Sunday, 13 September 2026

RANDOM SHORTS

Air Sirap...
Salah datu minuman kesukaan dan menyimpan banyak nostalgia..
Ramai juga sebut air kenduri....tapi zaman kanak kanak saya dan kawan kawan sebut " air merah"




Setiap kali makan jejari keledek goreng pasti akan terbayang jejari keledek goreng di depan Fakulti  Pengurusan Maklumat,Uitm Kampus Puncak Perdana.Boleh katakan setiap hari akan beli sekitar 2006-2008 makan ramai ramai dalam kelas.Haaa...ya,saya pernah study di situ selama 2 tahun...panjang ceritanya..hihihi



Tak tahu di mana silapnya.....tak glowing



Lupa yang saya pernah beli minyak ni
Beberapa minggu lepas,bangin pagi langsung tak boleh nak berdiri..Takda angin takda ribut,tetiba berpusing pandangan dan rasa loya..Lebih 1 jam macam tu terpaksa wasap big bos saya MC.....baru teringat ada beli minyak daun bidara ni...Hanya beberapa detik selepas sapu pada abdomen terua muntah dan LEGAAAAAA macam tak ada apa berlaku..Segar macam tak pernah pening tak pernah muntah...Terima Kasih Allah....Alhamdulillah



Pemandangan dari jendela bilik tidur ..




Limau



Bulan sabit...dari jendela...tapi ni pic bulan lepas...Kalau semalam belum nampak hilalnya sebab malam tadi kan baru 1 RabiulAkhir 1448



Pisang rastali


Kuih koci...
Katanya moci Jepun tu asalnya dari kuih koci orang Melayu....Dorang  tak tahu nak sebut koci...dorang sebut moci....hihihi jangan percaya!


Burung-burung ...view dari tingkap tempat kerja



Kesukaan



Pengar Cempedak



Kacang hijau ....rendam nak buat bubur



Dulu saya tertanya apa function "kerusi putih" ditengah tengah pizza...
Rupanya "kerusi putih" tu sebagai penahan agar penutup kotak tak metosakkan topping pizza..
Ada ke yang sama ngan saya baru tahu?
Hihihi

 



Sarah....
Kalau naik kereta suka duduk atas armrest kat tengah tengah seat depan tu..Sejak ada cucu...pocket belakang seat tu dah penuh mainan....hihihi
 

No comments:

Post a Comment