Monday, 24 August 2026

KE PASAR MODEN SYEKSEN 16 SHAH ALAM

Kebelakangan. ni ,hampir setiap weekend saya akan mencari / bersarapan sekitar Shah Alam.Awal-awal hari tu setiap minggu bila hari Ahad  akan ke Pasar Tani Shah Alam..Selain menjamu mata dan belanja dapur barang basah,saya juga akan membeli makanan untuk sarapan dan kadang untuk lunch juga.

Kebelakangan ni dah jemu dah makanan Pasar Tani....sebaliknya menyertai Adah anak beranak mencari port sarapan sekitar Shah Alam.Hanya saja tak simpan dalam blog dek kesibukan yang tak pernah bertepi...jarang dapat update blog...Tapi tang makan sempat jer..hihihi....Ada yang viral dan ada yang suam suam kuku.Ada yang sedap dan ada yang tak kena dengan poket dan tak kena dengan tekak🤭

Minggu lepas kami bersarapan di salah satu cafe yang agak menarik  milik salah seorang artis terkenal.Nanti cerita dalam posting lain la baru syok.Hari ni cerita semalam dulu...hihihi



Semalam Ahad,saya sarapan nasi lemak sambal paru ni..RM6.60

Lepas tu pinbeli pulak teh O panas dan beberapa jenis kuih..





Ni la tempat sarapan saya semalam..Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alam...




Katanya sini juga antara tempat sarapan best...Banyak pilihan kuih muih


Katanya juga sedap sedap kuihnya dan harga sangat berpatutan..Standard harga kuih di gerai sekarang 70sen/pc atau kalau dah siap packing RM2/3pcs.Begitu juga kat pasar ni..Kebanyakan kuihnya memang sama harga 70 sebiji.
Tapi kalau kat perumahan saya dah ada beberapa gerai menjual yang dah siap pack RM3/3pcs walaupun kebanyakan gerai lain menjual RM2/3 pcs.Tak lama lagi harus jugak tu gerai lain pun akan ikut harga RM3 bermakna sebiji kuih RM1. Pada pandangan ada sesetengah kuih macam tak berbaloi nak beli denagna harga RM1 untuk 1pc contohnya macam kuih buah melaka,kuih sagu sepotong kecil tu dan juga kuih- kuih kukus bersalut kelapa seperti kaswi,apam dan puding yang potongannya hanya seruas jari.Sebaliknya macam kuih berinti yang banyak bahan dan rumit penyediaannya seperti  tepung bungkus,karipap,cucur badak bagai rasa macam patut jer harganya lebih sikit kerana bahan dan kerumitan membuatnya.


Salah satu gerai nasi lemak..Tapi kami dah terbeli gerai lain.




Kalau ikut hati geram semua kuih nak dibeli...hihihi

Kami  beli :
- karipap(saya
- puteri ayu(cella)
- abuk-abuk sagu(saya)
- koci(saya)
- seri muka(Adah)
- lepat cendol ( saya)
- popiah sira( Cella

Ok...kuih muihnya memang ada rasa dan sedap.Boleh kata semua kuih yang dibeli sedap.


Cella Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang...

Adah & suaminya pulak menyusul lepas tu pi beli juga Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang sama macam Cella & lempeng kelapa.Tapi takda pulak gambar kat saya..hihihi

Ada beberapa gerai jual nasi lemak ni...Kami terpilih gerai yang sama la pulak(Jujurnya  pada tekak saya kureng) nasi lemak gerai ni.Mungkin lain kali kena try gerai lain pulak kot kena dengan tekak🤭

Satu yang saya rasa yang bagus kat sini...walau namanya pasar tapi tak ada langsung ye bau pasarnya...Takda bau hanyir ikan atau hamis daging bagai...
Lantainya kering dan bersih tidak basah macam kebanyakan pasar basah.
Bayangkan la hingga boleh ada"foodcourt" dalam pasar ni..

Saya perhatikan ada dua kawasan tempat duduk untuk makan...depan kat pintu masuk dan bahagian tepi pasar berhampiran kawasan ju sayur dan ikan.

Konsep dia self service..Beli makanan bgtau nak makan sini atau bungkus..Order minuman dan beli la kuih bagai & cari tempat kosong ,duduk lah makan kat situ.Saya perhatikan hanya ada meja macam meja McD dan juga meja panjang berbangku panjang...jangan cari baby chai pulak,memang tiada...sesuai la tempat ni pun pasar kan....hihihi





Tengah makan...Adah cakap Pasar ni  antara pasar yang menang Pasar terbersih...Nampak kat  situ ada tulis naib johan...Agaknya macamanalah pasar yang johan tu yer..Pastinya lagi bersih & pasar mana la agaknya kan?


Tak lama pun kami makan ...kemudian bergerak nak tengok apa yang boleh dibeli...sebab dah tak pergi Pasar Tani...kena la beli ikan sayur bagai kat sini je...



Buah buahan tempatan...


Suasana dalam pasar.


Ops...singgah beli soto 3 bungkus...konon tak nak masak tengahari...boleh la buat lunch...Lagipun Sarah suka makanan bersup





Harga barang barang di pasar ni tidakalah mahal tetapi bukanlah murah..Harga biasa biasa


Tapi kalau nak belo denga. tenang dan bersih...ya,sini tempatnya....
Jualan mereka kemas dan bersih


Hampir macam dalam pasaraya cuma tidaklah beraircond..


Geram tengok aneka pisang...Saya beli juga pisang tanduk & pisang rasatali


Beli sikit sayur kampung...pucuk betik...halia lengkuas


Ikan tak banyak pilihan sangat tapi  ikan ikannya nampak segar dan bersih...tiada bau pasar


Berkenan ikan tuna ni RM18/kg
Beli sekor hampir 2kg - RM31.90


Tengok pucuk betik teringan Pasar Tanjung ,Tawau....Rindunya pada bumi Tawau....Berkeswmpatan 5x ke sana swpanjang 2 tahun....Semoga ada rezeki ke sana lagi....in shaa Allah


Antara sayur kampung lain


Ayam juga nampak segar dan bersih...
Asalnya taknak belindah ayam,tapi teringat anak jantan tu tak makan ikan ...beli la juga ayam...hihihi



Last...sebelum balik...singgah gerai ni beli kulit lembu...Tak la elok sangat kerana kebanyakan nipis.Saya suka yang tebal tebal tu...Walau nipis tapi sebab nampak bersih dan tak berbau sangat....maka saya beli.


Antara bakinkuih muih  tadi bawa balik buat kudapan petang ...Alhamdulillah elok tak basi.
Sesambil tu bersihkan ayam,ikan bagai.....saya tanak nasi....Laaaa ..kata  nak makan soto jer taknak masak  nasi lauk bagai....🤭🤭🤭






No comments:

Post a Comment