Siapa kerja kat Selangor,untung la dapat extra cuti 1 September...kerna Selangor juara SUKMA 2026...Long weekend,Jumaat petang 28 Ogos dah boleh gerak..Cuti Sabtu,Ahad,Isnin Merdeka day & sambung Selasa 1 September cuti menang SUKMA.
Ada ka yang belum balik KL/Selangor & bersama kami ke Padang Beaar pada 1 September?Hehehehe
Balik Kedah...tak sah kalau tak pi Padang Besar iaitu tempat favourite mak...
Mak kalau boleh setiap hari pi Padang Besar pun takpa...
Setiap bulan pasti Achik akan bawa mak ke Padang Besar.
Minggu ni 2 kali Achik bawa...Hari Sabtu 29 Ogos & hari Swlasa 1 September .
Suka view sepanjang ke Padang Besar...Dulu sini ladang tebu terbesar di Malaysia...Sekarang landscape dah berubah...Tebu dah diganti kenaf tapi tak la seluas ladang tebu dulu
Naina Authentic Thai...
Kalau datang sini wajib order daging bakar ni(RM12 sebekas)...sedap sungguh dengan sos cicahnya tu.Cuma kali ni macam porsion dah makin sikit.Sebelum ni lagi banyak macam KAT SINI...
Mak la paling suka makan kat sini..Tu yang paling tidak sebulan sekali Achik akan bawa mak makan sini
Tengoklah tu...sampai je makanan mak dah tak sabar nak makan...hihihi
Hari ni mak pesan
-Nasi Putih
- Udang Masak Pedas
- Kailan Ikan Masin
- Twh O Ais
Dalam setahun,banyak kali la makan kat sini
Boleh katakan setiap kali datang Padang Besar,wajib makan kat sini..
Kali ni saya pesan Nasi Goreng Daging Bawang Putih...
Wow, boleh repeat nih!!!
Sedap...daging gorengnya. crispy bersama crispy garlic memang sedap pada tekak saya.Daging pun banyak...yang ni saya ingat harganya RM12 sebab masa tengok buku menu saya nampak harga.Harga makanan yang lain saya tak tau sebab tak semak harga yang orang lain order...Dannnnnnn....sebab Achik yang belanja!
hihihihi.....tiap kali balik la memang Achik yang belanja bila keluar makan kat luar
Semoga Allah limpahkan rezeki Achik dan mudahkan urusannya...
Lepas makan ...perut dah kenyang....boleh la jamu mata pula....
Orang Thai ni kreatif menggubah makanan untuk kelihatan menarik...
Saya suka sangat miang kham.
Abe ni memang peramah dan sangat pemurah..
Semua pelanggannya dilayan dengan mesra dan boleh rasa apa sahaja yang dijualnya kecualilah yang dalam ready pack macam pepero tu.Kalau swgala kerepek,kekacang dan manisan lain yang repack tu memang tak kedekut lah..Siap cedok bukan sikit yer untuk bg pelanggan rasa.Pada saya otu bukan rasa tapi itu bagi makan sampai kemyang lerana buka sebiji dua tetapi ½ scoop setiap makanan tu..Siap pelawa suruh buka sendiri mana mana makanan yang nak rasa dan dimulutnya tidak lepas perkataan" HALAL" menandakan dia halalkan apa yang dimakan.
Masa timbangbsegala kerepek,kekacang dan manisan yang kita beli,siap dilebihkan timbangan tanpa extra charge!
Semoga Abe ni dilimpahi rezeki yang barokah dan dimudahkan urusannya di dunia dan akhirat ..🤲
Mak & Achik wajib la beli beras pulut berkilo kilo walaupun baru tiga hari lepas depa dua beranak tu dah datang sini beli beras pulut dah.
Achik hadiahkan saya 5kg beras pulut Siam yang dibeli di sini untuk saya bawa balik KL.Mak pula dah ada stok 10kg dah beras pulut Siam ni kat rumah...Haaaaa....kami dan pulut berpisah tiada....dulu hingga kini ...
Apa sahaja yang dijual semua nampak menarik dan sedap.....
Hihihihi.....
Selesai shoping sini....Achik anak beranak termasuk mak....depa plan nak ke Wang Klian pulak....Manakala saya anak beranak plan nak terus balik Pendang kerana ada urusan...
Tapi akhirnya dipertengahan jalan salong berwhatsApps dalam perjalanan...lain pula jadinya...
Kejadiannya kami bersama dua kereta ni ke satu destinasi lain ...
Ke mana ???
Tunggu......!!!!!
Next entri..
Hee.....














No comments:
Post a Comment