Friday, 11 September 2026

MASAK & MAKAN KAT KAMPUNG

 Sudah beberapa hari tak boleh nak update blog...Bila nak upload gambar .jadi kosong..

Minggu lepas tak boleh nak kom3n & reply...Kemudian tak boleh upload gambar.Taktau pasai apa...Semalam dan malam tadi masih tak boleh upload gambar....Ni baru ok..baru boleh




Share dan simpan menu lunch keluarga kecil kami di kampung minggu lepas masa balik cuti bersambung Hari Merdeka 31 Ogos.Walau tak cukup korum tapi  sudah cukup membuat mak bahagia dan makan bertambah.




Mak tidur kat rumah kami di pekan.Tapi pepagi mak dah gerak balik kampung menunggang motor sekitar 20km..Mak call,dah masakkan sambal tumis udang + petai.
Memandangkan makndah masak sambal petai...Saya pesan Achik supaya jangan beli atau masak apa apa lauk dah kerana saya akan masak kari dan goreng ayam.Cukup lauk itu sahaja...!


Sebelum balik kampung,saya singgah Merket Pendang beli ayam dan ikan
Seekor ikan tuna saya masakkan kari + rebung.Masyaa Allah,dah lama tak makan gulai rebung...Rasa sedap sangat dapat makan lauk nostalgia ni..



Rebung liar a.k.a orang kampung kami sebut rebung hutan.Dicari oleh adik jantan bongsu nan sorang tu.
Keistimewaan rebung hutan ni tidak "berbisa" macam rebung madu bagai.Orang tua-tua di kampung kami lebih suka rebung hutan kerana kat depa ,makan rebung buluh madu sakit urat,kembung bagai.Tetapi kalau rebung hutan ni in shaa Allah tak sakit urat..Wallahualam...saya ni  rebung apapun makan belaka...hihihi





Ayam goreng wajib ada ...Aqil suka ayam goreng
Sepupu Aqil...mak sedara Aqil ni pun suka ja kalau ayam goreng kat kampung.

Tak tau pasai pa,kalau ayam kat merket Pendang tu saya rasa sedap sangat bila digoreng..juicy,manis dan garing sekata.Jangan pelik kalau ke pasar @ beli ayam belah Kedah ni memang ayam nampak warna kuning tau!
Depa akan sapu kunyit kot ke apa ker & layur atas api untuk bakar bulu bulu halus pada ayam dan ayam akan ada bau macam smoke gitu la...Seingat saya memang dulu kalau sembelih ayam kat kampung lepas cabut bulu ayam,memang kena hidupkna api...ayam akan dilayur sebelum potong dan basuh.Sekarang kalau kat pasar takda la depa hidupkan api macam dulu..sekarang depa susun ayam atas redai & depa guna penunu besar untuk "spray" api pada ayam....
Ala,yang macam chef sembur api nak cairkan gula atas dessert cream brule tu... saya tak tau nama sebenar alat tu🤭😄



Makan di kampung tidak sah 
kalau takda ulam..Maka nak bagi sah ,kena la ada ulam🤭🤣
Semua ulam tu petik ja keliling rumah mak,kecuali putik jagung tu saya beli.Asalnya saya nak buat SAYUR LEMAK PUTIH PUTIK JAGUNG bersama suhun yang mak selalu masak dulu dulu...Tapi sebab dah ada gulai ikan tuna dan sambal udang,tak jadi masak sayur lemak putih tu..Saya rebus jadikan ulam...Sedap banget! Selalu juga saya rebus putik jagung buat ulam tapi tidak sesedap yang kali ni.Mungkin putik jagung ni fresh baru petik agaknya
Selain tu ulam lain yang saya sediakan:
- Pucuk beka rebus
-Pucuk ajinomoto rebus
- Rebung rebus
- Pucuk samak( yang ni ulam mentah,)
-Terung Siam( ulam mentah)

**Cabai timbuk (sambal belacan) tu haruslah air tangan mak...Baik saya maupun Achik kalau buat takkan sama macam mak buat.Kalau balik kampung akan merap mak tumbuk cabai...hihihi


Sebab dah pesan Achik tak payah beli atau masak lauk,Achik bawa tembikai buat dessert...



Alhamdulillah....Allah masih beri kesempatan dapat makan bersama  di kampung...Allah kurniakan nikmat berselera setiap kali makan di kampung...(padahal makan kat mana mana pun saya ni jarang tak berselera)🤭🤣



Sarah juga,masih tak boleh move on seronok dia beberapa hari kat kampung semua orang "meratukan" dia....Semua melayan dia sorang... Achik bawa meronda keliling kampung....tengok ayam,lembu ikan bagai.....Dia hari-hari "berzikir" nak "balik tampum,jumpa onyam...Achik...naik oto"




No comments:

Post a Comment