Saya pilih pakai baju Kedah merah,kain batik lepas,terendak dikepala,sebuah mangkuk tingkat yang orang kampung saya sebut sebagai,"sia" dan bawa segemal padi....
Tapi ini gambar saya setelah di Ai kan...
dah hilang "sia" ...hihihihi...
Ni gambar asal saya ...bawa mangkuk tingkat dan juga pakai selipar Jepun.. Habis bergambar,tukar la semula kasut tu pakai sepatu hitam & pakat sarapan bersama & teruskan kerja macam biasa..
Walaupun bukan semua negeri ada di sini tapi mana yang ada pakai je lah...sekadar memeriahkan suasana..
Depa juga ajak bawa makanan istimewa negeri masing-masing...
Kat Kedah,lempeng biasanya disebut " pek nga".
Peknga biasanya dibuat oleh mak mak menggunakan tepung gandum + kelapa +sikit garam dan dibancuh menjadi adunan kental atai cair.Biasanya peknga ni dibuat dengan cara sapu sikit minyak pada belanga dan tempekkan adunan tadi pada dasar belangan dan ditekan hingga lepar dan biar masak.Belanga tu kuali..Orang Kedah panggil kualintu belanga.Maka peknga tu iaitu singkatan daripada perkataan tempek belanga...
Pek nga..
Hehehe....so,now kita dah tau la kan....singkatan nama ni bukan la dari Indonesia sahaja kerana orang kita juga dah lama gunaðŸ¤
Kalau Indonesia ada gorpis,popis,markicob...Kita juga ada peknga...
Juga dari dulu kita ada kumpulan gitar rancak-kugiran
Panggung wayang gambar-pawagam
Taman didikan kanak-kanak- Tadika
DLL
Kuihnya seakan cakoi tapi temstur macam donut
Kuihnya dibe tuk macam bunga dan ditabjr bawang goreng
Kat Kedah juga ada kuih qasidah tapi versi putih plain dan di potong kiub.Saya eprnah masak KUIH QASIDAH cara utara









No comments:
Post a Comment