My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Wednesday, 23 September 2026

BUNGA KUBUR & BUAH KUBUR?


Bunga Kubur...
Padahal namanya bunga kemboja...
Eh,kenapa bukan bunga Vietnam..bunga Malaysia...bunga Thailand?
Heeee...entah siapa memberi nama bunga kemboja..
Teringat dulu masa masih sekolah ada tefilem Tragedi Sri Mersing..sinambungan filem Seri Mersing lakonan Nordin Ahmad & Rosnani Jamil...
Kalau dalam Seri Mersing yang tu paling famous pantun dari Damak lakonan Nordin Ahmad:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba menumpang lalu..

Hahaha ..filem dan lagu dulu dulu kita mudah ingat dan melekat dalam ingatan....tak macam filem dan lagu lagu sekarang...takdan nak ingat...hihihi

Telefilem Tragedi Seri Mersing tu seingat saya pertengahan tahun 80-an tapi tak ingat jelas tahun lapan puluh berapa...
Lakonan Noorlida Ahmad,Rahim Jailani & Zulkifli Zain..
Nama-nama watak anak gadis yang menjadi rakan sekampung juga nama bunga iaitu Keembong,Siantan dan Kenanga lakonan Julie Dahlan..
Lain lain saya dah lupa...Maklumlah masa tu masih sekolah & tengok TV pun rumah Long Che Mah...jiran sebelah runah.TV pun masih TV hitam putih dan guna kuasa bateri basah...
Tapi paling melekat masa tu watak antogonis,Bentayan lakonan Zulkifli Zain...
Watak Kemboja entah ada atau tidak tapi kalau tengok bunga ni saya akan ingat Tragedi Seri Mersing...


Ni gambar bunga kemboja ni saya snap tepi kubur bersebelahan Masjid apa ek...berdepan Pasar Malam Yan,Kedah..Masa tu singgah solat asar situ & singgah pasar malam lepas balik dari makan Mee Udang Pulau Sayak..



Ni pulak bunga kemboja snap kat Kampung Agung,Pulau Pinang


Bunga secantik ini ....seharum ini ...
Tapi tak tahu kenapa tempatnya  senonim dengan kubur....


Ini juga berlatar belakang kubur.
Tapi ini bukanlah Buah Kubur....
Hihihihi....


11 comments:

  1. Saya suka bunga kemboja, wangi baunya dan ada pelbagai warna cantik. Tak kisahlah walau dikaitkan dengan kuburan pun.

    Ceh…saya excited nak tahu buah kubur tu macam mana. Nakal tau MamaCella ni 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka bunga kemboja...Hahaha..buah kubur tak boleh makan

      Delete
  2. Nama Bentayan tu sampai skrg melekat dlm kepala Sy. Wpun Sy tak ingat langsung dah pasal cerita ni dan para pelakonnya.

    Sy suka bunga kemboja, wangi dan lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Bagi generasi seangkatan pasti melekat nama Bentayan kan

      Delete
  3. Alamak, teringat pulak mak Bentayan tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang pun masih ada yg sebut sebut Mak Bentayan...

      Delete
  4. Depan rumah dana ada 1 pokok kemboja warna pink kak... suka bunganya bila dia gugur cantik. Bunga kubur tu ke yg org kata boleh makan isinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bunga kemboja banyam juga versi warnanya....pink..merah,putih,cantik kan...

      Delete
  5. Hebat betul satu bunga kemboja boleh membuka begitu banyak memori lama 😊 Filem, pantun sampai TV hitam putih pun masih melekat. Nostalgia zaman dulu memang lain auranya.

    ReplyDelete