrrrr
Minggu lepas hhari Khamis,kitorang balik kampung...sebab malam Jumaat tu nenek bertolak gi umrah....
kat kampung pun musim panas & kemarau...Ni gambar hari Jumaat...kat tepi rumah nenek..Tengok la pokok cili nenek dah layu sebab terlalu panas....

pokok cili ni dah berbuah,tapi layu je sebab panas sangat...sebenarnya pokok cili ni sepatutnya x layu sebeb nenek tanam tepi paip air je kat luar rumah tu...Tapi,sebab xde siapa lagi nak siram,pokok tu layu..
 Masa ni dah segar sikit sebab mak aku baru siram.....
Pokok serai,pokok puding & pokok sirih dalam pasu tu pun sedih sebab baru sehari nenek tinggalkan dah xde siapa nak siramkan...huhuhu...camana la nasib pokok ni sebab nenek gi umrah tu 2 minggu...
Harap2 pak Njang x lupa siram pokok tu...
Pokok  palas kat tepi rumah nenek pun dah kering...xde siapa nak siram....tengok la tanahnya...langsung xde rumput sebab ruput2 dah mati..tanahnya kering & merekah...
Tapi...mak aku kata musim panas ni ada juga yang suka....Contohnya bunga borgenvilla ni...nenek panggil Bunga Kertas....Warnanya sangat cantik dan terang kalau musim panas...
Mak aku kata bunga ni memerlukan cuaca yang panas ..baru la bunganya cantik..Kalau musim hujan bunganya akan mudah rosak & warnanya pudar serta cepat menjadi rosak & gugur...
Ooooooo....macam tu ke...
Ni plak gambar kat Behrang,highway PLUS...masa kitorang balik semalam...sebenarnya banyak tempat sepanjang highway tu yang ada kesan terbakar....Mak aku kata kebakaran tu mungkin sebab ada orang huang puntung rokok.
Aku tanya mak aku ,macamana puntung rokok boleh bakar hutan sebanyak tu...pelik je..
Mak akupun mula la mengeluarkan teori spekulasinya...hahahaha..ni kes terpengaruh kehilangan MH 370 la ni...hehehe
Mak aku kata mungkin ada orang buang puntung rokok & bara api yang masih ada pada puntung rokok tu pada mulanya akan membakar sehelai daun kering..Kerana banyak daun kering pada musim kemarau ni,maka api tu cepat merebak & membakar kawasan yang luas...
Kalau teori Sains plak,geseran akanmenghasilkan haba & seterunya boleh menjadi api & mungkin juga itu menjadi punca kebakaran hutan
Tapi menurut cerita mak aku lagi...kalau dulu-dulu,petani akan sengaja membakar semak-samun & belukar  kawasan untuk pertanian pada musim panas & kemarau ni.Ini adalah kerana ia adalah cara paling murah dan cepat untuk membersihkan kawasan pertanian berbanding menggunakan tenaga untuk menebang & jentera untuk membersihkan semak samun tersebut.Lagipun sisa pokok terbakar dan tanah yang dibakar menjadi lebih subur pada musim hujan iaitu musim menanam nanti...
Ooooo..patut la orang selalu beli tanah yang dibakat untuk isi dalam pasu bunga....


                                             3 gambar ni aku copy paste dari Google...pinjam yer..

 Kata mak aku juga,musim panas ni la peluang untuk penjual minuman seperti air kelapa mendapat untung yang banyak kerana pada musim panas jualan mereka akan laris contohnya cendol,air kelapa muda,ABC & air tebu...
Walaupun ramai yang x suka musim panas terutama yang kena catu air & pokok-pokok yang layu...tapi musim panas & kemarau ini juga memberi keuntungan dan rahmat untuk sebahagian yang lain contohnya Bunga  Borgenvilla & penjual minuman...Semua yang berlaku sama ada suka atau tidak tetap ada hikmahnya..Sekianlah ceramah dari "ustazah" hari ni..hehehehehe..Assalamualaikum...!






Saturday, 22 March 2014

JUS MANGGA BERSUSU....

Cian aku nyer blog ni....dah x boley nak mengadap sangat..hehehehe
Apa-apapun kita minum duluuuuuu....!!!!! hehehehe....
Ni Jus Mangga Bersusu...Jus ni mak aku buat minggu lepas daaaa.....!
Sebab jadual kelas tambahan penuh je...aku dah x sempat nak masuk....
Tapi nampak warnanua macam pucat je kan..kan..kan...

