Bukan....
Ini Gulai Umbut Pisang..
Kalau batang pisang lembu kerbau suka la makan selepas dicincang..hihihi
Kebanyakan orang biasa sebut Gulai Batang Pisang.Tapi sebenarnya Umbut Pisang sebab yang diambil hanya umbut iaitu bahagian yang masih lembut ditengah dalam batang pisang.
Jangan tak tahu pulak...yang umbut pisang hanya ada pada pokok pisang muda yang belum pernah berbuah.Maknanya pokok pisang dara la Kalau pokok pisang dah berbuah bahagian tengah dalam batang dah jadi empulur dan keras tidak boleh dimakan lagi...Lebih keras daripada bahagian luar batang pisang...!
Kena tahu tu yer!
Saya masak Gulai Daging + Umbut Pisang ni dua hari lepas iaitu hari Sabtu.Dapat umbut pisang dari SINI....
Saya masak cara kebanyakan orang belah Kedah masak.Maklumlah lauk ni kan popular kat belah utara terutama kat Kedah terutama di daerah Sik,Baling Pendang & hampir semua daerah di Kedah.Lauk Gulai Daging Umbut Pisang ni biasanya menu utama kenduri kahwin bagi yang masak sendiri/rewang.Yang lauk catering biasanya masak kari + kentang.Maklumlah nak dapat umbut pisang ( ada yang sebut ghiyas pisang) ni bukan senang juga.Kena korbankan pokok pokok pisang muda yang belum berbuah.Biasanya kalau untuk kenduri menggunakan umbut pisang hutan.Pokok pisang hutan ni kalau banyak tumbuh sendiri di hutan hutan kawasan bukit.Kalau lalu hiway PLUS terutama arah utara..cuba perhatikan tepi tepi pagar PLUS & lereng lereng bukit sepanjang PLUS tu...Yang pokok pisang banyak-banyak tapi kurus-kurus takda buah tu adalah
pokok pisang hutan.Pokok pisang hutan tidak ditanam tetapi tumbuh sendiri.Pokoknya kurus kurus tinggi dan kalau berbuahpun buahnya bersaiz kecil dan isinya sikit sahaja serta penuh biji pisang.Daun pisang hutan pun kalau buat bungkus lepat @ bungkus nasi lemak dia mudah lebam jadi tompok-tompok hitam..Kalau kat pasar kalau jumpa orang jual daun pisang yang pendek-pendek & nipis waena hijau gelap tu biasanya tu daun pisang hutan..Kadang takda pilihan beli la jugak daun posang hutan pun..Kalau pernah tengok LEPAT LIAT kat channel youtube saya..boleh nampak kesan lebam lebam hitan kerana menggunakan daun pisang hutan.Kalau daun pisang kampung hijaunya kekal cantik.
Pokok pisang hutan ni kat kebun getah di kampung pun ada tumbuh.Saya pernah share video
Tapi masak Gulai Umbut Pisang kali ni saya guna umbut pisang nipah @ pisang kebatu yang ditebang oleh pekerja kebersihan kat tempat kerja.Umbutnya lebih besar sebab pokok pokok pisang tu gemuk subur.
Saya masak cara kebanyakan orang utara masak gulai daging iaitu dagingnya digaul siap siap dengan rempah kari,kerisik,bawang halia bagai kemudian baru ditumis.
Boleh tengok cara masak gulai daging + umbut pisang ni kat youtube channel saya @
👇👇👇👇👇
Video- video lain boleh diakses @
Ini lah yang SA idam- idamkan...dulu pernah makan kat kenduri adik sepupu khwin dengan orang Jitra...sedap betul SA makan masa tu...x pandang dah pengantin
ReplyDeleteHahaha...Sian pengantin tak dipandang dek penangan gulai umbut pisang🤣🤣🤣
Deletepernah makan dlu waktu belajar, dan pernah makcik kedah bg rasa lauk kenduri waktu kami ke sana.. mmg sedap.. dia campur dgn gulai daging
ReplyDeleteYa ..biasanya memang akan masak dengan daging sahaja...Belum pernah jumpa & belum pernah cuba masak dengan ayam @ ikan
DeleteOh, orang sana jugak yg ajar sy sebut gulai batang pisang. Sy tahu gulai ni letak umbut bukan batang, keras naya la makan batang pisang oi, hahahha.
