Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Monday, 21 September 2026
KUIH BAULU vs KOPI O KAMPUNG
Wednesday, 26 August 2026
PENGAT PISANG TANDUK
Seingat saya,saya tak pernah masak pengat pisang tanduk.Selain susah nak jumpa kat sini,pisang tanduk juga bagi saya hanya sedap digoreng atau dijadikan kerepek.Seingat saya juga,kat kampung kami takda pisang tamduk.Yang ada kebanyakan pisang awak,pisang awak legur,pisang nangka,pisang embun,pisang bunga dan pisang emas ringan.
Saya kenal pisang tanduk ni lepas dah dok KL.Itulun rasanya voleh dobilang dengan jari berapa kali saya beli pisang tanduk..Kalu pisang nangka tu memang la selalu beli...hihihi..
PENGAT PISANG TANDUK
2 biji pisang tanduk
1½ kotak santan kara
2 keping gula nisan Kelantan
1 sudu teh garam
½ cawan sagu - basuh & rendam 15 minit
1 helai pandan
1. Kupas pisang & potong bulat sederhana tebal.
2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 4-5 cawan air & masak hingga mendidih.
3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula,garam dan pandan.
4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa.
** Masak pengat beberapa jam awal supaya bila nak makan pengat jadi pekat dan rasa sebati lebih sedap...in shaa Allah
Wednesday, 8 July 2026
CEKODOK BUAH SUKUN
Sukun masak ni ada aroma khas dia seakan bau buah tarap juga tapi lebih lembut la tak sekiat bau tarap...
Wednesday, 24 December 2025
PULUT NANGKA
Pernah makan Pulut Nangka?
PastPasti lah ada yang pernah kan ..Kalau pun tak pernah makan mungkin pernah tengok terutama yang biasa ke Thailand..
Kebetulan masa keluar belanja barang dapur ada saya beli 1 pack nangka kerana nampak segar baru dikupas.Sedang elok masak dan saya agak ni nangka kampung Kalau nangka madu warna lebih oren dan lebih juicy..
Wednesday, 3 December 2025
BUAT CUCUR UDANG KERANA MUSTAQIM PUNYA PASAL
Pagi tadi lepas punch card,nampak ada cucur udang kat meja pantry..Masih suam-suam panas...Rupanya Mustaqim yang bawa.Mustaqim ni student OUM sedang intern selama 3 bulan kat tempat kerja kami.Pertengahan bulan nanti selesai la internyaDah beberapa kali Mustaqim taja sarapan mee goreng Ada sekali tu dia bawa lauk ayam masak kicap untuk lunch.Tapi sampai pukul 10 pi jenguk nak makan nasi semua dah yilek.Ni dia bawa pula cucur udang...Masyaa Allah sedap betul.Setiap cucur ada sekor udang siap kupas kulit..Saya sempat makan 4 pcs cucur uadang sebesar cekodok bilis tu.Ikut hati nak je makan banyak tapi adabnya kena la ingat orang belakang kan....
Dwk asyik terkenang kesedapan coq udang Mustaqim bawa...balik kerja singgah Hero,beli bahan nak buat coq udang.Sampai rumah,tak buka tudang lagi terus capai apron.Biasa tak pakai apron pun kalau masak.Kecuqli kalau tengah pakai baju kerja atau pakai baju yang disayabgi baru pakai apron sebab risau kena minyak,bau bawang bagai...hihihu
Jarang buat cucur udang cukup bahan.Kadang ada kucai,takda taugeh...ada taugeh udang pulak takda.Tapi hari ni cukup semua bahan..Kucai,taugeh,bawang holland,isi udang siap kupas kulit.Tepung pulak hanya tinggal tepung cap rose..Tepung cap rose tu sesuai buat biskut atau campuran dengan tepung lain.Kalau buat lempeng pun kena bancuh pekar sikit kalau guna tepung cap rose.Nasib baik selongkar punya selongkar jumpa tepung Faiza ada la dalam 300gm..Ok sangat la tu untuk nak makan dua beranak ja...