Meh aku letak kat tempat terang sikit..letak kat tepi tingkap...
Haaaa.baru nampak segar sikit...hehehehehe

Walaupun senang je nak buat jus ni...tapi yang ni bukan kau yang buat...mak aku buatkan sebagai upah.....upah apa..?
Upah la suruh buat kerja sekolah cepat sikit...hahahaha
Layan Jus Mangga Bersusu ni sambil buat kerja sekolah.....

JUS MANGGA BERSUSU...
1biji mangga masak...
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air masak
1cawan ais kiub

1.  Kupas & potong mangga & masukkan dalam blender.
2. Tuangkan susu pekat & air masak.
3. Blend sampai hancur..
4. Masukkan ais kiub & blend lagi sampai halus & pekat..
5. Tuang dalam gelas.....& slurpppppp.....aaaaaaa..
**** Dapat 2 gelas penuh...Minum ngan mak aku sorang segelas....



Saturday, 15 March 2014

JUS TEMBIKAI.....SLRUPPPP...!!!!!

Jus Tembikai....memang favorite haku ni...
Mak aku buatkan untuk aku hari Jumaat masa balik sekolah...Tengah panas2...jerebu tebal..memang kena minum banyak air.....mak aku buatkan Jus Tembikai...hmmmm,memang terbaik la....slruppppp...!!
Terus aku minum xpandang kiri kanan...Kalau minum pandang kiri & kanan tumpah la air tu..heee
 Warna Merah dia memang mengancam la...Pastu mak aku siap tabur plak kiub tembikai tu atas dia...wallaaa...
Kalau minum Jus Tembikai ni,aku mesti ingat nenek..Nenek memang suka Jus Tembikai..Kalau bulan puasa lagi la...Kalau balik kampung mesti nenek akan beli tembikai & buat Jus...Kalau x balik kampung pun,nenek mesti call & tanya buka puasa makan apa...minum apa....pastu nenek mesti pesan suruh beli tembikai & buat Jus Tembikai....
Ala,lagipun bukan susah pun nak buat jus tembikai ni..

 JUS TEMBIKAI
1potong tembikai
1/2 gelas air masak
sikit gula
air batu
1. Potong tembikai & masuk dalam blender.
2. Campur air masak,gula & blend..
3. Tuang dalam gelas & letal ais...
4. Kalau nak cantik mengancam,potong sikit isi tembikai bentuk kiub & tabur atasnya..
Slruppppp....Aaaaaaaa
Jus Tembikai ni aku makan ngan Makaroni sardin yang baki dalam kuali yang maka ku masak untuk pot Luck hari Jumaat tu..Lagipun masa tu mak aku belum masak nasi..So,makan la  apa yang ada..huhuhu

MAKARONI SARDIN...PASTA LAGII....!!!

 Makaroni Sardin....
Pasta..pasta..pasta..mak aku suka sangat masak pasta..spagetti la..fettucini la..shell la...bow la ...& ada la apa namanya lagi aku dah lupa..Kadang-kadang dalam seminggu mak aku lagi banyak kali masak pasta dari masak nasi...agaknya dulu-dulu nenek moyang aku asal dari Italy kot...hahahaha,mesti orang Italy xnak mengaku sebab hidung aku penyek & kulit aku gelap...hehehe...
Makaroni Sardin ni mak aku masak hari Jumaat sebab mak aku kata nak sebab ada Pot Luck..Mulanya mak aku kata dia nak masak donut..tapi kalau nak buat donut,mak aku kata kena la bangun pukul 4 pagi sebab nak uli tepung,nak biarkan donut tu naik kembang..nak goreng..nak gaul dalam gula..banyak juga la prosesnya..Lagipun hari Khamis tu kitorang semua sampai rumah dah malam...Mak aku kata penat & takut pagi nanti terlambat bangun..
Ni Makaroni Sardin masih dalam kuali & belum tabur daun sup...Asalnya kakak cadangkan supaya mak aku masak je Pasta Vermicelli atau buat Spagetti Olio..Hmmm,kakak pun dah jadi macam orang Italy dah..ingat pasta je..heeee..Mak aku pun setuju je sebab..mak aku kata kalau masak pasta x banyak songeh...lagipun,bekalan pasta sentiasa ada je kat pantry...
Makanya pagi Jumaat tu mak aku masak la pasta je untuk pot luck..Kata mak aku asalnya nak buat Spegetti Olio tuna tapi stok tuna hanya ada 2 tin je...So,tukar plan masak la Makaroni Sardin sebab sardin ada stok.Untuk bekal aku ngan kakak plak,mak aku buatkan Sosej Rebus je sebab kakak xnak bawa Makaroni Sardin ni..Walaupun kakak xnak,tapi mak aku paksa juga kakak bawa Makaroni sardin ni untuk bekal Lunch..sosej rebus tu mak aku suruh makan buat sarapan..

