Wednesday, 26 August 2026

PENGAT PISANG TANDUK

 Seingat saya,saya tak pernah masak pengat pisang tanduk.Selain susah nak jumpa kat sini,pisang tanduk juga bagi saya hanya sedap digoreng atau dijadikan kerepek.Seingat saya juga,kat kampung kami takda pisang tamduk.Yang ada kebanyakan pisang awak,pisang awak legur,pisang nangka,pisang embun,pisang bunga dan pisang emas ringan.

Saya kenal pisang tanduk ni lepas dah dok KL.Itulun rasanya voleh dobilang dengan jari berapa kali saya beli pisang tanduk..Kalu pisang nangka tu memang la selalu beli...hihihi..


Tapi dua hari lepas saya masak pengat pisang tanduk...




Prngat pisang yang kat ka.pung kami sebut serawa pisang




Dua biji pisang tanduk beli kat Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alah hari Ahad tu...
2 biji ni hanya RM5..Pada saya sangat murah kerana selalu tengok kat pasaraya dekat rumah ni sebiji pun dah RM5++..Malah ada yang lagi tinggi harga bergamtung saiz.
So kalau 2 biji ni RM5 memang murah sangat nih...
Sengaja pilih yang dah masak kuning sebab memang plan nak masak pengat.Puncanya kat tempat kerja tu ada sorang rakan dok sebut dia takkan buat pengat kalau takda posang tanduk.Baginya hanya pisang tanduk the best buat pengat.Mendengarnya sahaja membuat saya teringat invat nak beli pisang tanduk...Mudah terpengaruh!!!





Potong bulat bulat tidak menyerong kerana pisang tanduk memang besar saiznya


Berulang ulang makan....saya sangat suka kalau masak pengat atau bubur letak sagu banyak banyak...tapi kena pastikan sagunya masak jernih.Kalau ada putih putih belum masak penuh,akan potong selera kan...hihi...
Untuk pastikan sagu masak jernih,saya akan rendam sagu lebih kurang 15 minit sesambil masak pengat..Bila mendidih masukkan sagu sebelum masukkan gula.Kadang saya short cut rendam sagu dalam air panas sebelum masukkan dalam pengat kalau nak cepat masak la...itu cara  saya...mungkin ada cara lain yang saya belum tahu..hihihi 

PENGAT PISANG TANDUK

2 biji pisang tanduk
1½ kotak santan kara
2 keping gula nisan Kelantan
1 sudu teh garam
½ cawan  sagu - basuh & rendam 15 minit
1 helai pandan

1. Kupas pisang & potong bulat sederhana tebal.

2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 4-5 cawan air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula,garam dan pandan.

4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa.

** Masak pengat beberapa jam awal supaya bila nak makan pengat jadi pekat dan rasa sebati lebih sedap...in shaa Allah


No comments:

Post a Comment