Pejam celik pejam celik dah dekat dua bulan Adah kat seberang Laut China Selatan nun..
Adah tu masa belum kahwin,boleh dikira dengan jari dia masuk dapur...Dalam hati risaunya dia tak reti masak.Cuma lega sikit sebab lepas kahwin terus ke Sabah & tak sempat la mak mentua tau dia tak pandai masak..hihihi
Tapi dah kawin...dok jauh pulak...kena la juga masak..
Jom,kita intai dapur Adah
Ni beberapa hari berada di sana dia share pic ni kat saya...Masak nasi goreng sosej & telur buat bekal suaminya pi kerja...Katanya barangan elektrik seperti blender,rice cooker bagai masih dalam pelayaran bersama kereta...
Dalam hati..harapnya dia belajar la masak lepas ni..Jangan la hari-hari masak nasi goreng ja jamu suami dia...
Fettucini Carbonara..
Ok la sikit nampak ada masakan lain...hihihi
Ish...dalam hati berdoa agar dia explore la lagi masakan lain...
Atau Udang Goreng Kue Teow?
Hihihi...banyak udang dari kur teow...
Dia cakap bulan lepas sebulan lebih 4kg udang .Maknanya depa makan seminggu sekilo udang...
Makan la nak.. sementara tempat seafood murah.
Dulu mak hang jarang beli udang kan sedangkan udang tu favourite hang....
Sekarang Allah kurniakan rezeki tinggal kat "lubuk" udang...🤲
Rasa macam ingat dia pernah buat agar-agar milo ni dulu...
Rasanya la....🤭
Adah kata kali ni dia buat lagi sedap..
Ok...ok...
percaya🤭
Nampak sedap jugak ni
Dia kata nak masak Olio seafood..
Tapi belum dapat tune rasa seperti yang saya masak..
Padahal saya masak lagi la olio bodo ja takda udang bagai...
Cakap jer la...dah rindu masakan mak awak!
🤣🤣🤣🤣
Ish tak jemu ke...
hihihihi....
Ada la beberapa kali dia video call kat pasar tanya nama nama ikan..
Hmmm...Alamak,rupanya banyak pula ikan-ikan yang saya pun tak pernah tengok..
Nampak banyak juga ikan-ikan yang saya tak pernah nampak kat sini.Mungkin juga
Saya cadangkan Adah berkunjung ja ke blog CIKGU AMIE...
Banyak info tentang ikan-ikan yang biasa terdapat di Sabah...
Yeay...dah ada kemajuan..jgn risau kak..insyaallah Adah akan pandai masak x lama lagi...suruh dia cari resepi kat blog SA jugak..hahahaha
ReplyDeletemak pantau anak hehehe.. takpe slow-slow makin byk menu tu.. tapi wahhhh mmg syok dpt duduk kat lubuk udang seafood sana tu hehehe
ReplyDeleteMesti suami Adah ni jenis tak cerewet makan, kan. Sy baru² kahwin dah kena masak gulai, ingatkan asam pedas, sampai merajuk member. Tengok gbr, mmg patutlah 4 kg udang dlm sebulan 🤣.
ReplyDeleteLama2 pandai la Adah tu msk.. mn nk tumpah kuah kalau bkn ke nasi.. lgpun, zaman skrg ni byk je org share video mskan.. ank kak lin mcm tu la.. 😉
ReplyDeletelama2 terror la tu, tambah2 menu udang..dapnya..besar2 & nampak fresh...
ReplyDeleteBaru² memang camtu. Tengok la nanti tahun depan. Mesti dah pelbagai menu adah masak. Aduiiii, tengok udang tuuuu. Sedapnyaaa
ReplyDeleteOooo, tengah suka makan udang. Cubalah Adah masak ikan pula. Boleh beli ikan yang sudah siap potong. Boleh masak kari, lemak cili padi, asam pedas, masak ikan dan yang sewaktu dengannya.
ReplyDeleteHihihi. Tergelak bila maknya terdetik janganlah asyik makan nasi goreng dan lauk bujang je. Hahahahah.
ReplyDelete