Selesai bancuh tepung baru kelam kabut solat..hihihi
Sempatlah adunan coq udang berehat untuk mengembangkan biji biji tepungnya kerana saya tak gunkan yis pun.Saya lebih suka cucur udang yang tidak menggunakan yis atau soda kuih.Biarpun tidak segebu coq udang beryis tapi teksturnya tetap berongga jika diperap beberapa ketika
Saturday, 29 November 2025
SEPIRING BUAH MELAKA
Sepiring Kuih Buah Melaka...
Menjamah bebeapa biji kuih buah melaka sambil menghidu aroma kopi dalam tempias hujan memberi satu rasa yang sangat nostlagic.Aroma kopi waktu pasti akan mengingatkan kampung halaman ketika zaman kanak-kanak di era 80-an.Ketika semua penghuni kampung masih menggunakan kayu api untuk memasak dan menjerang air.Kala musim hujan begini kesejukan mencengkam hinmgga ke tulang hitam kerana ketika itu cuaca Malaysia tidak sepanas sekarang ni.Paling panas pun masa tu sekkitar 27 C.Bukan la saya ada jangka suhu pun tapi masa tu sekolah rendah pun dah ada sunject Ilmu Alam /Geografi.Darjah 4 tu kami dah didedahkan dengan cuaca dan pertanian di MalaysiaHarus lah tahu suhu Malaysia kerana itu adalah antara soalan favourite yang cikgu akan tanya sama ada dalam kelas atau dalam periksa penggal.Cuaca pun masa tu masih konsisten mengikut arah angin.Kalau musim Monson Timjur Laut,bulan November hingga Mac,maka Pantai Timur akan alami musim tengkujuh,manakala kami di uatara akan mengalami musim kemarau.Juga menandakan musim menuai padi serta penanaman tembakau.
Bulan April akan bermula peralihan musim Angin Monson Barat Daya yang membawa banyak hujan.Musim para penduduk kampung bersiap siaga untuk memulakan penanaman padi pula,Walaupun musim hujan sangat dinanti untuk penanam padi,namun dalam masa yang sama kegelisahan warga kampung juga mula terasa kerana bila hujan pendapatan harian terjejas kerana tak dapat motong getah.Padi bukanlah punca pendapatan sebaliknya hanya tanaman sara diri,namun cukup untuk stok hingga ke musim berikutnya.Getah yang merupakan punca pendapatan utama juga hanya sekadar kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika sehari tidak dapat motong getah pun dah lari bajet,apatah lagi hujan berpanjangan selamam musim Monson Barat Daya.
Namun,Allah tak pernah tidur.Dia yang mangatur segala yang di langit mahupun di bumi.Bersama hujan Allah datangkan bersama rezeki ikan di bendang dan parit akan melimpah ketika musim hujan.Haruan ,keli,puyu,sepat dan beberapa jenis ikan lagi yang sekarang sudah pupus termasuklah ikan selat,ikan tilan,ikan kedak dasn juga udang.Kata mak,musim hujan ni ikan-ikan keluar dari dalam tanah.Masa tu saya tak pernah percaya kerana bagi saya tidak logik ikan keluar dar tanah.akal saya mengatakan ikan-kan itu hanyut bersama air dari tempat lain..Namun segala kata mak dan orang-orang tua dahulu itu harus saya akui bila selalu menonton National Gegraphic jelas ditunjukkan bila musim kemarau ikan-ikan air tawar akan berjibernasi dalam tanah dan bila musim hujan ketika tanah mula basah mereka akan sedar dari lena yang panjang dan kembali ke habitat berair.Saya pernah menonton video-video tentang ikan-kan yang berhibernasi dalam tanah pada musim kemarau..Saya share link yang pernah saya tontonDI SINI... Sebagaimana kebenaran tentang kisah ashbul kahfi dalah surah Al-Kahfi...maka begitulah bila Allah berkehendak kerana Wahdaniah.Qudrat,Irodat,Qadirun & Muridun itu adalah antara sifatullah..