ReplyDeleteHahahaha...dulu kebanyakan sebut gulai ghiyas pisang..La ni kebanyakan memang panggil gulai batang pisang..Jangan ada yg lurus bendul pi buat gulai betul betul batang pisang..haruuu🤣
DeleteKami tetap panggil gulai batang pisang wpun org luaq terkejut la dengaq kata batang pisang buat gulai 😂
ReplyDeletePanggilan tak merubah pun umbut tu...cuma kalau yang tak pernah makan & depa nak try ..buatnya depa pi tebang sebatang pokok tu buat gulai...jenuh makan batang pisang🤣
DeleteTapi takkan la kottt...kan🤭
Saya ikut orang Perlis sebut gulai batang pisang, tapi saya taulah masakan ni guna umbut - bhg tengah yang lembut.
ReplyDeleteAgaknya nak mudah sebut/faham, jadi sebutlah batang pisang 😀
Ni menu favourite saya sejak pindah Perlis. Selalu jugak dapat makan sebab kenduri kat sini biasa dihidangkan gulai daging batang pisang.
Betul...mudah sebut...tempat saya pun generasi tua ja sebut umbut pisang...generasi muda majoriti lebih familiar batang pisang🤭
DeleteSedap sungguh tengok masakan mamaCella ni 😋
ReplyDeleteTerima kasih...Ujie tak pi Pesta Angin Timur ka?
DeleteKatanya hujan jadi berselut yer..Semoga dimudahkan urusan para peniaga
Cie suka umbut kelapa. Sedapnya. Umbut pisang rasa macam tak pernah makan.
ReplyDeletePada saya..umbut kelapa lagi sedap & boleh dipelbagaikan tapi umbut pisang ada peminatnya tersendiri
DeleteYa ampun.... terliur saya tengok! Toloooonnggg...mana nak cari.😋😋😋
ReplyDeleteNak kena minta En Majid tebang pokok pisang kupas amik umbut pisang la ni kalau macam ni🤭
DeleteSaya duduk kedah pun payah nak jumpa gulai umbut pisang ni...
ReplyDeleteKalau kenduri belah Baling,Sik & Pendang biasanya ni menu wajib..Bazar Ramadhan pun depa ada jual..boleh try cari bulan posa nanti🤭
Deletewaaahhh sedap gulai batang pisang! skrg ssh dah nak jumpak menu ni! hehehe
ReplyDeleteBetoi ..pokok pisang dah berharga kat kampung pun🤭
DeleteAmmi ada makan disatu kedai Utara style di melaka. Tajuk makanan mmg gulai daging batang pisang. Hahahha depa kena mai belajaq menyebut dgn akak ni
ReplyDeleteHahaha...memang sekarang orang lebih familiar guna perkataan batang pisang berbanding umbut..Cuma dari segi maksud memang ada beza la..Macam umbut kelapa takda la yg sebut asayur batang kelapa.🤣
DeleteUmbut pisang ini mama saya di Medan pernah masak. Sedaap memang. Umbut pisang , atau terkadang gulai pisang muda.
ReplyDeleteAwalnya bingung umbut pisang apaan. Mama bilang batang pisang. Tak terbayang batang pisang bisa dimakan.
Ternyata bagian dalamnya ya kak 😄
Tp saya baru tahu batang pisang yg dimasak hanya dr pohon yg belum berbuah. Berarti memang hrs dikorbankan pohon yg masih muda yaa 😅
Betul harus pokok yg masih belum berbuah agar dapat umbut yang lembut.
DeleteSaya pernah menonton youtube dari youtuber Indonesia berkongsi pengalaman menemukan hirisan batang pisang dijual di supermarket Amerika.Agak mahal harganya.Katanya bagus untuk penghadaman..