Showing posts with label RAMADHAN 2023. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN 2023. Show all posts

Thursday, 20 April 2023

MENU IFTAR 28 RAMADHAN: KAMI DAH BALIK KEDAH & BERBUKA PUASA @ RUMAH ACHIK

Salam Ramdhan ke 29.Adakah hari ini hari terakhir Ramdhan 1444?

Atau masihkan berbaki sehari lagi  Ramdhan hingga hari ke -30?

Semuanya akan ditentukan melaui pencerapan hilal Syawal petang ini..


Saya dah sampai Kedah selepas asar semalam.Jalan boleh dikatakan lancar kerana hanya sesekali sahaja sesak.Paling lama pun sangkut ½ jam kat Tol Sg Dua,Penang.Itupun sebabnya pada pandangan saya PLUS buat lorong tol yang mengelirukan.

Biasa lorong kanan tepi sekali smartag kan.Kebanyakan kenderaan yang guna smart tag dah stuck...sebab dua lorong kiri bukan smar tag.

Ni yang paling tepidepa pi boh ARFID .Dua  lorong pulak tu.Lorong tengah smarttag pun hanya separuh dan berkongsi dengan T&G..Lorong kiri sekali dah tentu lori.Dah la ramai pakai smart tag.


Semalam kami beriftar kat rumah Achik.
Meriah dengan makanan.

Saya masak sambal petai.Itpun sebab semua mak dah siapkan.Saya hanya masak dalam 10 minit sahaja 

Achik grill kambing..Sedap ya ampun.Pakcik beli dari kawannya..Kambing local  fresh kalau tak salah.



Kami beli sate ayam dan daging 30 cucuk.
 
Sebenarnya sebaik masuk Tol Pendang kami melencong ke Bazar Ramadhan Pekan Tanah Merah .


Kami beli Sate Ayam dan Sate Daging..Satenya besar dan sedap .
Murah giler.
Ayam secucuk 70sen
Daging secucuk 80 sen.
Dah la besar,sedap pulak tu.


Murtabak pun tebak giler kat sini..Ayam dan daging hanya RM4 sekeping.

Beli juga popia carbonara.


Achik masak sambal tempe.Jangan tak tau kat Pendang ni memang ada juai tempe kat merket.Pasar tu orang Kedah sebut merket
( market)


Kami beli popia carbonara.Murah gkat sini..6pcs RM5..kali beli RM 10


Juga kami beli murtabak ayam dan daging.
Haikal pun dah balik.Dia pi bazar beli roti john,sushi,ayam gunting dan murtabak daging


Mak masak asam rebus keladi...sedap

Sayur Kailan Achik masak.


Sup Tulang pun Achik masak.

Murtabak yang Haikal beli @ Kampung Gajah Mati dekat Markas PAS tu sedap betul..Kemas dan padat isinya.

Achik juga buat jus mangga dan jus tembikai segar dua jug.


Alhamdulillah dapat berbuka puasa bersama mak dan family Achik untuk hari-hari terakhir Ramadhan 1444 ini.
In sha Allah petang ni kami beriftar kat rumah Achik lagi.

** Mohon maaf kepada kawan-kawan saya tak sempat nak membalas komen dan belum sempat blog walking..Nanti saya lunaskan yer..

MENU IFTAR 27 RAMADHAN : NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH LAGI

 

Menu iftar hari Selasa..27 Ramadhan 

Masak Nasi Goreng Sardin Adabi Tin Merah lagi.

Beli lagi Sardin Adabi Tin Merah..
Rupanya tak semua kedai yang ada jual sardin adabi tin merah ni.Tapi kalau kat shopee memang ada belaka la kan.Ni kat tempat saya...tin kecil tu rm4.50..
Tin besar tu RM8.99(bacanya RM9🤣)

Memang simple sahaja cara saya masak.
-Hanya tumis bawang putih cincang & cili padi merah hiris.
- Terus masuk sardin tin merah ni dan saya tak lenyekkan sebab ikan-ikannya memang hanya sebesar ibu jari tangan sahaja.Jadi dibiarkan sekor-sekor.Ada 5 ekor kecil setiap tin kecil tu.
- Tambah nasi dan gaul rata.Perisakan dan tambah sayur kegemaran.Saya suka sayur sawi hijau.


Ulam pucuk putat dan terung siam hijau.
Hari tu nampak SK berbuka katBERBUKA DI MISS SIAM  ada ulam terung siam hijau ni.Terliur tengok banyak ulaman.Saya mema g penggemar ulaman.Maklumlah dibesarkan di persekitaran ulu kampung yang dikelilingi bendang dan hutan belukar menjadikan saya sangat mesra ulam🤭

Dapat makan nasi goreng macam ni bersama ulaman,satu kenikmatan bagi saya.
Alhamdulillah..

Bukan air sirap..🤭


Tapi hanya air kotak kranberi & delima.