Dulu,ikan-kan sangat banyak hinggakan ada peribahasa " dimana ada air,di situ kan". Pendek kata kalau rajin memang tak akan terputus lauk.Tahanlah bubu atau lukah dima ada air menaglair,in sha Allah adalah habuan.Lagi-lagi musim banjir yang kami sebut musim "bah".Boleh nampak ada ikan sepat dan seluang atas batas bendang (permatang).Terbayang setiap hari dua kali ayah akan angkat lukah yang kamu panggil "sat".Ada yang panggil "tuaq".Anyaman buluh berbentuk kon tapi tirus dihujungnya ditahan di gelong-gelong (gelong + laluan air antara batas bendang)Musim hujan macam ni memang ikan dan udang akan penuh hingga ke mulut "sat".Jenuh emak nak sinag erbesen -besen ikan puyu,haruan dan sepat <Biasanya memang tak habis nak makan..Mak akan gami ikan tu dan jadikan ikan kering.Tapi kalau dah musim hujan payah la ikan nak kering.Itu agaknya wujud cara pengawetan lain seperti pekasam..Agaknya la...hihihi
Kudapan yang senonim dengan musim hujan pula,haruslah ubi ubian...Ubi kayu,kledek,keladi pisang rebus menjadi peneman kopi O.Yang pelik tu kalau jiran jauh pun sedang bancuh kopi,aoroma kopi tu boleh terhidu hingga ke rumah kita.Bau orang rebus ubi,,bauk orang gorfeng pisang boleh merebak hingga ke merata kampung...
Akan nampak asap dari dapur menerobos bumbung atap rumbia dalam kesejukan hujan.Ayam-ayam akan tumpang berteduh di coreng atap..Tempayan atau gurti tadah air hujan di cucur atap tepi tangga akan jadi pemandangan biasa musim hujan.Air untuk habuan basuh kaki sebelum naik tangga rumah.Dalam tempayan tu ada la tempurung kelapa yang dijadikan pencedok air nak basuh kaki tu.Tempurung tu lah yang ada dalam peribahasa "Bagai Melepas Batok di Tangga"Maksudnya buat kerja main-main je atau buat kerja tak bersungguh macam basuh kaki kat tangga tu.Kaki belum bersih,masih ada sisa kekotoran dah dilepaskan batok tu terus langkah naik tangga.Paling tak best,kat situ lah juga ayam tu nak berak.Kena taik jenis taik ayam candu yang hitam pekat macam coklat leleh tu...kalau terpijak ..uiiii....bau dia...
Kini kuih buah melaka dah tak exclusive dah...Kuih yang dulu hanya da dalam bulan puasa dah boleh didapati sepanjang tahun,,,Sedangkan buah durian,rambutan pun dah tak bermusim,,,apa lagi buah melaka kan,,,,hihihihi
Saya mengambil kesempatan mengudap buah melaka sambil berangan hendak update blog & lepas tu nak blog walking...
Kelemahan saya ni bila mengarang suka melalut kelain..bila tulis sikit ja mula segala kenangan dan peristiwa lama akan berlumba-lumba keluar dalam kotak fikiran...Nak tulis tentang buahelaka ja..tapi melalut berjela...Tapi sudahnya hanya beberapa baris sempat dikarang...Tergantung kerana kerja lain mengambil tempat...Maklumlah 2025 sudah hampir ke penghujung..
Tak apalah,bukan kita sorang yang bz...semua orang ada urusan dan tugasan masing-masing.Yang dikatakan suri rumah sepenuh masa...lagilah berlambak kerja yang tidak lernah sslesai..Harus diakui betapa kental dan sabarnya yang dinamakan suri rumah itu kerana mereka sering dianggap " tidak bekerja" sedangkan merkalah yang oaling banyak kerja ..Namun lebih perit apa yang mak saya dan mak mak lain yang
Tuesday, 18 November 2025
MASAK UNTUK TETAMU MALAM
Malam semalam punya semalam,punya semalam ada tetamu malam....Walau dah lebih pukul 10 malam,mask la juga seadanya.Kebetulan bahan mentah ada.Jadi la rezeki depa.Kalau takda apa sangat,selalunya keropok keping la akan digoreng buat peneman minuman panas.
