Semalam cuti Maulidurrasul.....seawal 7.30 saya bercadang untuk ke pasar dekat dengan perumahan kami ni kerana tekak teringin nak makan soto..
Lagi satu sebab malam tu sebab da visi memburu buah dabai...Haaaa dabai ni kita cerita kemudian yer!
Masa nak keluar...tersekat dengan perarakan maulidurrasul komuniti penduduk setempat..Baru teringat,eh,cuti Maulidurrasul kan...hihihi
Tanpa dirancang,Cella,Adah & Sarah ikut sekali.Kira geng gegirl jer lah...Plan nak ke pasar diubah kepada pergi sarapan kat luar.Tak jadi nak beli bahan masak soto,sebaliknya replanning cari soto kat kedai sahaja lah..
Pusing punya pusing teringat pulak dah deal nak ambil buah dabai @ Lakefield pukul 11.00 pagi.Maka kami putuskan cari sarapan kawasan Lakefield.Ternampaklah satu restoran berhampiran sebuah hotel...Nampak banner dia ada aneka sarapan menariks....Teruslah singgah
Hmm....tak seindah banner....Nampak macam banyak pilihan tapi bila dah masuk ..ada la serba sikit roti jala dah siap buat dalam bekas,lempeng dah siap buat dan dah sejuk dalam tray ...nasi lemak pun ada la ayam goreng sikit & paru.Tali dah masuk,tak sedap la nak keluar tanpa pesanan...Adah pesan la juga nasi lemak lauk paru.Saya juga asalnya nak ambil nasi lemak tapi masa pekerja dia cedok nasi letak atas pinggan saya ternampak menu atas meja ada lontong kering.Wah,menarik jugak ni Nak batalkan nasi lemak tu tak seronoklah pulak sebab dia dah letak nasi atas pinggan walaupun belum letak lauk.Maka nak kirangkan rasa bersalah,saya minta pekerja tu bungkus sahaja nasi lemak tu & suruh letak seketul ayam goreng.Mass saya cakap nasi lemak tu nak bungkus & saya nak pesan lontong darat,mmmm,nampak la buat muka tak senang..Mungkin kerana nasi tu dah letak atas pinggan.Tapi kan lauk belum letak & saya tak batalkan pesanan pun.Malahan tambah order nak makan lontong darat..Adah amik nasi lemak lauk paru
Tak lama kwudian roti bakar telir goyang Cella sampai....Nampak Cella sual sesuap terua tolak tepi....Bila tanya...dia kata tak boleh telan sebab marjerin dia tengik!!!?
Hanya nasi lemak ni jer tengok Adah makan dia kata boleh la ..Nasi ada rasa nasi lemak...Minumannya Ada order Teh ais..Cella milo ais dan saya teh O panas..Nasib baik teh O tu panas...boleh telan habis segelas teh O panas tu








No comments:
Post a Comment