Wednesday, 19 April 2023

MENU IFTAR 26 & 27 RAMADHAN : GAMBAR TAK SEMENGGAH


Hari Senin saya masak 


Buat kuah kacang kuda

Tapi tu la tengah kalut dah nak azan baru siap masak


Suruh la anak jantan tu tolong snap pic..maka ini lah hasil bidikannya🤣

Gambar tak semenggah menu iftar hari Isnin Ramadhan 26🤭

Tuesday, 18 April 2023

MENU IFTAR RAMDHAN KE- 25: SARDIN vs AYAM

 

Sambal Sardin Belimbing Buluh .
Lauk iftar hari Ahad..hari ke 25 puasa.


Sebenarnya tak la sambal sangat sebab saya tak masukkan cili blend pun.Hanya hiris 10 cili padi merah tu dan tambah 10 biji belimbing buluh yang dibelah-belah.
Memang berselera dapat lauk pedas dan masam macam ni.


Ayam goreng 


Anak jantan sorang tu balik kerja dibawanya balik sekotak ayam goreng McD 5pcs.


Sebelum berbuka  air fryed biar panas rangup masa makan.

Buah jambu batu asam boi sebagai pelengkap.
Sayur takda...


Sunday, 16 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN 24 : NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH

Dah hujung- hujung Ramdhan.Panas semakin membahang.Mengadap oven pun memang membuatkan saya mandi lebih dari hari biasa untuk menyejukkan badan.Jika hari kerja mandi sehari 2x sahaja.Weekend ni mandi sampai 4x..hihihi.

Kawan-kawan pun pasti ramai yang dah mula mengadap oven bersama anak-anak kan.?

Mencipta moment-moment menjelang raya untuk dikenang anak-anak bila mereka dewasa nanti.Sebagaimana juga kita yang masih terkenang moment-moment indah membuat persiapan raya zaman kanak-kanak.Manisnya mengenang keterujaan melihat emak kita menimbok/pukul telur itik nak buat baulu.Aroma asap sabut terasa begitu wangi hingga hari ini.Menghalau ayam yang cuba makan tepung yang dijemur emak.Mendengar tingkah alu dan lesung bila emak menumbuk gula dan kacang hijau sangai serta beras pulut sangai untuk dijadikan putu kacang dan putu beras.

Waktu malam membakar biskut sampret dahlia  sambil mendengar alunan ayat suci dari Pertandingan Musabaqah Peringkat Antarabangsa melaui radio ( kerana. kat rumah tiada TV).Maklumlah dahulu dijalankan dalam bulan puasa.

Seberkas daun palas muda tersandar tepi tempayan air untuk mengelakkan daun layu sebab tepi tempayan tu sejuk berisi air.

Dua hari sebelum raya dah tangkap dan kurung ayam untuk jadikan lauk cicah ketupat hari raya.Kalau ada rezeki lebih makan daging tumpok la.Kalau tak,makan gulai ayam kampung la.


Semalam saya hanya masak Nasi Goreng Sardin Adabi Tin Merah.Hihihi siap mantion tin merah sebab tak pernah beli sardin Adabi Tin Merah ni.
Masak simple nasi goreng semata kerana anak jantan tu berbuka kat tempat kerja 
Adah pula kata dia nak keluar dengan kawannya  cari tudung raya kat KL.Katanya nanti dia nak sahur kat luar.
Cella pun balik sekejap lepas terawikh semalam.Saya bagi bekal nasi goreng ni sahaja untuk sahur dia nanti.Ajak tidur kat rumah,taknak..Banyak kerja katanya nak siapkan sebelum cuti raya.


Pic Google

Selain sardin/mecerel cap Ayam..
Selalunya kalau beli sardin Adabi pun dok beli yang tin kuning tu.
Beberapa hari lepas tergerak nak ambil sardin Adadi tin merah tu..

Rupanya bila dibuat rencah  nasi goreng sedap sungguh dan warna sosnya sangat menarik. 
Ikannya pun berbeza.Saiznya kecik setiap ketul hanya sebesar ibu jari tangan dan 1 tin kecik mengandungi 5 ketul ikan.

Sengaja saya tak lenyek ikan sardin tu dan biar seketul-seketul sebab warna nasi goreng tu dah cantik kemerahan hasil sos sardin tu.
Saya langsung tak tambah cili blend kecuali 5 biji cili padi hiris.


 NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH
2 cawan beras - tanak jadi nasi
1 tin kecil sardin Adabi Tin Merah
5 cili padi Bangladesh(cili padi merah)
3 bawang putih
5 pokok sawi hijau
1 batang lobak merah 
( potong jejari)
Minyak,garam dan perisa 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang dan cili padi hiris.

2. Masukkan lobak merah dan bila ½ masak masukkan sardin bersama sosnya.

3. Masukkan nasi yang sudah dilerai dan kacau gaul hingga rata dan naik wap berasap.

4. Tambah garam dan perisakan mengikut selera.

5. Masukkan sawi hijau dan gaul rata sekejap.Matikan api


Cantik kan warna nasi goreng ni.Sengaja saya nak tunjuk saiz ikannya yang sebesae ibu jari tapi sungguh sedap .


