Tuesday, 8 September 2026

MAKAN LAKSA KUALA PERLIS @ KAK SU LAKSA

 Balik dari PADANG BESAR 2 SEPTEMBER 2026  tu  asalnya Achik kata nak ke Wang Klian & kami anak beranak plan nak gerak balik Pendang kerana ada urusan.Tapi baru gerak sekitar 10 km gitu,Achik update dalam Family Group WhatsApp kata nak ke Kuala Perlis nak makan laksa....

Achik bawa kami ke Kak Su Laksa @ Kuala Perlis..
Antara laksa Perlis yang paling famous..



Tujuh pinggan laksa 
Kata orang makan laksa Perlis kena gu dengan pulut udang & kuih spera..
Untuk gu kan dengan laksa tu asalnya order 7 pulut udang & 7 spera sahaja...

Lepas tu saya minta Cella pi tambah lagi 10 pcs spera.....Tak lama lepa s tu Achik pulak pi tambah order lagi 10 pcs spera..
Pastu Adah pulak tambah lagi 5pcs pulut udang...
Tapi sayang taktau mana pi gambar kuih spera dan pulut udang tu....hihihi
Tapi bagi tekak saya sebagai seorang penggemar kuih spera....spera kat sini antara yang terbaik.Inti moist & rasa seimbang..Yang penting intunya bukan hampas kelapa..
Yang belum tau kuih spera tu seperti apa...boleh rujuk KUIH SPERA ..kat sini




Kuih spera ni jarang nak jumpa orang jual sekarang ni.Kalau kat Sabah ada kuih macam karipap tapi isinya mihun dipanggil pastil,di Kedah & Perlis ada kuih macam karipap juga tapi intinya kelapa pedas macam inti cucur badak...dipanggil spera..



Laksa Kuala Perlia sedap dimakan bersama Pulut Udang....


Juga dimakan bersama coq spera...



Senarai harga ni saya jump di google tapi masih sama harga ni masa kami  datang pada 1 September 2026..

Dalan restoran ni ada keratan keratan akhbar menunjukkan beberapa orang artis juga pernah singgah makan laksa di sini.Dulu zaman belum ada banyak media sosial keratan akhbar menjadi saksi dan bukti... 

Lepas ni kalau pi Padang Besar lagi...haruslah singgah lagi sini....!
Hehehe


No comments:

Post a Comment