MAKARONI SARDIN
2 paket Pasta Macaroni-
2 tin besar sardin
2 bawang besar-cincang
10 bawang putih-cincang
1genggam daun sup-cincang
2 cili merah-cincang halus
1cawan minyak olive

garam

1. Rebus pasta 10 minit dalam air mendidih yang telah dicampur garam.
2. Panaskan minyak & tumis bawang cincang.
3.Masukkan sardin & pecah-pecahkan sardin.
4.Masukkan pasta yang sudah direbus & gaul rata sampai masak.tak perlu letak garam lagi sebab dah bubuh garam masa rebus pasta.
5.Tabur daun sup & cili cincang..
***
2 paket pasta memang banyak sebab untuk pot luck..Kalau masak untuk makan sendiri,mak aku kata biasanya mak aku hanya guna 1/2 pack je..
*** Mak aku cakap,kalau guna tuna pun sedap..cuma warnanya plain sebab tuna xde sos macam sardin..Biasanya kalau guna tuna,mak aku mesti potong sikit cili padi campur dalam pasta tu.Kadang-kadang mak aku juga akan guna isi ayam atau daging yang dipotong-potong untuk masak pasta..

MIHUN KAMPUNG ....MENGAPA MIHUN KAMPUNG...?


Makanan & minuman untuk makan petang & juga dikira sebagai makan malam hari Sabtu yang lepas..sekarang ni aku memang x sempat sangat nak melayari blog aku sebab hari-hari ada kelas tambahan & sampai rumah dah petang..hari Sabtu plak ada tusyen PIBG..hari Ahad je la free ..cewah,macam la sibuk sesangat ...hehehe
Ni Mihun Kampung namanya...Bila tanya mak aku...kenapa namanya Mihun Kampung,mak aku kata memang kat pembungkus mihun tu tulis "Mihun Kampung"
Mak aku kata..sebab tengok nama dia Mihun Kampung & dia punya mihun tu nampak lebih besar dari mihun biasa..tu yang buatkan mak aku beli sebab selalunya beli mihun yang halus yang biasa tu je...
Tapi memang betul pun..Aku ngan kakak pun perasan memang saiz mihun tu besar-besar ..hampir sama besar dengan mee....Kakak kata dia ingatkan mak aku terlebih lama rendam mihun tu...rupanya memang saiz dia macam tu...bila mak aku tunjukkan baki mihun ni yang kering & belum rendam..yang masih ada dalam paket memang nampak la mihun ni lebih besar dari mihun biasa & warna diapun lebih putih macam laksa...
Mak aku kata dia masak macam mihun la jugak...
Mak aku ..kalau dia masak mihun...suka sangat letak telur rebus...aku pulak,aku lagi suka kalau ada Telur Mata Kerbau Berkelip-kelip..hahahaha

MIHUN KAMPUNG
1/2 paket Mihun Kampung (Eka)
sikit minyak
kicap manis
garam
beberapa batang sawi
sikit kobis
isi ayam -potong2
telur rebus

bahan blend:
4biji cili merah
1 bawang besar
2 bawang putih
sikit ikan bilis-buang kepala,tahi & tulang

1. Rendam mihun 10 minit
2. Panas minyak & tumis bahan blend.
3.Bila dah garing masuk isi ayam ,kobis & batang sawi.
4.Bubuh garam & kicap manis.
5.Masuk Mihun Kampung & kacau sampai rata sampai mihun lembut dan masak.
6.Bubuh daun sawi.Kacau & angkat.


 Mak aku juga buatkan Teh 0 ais...hmmm,aku suka teh 0 ais...tapi pasal Mihun Kampung tu aku x berapa suka..Mak aku kata sedap tapi aku rasa macam mihun dia x berapa best la..Rupa dia yang agak besar buat aku rasa macam ..macam..macam apa ye...ala,macam x suka la...Aku lagi sika mihun biasa yang lagi halus tu...


Saturday, 8 March 2014

JUS ROSELLE....