Kesedapan Nasi Goreng Sardin Adabi Tin Merah ni masih terasa kat tekak hingga siang ni..Sedap sungguh pada selera saya.
Jom la berjangkit..!
Cepat cari sardin Adabi Tin Merah
🤭.

Saturday, 15 April 2023

MENU IFTAR RAMDHAN KE- 23: MASAK GLASS NOODLE

 

Menu iftar hari Jumaat 
Ramadhan ke 23

Fried glass noodle with prawn 

Bulan puasa ni dah dua kali masak glass noodle ni...hihihi

MEE CERMIN GORENG 
( FRIED GLASS NOODLE)
4 paket glass noodle
( 4 x 40 gm)
10 ekor udang
3 biji telur
5 pokok sawi hijau
1 batang lobak merah
1 batang daun bawang
cili padi,bawang putih,kicap masin,garam,minyak

1. Jerang air hingga mendidih dah rebus glass noodle beberapa minit.

2. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng udang.Ketepikan.

3. Dalam minyak yang sama pacahkan telur dan buat telur hancur.Ketepikan.

4. Tumis bawang putih cincang dan cili padi cincang.Masukkan carrot yang dimayang jejari halus.

5. Masukkan glass noodle yang sudah direbus dan gaul rata.Perisakan dan renjis kicap masin secukupnya.Tambah sawi.

6. Kacau gaul hingga naik wap berasap.Tambah udang goreng dan telur hancur.Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tabur daun bawang


Inilah glass noodle yang saya gunakan.Mini pack 40 gm setiap satu.Harga sebungkus kecil tu RM1.80.


Product Thailand berserta logo Halal Thailand di bawah tu.

Kalau nak kepastian boleh call no telefon yang tertera🤭


40 gm


Beza antara glass noodle dan suhun.Yang pack merah tu glass noodle.Yang pack hijau tu suhun.

Perbezaan warna .
Suhun lebih putih  erbanding glass noodle  

Rebus hingga jernih.Bagusnya glass noodle ni rebus dan masak lama pun dia tak lembek benyek.Tetap kenyal

Macam suhun kan....?
Tapi bukan..


Alhamdulillah,rezeki Ramadhan ke 23



20 MACAM LAUK-PAUK UNTUK BERBUKA PUASA DAN SAHUR DARI MAJALAH JELITA TAHUN 1983

 Saya tengah membaking.Sesambil tunggu biskut dalam oven masak teringat janji nak share resipi berbuka puasa dari majalah lama yang masih ada dalam simpanan saya.Majalah ini sudah berusia 40 tahun.Majalah ini mungkin lebih tua dari umur sesetengah pembaca yang sedang membaca catatan ini.

1983,saya masih di sekolah rendah.Tapi saya masih menyimpan beberapa helaian kolekso resipinya.Asalnya ia sebuah majalah yang lengkap tapi  dek dimakan usia dan tiada usaha mengawet jilidkan..kini hanya tinggal beberapa helai mmuka surat menjadi koleksi koleksi kesayangan saya.


Sesetengah sukatannya sudah menggunakan sukatan metrik,manakala sebahagian masih menggunakan sukatan lama kerana kalau tak salah saya sukatan metrik di Melaysia bermula 1982  ketika saya di sekolah rendah.


Inilah antara mukasurat Majalah Jelita bulan Jun 1983 m/s 50 yang mengandungi aneka resipi lauk pauk dan kuih muih serta minuman sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur.

Agaknya 1983 tu bulan puasa jatuhnya dalan bulan Jun barangkali...!

Ada resepi 


- Masak Lemak Cili Api


Ayam Masak Istimewa.


- Kerabu Udang

- Ayam Panggang Selatan

-Lemak Keli

- Masak Daging Bersama Buah Prun


Sambungan m/s 51


Saya zoom in.


Dah guna timbangan gram


Kacang koloi tu kacang murunggai @ ada yg sbut kacang kelor..
Ada dalam old post saya 

KARI BUAH MUNGGAI


m/s 52


Sambungan resipi..m/s 53

Ni la antara koleksi resipi dari majalah lama yang berusia 40 tahun masih dalam simpanan saya.Saya tak ingat dari mana saya dapat majalah ni kerana saya mula mengumpul majalah dah tahun 1993.

Apapun koleksi yang satu ini paling saya sayang.

Dalam majalah ini juga saya ada simpan 

-20 Macam Hidangan Berbuka dan Bersahur.Yang ni sukatannya ada yang masih guna aun(oz) dan juga tahil.


-13 Macam Minuman Berbuka Puasa

-& beberapa lagi.

Kali ini saya share ini dulu. Kalau ada kelapangan saya share lagi.


*Saya tidak pasti dengan menyiarkan semula keratan majalah ini menjadi kesalahan atau tidak.Jika bersalahan boleh maklumkan kepada saya untuk saya delete.

Niat saya hanya berkongsi antara koleksi resipi dari majalah lama.