MEE CERMIN GORENG
( FRIED GLASS NOODLE)
3 paket glass noodle
( 4 x 40 gm)
1 cawan isi udang
3 biji telur
1 pokok daun sup
1 batang lobak merah
1 batang daun bawang
1 buah tomato
cili padi,bawang putih,kicap
masin,garam,minyak
1. Jerang air hingga mendidih dah
rebus glass noodle beberapa minit.
2. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng
udang.Ketepikan.
3. Dalam minyak yang sama goreng udang
hingga masak.Ketepikan.
4. Tumis bawang putih cincang dan cili
padi cincang.Masukkan carrot yang dimayang jejari halus.
5. Masukkan glass noodle yang sudah
direbus dan gaul rata.Perisakan dan renjis kicap masin secukupnya.Tambah buah
tomato masak.
6. Kacau gaul hingga naik wap
berasap.Tambah udang goreng dan telur hancur.Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tabur
daun bawang
Thursday, 13 November 2025
BUKAN KENTANG
pi Balik kerja ingat nak singgah beli pisang goreng ,tapi sebab dah petang yang tinggal pun hanya baki gorengan yang tak seberapa & dah sejuk kejung.Tringin nak makan ubi kayu rebus..
Tapi sudahnya makan fries & kopi 0...Eh,fries tu biasanya potato kan?
Tapi ni fries versu tapioca....Nak panggil fries jugak ke atau tapioca fingers...hihihi
Ubi kayu yang saya dah potong jejari dimasukkan dalam beg plastik .Sata perisakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit..Patutnya tumbuk bawang putih & ketumbar biji ke sikit ..lagi teranfkar ni...Tapi tiada kerajinan...So,hanya garam dan kunti...Goncang-goncangkan plastik tu supaya kunyit dan garamnya merata.. Garam.sikit jer tau..
Sunday, 26 October 2025
LEMPENG KELAPA CICAH SAMBAL BILIS
LEMPENG KELAPA VERSI GARING
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa putih
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
1 telur
2 cawan air suam
Sikit minyak
1. Dalam bekas,campurkan tepung,kelapa,garam & gula.
2. Gaul rata & pecahkan telur..tambahkan air suam sambil dikacau hingga sebati..
3. Air boleh adjust..jika suka adunan pekat kurangkan air..jika suka yang cair boleh tambah air..
4.Panaskan 1 sudu minyak & tuangkan sesenduk adunan lempeng..
5. Terbalikkan lempeng &tekan2 dengan belakang sudip supaya lempeng leper nipis.
6.Balik-balikkan supaya garing kedua2 belah..
7. Hidang panas2 dengan sambal tumis @ kuah kari...
Monday, 6 October 2025
ROTI GORENG CELUP TEPUNG
Bila takda pisang nak digoreng..Roti pun jadi...
Thursday, 24 April 2025
KETUPAT UBI KAYU UNTUK RAYA PUASA 6
Alhamdulillah...akhirnya selesai juga puasa 6 tahun ini..
Tahun ni cabarannya balik saja dari cuti raya,seminggu lebih kesihatan kena cerry berry.Makan sikit saja pun akan cirit.Naknterus sambung puasa 6 masa cirit birit tu takut hidrasi pulak.Jadi doktor pesan banyakkan minum air dan makan makanan lembut.Rasanya raya kali ni lah saya paling kurang makan..
Apapun Alhamdulillah,akhirnya selesai juga puasa 6.Semalam Rabu merupakan lastday saya puasa 6.Biasa raya buat ketupat pulut tapi untum raya 6 kali ni saya buat Ketupat Ubi Kayu...Dah pernah buat sebelum ni.Antara posting Ketupat Ubi Kayu ni..KETUPAT UBI KAYU VERSI PUTIH...kat sini
Ada juga saya buat KETUPAT UBI KAYU VERSI GULA MELAKA....kat sini
Untuk Ketupat Ubi Kayu semalam tu saya ada upload kat youtube channel sayaSEROJA PUTIH
Wednesday, 19 February 2025
BUAT KETAYAP INTI BUAH NAGA
Kuih Ketayap Inti Buah Naga .

















