Sekarang cuaca memang panas..dalam surat khabar beberapa hari yang lepas pun ada tulis cuaca di Alor Setar & Subang Jaya lebih panas dari cuaca di Mekah & Mesir...
Aku pernah melawat tempat paling panas di Malaysia..iaitu Chuping di Perlis..Ada aku buat entry pasal tempat ni tahun lepas..Cuaca pernah sampai 40 darjah C pada tahun 1998..panas gilerr tu..Yang dalam surat khabar baru ni pun ada tulis Alor Setar pun panas sampai 36 darjah...huh..camana la petani-petani kat tengah sawah tu kerja...
Patut la aku duduk dalam kelas pun rasa panas...Nasib baik balik je sekolah hari Jumaat tu mak aku buatkan Jus Rosella...Slrupppp...!!!!!
Aaaaaaaaaaaa....lega rasa tekak yang sedang kehausan...heee
Kat kampung..dulu nenek ada tanam pokok roselle ni...Masa raya mak aku masakkan jus roselle bubuh dalam mangkuk punch & isi ais banyak2..Cantik sangat warna dia...
Tahun lepas aku pernah nampak buah roselle ni kat Taman Herba sekaolah aku...Masa tu memang aku teringat jus roselle masa kat kampung..Nak minta buah roselle tu kat cikgu,takut cikgu marah...Lastly tahun ni tengok-tengok pokok roselle tu pun dah xde..xtau la pokok tu mati atau dicabut..Yang nampak anak-anak pokok roselle tu je tumbuh kat Taman Herba tu...Nanti nak minta anak pokok tu dekat Pak Omar tukang kebun tu la..nak bawa balik suruh mak aku tanam dalam pasu..Hmmm,nak ke mak aku tanam?..mak aku tu bukan suka pun tanam-tanam pokok...
Tapi mak aku rajin buatkan aku macam2 jus..Ni Jus Rosella..Nak buat pun mak aku kata senang je..Rebus je buah rosella tu dengan air sampai mendidih & keluar warna merah..Jus ni x payah letak pewarna sebab buah dia akan keluarkan warna merah...Pastu masukkan gula.Dah mindidih & gula hancur.biarkan sejuk.Nak minum,cuma letak dalam gelas & tambah ais kiub...Aaaaaa...sedap..ada sikit masam & banyak rasa manis..
Mak aku kata kalau minuman sejuk kena hidang dalam gelas...Kalau minuman panas baru hidang dalam cawan atau mug..Betulla..bila bubuh jus yang sejuk ni dalam mug nampak x menarik..Yang dalam gelas tu baru nampak menarik....



SPAGETTI IKAN MASIN & TELUR CARAK...

Hari Khamis & Jumaat aku lupa nak amik gambar bekal sebab kelam kabut..Hari Khamis & Jumaat bawa Bekal Burger Ayam..Dua hari bawa bekal yang sama sebab bun burger tu expired hari Sabtu..Kena habiskan sebelkum Sabtu...
Tapi aku ada makanan lain nyer gambar....

 Spagetti Ikan Masin & Telur Carak....
Apa tu Telur Carak?
Ikan Masin tu aku tau la..tapi Carak tu ni la first time aku dengar..

