Sunday, 23 February 2025

BUKAN KETUPAT RAYA

Tahun 2025 ni macam kerap pulak balik Kedah.Bulan Januari lepas 3x balik..Februari pun balik minggu lepas.

Kebetulan memang minggu lepas ada balik Kedah & ada bawa balik daun palas.


Bila dah teringin...malam malam pun jadi buat ketupat palas.hihihi..
Ni saya buat beberapa hari lepas Balik kerja terus sap sup sap...siap..!
Tapinya takda la rendang bagai..Hanya cicah sambal sardin .


Buat pun haanya ½kg pulut sahaja.Dapatlah dalam 20++ pcs.Saiz pun comel comel sahaja swbab saya balut ketupat versi Pantai Timur..

Sebenarmya teringin nak makan KETUPAT PULUT HITAM tapi dah dekat seminggu Cella order pulut hitam ketupat kat shopee tak dapat-dapat..Sekali bila dia check ..rupanya saler cancel order tak bagitau ..hmmmm kempunan.

Ni suruh dia order semula kat kedai lain pulak ..dah esok baru depa nak pos...Mmm...harapnya sebelum puasa dapat la buat ketupat pulut hitam tu...

Apapun,Alhamdulillah makan la dulu ketupat pulut biasa buat hilang kempunan...Video ketupat ni ada saya upload kat youtube channel saya ...

👇👇👇👇

Video-video lain boleh diakses @




16 comments:

  1. Adoi, terbayang sedapnya ketupat palas yg direbus. Masa balik kampung tak beli pulut hitam ke, Mak Ngah? Takut yang kat Shopee tak ok, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..Balik hari tu lupa beli..Kat KL taktau kat mana nak cari pulut hitam ketupat..yang ada kat kedai pulut hitam bubur

      Delete
  2. sedapnya..belah utara memang kena ada ketupat palas ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus la MA....🤭
      Macam Nismilan memang kena lomang la🤣

      Delete
  3. Sy balik kampung bulan 12 hari tu pun ada beli daun palas. Siap balut simpan dlm freezer. Bila² teringin bole rebus ja.
    Sy tak besa buat ketupat pulut hitam tapi sukaaaa sangat makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuba frozen ketupat mentah tapi bila rebus tak sedaging pulutnya...Kena simpan yg mentah ka simpan yang dah rebus PH?
      Ka ada tips lain nak bg sedaging elok ketupat frozen tu PH?

      Delete
  4. eh, boleh order dari shoppe ek.. hihihihi... ldy try lah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Lady..Tapi taip " pulut hitam ketupat" tau .Pulitnya macam berrcalar-calar putih...sebab dia tak sama pulut hitam bubur.Pulut hitam bubur kalau buat ketupat dia keras.

      Delete
  5. Cecah sambal sardin pun sedap yakmat.😋😋😋

    ReplyDelete
  6. Senanglah bila teringin sup sap dah siap. Kalau ammiiii slurp slurp airliur jelah. Apapun x reti

    ReplyDelete
  7. Alahaaai kak, langsung terbayang makan ketupat pakai sambal 🤤🤤🤣. Di sini pula ntah di mana nak cari ketupat Palas 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ketupat ni tidak jauh beda dengan lepet pulut di Indonesia.Saya juga suka lepet pulut

      Delete