Tuesday, 10 October 2023

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH FROZEN

Minggu lepas dapat buah belimbing  buluh dari rumah Rose..

Separuh dan  masak ASAM PEDAS DAGING + BELIMBING BULUH

Separuh lagi say potong atas bawahnya dan masukkan dalam bekas ..frozenkan..


Inilah belimbing frozen tu..ada lebih kurang 20 biji


Bila reheat ..Alhamdulillah masih cantik tapi tidaklah rangup macam buah fresh.Ketika separuh beku,saya belah enam setiap belimbing buluh tu.Memang dah plan nak masak Sambal dengan bilis.



Saya guna dalam semangkuk ikan bilisnya..

Saya guna cili padi merah Bangladesh ni..Kalau tak suka pedas boleh ganti cili besar merah.

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH FROZEN
20 biji belimbing buluh ( saya guna yang frozen)
1 mangkuk ikan bilis bersih
minyak,garam,gula

Bahan blend:
2 genggam cili padi merah
1 biji bawang besar
5 bawang putih.

1. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan goreng bilis hingga garing.

2. Terus masukkan bahan blend dalam gorengan bilis.Tambah ½ cawan air.

3. Masukkan belimbing yang dibelah-belah dan masak hingga naik minyak.Perisakan.

4. Masak hingga naik minyak & sesuaikan rasa.



Sambal tumis pedas -pedas masam macam ni memang kesukaan saya.Cukup hanya tambah ikan goreng garing.Kalau dapat ikan lengat pastu goreng garing...uiii..


Masak sambal kena minyak tu lebih sikit baru sambal masak elok...Kalau kurang minyak,nanti sambal akan ada bau maung cili tu.
Tapi kalau yang jaga kesihatan,sebelum hidang,cedok buang la lebihan minyak tu...hihihi



Dah 3x ulang panaskan..




Biar sejuk dan masukkan dalam bekas...Saya biarkan suhu bilik,tiga empat hari ...masih elok...
Tapi kalau ikut pakar pemakanan atau pakar kesihatan...memang kepantangan la kan membiarkan makanan pada suhu bilik...hihihi


Lauk macam ni memang kesukaan saya tapi bukan untuk tekak anak-anak..Maka lepas siap masak,sejukkan kejap ...frozenkan..


11 comments:

  1. Tahan betul lidah Mak Cella makan cili bangladesh ni. Sy mmg tak sanggup la, kalau cili hijau okey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah cuba...lama-lama jatuh chenta ooo kat cili merah ni..hihihi

      Delete
  2. nampak ada belimbing buluh juga dalam peti ais..kat mana ntah encik suami petik pastu tak reti-reti nak masak. sabtu nanti kaau masih ok kita buat camni jugaklah

    ReplyDelete
  3. Kak lin skrg pun da mcm umi cella.. pantang nmpk cili bangla ni.. msti letak sikit, baru kick!! Padahal, da tua2 ni lidah bkn bole mkn pedas sgt.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....lelama try...sebenarnya cili ni berperisa berbanding cili padi biassa

      Delete
  4. Cili padi bangla ni kira masih ok pedasnya. Ada lagi jenis cili padi yang lebih pedas, tapi tak tahu nama dia. Biasanya digunakan di kedai makan Indonesia untuk dibuat sambal geprek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya cabe hiyung atau biasa kami sebut cabe rawit merah kak Amie 😄🤭. Asalnya dari Kalimantan . Saya pun kalo dah bikin sambal, pake cabe hiyung tuh wajib banyak 😄❤️

      Delete
  5. Belimbing buluh banyak, tapi jarang2 buat sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat nak ja saya pi minta sikit belimbing kat rumah wak...hihihi

      Delete
  6. Resep sambalnya menggoda nih kak. Saya bisa bayangkan asam pedas menyatu yaa 👍👍. Baru tahu kalo belimbing wuluh simpan dalam freezer sebaiknya potong ujung2nya. Saya tak pernah simpan dalam freezer. Pikir tak bisa, takut lembek. Tapi kalo bisa, esok2 saya nak simpan sebagian di freezer juga 👍

    ReplyDelete