Bulan ni kan kat rumah saya "Bulan Kambing"🤭
Awal pagi tadi memasak Kari Kambing...
Kebetulan hari ini saya cuti...
Cella pula balik sejak hari Sabtu..
Patutnya semalam dia balik kolej..Tapi bila bagitau mak dia cuti...laju ja dia "offer" nak balik pagi ni...dengam syarat hantar terus ke kelas & includ bekal lunch...hihihi
Kita pun malam tadi dah keluarkan kambing yang memang beli dok simpan tunggu dia balik.
Keluarkan 1 pack kambing beku ada 6 slices.
6 keping kambing(+-1kg)
3 sudu rempah kari daging
3 sudu rempah kari ikan
¼ kotak kecil santan Kara + 1 cawan air
6 biji kentang- belah4
2 biji tomato masak - belah 4
10 cili padi hijau
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu gula melaka
minyak,garam,
Bahan Tumis:
1 bawang hollad-hiris
3 bawang putih -ketuk
1 ketul halia-mayang
3 tangkai daun kari
3 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang & buah pelaga)
1. Rebus kambing sekeping-sekeping tanpa potong.
2. Panaskan minyak anggaran ½ cawan dan tumis bahan tumis hingga harum
3. Masukkan kedua-dua rempah yang dibancuh dengan 2 cawan air.Masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kepingam kambing bersama air rebusan & juga kentang.Masak hingga kentang empuk.
5. Masukkan tomato,cili hijau dan santan.Perisakan
6. Masak hingga semua bahan empuk dan sesuaikan rasa.
7. Kecilkan api dan renih dengan api perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak.
Rempah tumis dah garing,kita masukkan kambing bersama air rebusan & kentangnya...
Cella bawa bekal 2 bekas nasi dan 2 bungkus kari kambing...Nak makan kongsi-kongsi dengan kawan kelas masa lunch katanya...
Anak jantan sorang tu pun nak bawa bekal nasi juga sebab nampak kari kambing ni,...hihihi
Sayangnya dek kalut takut depa lambat...lupa nak snap bekal depa...hihihi
Terus gerak ke UPM hantar anak dara tu.
Masuk ja kereta....tutup ja pintu..
Ting...ting...ting....
Ingtkan pintu tak rapat....
Dah ulang tutup ada lagi bunyi..
Ting...ting...ting...
Check bonet pun ok ja ..
Bila lepas handbreak ..masuk gear...ok dah tak bunyi...
Jalan sikit..tak sedap hati pula..
Berhenti sekejap..free gear & tarik handbreak..
Ting...ting ..ting...
Ish..pasai pa la pulak..
Sekali....Nah..!
Tengok kat dashbord berkelip-kelip
"no key"
Baru teringat tadi Cella yang pegang kunci kereta...
Nasib baik tak terus drive balik.Buatnya singgah memana,matikan enjin...Nak hidupkan balik dengan apa?
Kalau tidak..haru jugak...
Terus call Cella..dia tak jawab..tapi dia whatsApps tanya kenapa..
Bila tanya kunci..haaa,memang ada kat dia.
Dia minta tunggu lama sikit sebab baru masuk kelas,ada presentation pulak..Dah la sampai lewat 10 minit...nak excuse pulak...
Duduk la dalam kereta menunggu dia..Nasib baik belum matikan enjin,dapat la dengar radio & pasang aircond..
Tak lama lepas tu nampak kawan kelas dia terjengul tepi tingkap...
La....dia minta tolong kawan yang dah lama masuk kelas tolong excuse " nak ke toilet" padahal keluar hantar kunci kereta...hihihihi
Alhamdullah,Allah mudahkan urusan.
suami sy suka letak kunci kereta dalam poket seluar dia. bila dia keluar kereta g toilet ke kedai ke, bawak kunci tu sekali, kita dalam kereta dah tak boleh keluar nk tinggalkan kereta, kunci takde nk lock kereta. kalau saya kunci letak dalam kereta masa drive.
ReplyDeleteSaya pernah cuba letak dalam kereta..Tapi tu la saya ni jenis pelupa...Berkali nak lock tapi fail...tit...tit..tit...rupanya kunci tinggal dalam kereta🤣
DeleteTu yang biasanya letak dlam handbag...cuma nka jadi cerita anak dara tu drive dia amik kunci masuk handbag dia...hihihi
Ish, kambing lagi hahaha...
ReplyDeleteBulan ni bulan kambing...hihihi
DeleteHahahaha.. sy pernah kena macam tu, Iman hidupkan enjin kereta, sy pulak tak perasan kunci tak ada sebab bawa beg lain. Sekali, Iman dah turun... Nah kauuuu.. bunyi ting³ lepas tu nmpk simbol kunci berkelip. Berdebar terus sebab Imannya dah hilang dr pandangan masa tu 🤭.
ReplyDeleteMak Ngah, kiranya masak kambing kari tu biar slice ajelah ya, tak yah potong, okey, nanti kalau ada kambing slice kat umah boleh lah masak kari. Selalu kambing slice buat lamb chop aje.
Adoii....kita dah la jenis neves...hihihi
DeleteYa...saya buat sekeping. sekeping no poccong poccong🤣
SA suka masak macam ni gak..tapi kadang beli gak yang cube tu..pernah gak la jadi kat PZ, dia htr dania sekolah..pas tu suruh dania pegang kunci..dibawanya kunci masuk sekolah..sekali berhenti kat surau nak start balik x leh..kena call bantuan..hahaha..nasib sekolah x jauh mana
ReplyDeleteAdoii...lagi naya kalau tertinggal handphone🤣
Deletefuhhhhhh ini kalau cicah roti jala pon mantap ni! hehehe
ReplyDeletekan.....roti canai ka...roti slice pun jalan ni
DeleteAlaaaa... kereta uncle tak bagitau pun kalau No Key...
ReplyDeleteTak aci! :D
Kereta uncle pandai simpan rahsia...🤣
DeleteKari kambing 😍😍. Selalu sukaaa masakan ini. Pakai nasi hangat memang confirm lupa diet 😄. Terlihat besar dan kental kuah dia kak 😍. Dulu zaman sekolah pun rasanya saya selalu minta dibawakan bekal makanan fav oleh mana. Untuk makan di kampus 🤭
ReplyDeletediet selalu ke lauttttt dalam🤭
DeleteOrang have2 ni makan kambing selalu2.
ReplyDeleteMacam-macamlah tragedi kunci kereta ni terjadi kat saya kalau keluar dgn En. Suami.
ReplyDeleteBiasanya saya tak ada pilihan selain kambing slice. Itulah dipanggang, itulah dikari, itulah disup, dikurma....
Kambing masak apa pun sodap
ReplyDeleteKita masak kari kepala ikan petang tadi. 🤭. Nak masak kambing memang lambat lagi lah. Jarang beli kambing slice kak.
ReplyDeleteSllu buat lamb chop je.. xterfkr msk kari guna slices ni.. 🤭
ReplyDeletefavourite anak² ni kari kambing... makin lama makin sedap kuah karinya cicah roti canai frozen
ReplyDelete