Haa...nila Telur Carak tu...
Menurut kata mak aku la...Ini hanya telur ayam je pun..
Carak tu adalah salah satu teknik masak telur...Namanya Telur Rebus Carak..
Tenik macamana..?
Haaa..mak aku kata mak aku tahu buat Telur Carak ni masa dia Form 2..Buat kat sekolah..
Buat Telur Carak kat sekolah..?
X pernah pun cikgu aku ajar...
Agaknya untuk subjek sains kot..
Rupanya mak aku kata masa form 1 hingga form 3 mak aku ada belajar subjek Sains Rumah Tangga..Dalam subjek tu ada kena buat amali masak-masak & jahit pakaian..
Waaa...macam best la plak aku dengar...
Sekarang ada lagi ke subjek tu..?
Kalau ada lagi..aku pun nak amik subjek tu tahun depan sebab tahun depan aku dah form 1...
Cara Nak Buat Telur Carak...
1. Mula-mula masak air dalam periuk hingga mendidih..Air tu agak2 1/2 periuk la..
2. Kemudian masukkan 2 sudu cuka makan..Cuka yang buat jeruk & masak acar tu..yang masam tu..
3. Pastu tambah sikit garam...biarkan mendidih.
4.Kemudian pecahkan sebiji telur dalam mangkuk..Hati-hati jangan sampai kuningnya pecah.
5.Kecilkan api & gunakan sudu untuk buat pusingan dalam air supaya air dalam periuk tu bepusar.
6.Cepat2 tuangkan telur semasa air masih berpusing..
7.Telur putih akan segera bersalut pada telur kuning & telur putih akan terus mengersa sebab kesan cuka yang berasid.Sementara dalam nya telur kuning masih lagi cair..
8. Hati2 angkat telur dengan senduk..& tapis..
9.Kalau nak buat lagi,teruskan proses yang sama dalam air yang sama..
Hidangkan atas Spagetti Ikan Masin..Haaa..bila dipecahkan dengan garfu..nampak la kuning telur tu meleleh macam cheese..Waaa..ni la part yang aku suka..
Spagetti Ikan Masin..
1 cekak spagetti
1 keping ikan masin- ikan talang @ ikan kurau
1 ulas bawang putih
1 bawang besar dadu
2sudu minyak zaitun
2 cili padi- potong
Daun sup
1. Rebus spagetti dengan air yang banyak & sikit garam sampai lembut.Ikut arahan pada pack tu..
2. Panaskan minyak & goreng ikan masin. hingga masak.
3. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih & bawang besar
4.Masukkan cili potong & ikan masin yang dah dihancurkan.
5. Masukkan spagetti & gaul rata.
6.Tabur daun sup & xperlu garam sebab dah rebus dengan garam & ada ikan masin...
7. Hidang denga Telur Carak Meleleh..
Nyum..nyum..nyum..


HARI RABU PUNYA BEKAL...X BERKHASIAT ..!!

Minggu ni banyak bekal x berapa berkhasiat..Mak aku kata banyak bawa bekal makanan beku...sebab minggu ni semua pu penat...x sempat nak masak yang best-best...
Aku bawa Wedges lagi ..Sama macam hari Isnin...Pastu Sosej Rebus tu mak aku suruh buat bekal untuk makan tengahari sebab ada kokurikulum....Lupa nak cakap ngan mak aku semalam cikgu dah cakap kokurikulum dibatalkan sebab cuaca jerebu...xpelah,bawa juga sosej tu untuk lunch sebab kelas tambahan tetap ada juga tengahri tu...Kelas tambahan x dibatalkan walaupun jerebu...hehehehe
Aku ok je..Kalau bawa wedges tiap hari pun xpe..hehehe..Mak aku je yang x kasi..
 Kakak bawa Finger Fish untuk sarapan dalam kereta...
Pastu Sosej tu untuk lunch..Haaa,hari ni mak aku dh x potong dah sosej tu..Kakak dah cakap awal2 suruh bungkus ngan aluminium foil & letak sos sekali....4 batang Sosej Rebus untuk kakak yang tengah deit...hahahaha..orang deit boleh makan sosej banyak2 ke...heee

SANDWICH TELUR..BEKAL HARI SELASA...

Hari Isnin ..bawa bekal x berkhasiat sebab bawa wedges dengan Jelapeno Cheese je..Hari Selasa aku request nak bawa Wedges lagi....tapi mak aku x kasi...
Mak aku buatkan Sandwich Telur untuk bekal hari Selasa..Dah la Sandwich Telur aku x berapa suka,mak kau buat guna Roti Wholemeal plak tu...Bukan xmakan..tapi x berapa suka..Tapi habis juga aku makan..hehehe
Tengok mak aku lenyek telur rebus tu ....aku dah boleh agak...mak aku akan buat sandwich telur....
Selalunya mak aku akan guna parut yang lubang dia besar tu..tapi hari ni..aku nampak mak aku lenyek telur tu ngan garfu je...Ada 4 biji Telur rebus..
Pastu letak sikit gula,sikit lada hitam & banyak mayonise..Pastu..kacau....haaa dah ciap
Rotinya..mak aku pesan suruh sapu sikit butter..sapu nipis2 pada semua roti tu..sapu sebelah je setiap roti..Jangan sapu dua2 belah plak..hahahah
Sapu inti atas sekeping roti & letak sehelai salad..sapu lagi inti & baru letak lagi satu roti...Potong 2..Boleh potong 3 segi..tapi biasanya mak aku akan potong 2 ...bentuk 4 segi panjang sebab senang nak bubuh dalam tupperware bekal...cun-cun je..cun tu bahasa aku...heee...Mak aku kata muat-muat la...Yang kat luar bekas tu untuk srapan dalam kereta..hari ni bekas aku ngan kakak sama warna la pulak...Dua2 warna biru..