My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 29 September 2026

BUKAN SUKIYA

 

Menu dinner malam tadi...


Bukan Sukiya
Tapi ala ala sahaja kerana inspire daripada  Sukiya...hihihi






Versi kita jer lah tapi....


Daging tu daging tempatan beli masa balik Kedah cuti Merdeka hari tu.
Kebetulan daging lembu muda agaknya ..memang lembut..
Saya hiri nipis nipis 
Bila celur dalam  rebusan sup tu memang sekejap sahaja lembut dah...manis dan sedap dagingnya..




Sos no la puncanya....
Kewpei Rosted Sesame  macam kat Sukiya tu
Cella campurkan dengan bawang putih cincang  & 



Campur chilly oil pulak....memang ngam.
Chilly oil tu saya memang ada buat stok beberapa botol sebelum ni tapi asyik lupa nak ambil gambar simpan dalam blog ni..
Minggu lepas saya bawa sebalng ke tempat kerja..Depa kata sedap..Taktau la memang sedap atau depa saja nak ambil hati....hihihi



Takda periuk steamboat..
kita guna apa yang ada ja....rice cooker
Masak atas meja makan ....hihihi
Pun habis semuanya...!






Bahan apa adanya sahaja
* Daging slices
* Tahu lembut
* Telur rebus
* Sayur bayam
* Broccoli
* Bendi
* Carrot
* Cendawan Enoki
* Dumpling


Takda pulak dulang bulat nak letak sesayur tu..
Dulang kopi pun belasah je lah...hihihi

Daging tu laku keras


Sama juga dumpling ni
Yang depan kecil kecil ni dumpling daging kambing.Yang besar sikit ru dumpling udang....beli yang frozen je...



Broccoli dan bayam tu asal ceritanya...
Dok tengok medsos lalu lalang bayam rebus dan telur rebus makan dengan sos kewpei roasted sesame tu...
Dah masuk kali ke 3 beli bayam tapi berakhir bayam tu kat tong sampah...sebab tan buat buat pun...Tamtau kenapa sayur bayam cabut tu kalau beli hari ni kalau tak masuk peti ais...esoknya berair jadinya...
Ni kali ke 3 beli baru jadi...+ bahan lain inspire  Sukiya...hihi


Sup tu saya saya buat versi light- light ja
Tumis bawang putih,bawang merah dan halia dalam sikit sahaja minyak.Bila harum,masuk air ½ rice cooker tu...Tambah kuih ayam...JANGAN tambah garam dah...
Sedap betul rasa sup tu...Baru daat tune rasa.Rulanya JANGAN + garam ..
Tapi tu la...guna rice cooker ni...nak cedok kena berdiri sebab  rice cooker agak tinggi & tak nampak isi dalamnya
Mmm...nampaknya lepas ni nak kena beli juga  la hot pot kat shopee tu...hihihi


Gambar ada banyak....
tepek jer lah....🤭



Sayang kalau membazir gambar😅


Lagi gambar.


Makan malam kami...
Pakat doa supaya hujan...nak feel makan makanan panas ni dalam cucaca dingin hujan..
Tapi hujan tak turun....
Malahan hari ni jerebu yang datang...kemain tinggi IPU 
..melebihi 100
Tapi malam ni dengar guruh berdentum...
Walau tak hujan...sebab nak feel juga sejuk..on je lah aircond & pejam mata bayangkan ada salji kat luar....sedar-sedar habis semua makanan dan sup seperiup tu...
Brrrrr....
Alhamdulillah....


No comments:

Post a Comment