My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 17 September 2026

OOTD HARI MALAYSIA & MAKANAN NEGERI

OOTD....Sempena Sbutan Hari Malaysia 15 September.Sebab esoknya 16 September cuti Hari Malaysia,rakan-rakan ajak saja suka-suka pakai pakaian ikut negeri masing-masing...
Saya pilih pakai baju Kedah merah,kain batik lepas,terendak dikepala,sebuah  mangkuk tingkat yang orang kampung saya sebut sebagai,"sia" dan bawa segemal padi....
Tapi ini gambar saya setelah di Ai kan...
dah hilang "sia" ...hihihihi...




Ni gambar asal saya ...bawa mangkuk tingkat dan juga pakai selipar Jepun.. Habis bergambar,tukar la semula kasut tu pakai sepatu hitam & pakat sarapan bersama &  teruskan kerja macam biasa..


Walaupun bukan semua negeri ada di sini tapi mana yang ada pakai je lah...sekadar memeriahkan suasana..


Depa juga ajak bawa makanan istimewa negeri masing-masing...


Sebelum ke tempat kerja saya sempat singgah warung lempeng & beli lempeng kelapa ni bawa ke tempat kerja...

Kat Kedah,lempeng biasanya disebut " pek nga".
Peknga biasanya dibuat oleh mak mak menggunakan tepung gandum + kelapa +sikit garam dan dibancuh menjadi adunan kental atai cair.Biasanya peknga ni dibuat dengan cara sapu sikit minyak pada belanga dan tempekkan adunan tadi pada dasar belangan dan ditekan hingga lepar dan biar masak.Belanga tu kuali..Orang Kedah panggil kualintu belanga.Maka peknga tu  iaitu singkatan daripada perkataan tempek belanga...
Pek nga..
Hehehe....so,now kita dah tau la kan....singkatan nama ni bukan la dari Indonesia sahaja  kerana orang kita juga dah lama guna🤭
Kalau Indonesia ada gorpis,popis,markicob...Kita juga ada peknga...
Juga dari dulu kita ada kumpulan gitar rancak-kugiran
Panggung wayang gambar-pawagam
Taman didikan kanak-kanak- Tadika
DLL


Ita bawa coq jawa.tapi ni orqngBorneo panggil penyaram ..


Nik Marita bawa Kuih Kayu Keramat- Trengganu
Kuihnya seakan cakoi tapi temstur macam donut


Kuih Qasidah Trengganu..
Kuihnya dibe tuk macam bunga dan ditabjr bawang goreng
Kat Kedah juga ada kuih qasidah tapi versi putih plain dan di potong kiub.Saya eprnah masak  KUIH QASIDAH  cara utara



Keropok lekor- Trengganu



Ada beberapa jenis lagi kuih  kat pantry
Tapi perasan kuih apa....
SELAMAT HARI MALAYSIA

10 comments:

  1. kuih Qasidah...sedap pulak namanya

    ReplyDelete
  2. cantik baju merah menyala kak... sedap2 semua kuih tradisional negeri masing2

    ReplyDelete
  3. Murahnya Makngah 😍
    Kuih qasidah, lama tak buat. Kena tunggu bulan posa kot baru ada mood nak buat sbb arwah Mak dulu rajin buat kuih qasidah utk bukak posa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....kuih yang senonim dengan bulan puasa kan

      Delete
  4. Best jugak ada idea macam ni utk pekerja². Selalu budak² sekolah aje ada pakaian beragam. Orang tua buat, nahhh, lengkap dengan makanannya sekali, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa...kalau orang tua dia lagi budak dari budak🤣

      Delete
  5. Meriahnya macam2 kuih ada tu. Menarik juga ada aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kaki makan dan suka nostalgia macam saya memang suka aktiviti macam. ni

      Delete