Saturday, 22 August 2026

MISTERI POKOK TERBAKAR

Minggu lepas kami di tempat kerja dikejutkan dengan misteri pokok terbakar..
Tiada hujan tiada ribut,tetiba ada yang nampak sebatang pokok tua di belakang bangunan terbakar..



Pokok tua di tepi hutan kelapa sawit terbakar tapi rak tahu di mana terbakarnya dan tak tahu apa sebabnya..



Hanya nampak asap keluar dari batang pokok.Tapi sesekali nampak juga api kecil bersama.asapnya.
Yang anehnya  pokok pokok sekeliling pokok besar tu tiada langsung kesan terbakar waima kesan layu pun tiada.Pelik ni...takkan hawa panas api tu tidak langsung memberi kesan pada pokok yang memang terlalu hampir dengan pokok besar tu...





Bomba dihubungi dan tidak lama bomba pun sampai...
Saya tiada di situ waktu bomba tiba...Hanya dengar cerita dari mereka yang mengikuti pihak bomba memadamkan kebakaran pokok tu.
Katanya pihak bomba juga bingung keadaan yang penuh misteri tu.Nak kata petir,beberapa hari ni cuaca elok tiada hujan,kilat bagai.Lagipun kalau kesan petir pasti ada hangusnya. Batang pokok nampak elok sahaja.Kesan kulit btang pokok tu terkoyak tu memang dah lama..Seingat saya masa baru datang sini  setahun lalu dah macam tu..Pokok sekeliling juga langsung tiada kesan lecur..
Bomba dah padamkan api tu tak sampai ½ jam pun dah padam.Tapi hingga hari ini punca kebakaran tu masih misteri!

Esok paginya ketika grouding berhampiran hutan kelapa sawit tu...saya meninjau pokok tu..Ya,tiada langsung kesan lecur pada pokok berhampiran!
Ketika menukar kasut di tempat duduk saya beberapa orang rakan menegur saya agar tidak grounding  berhampiran kawasan pokok tu buat  sementara  waktu..Kata mereka kawasan tu memang "keras"...
Alamak,macamana ni..Saya dah bergrounding  lebih ½ jam untuk dapatkan larian anak berpusing pusing sekitar situ  untuk dapatkan langkah sejauh 2km awal pagi tu kat kawasan pokok tu...!!!!

No comments:

Post a Comment