Wednesday 4 October 2023

ASAM PEDAS DAGING + BELIMBING BULUH

 

Masak Asam Pedas Daging + Belimbing Buluh.


Belimbing buluh antara makanan masam yang saya suka untuk dirampai bersama lauk pedas.Dulu- dulu zaman kanak-kanak dan ramaja,belimbing buluh adalah antara yang saya paling tak suka.Namun seiring dengan masa dan usia,banyak keadaan dah berubah termasuk selera.Kini,belimbing buluh menjadi pembuka.selera yang memang jarang tertutup.ni🤭


Belimbing ni dapat kat rumah Rose.



Hari tu pi rumah Rose dengan Kak Mel.Rose ajak petik belimbing buluh yang lebat kat luar pagar rumahnya
Teruja betul saya melihat belimbing buluh yang lebat tu.


Kak Mel leka memetik ulam pucuk gajus.


Belimbing buluh hasil panen di rumah Rose


Saya masak asam pedas bersama daging.Hanya itu protein yang ada dalam peti ais..Dah 2 minggu tak pi pasar..Daging tu pun entah bila tapi yang pasti,daging tu yang Pakcik beli bagi bawa balik KL.

ASAM PEDAS DAGING + BELIMBING BULUH
500 gm daging 
25 biji  belimbing buluh
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
5 helai daun limau purut
minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering- rebus
1 bawang besar
3 bawang putih
5 hiris lengkuas
1 ketul kecil halia
1 serai

1. Potong kiub daging 

2. Panaskan anggaran ½ cawan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak

3. Masukkan daging dan masak hingga daging mengeluarkan air dan mendidih.Tambah 2 cawan air dan masak lagi hingga daging empuk.Jika belum empuk tambah air panas dari masa ke masa hingga daging empuk.

4. Masukkan belimbing dan masak lagi hingga belimbing lembut.
( saya suka masak lama hingga belimbing nampak lut sinar)

5. Masukkan garam,gula dan air asam jawa ikut kesesuaian rasa.Masuk juga daun limau purut.

6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan  supaya kuah naik minyak dan cantik.


Saya masak dalam rice cooker sebab
nak bagi daging cepat empuk.


Dah empuk semua baru alihkan dalam kuali.Sebab rice cooker tu nak masak nasi la pula...hihihi


Kalau dah ada asam pedas.....maknanya lepas tu akan ada sambungannya...hihihi


16 comments:

  1. sedap...masak kari sardin or ikan pun ammi suka letak belimbing buluh ni

    ReplyDelete
  2. Kecur terus bila melihat belimbing buluh!
    Sedapnya, macam teringin puola nak masak asam pedas begini. Tunggulah kalau ada belimbing buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau namanya asam...rasa kecur kan cikgu...

      Delete
  3. belimbing buluh memang sedap kalau guna dlm masakan pedas. Kalau masak gulai pon sedap

    ReplyDelete
  4. Syukur selera jarang tertutup kan 🤭

    Tak pernah masak asam pedas letak belimbing buluh, menarik untuk dicuba. Kena tunggu ada belimbing buluh la jawabnya, susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      Setakat ni ..selera tu jarang menurun...hihini

      Delete
  5. x suka sgt belimbing tu but yesss to asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. MA boleh makan daging....belimbing tu bagi saya...hihihi

      Delete
  6. Oh, ni la prekuel lempeng tu ya 😋😋😋

    ReplyDelete
  7. Sungguh ke masak dlm rice cooker daging cepat empuk? Kena cuba ni.. sllu kak lin rebus dulu dagingnya.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaunikut pengalaman saya...betoi la k.Lin....selain cepat empuk...dapur pun tak la comot dengan percikan sebab rice cooker kan kita boleh tutup rapat..Yang comot hanya cover rice cooker ja,swnang nak cuci.

      Kalau rebus daging @ masak sup juga saya suka guna rice cooker walaupun ada PC..

      Delete
    2. Ok bole try bila msk daging kuantiti byk.. xyah kluarkan PC.. rice cooker sllu ada je ats kabinet.. PC ni jrg2 guna.. so simpan dlm stor je.. 🤭

      Delete